Ctu 091 Review Book

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

CTU 091: KEINDAHAN UNDANG-UNDANG ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN ISLAM

(ULASAN BUKU)

DISEDIAKAN UNTUK:

UZTAZ JAMIL

DISEDIAKAN OLEH:

CHRISTINA VENESSA ANAK CLEMENT (2024959419)

PI005 U14

PENILAIAN MARKAH
PENGENALAN /2
ISI + HURAIAN /12
CADANGAN / KESIMPULAN /2
BIBLIOGRAFI /2
ETIKA & PROFESIONALISME /2
JUMLAH

1
ISI KANDUNGAN

1. BIODATA PENULIS

2. ISI YANG CUBA DIKETENGAHKAN OLEH PENULIS

3. KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENULIS

3.1 KEKUATAN PENULIS

3.2 KELEMAHAN PENULIS

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KEPADA BUKU INI

5. KESIMPULAN

6. LAMPIRAN

7. RUJUKAN

2
1. BIODATA PENULIS

Nama beliau ialah PROFESOR MADYA DR. MUHAMMAD FATHI BIN YUSOF yang merupakan seorang
pensyarah dan penyelidik di Pusat Polisi Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti
Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau juga menyandang jawatan Timbalan Pengarah, Pusat Islam,
UTMKL dan Timbalan Ketua Kumpulan Penyelidikan Politik dan Governas. Beliau mendapat pendidikan
dalam bidang undang-undang di peringkat sarjana muda (LLB), sarjana (LLM) dan Falsafah
Kedoktoran dengan pengkhususan dalam bidang undang-undang perlembagaan. Tumpuan kajian
beliau adalah dalam bidang undang-undang perlembagaan, sistem pilihan raya, undang-undang
Islam, undang-undang rasuah, integriti, undang-undang siber, dan undang-undang untuk
pengurusan projek. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal bagi
Jawatankuasa Konsultasi Nasional Mengenai Pembiayaan Politik, Ahli Jawatankuasa Tetap Hal
Ehwal Agama Islam Selangor, Ketua Kumpulan Kerja Hak Asasi, Majlis Dakwah Negara, Ketua
Panel Penyelidik Pemantapan Dewan Undangan Negeri Terengganu, Ahli Jawatankuasa
Perjawatan, Integriti dan Tadbir Urus, YaPEIM dan beberapa lantikan lain.
Beliau bukan sahaja tenaga pengajar tetapi beliau juga aktif menulis dan telah banyak
menerbitkan buku serta artikel yang berkaitan dengan undang-undang islam. Sebagai contoh,
buku yang telah diterbitkan oleh beliau ialah “Sistem Perundangan Islam” dalam Wan Ali Wan Jusoh
ed. Institusi-Institusi Islam (Modul Pengajaran UTM, 2005) dan artikel yang pernah kita dengar iaitu
artikel Undang-undang Berkaitan Poligami, Al-Ustaz April 2012.

3
2. ISU YANG CUBA DIKETENGAHKAN OLEH PENULIS

Buku ini mengandungi 11 bab yang menceritakan tentang undang-undang islam di negara kita.
Bab 1 ialah “Falsafah Undang-Undang Islam” yang menerangkan definisi undang-undang islam
atau Syariah. Terdapat juga maksud “fekah”, kelebihan undang-undang islam dan
perbandingannya dengan falsafah undang-undang barat. Di samping itu, terdapat juga penjelasan
tentang falsafah keadilan undang-undang islam.
Bab 2 menceritakan tentang matlamat utama undang-undang islam, syariah dan tujuannya.
Terdapat juga kepentingan syariat islam yang berlandaskan tiga kepentingan iaitu “dharuriyyat”,
“hajiyyat” dan “tashiniyyat” serta apakah tujuan umum perundangan islam dan syariat. Selain itu,
hikmah dan tujuan hukum islamdan cara-cara kefahamannya juga ada diterangkan di dalam bab
ini. Hal ini ditegaskan bahawa perundangan islam dan dibuat untuk kebaikan, kepentingan dan
keperluan manusia.
Bab 3 menerangkan ciri-ciri undang-undang islam. Antaranya yang ialah perundangan islam
bersifat ketuhanan atau lebih dikenali sebagai “Rabbaniyyah”, serta berasaskan sumber yang
kukuh seperti berasal daripada Allah dan tanpa penyelewengan dan perubahan. Sebagai contoh,
hadith, bagaimana ia dikekalkan. Selain itu, undang-undang islam juga sesuai untuk setiap
tempat dan zaman kerana undang-undang islam yang diciptakan allah amat sesuai dengan fitrah
atau naluri semula jadi manusia.Seterusnya, menyenaraikan hukum-hukum undang-undang
islamyang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia secara menyeluruh, teratur, dan saling
sempurna-menyempurnai. Undang-undang islam juga mempunyai hubungan langsung dengan
aqidah dan menerangkan apa itu aqidah serta merupakan tunjang kekuatan islam. Di samping itu,
undang-undang islam juga mempunyai hubungan langsung dengan akhlak dan semua prinsip ini
berasaskan akhlak islam yang mulia. Terakhir sekali dalam bab ini iaitu menerangkan ciri-ciri
undang-undang islam yang bersifat mudah dan amat sesuai dengan kemampuan manusia dengan
menyatakan hukum-hukum yang menggambarkan kemudahan dan kelonggaran perundangan
islam.
Bab 4, menceritakan perbandingan undang-undang islam dengan undang-undang barat. Pertama
undang-undang barat berdasarkan fikiran manusia berbanding undang-undang islam yang datang
dari Allah yang Maha Bijaksana, kedua perundangan barat tiada hubungan dengan kerohanian
dan akhlak sebagaimana perundangan islam, dan terakhir ialah perundang barat tidak
mempunyai prinsip-prinsip umum yang tidak boleh berubah bagi menjamin keadilan dan
kebebasan, sebagaimana yang ada pada perundangan Islam.
Bab 5, menceritakan sumber-sumber undang-undang islam seperti “Al-Quran”, ”Sunnah
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam”, “Ijma” dan “Al-Qiyas”. Secara ringkasnya, al-Quran
dan al-Sunnah adalah dua sumber yang berbentuk wahyu dari Allah. Kedua-dua sumber ini
menjadi sumber yang terpenting dan disepakati oleh semua ulama’. Sementara ijma dan dan
qiyas pula diterima oleh kebanyakan ulama sebagai sumber perundangan.

4
Bab 6, menerangkan sistem kehakiman islam seperti prinsip kehakiman islam, pelantikan hakim,
syarat-syarat kelayakan hakim, etika hakim dan kebebasan hakim.
Bab 7, menceritakan undang-undang prosedur seperti prosedur jenayah syariah dan prosedur
jenayah sivil syariah.
Bab 8, menceritakan tentang undang-undang keterangan. Keterangan mempunyai peranan yang
besar dalam membuat keputusan penghakiman. Antara contoh untuk membuat keterangan adalah
melalui iqrar, kesaksian (Al-Syahadah), sumpah (Yamin), Qarinah, khabar atau maklumat yang
diperolehi oleh mahkamah, keterangan berasaskan maklumat yang diperolehi oleh hakim serta
bahan bukti penulis.
Bab 9, iaitu sistem penguatkuasaan Islam. Dalam Islam, aspek penguatkuasaan dilihat dari sudut
yang lebih luas kerana ia bukan sahaja meliputi pelaksanaan undang-undang semata-mata,
bahkan juga pengawasan berterusan bagi menjamin keamanan dan keadilan. Secara ringkasnya,
terdapat empat peringkat pengawasan untuk menjamin kesejahteraan dan keadilan. Antaranya
ialah pengawasan diri sendiri (al-raqabat al-zatiah), pengawasan Ilahi, pengawasan oleh
masyarakat (al-raqabat al-mujtama’) atau pengawasan oleh rakyat (al-raqabat al-sya’biah), dan
pengawasan rasmi oleh pemerintah (al-raqabah al-sultah al-rasmiah). Di samping itu, terdapat
juga tentang prinsip penguatkuasaan, badan hisbah dan peranannya.
Bab 10, mengenai undang-undang jenayah syariah. Terdapat tiga pembahagian utama berasaskan
kepada hukuman yang dikuatkuasakan seperti qisas dan diyat, hudud dan ta’zir.
Bab 11, mengenai keindahan undang-undang jenayah syariah. Antaranya ialah undang-undang
Islam adalah dari Allah sedangkan undang-undang sivil adalah ciptaan manusia, undang-undang
jenayah Islam tidak terpisah dengan aspek aqidah iatu keimanan kepada perkara ghaib,
ruanglingkup jenayah atau kesalahan dalam Islam alah lebih luas iaitu mencukupi kesalahan
yang bersabit hak Allah, hak manusia serta hak Allah bersama-sama hak manusia, undang-
undang jenayah Islam mengutamakan aspek pencegahan melalui kaedah yang unik dan amat
menarik, undang-undang Islam tidak dapat dipisahkan dari konsep menyeru kepada kebaikan dan
mencegah perbuatan munkar (al-amr bil makruf wa al nahyi anil munkar),undang-undang
jenayah Islam amat berhati-hatidalam soal mensabitkan seseorang dengan hukuman jenayah,
undang-undang jenayah Islam tidak membenarkan pemerintah menahan seseorang tanpa dibawa
kemuka pengadilan dan didakwa menurut prosedur yang sah, undang-undang Islam
memperuntukkan pelbagai bentuk hukuman yang mempunyai kesan yang mendalam dan
undang-undang ini juga indah kerana keberkatan.

5
3. KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENULIS
3.1 KEKUATAN PENULIS
Kekuatan yang boleh dilihat di dalam buku ini ialah:
I. Buku ini senang difahami dan dibaca oleh pembaca-pembaca sama ada yang beragama
Islam mahupun bukan beragama Islam.
II. Menggunakan petikan ayat al-Qur’an dan hadis sebagai penyeri dan juga penguat fakta
terhadap isi yang dibincangkan dalam buku ini.
III. Menyatakan contoh kes syariah sebagai contoh rujukan.
IV. Menerangkan terma-terma bahasa Arab kepada bahasa Melayu agar dapat difahami oleh
pembaca.

3.2 KELEMAHAN PENULIS

Kelemahan yang boleh dilihat di dalam buku ini ialah:

I. Kurang menyatakan pendapat-pendapat pengkaji Barat yang mengkaji perundangan Islam.


II. Kurangnya contoh kes daripada masa sekarang yang dapat membantu memperjelaskan lagi
konsep-konsep yang rumit.
III. Tidak memasukkan kes-kes dari luar untuk dijadikan contoh lain agar lebih difahami
pembaca

6
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PADA BUKU INI
Penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh penulis untuk memastikan buku ini mempunyai nilai
yang tinggi ialah:

i. Penulis perlu menambahkan lagi tentang pendapat-pendapat pengkaji Barat atau pengkaji-
pengkaji yang membuat penyelidikan tentang perundangan Islam.
ii. Penulis perlu memasukan banyak lagi contoh-contoh kes dari negara Barat agar pembaca
dapat mengetahui perbezaannya.
iii. Penulis perlu mempertimbangkan untuk menggunakan gaya penulisan yang menarik seperti
menambahkan lebih banyak kes dari negara-negara luar agar buku tersebut menarik bagi
pembaca dari berbagai latar belakang.
iv. Penulis perlu memastikan konsep-konsep yang kompleks atau mungkin membingungkan
dibahas dengan jelas dan ringkas agar mudah difahami oleh pembaca yang mungkin tidak
memiliki latar belakang Islam yang mendalam.

7
5. KESIMPULAN

Akhirulkalam, buku ini sangatlah bagus untuk diterbitkan di Malaysia ataupun di mana-tempat
kerana buku ini mampu menerangkan tentang perundangan Islam dengan amat teliti dan mudah
difahami oleh orang Islam ataupun bukan orang Islam. Walaupun ada sedikit penambahbaikan,
namun buku ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baru untuk kita tentang
perundangan Islam kerana banyak yang dapat kita pelajari melalui buku ini. Buku ini juga
mampu menggalakkan orang Islam untuk menerokai undang-undang Islam secara mendalam dan
dan membentuk keperibadian dan akhlak yang mulia dalam diri masing-masing. Diharapkan agar
perundangan Islam ini dapat berdiri teguh seperti undang-undang moden yang lain dan tidak
lapuk dek ditelan zaman. Semua umat Islam haruslah mempertahankan keunikan dan keindahan
undang-undang Islam ini agar tidak tercemar di agama lain dan membuktikan bahawa perundang
Islam itu masih dapat bertahan teguh kerana umatnya yang mengamalkan amalan-amalan yang
ditetapkan undang-undang ini tersendiri.

8
6. LAMPIRAN

9
7. RUJUKAN
Muhammad Fathi Yusof (2017). Keindahan Undang-Undang Islam. Retrieved from
http://razakschool.utm.my/fathi/e-book-KUUI/

10

You might also like