Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tugasan 3 SJHK3023 Malaysia dan Hubungan Antarabangsa

Malaysia yang baru terbentuk pada tahun 1963 itu telah menjalinkan hubungan
baik dengan banyak negara sehingga memberi banyak sumbangan kepada
pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang telah Malaysia sertai. Dalam ASEAN
(Association of Southeast Asian Nations), Malaysia telah berjaya menangani
beberapa isu seperti pergolakan politik Kemboja, pencerobohan Vietnam ke atas
Kampuchea dan memberi sumbangan seperti menganjurkan Sukan SEA (Sukan
Asia Tenggara). Malaysia juga menyertai UNHCR (United Nations High Commission
For Refugees) bagi mengatasi masalah PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin)
bersama-sama negara lain. Seterusnya, Malaysia telah menyertai PBB (Petubuhan
bangsa-bangsa bersatu) dan sangat aktif dalamnya seperti menyumbang dalam
menentang dasar Aparteid, memerangi gejala penyalahgunaan dadah, mendesak
PBB menyelesaikan isu Palestin dan menghantar pasukan pendamai PBB ke Congo.
Di samping itu, Malaysia adalah negara pengasas kepada penubuhan OIC
(Pertubuhan kerjasama Islam) dan mempunyai peranan penting dalamnya. Tunku
Abdul Rahman merupakan Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia juga
menghantar makanan kepada mangsa Bosnia dan Herzegovina yang berhadapan
dengan serangan Serb, menjadi perantaraan bagi mengatasi konflik Iraq-Iraq,
menyediakan peruntukan biasiswa bagi pelajar dari negara Islam dan sebagainya.1
Dalam Komanwel pula, Malaysia telah menjadi tuan rumah mesyuarat Ketua-ketua
Kerajaan Komanwel dan menyediakan latihan dan penyelidikan bagi anggota
Komanwel lain yang sedang menyelidikan getah dan lain-lain.2

Selain itu, Malaysia juga berhadapan dengan banyak cabaran globalisasi. Cabaran
globalisasi yang dihadapi oleh Malaysia boleh dilihat dari beberapa aspek. Dari
aspek ekonomi, Malaysia mengalami cabaran kegawatan ekonomi, serangan
spekulator, penjajahan baru ekonomi dan lain-lain. Kini, terdapat banyak syarikat
Multinasional telah wujud dalam Malaysia yang akan menyebabkan pencemaran
alam sekitar, berlaku persaingan bersama pelabur tempatan dan merugikan negara
jika kebanyakan aliran keluar masuk modal dengan tidak dikawal. Cabaran daripada
1
Ting, F, 2014, Sumbangan Malaysia Dalam PBB OIC Ddan Komanwel, Scribd, dipetik daripada
https://www.scribd.com/doc/237223768/M13-Sumbangan-Malaysia-Dalam-PBB- OIC-
dan-Komanwel., pada 13 Oktober 2020.

2
Abd Rahman, A., & Senin, M, 2013, Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul &
nazneen, Slideshare.net, dipetik daripada
https://www.slideshare.net/oppa1314/sumbangan-malaysia-dalam-pbb-oic-koma nwel-fakrul-
nazneen., pada 13 Oktober 2020.
TPPA di Malaysia juga membawa cabarannya. Ia akan menyebabkan persaingan
yang akan merugikan ekonomi tempatan, menyebabkan kos uba yang sangat maha
dan memberi kesan buruk ke atas industri padi negara.3 Dari aspek sosial pula,
globalisasi telah membawa pelbagai cabaran kepada beberapa bidang seperti
pendidikan, kesihatan dan alam sekitar. Dalam bidang pendidikan, cabaran yang
dihadapi ialah berlaku perminggiran bahasa Melayu, berlaku perdagangan
pendidikan dan kadar pengangguran semakin meningkat. Malaysia juga perlu
berusaha dalam menangani cabaran kesihatan seperti penyebaran penyakit
berjangkit seperti Aids dan Tibi.4 Selain itu, aspek alam sekitar Malaysia juga
mengalami masalah seperti pencemaran alam sekitar merentasi sempadan. Dari
segi politik, globalisasi menyebabkan penyebaran idea-idea politik yang salah,
masalah kemiskinan dan jurang pendapatan di sebuah negara. 5 Dalam menjamin
hubungan diplomatik, Malaysia juga menghadapi cabaran seperti semangat
materialistik dan isu imgrasi.

Kesimpulannya, Malaysia yang mengamalkan dasar luar berbaik-baik dengan


semua negara telah membawa keuntungan kepadanya. Jelaslah bahawa Malaysia
telah berjaya memberi banyak sumbangan kepada pertubuhan antarabangsa.
Malaysia juga mampu bertahan dengan menghadapi pelbagai cabaran globalisasi
dengan mencari banyak langkah penyelesaian yang rasional itu sehingga Malaysia
pada hari ini semakin makmur dan aman.

3
TPPA–TONIK KEMAKMURAN ATAU RACUN PENJAJAHAN EKONOMI MALAYSIA, 2013,
ApanamaDotco, dipetik daripada

https://apanamadotcom.wordpress.com/2013/07/28/tppa-tonik-kemakmuran-ata u-racun-
penjajahan-ekonomi-malaysia/, padai 13 Oktober 2020.

4
Kholad Khalid, N., & Mohamad Esa, S, 2016, Malaysia dan cabaran gobalisasi, Slideshare.net,
dipetik daripada https://www.slideshare.net/sejarahkkb/80-malaysia-dan-cabaran-gobalisasi.,
pada 13 Oktober 2020.

5
Mustapa, S., Rengasamey, P., Hamzah, M., & Sani, H., Malaysia dan Hubungan Antarabangsa.
Sasbadi Sdn. Bhd, 2017, hlm 230-231.
Rujukan

Abd Rahman, A., & Senin, M. (2013). Sumbangan malaysia dalam pbb, oic,
komanwel fakrul & nazneen. Slideshare.net. Muat Turun pada hari 13
Oktober 2020, dipetik daripada
https://www.slideshare.net/oppa1314/sumbangan-malaysia-dalam-pbb-oic-
komanwel-fakrul-nazneen.

Kholad Khalid, N., & Mohamad Esa, S. (2016). Malaysia dan cabaran gobalisasi.
Slideshare.net. Muat Turun pada hari 13 Oktober 2020, dipetik daripada
https://www.slideshare.net/sejarahkkb/80-malaysia-dan-cabaran-gobalisasi.

Mustapa, S., Rengasamey, P., Hamzah, M., & Sani, H. (2017). Malaysia dan
Hubungan Antarabangsa. Sasbadi Sdn. Bhd.

Ting, F. (2014). Sumbangan Malaysia Dalam PBB OIC Ddan Komanwel. Scribd.
Muat Turun pada hari 13 Oktober 2020, dipetik daripada
https://www.scribd.com/doc/237223768/M13-Sumbangan-Malaysia-Dalam-
PBB-OIC-dan-Komanwel.

TPPA–TONIK KEMAKMURAN ATAU RACUN PENJAJAHAN EKONOMI


MALAYSIA?. ApanamaDotco. (2013). Muat Turun pada hari 13 Oktober
2020, dipetik daripada
https://apanamadotcom.wordpress.com/2013/07/28/tppa-tonik-kemakmuran-
atau-racun-penjajahan-ekonomi-malaysia/.

You might also like