Kertas Kerja Kirana Sekuba2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

PROGRAM KIRANA
TAHUN 2022

YBrs. Puan Azian Binti Sali,

PROGRAM KIRANA

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

2.1 Persekitaran kelas Pemulihan Khas yang cantik, elok dan indah (KIRANA) dapat memberangsang
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan
mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah.

2.2 Murid dari kelas pemulihan banyak dikaitkan dengan daya kognitif yang lemah dan perlu dipulihkan di
kelas pemulihan khas bersama guru Pemulihan Khas yang akan melaksanakan bimbingan berfokus mengikut
aras kemahiran murid dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik dalam satu tempoh tertentu.

2.3 SK Kuala Kubu Bharu Dua juga terlibat sebagai sekolah TS25, yang mana salah satu objektif utamanya
ialah “Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana biiik
darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang
cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid”.

2.4 Oleh yang demikian, Program Kirana ini dilihat menjadi salah satu pelengkap untuk Program TS25 yang
sedang dilaksanakan di SK Kuala Kubu Bharu Dua ini.

3. OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang cantik, elok dan indah (KIRANA)
dengan memaksimumkan penggunaan sudut bacaan dan bahan mengajar dalam kelas Pemulihan Khas.

3.2 Menjadikan suasana bilik Pemulihan Khas lebih efektif dan kondusif bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kelas Pemulihan Khas selari dengan kehendak Program
Transformasi Sekolah (TS25)
4. KUMPULAN SASAR
Murid Kelas Pemulihan Khas Tahun 2 hingga Tahun 6

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : Bulan Ogos hingga November 2022
Tempat : Kelas Pemulihan Khas SK Kuala Kubu Bharu Dua.

6. JAWATANKUASA KERJA
- Unit Program Pemulihan Khas SK Kuala Kubu Bharu Dua.

7. IMPLIKASI KEWANGAN

CADANGAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH

1 B-MEC-003 1 SET RM 88 RM 88

WHITE BOARD FLASH CARD A4

2 B-MEC-0001 1 SET RM 60 RM 60

KAD IMBAS PANJANG

3 MM-0044 1 SET RM 145 RM 145

BASE TEN BLOCK

CAT PLAKA 5 BEKAS RM 35 RM 175

5 7 LITER JENAMA RM 78 RM 78
MALTEX
CAT DINDING (PUTIH)

6 CAT KAYU (PINTU) 2 LITER JENAMA RM 39 RM 78


NIPPON

JUMLAH RM 624
9. PENUTUP
Kertas Cadangan untuk mengadakan Program KIRANA dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

…………………………………………………………………… ……………………………………………………………………

Nama: FAKHRUZZAMAN BIN RAMLI Nama: PUAN AZIAN BINTI SALI


Jawatan: GURU PEMULIHAN KHAS Jawatan: GURU BESAR
Nama Sekolah: SK KUALA KUBU BHARU DUA Nama Sekolah:SK KUALA KUBU BHARU DUA
Tarikh: 23.8.2022 Tarikh: 23.8.2022
KERTAS CADANGAN PROGRAM KIRANA

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM KIRANA

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM KIRANA

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

_____________________
(PUAN AZIAN BINTI SALI)
(GURU BESAR)
(SK KUALA KUBU BHARU DUA)
Tarikh:

You might also like