Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kuiz EDUP3023

Jawab semua soalan.

1. Bezakan faktor baka dan faktor persekitaran yang mempengaruhi


perkembangan kanak-kanak.
(2 markah)
Faktor baka merupakan faktor biologi yang merupakan genetik yang diwarisi
daripada ibu bapa yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak seperti
ketinggian, warna kulit, jenis kumpulan darah dan lain-lain. Faktor
persekitaran pula merupakan pengaruh daripada persekitaran atau
pengalaman yang mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak
seperti pemakanan, rakan sebaya dan lain-lain.

2. Perincikan perkembangan sosioemosi murid-murid di sekolah rendah


(6-11 tahun) berdasarkan Teori Perkembangan Psikososial Erik
Erikson. (4 markah)
Perkembangan sosioemosi murid-murid di sekolah rendah (6-11 tahun)
adalah berada di peringkat kecekapan lawan rasa rendah diri. Pada peringkat
ini, murid-murid sudah mampu menguasai kemahiran fizikal, bahasa dan
sosial. Mereka mula mempelajari dan membentuk kemahiran-kemahiran yang
tertentu. Selain itu, murid-murid akan mempunyai ketekunan yang tinggi bagi
melakukan sesuatu perkara yang berfaedah. Aktiviti-aktiviti baik yang perlu
diberikan pujian supaya ketekunan terus dipupuk dalam diri mereka.
Sebaliknya, murid-murid akan berasa rendah diri dan hilang keyakinan
sekiranya menghadapi kegagalan dalam mempelajari kemahiran baharu.

3. Bincangkan bagaimana guru boleh membantu murid membentuk


konsep kendiri yang positif melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. (4 markah)
Terdapat beberapa cara guru membantu murid membentuk konsep
kendiri yang positif melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru
haruslah memupuk rasa tanggungjawab dalam diri murid-murid dengan
memberi tugasan kepada murid-murid mengikut kebolehan dan minat
mereka. Selain itu, guru haruslah memupuk ciri kepimpinan dalam diri
murid-murid dengan memberi peluang kepada semua murid menjadi
ketua darjah atau ketua kumpulan secara bergilir-gilir. Seterusnya, guru
perlulah melatih semangat disiplin dalam diri murid-murid dengan
memberi arahan yang konsisten tanpa memilih kasih. Tambahan pula,
guru mestilah mewujudkan suasana yang kondusif dalam bilik darjah
dengan mewujudkan perasaan selamat bagi murid-murid supaya
membantu murid menyedari bahawa melakukan kesalahan adalah
sebahagian daripada proses pembelajaran mereka.

You might also like