Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Tugasan 2 SJHK3043 SEJARAH LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN

Isi Kandungan Muka Surat


1.0 Tajuk Kajian 1
2.0 Latar Belakang/ Masalah kajian 1
3.0 Tinjauan Kajian Lepas Literatur 1-2
4.0 Objektif Kajian 2
5.0 Skop dan Batasan Kajian 2
6.0 Metodologi Kajian 3
7.0 Signifikan Kajian 3
8.0 Anggaran Kos 3
9.0 Jadual kerja 4
10.0 Analisa dan Perbincangan 4-7
11.0 Penutup 7
Rujukan 8
Lampiran 9-12
1.0 Tajuk Kajian
Kajian ini bertajuk sejarah Makanan Tradisional Masyarakat Iban di Betong
Sarawak bermula pada tahun 1960 hingga tahun 2020. Kajian ini mempunyai 3
bahagian iaitu sejarah makanan tradisional masyarakat Iban, cara penyediaan
makanan tradisional dan pengaruh makanan tradisional itu di kawasan Betong
terhadap kaum lain.
2.0 Latar Belakang/ Masalah kajian
Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan seperti mengenal
pasti sejarah makanan tradisional masyarakat Iban dan cara penyediaan makanan
tradisional serta mengenal pasti pengaruh makanan tradisional itu di kawasan
Betong terhadap kaum lain. Menurut Haslinda (2018), kaum Iban merupakan suku
kaum yang terbesar di Sarawak. Penghijrahan gelombang pertama orang Iban ialah
dari Kapuas, Kalimantan Barat, Indonesia, dan di Sarawak pula, petempatan awal
mereka terletak di Batang Sungai Undop, Simanggang.1
Selain itu, pada zaman dahulu kaum Iban suka mengembara dan berpindah
dari satu tempat ke satu tempat yang lain bagi tujuan mencari kawasan yang lebih
subur. Mereka menanam padi bukit dan mendapatkan binatang buruan dan ikan.
Ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa orang Iban pernah tinggal di kawasan
Hulu Kapuas dan Ketungau di Kalimantan Barat, Indonesia sebelum berpindah ke
Sarawak. Orang Iban dipercayai telah datang ke kawasan Sarawak pada awal tahun
1540.2

3.0 Tinjauan Kajian Lepas Literatur


Terdapat banyak kajian telah dihasilkan oleh penulis tempatan berkenaan
dengan masyarakat Iban di Sarawak. Dalam sebuah kajian yang bertajuk “Mencari
Titik Temu Seni Budaya Kaum Iban dengan Suku Bugis” itu telah menerangkan
bahawa sejak dahulu lagi masyarakat Iba telah menggunakan sumber hutan seperti
buluh untuk menjadikan sebagai keperluan asas kehidupan. Buluh merupakan
makanan pembuka selera juadah masyarakat Iban dan mereka memasak
3
mengunakan rebung seperti ayam pansuh yang popular pada hari ini.
Selain itu, Noria Tugang dalam bukunya “Pua Indentiti dan Budaya
Masyarakat Iban” juga menerangkan bahawa masyarakat Iban mendirikan rumah
1
Haslinda Md.Nazri, Aspek Sosial dan Kebudayaan Masyarakat Iban di Sarawak. Idealogy, 3(2), 2018,
hlm 79- 90.
2
Chang Pat Foh, History of Iban settlements around Kuching City, Kuching Malaysia : Chang Pat Foh,
2006, hlm.18.
3
Harun, Makmur & Katutu, Buchari, Mencari Titik Temu Seni Budaya Kaum Iban Dengan Suku Bugis:
Kajian Terhadap Seni dan Budaya Etnik di Nusantara. 10.13140/RG.2.1.3343.0482, 2015.
panjang di tepi-tepi sungai dan kawasan tanah pamah untuk mendapatkan bekalan
air bersih dan makanan dari sungai-sungai.4 Tuan rumah masyarakat Iban yang
menghormati tetamu akan menghidangkan makanan dan minuman kepada mereka.
Bukan itu sahaja, dalam kajian “Latar Belakang Masyarakat Iban di Sarawak”,
Durin telah menerangkan bahawa cara memasak orang Iban sangat mudah. Sayur-
sayur biasanya direbus dan masak manis iaitu digulai dengan belacan, garam dan
aji-no-moto sahaja. Mereka juga gemar menggunakan buluh untuk memasak.
Sumber makanan zaman dahulu masyarakat Iban bergantung kepada sumber hutan
iaitu sayur hutan yang tumbuh meliar. Daging dan ikan biasanya dimasak dengan
buluh, dipanggang dan disalai. 5
Menurut Lee (2019), makanan tradisional masyarakat Iban ialah seperti
penganan, pansuh dan sebagainya. Mereka akan menghidangkan makanan
tradisional mereka semasa sambutan Hari Gawai pada setiap tahun. Setiap pintu di
rumah panjang akan menyediakan makanan-makanan tersebut kepada tetamu.6

4.0 Objektif Kajian


Kajian ini bertujuan untuk
i. mengkaji sejarah makanan tradisional masyarakat Iban di Betong dengan lebih
teliti
ii. mengkaji pengaruh makanan tradisional masyarakat Iban terhadap kaum lain
di Betong
iii. menanam semangat cinta akan warisan masyarakat tempatan di Betong
iv. melahirkan perasaan yang bersyukur kepada warisan yang masih kekal oleh
masyarakat tempatan sehingga ke hari ini

5.0 Skop dan Batasan Kajian


Kajian ini meliputi sejarah makanan tradusional masyarakat Iban di Betong
selama 60 tahun iaitu bermula pada tahun 1960 hingga tahun 2020.

6.0 Metodologi Kajian


Dalam menjalani kajian ini, saya telah menggunakan beberapa metodologi
untuk mendapat maklumat yang berkenaan. Antara kaedah yang digunakan ialah
kaedah temu bual dengan orang sumber yang tinggal di kampung saya. Saya telah
4
Noria Tugang, Pua Identiti dan Budaya Masyarakat Iban. Kuching, Sarawak: Penerbit Universiti
Malaysia Sarawak, 2014, hlm.14-15.
5
Durin, Latar Belakang Masyarakat Iban di Sarawak, Dimuat Turun pada 14 Mac 2021, daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/2872/5/BAB_2.pdf., 2004.
6
Lee Sing Kiat, Asal Usul Masyarakat Iban Sarawak, Dimuat Turun pada 14 Mac 2021, daripada
https://www.academia.edu/40704338/Asal_Usul_Masyarakat_Iban_Sarawak, 2019.
menemu bual satu orang Iban dan satu orang Cina yang tinggal di Betong ini yang
mempunyai pengetahuan sahih terhadap tajuk ini. Sebelum kaedah ini
dilaksanakan , saya juga membina soalan yang ingin dikemukakan kepada orang-
orang sumber tersebut dahulu. Selain itu, saya juga mengunakan kaedah melayari
internet untuk mendapat maklumat yang memaparkan artikel tentang makanan
tradisional orang Iban. Seterusnya, saya juga mengunakan kaedah pengumpulan
maklumat di perpustakaan awam Betong untuk mencari buku-buku berkenaan.

7.0 Signifikan Kajian


Kajian ini penting untuk mengekalkan warisan makanan tradisional Orang
Iban di Betong supaya tidak dilupakan dan dihayati oleh generasi yang akan datang.
Selain itu, kajian ini juga penting untuk mengetahui secara lebih teliti mengenai
sejarah makanan tradisional Orang Iban di Betong. Bukan itu sahaja, kajian ini
penting supaya generasi baru mengetahui pengaruh warisan makanan tradisional
Iban terhadap kaum lain di Betong.

8.0 Anggaran Kos


Perkara Jumlah
Pengangkutan RM 10.00
Percetakan RM 5.00
Sayur midin RM 2.00
Makanan Ayam Pansuh RM15.00
Makanan Penganan RM 2.00
JUMLAH RM 34.00

9.0 Jadual kerja


Tarikh Aktiviti
21.02.2021- 27.02.2021 Memilih tajuk yang sesuai
28.02.2021- 06.03.2021 Mencari maklumat yang diperlukan dan
membina soalan temu bual
07.03.2021- 13.03.2021 Mencari orang sumber dan menjalankan
temu bual dengan orang sumber
14.03.2021- 18.03.2021 Memproses maklumat dan
mendokumentasi maklumat yang
diperolehi
10.0 Analisa dan Perbincangan
a. Sejarah makanan tradisional masyarakat Iban
Midin belacan
Pokok midin merupakan tumbuhan semula jadi yang tumbul di kawasan
lembap di sekitar tanah gambut yang terdapat di kawasan Betong. Pokok midin ini
biasanya dipetik sendiri oleh orang Iban dan dijual dengan harga RM2 seikat. Pada
zaman dulu, midin hanya dijual RM0.50 seikat di Betong. Ia selalu dijual pada pasar
tamu Betong setiap hari sejak banyak tahun yang lalu. Pada zaman dulu, kuantiti
seikat midin adalah lebih banyak daripada sekarang dan boleh menyediakan 2
hidangan. Midin sangat popular dan sedap digoreng bersama belacan. Sejak banyak
tahun yang lalu, midin sudah menjadi suatu makanan yang disukai oleh ramai orang
Iban di Betong. Sehingga kini, midin belacan juga menjadi suatu makanan
kegemaran bagi generasi baru dalam kalangan orang Iban Betong.

Ayam Pansuh
Dalam bahasa Iban, ayam pansuh disebut sebagai “manok pansuh”.
Perkataan “manok” bermaksud “ayam” dalam bahasa Iban.7 Ini merupakan salah
satu makanan tradisional Iban yang paling popular di Betong. Orang Iban merupakan
pencetus utama bagi ayam pansuh ini dan akhirnya ayam pansuh ini disebarkan
kepada etnik yang lain. Kaedah pembuatan dan penyediaannya adalah berbeza atas
faktor etnik yang berbeza di Sarawak. Ayam pansuh mempunyai aroma yang unik
kerana bau buluh yang sangat enak. Bukan itu sahaja, ayam pansuh juga sangat
sihat dimakan.

Penganan
Sejak banyak tahun yang lalu, penganan sering menjadi hidangan wajib
terutamanya semasa perayaan hari gawai orang Iban. Kuih ini diperbuat daripada
tepung beras, gula apung dan beberapa bahan lain yang dicampur sehingga sebati.
Penganan ini telah dijual sejak banyak tahun yang lalu di kedai kopi Betong dengan
harga yang murah iaitu RM0.20 seketul. Kini, penganan ini banyak dijual dengan
harga 5 ketul RM2.

b. Proses penyediaan makanan tradisional masyarakat Iban


Midin belacan

7
Olivia Louise, Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan, Dimuat Turun 14 Mac 2021,
daripada https://www.slideshare.net/OliverLouiseThePeenuts/kerja-kursus-tingkatan-enam-
sejarah-sejarah-makanan., 2017.
Pertama, relaikan daun-daun midin dan ambil pucuknya dahulu. Cucikan
midin. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis atau udang kering, cili,
dan belacan bersama-sama. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam kuali
dan tumiskan sampai masak. Masukkan midin dan kacaukan. Masukkan sedikit air
dan garam. Tunggu sampai masak dan akhirnya boleh makan.

Ayam Pansuh
Ayam dipotong dan diperap dengan menggunakan bawang putih, halia, serai,
garam dan serbuk perasa. Kemudian, ayam tersebut dimasuk ke dalam buluh yang
telah dibersihkan. Selepas ayam disimpan, tambahkan sedikit air ke dalamnya.
Permukaan buluh tersebut boleh ditutup dengan menggunakan daun ubi kayu.
Tunggu sampai masak dan akhirnya boleh makan.

Penganan
Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke satu bekas dan diayak
bersama. Guna 200 ml air panas, bancuhkan gula apong. Selepas itu, tambahkan air
selebihnya. Air gula apong itu dituangkan ke dalam tepung dan kacau sehingga
sebati. Masukkan garam dan kacaukan. Selepas itu, tapis adunan dan biarkan
selama 8 jam. Dengan menggunakan api perlahan, panaskan minyak masak dan
ambil satu senduk kecil untuk menuangkan adunan di tengah-tengah kuali.
Biarkannya sehingga masak dari tepi ke tengah. Selepas itu, terbalikkannya
sehingga masak.8

b. Pengaruh makanan tradisional masyarakat Iban di Betong terhadap kaum


yang lain
Midin belacan
Di Betong, semua kaum suka makan midin terutamaya kaum Cina. Bukan itu
sahaja, masyarakat Cina juga pandai memasak midin belacan ini dan menjadikannya
sebagai makanan yang selalu dimakan dengan cara penyediaan tersendiri. Ini telah
menjadi sejenis makanan yang biasa dalam kehidupan orang Cina dan Melayu di
Betong.

Ayam Pansuh
Ayam pansuh telah menjadi kegemaran bagi semua kaum di Betong ini
kerana keunikan cara masak menggunakan hasil hutan seperti buluh dan kayu api.
8
Aram Makai, Penganan, Penyaram, Peneram For Beginner [Video]. Dimuat Turun daripada
https://www.youtube.com/watch?v=GcHydXNOG6k., 2020.
Selain itu, ayam pansuh juga merupakan makanan yang sihat kerana tidak
menggunakan bahan kimia mahupun bahan pengawet selain daripada bahan asli.

Penganan

Penganan banyak dijual di Betong terutamanya di pasar tamu. Dengan harga


yang murah dan keenakkan rasanya, semua kaum sangat mengemari kuih ini.
Terdapat banyak kaum yang lain juga selalu membeli kuih ini kerana ia adalah
sangar sedap dan juga mempunyai harga yang murah iaitu RM2 lima ketul. Pada
zaman dahulu, nenek saya juga pandai membuat kuih ini kerana diajar oleh kawan
Ibannya. Nenek saya telah menjualkan penganan di Kedai kopinya. Bukan orang
Cina sahaja, orang Melayu juga pandai membuat penganan yang sedap ini dan
banyak orang Melayu menjual kuih ini di pasar tamu Betong. Jelaslah, pengaruhnya
terhadap kaum lain adalah amat besar.

11.0 Penutup
Kesimpulannya, saya berharap bahawa kajian ini boleh memberi sumbangan
kepada penggayaan bahan sejarah tempatan terutamanya berkenaan dengan topik
masyarakat orang Iban. Saya juga berharap kajian ini membolehkan pengkaji yang
berminat tentang topik ini boleh lebih memahami sejarah makanan tradisional
masyarakat Iban di Betong dengan lebih mendalam.

Rujukan
Aram Makai. (2020). Penganan @ Penyaram @ Peneram For Beginner [Video].
Dimuat Turun daripada https://www.youtube.com/watch?v=GcHydXNOG6k.

Chang Pat Foh, History of Iban settlements around Kuching City. Kuching, Malaysia :
Chang Pat Foh, 2006, hlm.18.

Durin. (2004). Latar Belakang Masyarakat Iban di Sarawak. Dimuat Turun pada 14
Mac 2021, daripada http://studentsrepo.um.edu.my/2872/5/BAB_2.pdf.

Harun, Makmur & Katutu, Buchari. (2015). Mencari Titik Temu Seni Budaya Kaum
Iban Dengan Suku Bugis: Kajian Terhadap Seni dan Budaya Etnik di Nusantara.
10.13140/RG.2.1.3343.0482.

Haslinda Md.Nazri, Aspek Sosial dan Kebudayaan Masyarakat Iban di Sarawak.


Idealogy, 3(2), 2018, hlm 79-90.
Lee Sing Kiat. (2019). Asal Usul Masyarakat Iban Sarawak, Dimuat Turun pada 14
Mac 2021, daripada
https://www.academia.edu/40704338/Asal_Usul_Masyarakat _Iban_Sarawak,.

Noria Tugang. (2014). Pua Identiti dan Budaya Masyarakat Iban. Kuching, Sarawak:
Penerbit Universiti Malaysia Sarawak.

Olivia Louise. (2017). Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan.
Dimuat Turun 14 Mac 2021,
daripadahttps://www.slideshare.net/OliverLouiseThePeenuts/kerja-
kursus-tingkatan-enam-sejarah-sejarah-makanan.

LAMPIRAN
Lampiran 1:Temu bual 1 bersama orang Iban yang bernama Sandra yang
merupakan orang Iban yang berumur 38 tahun yang tinggal di Betong.
Wong: Selamat pagi madam, saya merupakan pelajar dari IPGK Gaya. Saya sedang
menjalankan sebuah kajian dan ingin menemu bual madam tentang tajuk “makanan
tradisional orang Iban”.
Sandra: Selamat pagi.
Wong: Apakah jenis makanan tradisional Iban yang terdapat di Betong?
Sandra: Jenis makanan tradisional yang terdapat di Betong adalah seperti midin
belacan, ayam pansuh, penganan dan lain-lain.
Wong: Apakah asal-usul makanan tradisional tersebut?
Sandra: Pokok midin merupakan tumbuhan semulajadi di kawasan lembap, di
persekitaran tanah gambut yang terdapat di kawasan Betong, ianya dipetik sendiri
dan biasanya dijual dengan harga RM2 seikat. Sayur midin ini sangat popular dan
sedap digoreng dengan belacan. Ayam pansuh adalah sejenis makanan tradisional
yang popular di kalangan kaum Iban. Ayam pansuh mempunyai aroma yang sangat
unik kerana bau buluh yang sangat enak. Penganan pula merupakan kuih tradisional
Iban. Ia sering menjadi hidangan yang wajib terutamanya semasa perayaan Hari
Gawai. Kuih ini diperbuat daripada tepung beras, gula apong, dan beberapa bahan
lain yang dicampur sebati.
Wong: Apakah yang anda paling suka antara makanan tradisional ini? Mengapa?
Sandra: Makanan tradisional yang paling saya suka adalah ayam pansuh. Ayam
yang telah dipotong dan diperap dengan menggunakan bawang putih, halia, serai,
garam dan serbuk agi-no-motor. Kemudian, ayam tersebut dimasuk ke dalam buluh
yang telah dibersihkan. Selepas ayam disimpan, tambahkan sedikit air ke dalamnya.
Permukaan buluh tersebut boleh ditutup dengan menggunakan daun ubi kayu. Ayam
pansuh ini sangat mudah disediakan. Oleh itu, makanan ini menjadi kegemaran
saya. Ia juga sangat sedap dimakan kerana gua ayam tersebut dihasilkan oleh buluh
itu sendiri.
Wong: Pada pendapat anda, apakah pengaruhnya terhadap kaum lain di Betong?
Sandra: Pada pendapat saya, ayam pansuh telah kegemaran bagi semua kaum di
Betong. Hal ini kerana keunikan cara masak menggunakan hasil hutan seperti buluh
dan kayu api. Selain itu, ayam pansuh juga merupakan makanan yang sihat kerana
tidak menggunakan bahan kimia mahupun bahan pengawet selain daripada bahan
asli. Bagi kuih penganan pula, ia banyak dijual di pasat tamu dengan harga yang
murah dan keenakan rasanya, buat semua kaum sangat mengemari kuih ini. Bagi
sayur midin pula, semua kaum terutamanya kaum Cina juga pandai masak dengan
cara tersendiri.
Wong: Terima kasih madam, itu sahaja daripada soalan temu bual saya.
Sandra: Sama-sama.

Lampiran 2: Temu bual 2 bersama orang Cina yang bernama Sim Cheng Hua
yang merupakan orang Cina yang berumur 79 tahun yang tinggal di Betong.

Wong: Saya merupakan pelajar dari IPGK Gaya. Saya sedang menjalankan sebuah
kajian dan ingin menemu bual madam tentang tajuk “makanan tradisional orang
Iban”.
Sim: Selamat pagi.
Wong: Bolehkah anda berkongsi tentang sejarah makanan tradisional masyarakat
Iban di Betong ini seperti midin belacan, ayam pansuh dan penganan?
Sim: Pada zaman dahulu, sayur midin mempunyai harga yang sangat murah di
Betong iaitu RM0.50 seikat tetapi sekarang telah naik harga menjadi RM2 seikat.
Midin belacan ini sedap dimakan. Mereka akan menggunakan belacan, bawang putih
dan merah, ikan bilis, udang kering, cili dan lain-lain untuk memasakkannya. Bahan-
bahan tersebut akan ditumis dan digoreng bersama sayur midin dan akhirnya sedap
dimakan. Pada zaman dahulu, kami akan pergi ke kawasan pedalaman untuk
memetik sayur midin ini yang tumbuh meliar. Kini, kita juga boleh mejumpai sayur ini
di tepi jalan. Ayam pansuh pula, mereka akan menggunakan ayam dan masukkan ke
dalam buluh bersama-sama beberapa bahan. Pada zaman dahulu, ayam pansuh ini
mula dijual oleh orang Iban. Saya juga pernah menjual kuih penganan ini di kedai
kopi saya. Penganan ini dijual dengan harga RM0.50 seketul pada zaman dahulu.
Kini, kuih ini banyak dijual di pasat tamu dengan harga 5 ketul RM2.

Wong: Pada pendapat anda, apakah pengaruhnya terhadap kaum lain di Betong ini?
Sim: Saya juga sentiasa membeli sayur midin daripada kaum lain untuk memasak
kerana ianya sangat sedap. Saya masak midin ini bersama belacan, cili atau tuak
merah. Sekiranya orang Cina ingin memakan ayam pansuh, kami akan membeli
daripada orang Iban atau orang Melayu. Ayam pansuh adalah sangat sedap dan
juga sihat. Maka, banyak orang Cina juga mengemari makanan ini. Bagi penganan
pula, saya jarang membuat kuih itu pada kebelakangan ini. Pada masa ini, apabila
saya ingin memakan kuih penganan, saya akan membeli kuih ini di pasar tamu.
Terdapat banyak orang Melayu juga pandai membuat kuih penganan ini. Pada
zaman dahulu, saya sentiasa jual kuih ini. Terdapat seorang kawan yang berkaum
Iban telah mengajar saya cara membuat kuih ini. Pada pendapat saya, makanan-
makanan ini telah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan masyarakat Cina.
Wong: Terima kasih madam, itu sahaja daripada soalan temu bual saya.
Sim: Sama-sama, harap membantu.
Lampiran 3: Midin belacan
Lampiran 4: Ayam Pansuh

Lampiran 5: Penganan

You might also like