Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Asas Sains Komputer

PENGAJARAN 10

MASA CADANGAN: 60 MINIT

Pengajaran 10 mendedahkan murid kepada struktur kawalan pilihan


dalam bahasa pengaturcaraan Python. Murid dikehendaki
menyelesaikan pelbagai cabaran menggunakan atur cara struktur
kawalan pilihan.

BIDANG PEMBELAJARAN
3.0 KOD ARAHAN

Standard Kandungan:
3.2 Struktur Kod Arahan

Standard Pembelajaran:
Murid boleh
3.2.1 Menghasilkan atur cara yang melibatkan:
(ii) struktur kawalan pilihan dalam penyelesaian masalah.

Perbendaharaan Kata:
1. Struktur kawalan pilihan

Bahan:
1. Slaid PowerPoint Pengajaran 10
2. Lembaran Kerja
ASAS SAINS KOMPUTER

Guru memastikan semua komputer murid telah memuat turun perisian Python
3.X.X ke atas dan Scratch 2.0 atau 1.4.

Aktiviti 1:
1. Murid mengimbas kembali Struktur Kawalan Pilihan “if ... else ... “ yang
telah dipelajari semasa Tingkatan 1 dengan menulis Algoritma untuk
Cabaran 1 (Pseudokod dan Carta Alir):

Cabaran 1

2. Murid bekerja dalam pasangan untuk menyelesaikan cabaran yang diberi.

Pemikiran Komputasional:
Leraian
 Murid bermula menyelesaikan cabaran dengan meleraikan tugasan
yang diberi.
Contohnya
o Apakah kehendak soalan?
o Apakah struktur kawalan yang boleh digunakan untuk mencapai
kehendak soalan?
 Murid kemudian merancang dengan menulis pseudokod atau melukis
carta alir sebelum menulis atur cara masing-masing.

(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 2)

2
ASAS SAINS KOMPUTER

Aktiviti 2:
1. Guru menunjukkan contoh jawapan pseudokod berikut selepas murid
menghasilkan rancangan pseudokod masing-masing:

Nota penting:

2. Guru menjelaskan bahawa Cabaran 1 ialah cabaran yang mudah, dan


murid sebenarnya boleh menulis atur cara tanpa pseudokod dan carta alir.
Walaubagaimanapun, untuk menyemai tabiat menyelesaikan masalah yang
bagus, murid diingatkan untuk sentiasa merancang menggunakan
pseudokod dan carta alir sebelum menulis atur cara.
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 3 – 4)

3
ASAS SAINS KOMPUTER

Aktiviti 3:
1. Guru menjemput satu kumpulan Pemikiran Komputasional:
untuk membentangkan carta alir Penulisan pseudokod dan pelukisan carta
mereka. alir menggunakan kemahiran berfikir
komputasional seperti peniskalaan,
(Kandungan yang sama terdapat
algoritma dan leraian.
dalam slaid no. 5)

2. Guru menunjukkan contoh jawapan carta alir selepas murid menyiapkan


carta alir dan pseudokod masing-masing.
Contoh jawapan carta alir:

Carta Alir 1

Aktiviti 4:
1. Murid menghasilkan atur cara dalam Scratch berdasarkan pseudokod dan
carta alir masing-masing.
2. Guru mengingatkan murid tabiat pengaturcaraan yang baik:

(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 6)

 Contoh jawapan atur cara Scratch dilampirkan dalam


Lampiran 1. BBM
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 7) Lampiran 1 (m/s 10)

4
ASAS SAINS KOMPUTER

Guru memperkenalkan cara menulis atur cara struktur kawalan pilihan (Dwi
Pilihan) dalam Python.

1. Huruf kecil “if” dan “else”.


2. Noktah bertindih, sangat penting.
3. Selalu “tab” statement untuk “if” dan “else”.

(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 8)

Aktiviti 1:
1. Murid menghasilkan atur cara Python untuk Cabaran 1:

Cabaran 1

2. Murid menggunakan soalan bimbingan untuk membantu mereka


menghasilkan atur cara masing-masing:

(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 9)

3. Berikut merupakan contoh jawapan:

(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 10)

5
ASAS SAINS KOMPUTER

Aktiviti 1:
1. Guru memperkenalkan “elif” (pelbagai pilihan) dan cara untuk
menggunakannya.

 “elif” digunakan apabila kita mempunyai lebih daripada satu


pilihan.
 Contoh sintaks:

(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 11)

Aktiviti 1:
1. Murid diperkenalkan cabaran berikut:

Ubah suai atur cara Cabaran 1 untuk menyelesaikan Cabaran 2:

Cabaran 2

6
ASAS SAINS KOMPUTER

2. Murid diberi soalan-soalan bantuan berikut untuk menyelesaikan Cabaran


2:

3. Murid bekerja dalam


pasangan. Nota untuk guru:
4. Murid merancang Murid mengubahsuai aturcara mereka daripada pengajaran 6
dengan menggunakan supaya mencapai kehendak Cabaran 3 dalam pengajaran ini.
Kemahiran untuk mengubah suai atur cara merupakan satu
carta alir sebelum cara untuk membangunkan kemahiran “remix” mereka.
menulis atur cara
masing-masing.
5. Selepas itu, setiap pasangan saling bertukar-tukar carta alir masing-masing
dengan pasangan lain
Pemikiran Komputasional:
untuk dinilai. Ini adalah Menilai – Kemahiran untuk menilai carta alir memerlukan
untuk memeriksa sama murid memeriksa sama ada carta alir tersebut boleh
ada carta alir tersebut menjalankan kehendak pengguna dengan baik dan efisien.
boleh dilaksanakan atau
tidak.
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 12)

7
ASAS SAINS KOMPUTER

Aktiviti 2:
1. Guru boleh membuat rumusan struktur kawalan pilihan menggunakan carta
alir 2.

Carta Alir 2
2. Murid mula menulis atur cara berdasarkan carta alir masing-masing.
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 13)

3. Contoh jawapan atur cara:

(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 14)

8
ASAS SAINS KOMPUTER

Aktiviti 1:
1. Murid menjawab soalan dalam Lembaran BBM
Kerja. Lembaran Kerja (m/s 11)
2. Guru membimbing murid untuk menghasilkan
atur cara untuk soalan 2.
3. Guru boleh memberikan petunjuk berikut untuk membantu murid:
o Apakah input yang boleh didapati daripada pengguna?
o Berdasarkan input tersebut, apakah atur cara yang boleh dihasilkan
untuk mendapatkan hasil yang diperlukan?
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 15)

4. Jawapan untuk soalan 2 terdapat dalam Lembaran Kerja atau slaid no. 16 –
17.
5. Guru merumuskan pengajaran pada hari ini.
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 16 – 19)

Aktiviti 1:
1. Guru memberitahu murid bahawa pengajaran seterusnya melibatkan
struktur kawalan pilihan bersarang.
2. Murid ulang kaji struktur kawalan pilihan yang telah dibelajari semasa
Tingkatan 1 sebelum pengajaran seterusnya.
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 20)

9
ASAS SAINS KOMPUTER

Lampiran 1
Contoh jawapan atur cara Scratch Cabaran 1

Input

Process

Output

10
ASAS SAINS KOMPUTER

Lembaran kerja
Soalan 1
Murid menjangka dan menerangkan output untuk setiap kod segmen di bawah
tanpa menggunakan Python:
i. if 5>8:
print (“Lebih besar daripada”)
else:
print (“Kurang daripada”)

Jawapan: _____________________

ii. if 6 != 8 and 3 > 1:


print (“Kedua-dua”)
else:
print (“Tiada”)

Soalan 2
Murid diminta menulis atur cara bagi cabaran-2 (muka surat 6) dengan
menggunakan Scratch.

Soalan 3
Hasilkan atur cara yang meminta satu nombor integer positif antara 1 dengan 7
daripada pengguna (termasuk 1 dan 7). Paparkan hari minggu berdasarkan nombor
integer yang dimasukkan dalam huruf besar. Minggu bermula dengan hari Isnin.

Contoh:

Atur cara anda seharusnya paparkan:

Selasa

Tuliskan pseudokod dan lukis carta alir sebelum anda membangunkan atur cara
anda.

11
ASAS SAINS KOMPUTER

Lampiran 2 – JAWAPAN
Soalan 1:
i. Kurang daripada (kerana 5>8 ialah “Palsu”. Oleh itu, “else” menjadi “Benar”)
ii. both (kerana 6 tidak sama dengan 8 (benar) dan 3>1 ialah benar)

Soalan 2:
(Ikut kreativiti murid masing-masing)

Soalan 3:
Pseudokod:
Input:
1. Dapatkan input daripada pengguna.

Process:
2. Tukarkan jenis data input daripada pengguna kepada integer.
3. Semak jika input ialah 1, paparkan “ISNIN”.
Jika tidak, semak jika input ialah 2, paparkan “SELASA”.
Jika tidak, semak jika input ialah 3, paparkan “RABU”.
Jika tidak, semak jika input ialah 4, paparkan “KHAMIS”.
Jika tidak, semak jika input ialah 5, paparkan “JUMAAT”.
Jika tidak, semak jika input ialah 6, paparkan “SABTU”.
Jika tidak, paparkan “AHAD”.

Output:
4. Paparkan pernyataan.

12
ASAS SAINS KOMPUTER

Carta alir:

Contoh jawapan 1

Simbol “==” digunakan


kerana kita hendak program
menyemak sama ada input
daripada pengguna “ialah”
nombor tersebut. Kita bukan
hendak menyimpan nombor
tersebut kedalam pemboleh
ubah “day”.

13
ASAS SAINS KOMPUTER

Contoh jawapan 2 (menggunakan fungsi “List”)

14

You might also like