Peraturan Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERATURAN SEKOLAH

1.0 PAKAIAN SERAGAM DAN PENAMPILAN MURID

1.1 Pakaian seragam hendaklah sentiasa bersih dan kemas.


1.2 Pakaian seragam sekolah bagi murid:-
1.2.1 Lelaki : kemeja putih & seluar biru gelap
1.2.2 Perempuan: kemeja putih & pinafore (baju biru gelap)
1.2.3 Pengawas Sekolah:
 Lelaki :- kemeja biru berlengan pendek, seluar biru gelap &
Vest biru gelap
 Perempuan:- kemeja biru berlengan pendek, “skrit” biru gelap
& Vest biru gelap
1.2.4 Pengawas Perpustakaan :
 Lelaki :- kemeja ungu berlengan pendek & seluar biru gelap.
 Perempuan:- kemeja ungu berlengan pendek & pinafore.

1.3 Kasut dan stoking hendaklah berwarna hitam.


1.4 Pakaian sukan wajib dipakai pada hari Pendidikan Jasmani.
1.5 Tanda nama dan lencana sekolah mestilah sentiasa dipakai.

 Lencana sekolah hendaklah dijahit di atas tanda nama murid.


 Tanda nama murid dijahit dan berada di bawah lencana sekolah.
 Bahagian poket hendaklah dibiarkan kosong.

1.6 Penampilan murid:


1.6.1 Rambut murid lelaki
 Di belakang: Rambut jatuh tidak melebihi garisan di bawah
cuping
dua telinga.
 Di depan : Rambut tidak melebihi garisan tengah dahi.
 Di sebelah : Rambut tidak boleh menutup kedua-dua telinga
atau
sebahagian daripadanya dan “sideburn”
melebihi
garisan tengah hidung.
 Di atas : Rambut tidak boleh melebihi daripada 6”
panjang.
 Cara pemotongan rambut : 3-2-1.

1.6.2 Rambut murid perempuan


 Rambut hendaklah jangan sehingga jatuh ke bahu.
 Jika berambut panjang dinasihatkan mengikat rambut masing-
masing supaya tidak jatuh ke bahu.
 Ikatan rambut sebagai tocang (plait) atau “ponytail” boleh
dibenarkan.
 Warna riben/getah rambut mestilah berwarna hitam,putih atau
biru tua.
2.0 KAWASAN SEKOLAH
2.1 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan larangan seperti Bilik Guru, Pejabat
Sekolah, Bilik-bilik Khas kecuali ada urusan.
2.2 Murid-murid tidak dibenarkan berada atau bermain di kawasan merbahaya seperti
tempat-tempat curam, di tepi pagar sekolah dan sebagainya.
2.3 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa pengetahuan guru.
2.4 Murid-murid tidak dibenarkan masuk kawasan sekolah di hari-hari kelepasan cuti am dan
lepas waktu sekolah.
2.5 Dilarang berjumpa ibu bapa atau orang luar tampa pengetahuan guru atau pengawal
sekolah.
2.6 Dilarang memanjat pagar sekolah. Gunakan pintu yang disediakan.
2.7 Murid tidak dibenarkan berada di pondok pengawal.
2.8 Murid-murid di larang membawa makanan dari luar dan menjual di dalam kawasan
sekolah.
2.9 Kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
2.10Ibu bapa dilarang masuk ke dalam kelas tanpa urusan rasmi sekolah.
2.11Ibu bapa / penjaga dibenarkan membawa balik murid melalui pintu masuk belakang
( tempat menunggu bas).

3.0 KEBERSIHAN
3.1 Bilik Darjah hendaklah sentiasa bersih, kemas dan ceria.
3.2 Murid tidak dibenarkan menconteng dan mengotorkan dinding bilik darjah.
3.3 Murid tidak dibenarkan merosakkan peralatan di dalam dan luar bilik darjah.
3.4 Jangan biarkan sampah bertaburan di dalam dan di luar bilik darjah. Buang sampah di
tempat yang disediakan.
3.5 Kebersihan tandas hendaklah sentiasa dijaga dan digunakan dengan betul dan
sempurna . Tidak dibenarkan membawa makanan atau bekas makanan dan botol air ke
dalam tandas.
3.6 Perlu menjaga kebersihan semasa berada di bilik-bilik khas, kantin serta di sekitar
sekolah.

4.0 KESELAMATAN
4.1 Murid-murid hendaklah sentiasa berbaris apabila masuk dan keluar bilik darjah.
4.2 Sewaktu melintas jalan raya sentiasa mematuhi arahan pengawal dan guru bertugas.
4.3 Perlu beratur mengikut kelas di kantin setelah loceng pertama dibunyikan (waktu rehat)
dan bersedia untuk bergerak ke kelas masing-masing.
4.4 Gunakan garis kuning di kaki lima sewaktu keluar dan masuk ke kelas.
4.5 Gunakan tangga yang di tetapkan sewaktu naik ke kelas dan turun dari kelas. Pada
waktu Kecemasan ikut Petunjuk Pelan Kecemasan.
4.6 Dilarang menggunakan kaki lima tingkat satu berhampiran dengan pejabat melainkan
dibenarkan oleh para guru. (waktu-waktu tertentu sahaja)
4.7 Murid-murid dilarang membawa benda-benda tajam dan berharga ke sekolah.
4.8 Ibu bapa / penjaga perlu mendapatkan kebenaran dari pihak pentadbir sekiranya
membawa balik anak yang kurang sihat atau urusan peribadi.
5.0 KESIHATAN
5.1 Harus maklumkan kepada guru kelas/ guru mata pelajaran/ GPK HEM jika tidak
sihat ketika berada di sekolah.
5.2 Jika didapati kurang sihat dan tidak dapat belajar sebelum datang ke sekolah,
dinasihatkan agar maklumkan kepada pihak sekolah dan dapatkan surat cuti sakit dari
doktor.
5.3 Jika ada masalah kesihatan harus maklumkan kepada guru kelas.
5.4 Tidak dibenarkan membawa ubat dari rumah tanpa pengetahuan pihak sekolah.

6.0 TINGKAHLAKU
6.1 Hendaklah sentiasa menepati waktu hadir ke sekolah..
6.2 Perlu berkelakuan baik. Dilarang berlari, mengejar kawan, bergaduh, membuli kawan,
merosakkan hartabenda sekolah atau mencuri.
6.3 Hendaklah sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain.
6.4 Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah kepada rakan, guru dan kakitangan
sekolah.
6.5 Dilarang masuk ke kelas, ke bilik-bilik khas tanpa kebenaran.
6.6 Dilarang berada di luar bilik darjah ketika guru sedang mengajar (ponteng kelas).
6.7 Perlu menggunakan Pas Keluar ketika ke tandas atau berurus dengan guru- luar bilik
darjah.
6.8 Dilarang mengambil peralatan kawan tanpa pengetahuannya.
6.9 Serahkan benda atau barang yang ditemui kepada guru sekiranya tidak tahu tuannya.
6.10Dilarang menconteng atau mengkotorkan dinding sekolah.
6.11Dilarang makan di dalam kelas.

7.0 KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH


7.1 Segera maklumkan kepada pihak sekolah.
7.2 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah mesti ada kebenaran dari doctor sijil cuti sakit
atau surat pemberitahuan dari ibu bapa / penjaga.
7.3 Maklumkan kepada pihak sekolah secara bertulis sekiranya hendak ke luar negara.
(Tidak dibenarkan mengambil cuti pada hari persekolahan)

8.0 KETUA DARJAH/ PENOLONG KETUA DARJAH/ PENGAWAS


8.1 Perlu menunjukkan teladan yang baik.
8.2 Arahan dari mereka hendaklah sentiasa dipatuhi.

9.0 KEGIATAN KOKURIKULUM


9.1 Murid tahap dua wajib hadirkan diri ke aktiviti kokurikulum.
9.2 Berpakaian sukan/ badan beruniform.

10.0 PERHIMPUNAN
10.1 Semua murid wajib hadir. (Murid Pra – Murid Tahun 6)

You might also like