Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PENUTUP

Hari Anugerah Kokurikulum diadakan pada 30 Oktober 2014 bertempat di Dewan Terbuka SMK
Desa Petaling. Hari Anugerah ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang
terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum dan telah memberi sumbangan kepada sekolah. Di
samping itu, Hari Anugerah Kokurikulum ini juga bermatlamat untuk menggalakkan perkembangan
sahsiah dan potensi pelajar untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berdisiplin dan
berdaya saing.

Hari Anugerah kokurikulum ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan sekolah yang
diadakan bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum sejajar dengan slogan satu
murid satu sukan pada masa kini. Memberi penekanan dalam bidang kokurikulum dan sukan serta
penerapan pelbagai kemahiran dalam kalangan pelajar merupakan aspek penting yang menjadi agenda
pihak sekolah untuk melahirkan generasi pewaris kepimpinan negara yang memiliki semangat satu
Malaysia dan semangat kesukanan yang tinggi.

Secara keseluruhan, Hari Anugerah Kokurikulum ini telah berjalan dengan lancar dan telah
dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Persembahan pelajar pada tahun ini sangat baik dengan gabungan
persembahan yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Semua guru dan pelajar juga
memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan Hari Anugerah Kokurikulum pada
tahun ini. Semoga program ini akan bertambah maju dan terus cemerlang dalam memartabatkan
Pendidikan Malaysia khasnya dalam bidang kokurikulum dan sukan.

Disediakan oleh,

……………………………..
Noor Adila Binti Adnar

Disahkan oleh,

………………………………..

You might also like