3 - Manual PBD Sains Tingkatan 4 Dan 5

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

SAINS TINGKATAN 4 DAN 5

PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

UNIT SAINS MENENGAH


SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

PENGENALAN
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid. PBD lebih bersifat formatif iaitu
mengutamakan kemajuan setiap murid dan membantu guru membuat diagnostik bagi
mengesan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa. Melalui PBD guru
dapat:
• Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
• Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
• Merancang dan mengubahsuai kaedah pengajarannya
• Menetahui keberkesanan pengajarannya
• Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

PBD adalah proses pengumpulan maklumat melalui pelbagai sumber seperti kerja rumah,
pembentangan, kerja projek, ujian dan sebagainya. Pentaksiran ialah satu kayu pengukur
untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran
dan mengamalkan nilai di samping menilai keberkesanan PdP guru. Pentaksiran juga
menyokong pembelajaran murid dan memberi maklum balas yang berguna kepada pihak
berkepentingan seperti pentadbir, guru dan ibu bapa atau penjaga tentang perkembangan
murid.

JENIS PENTAKSIRAN
Pentaksiran dalam KSSM terdiri daripada empat komponen:
• Pentaksiran Bilik Darjah (PBD); (Bahagian Pembangunan Kurikulum)
• Pentaksiran Pusat; (Lembaga Peperiksaan)
• Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum, (Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian)
• Pentaksiran Psikometrik.(Bahagian Kaunseling)

1
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

PENTAKSIRAN FORMATIF
Pentaksiran formatif adalah untuk memantau pembelajaran murid bagi mendapatkan
maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid.

1. Guru mereka bentuk instrumen pentaksiran yang sah dan boleh dipercayai serta
autentik.
2. Maklumat yang dikumpul melalui pentaksiran formatif seharusnya membantu guru
membuat diagnostik bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
mencapai sesuatu Standard Kandungan (SK) bagi sesuatu mata pelajaran.
3. Pentaksiran yang menyeluruh perlu dirancang dengan baik dan dijalankan secara
berterusan sebagai sebahagian daripada aktiviti di bilik darjah.

PENTAKSIRAN SUMATIF
Pentaksiran sumatif pula adalah untuk menilai pembelajaran murid dengan SK bagi
sesuatu mata pelajaran.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN
Dalam usaha memastikan pentaksiran membantu meningkatkan keupayaan dan pencapaian
murid, guru harus menggunakan strategi pentaksiran yang berikut:
• pelbagai bentuk.
• adil kepada semua murid.
• mengambilkira pelbagai aras kognitif membolehkan murid mempamerkan pelbagai
keupayaan pembelajaran.
• mengambilkira pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid dan
mentaksir sejauh mana mereka fahami

Pentaksiran bagi mata pelajaran sains dilaksanakan bersandarkan tiga domain utama iaitu
pengetahuan, kemahiran dan nilai.

2
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

Bagaimana mentaksir Domain Pengetahuan?

Pentaksiran domain pengetahuan dalam sesuatu tema disertakan pengintegrasian proses


kemahiran sains bertujuan melihat sejauh mana murid memahami SK tertentu secara
menyeluruh dan holistik.

1. Setiap bidang pembelajaran mesti ditaksir dan diberi nilai tahap penguasaan
berdasarkan Standard Prestasi di bahagian akhir setiap tema dalam DSKP Sains
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
2. Pentaksiran domain pengetahuan boleh dilaksanakan semasa PdP di mana-mana
peringkat yang sesuai dalam kitar pembelajaran 5E, atau mana-mana strategi inkuiri
yang digunakan.
3. Pentaksiran domain pengetahuan juga boleh dilaksanakan diakhir PdP.
4. Guru perlu merekod nilai tahap penguasaan terbaik bagi setiap Tema pembelajaran
ke dalam borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum seperti di bawah.
5. Murid diberi peluang mengulang untuk menambahbaik tahap penguasaan masing
masing.
6. Perekodan tahap penguasaan murid boleh disimpan oleh guru sama ada dalam
bentuk Hard copy dan soft copy untuk memantau perkembangan pembelajaran
murid dan juga untuk rujukan pihak yang berkepentingan.

3
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi pengetahuan ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 9: Tafsiran Tahap Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran

TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN

1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran asas sains.

2 Memahami pengetahuan dan kemahiran sains serta dapat menjelaskan


kefahaman tersebut.

3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains untuk


melaksanakan tugasan mudah.

4 Menganalisis pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks


penyelesaian masalah.

5 Menilai pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks penyelesaian


masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan.
6 Mereka cipta menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains dalam
konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau dalam
melaksanakan satu tugasan dalam situasi baru secara kreatif dan inovatif.

*Sumber DSKP SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 Jadual 9: muka surat 34

4
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

Bagaimana mentaksir Domain Penyiasatan Saintifik atau


Eksperimen?
1. Semua eksperimen dalam ruang catatan DSKP KSSM Sains Tingkatan 4 dan 5
WAJIB dilaksanakan.

Jadual 10a: Senarai Penyiasatan Saintifik/Eksperimen bagi KSSM Sains Tingkatan 4

TEMA EKSPERIMEN

KESELAMATAN 3.2.2 Menjalankan eksperimen bagi menentukan kadar


DAN KESIHATAN denyutan nadi manusia.

6.1.6 Menjalankan eksperimen untuk


PENYENGGARAAN
membandingkan kekuatan tulang yang padat dan
DAN
tulang yang berongga.
KESINAMBUNGAN
6.3.4 Menjalankan eksperimen untuk mendapatkan pola
HIDUP
pertumbuhan tumbuhan.

PENEROKAAN 9.1.2 Menjalankan eksperimen untuk


UNSUR DALAM membanding ciri-ciri aloi dan logam tulennya.
ALAM
11.3.1 Menjalankan eksperimen untuk menentukan nilai
TENAGA DAN pecutan graviti bumi, g.
KELESTARIAN 11.3.3 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji keadaan jatuh
HIDUP bebas dan bukan jatuh bebas.

11.4.3 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan


antara jisim dan inersia.

*Sumber DSKP SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 Jadual 10a: muka surat 34

5
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

Jadual 10b: Senarai Penyiasatan Saintifik/Eksperimen bagi KSSM Sains Tingkatan 5

TEMA EKSPERIMEN

Menjalankan eksperimen menunjukkan kewujudan


1.1.2
mikroorganisma.
Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang
1.1.3
mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.
PENYENGGARAAN
DAN Menjalankan eksperimen mengkaji kesan antibiotik terhadap
1.3.3
KESINAMBUNGAN pertumbuhan bakteria.
HIDUP Menjalankan eksperimen untuk menganggarkan nilai kalori
2.1.2
dalam sampel makanan.

Menjalankan eksperimen mengenai kesan kekurangan


2.2.2
makronutrien kepada tumbuhan.

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang


PENEROKAAN 4.2.1
mempengaruhi kadar tindak balas.
UNSUR DALAM
ALAM Menjalankan eksperimen untuk menghasilkan sabun
5.5.9
melalui proses saponifikasi.

*Sumber DSKP SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 Jadual 10b: muka surat 35

2. Laporan MESTI DITULIS oleh murid bagi setiap eksperimen yang dilaksanakan.
3. Setiap laporan eksperimen mesti ditaksir dan diberi nilai tahap penguasaan
berdasarkan jadual 11 Rubrik Penyiasatan Saintifik (muka surat 35 DSKP Sains
Tingkatan 4 dan 5)
4. Guru hanya perlu merekod 1 nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 1 dan 1
lagi nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 2.

5. Rekodkan tahap penguasaan murid ke dalam borang pelaporan excel yang telah
disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah

6
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi Penyiasatan Saintifik ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Rubrik Penyiasatan Saintifik

TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
 Merancang strategi dan prosedur yang kurang tepat dalam penyiasatan
saintifik.
 Menggunakan bahan dan peralatan sains yang kurang sesuai untuk
1
menjalankan penyiasatan saintifik.
 Tiada data dikumpul dan direkodkan.
 Tiada penerangan atau penerangan sukar difahami.

 Merancang strategi dan prosedur yang betul dalam penyiasatan saintifik


dengan bimbingan.

2  Menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai.


 Mengumpul dan merekod data yang tidak lengkap atau tidak relevan.
 Membuat interpretasi dan kesimpulan yang tidak bersandar kepada data
yang dikumpul.

7
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
 Merancang dan melaksanakan strategi dan prosedur yang betul dalam
penyiasatan saintifik dengan bimbingan.
 Menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai dan betul.
 Mengumpul dan merekodkan data yang relevan.
3  Mengorganisasikan data dalam bentuk numerikal atau visual dengan
sedikit ralat.
 Membuat interpretasi dan kesimpulan yang bersandar kepada data
yang dikumpul.
 Menulis laporan penyiasatan saintifik yang kurang lengkap.

 Merancang dan melaksanakan strategi dan prosedur yang betul dalam


penyiasatan saintifik.
 Mengendali dan menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai
dan betul untuk mendapatkan keputusan yang jitu.
 Mengumpul data yang relevan dan merekodkan dalam format yang
4 sesuai.
 Mengorganisasikan data dalam bentuk numerikal atau visual dengan
tiada ralat.
 Membuat interpretasi data dan kesimpulan yang tepat dengan tujuan
penyiasatan.
 Menulis laporan penyiasatan saintifik yang lengkap.
 Menjalankan penyiasatan saintifik dan menulis laporan yang lengkap.
 Mengumpul, mengorganisasikan dan mempersembahkan data dalam
bentuk numerikal atau visual dengan baik.
5
 Menginterpretasi data dan kesimpulan yang tepat dengan penaakulan
saintifik.
 Mengenal pasti trend, pola dan hubungan data.

 Menjustifikasikan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan teori, prinsip


dan hukum sains dalam membuat pelaporan.

6  Menilai dan mencadangkan penambahbaikan kepada kaedah


penyiasatan dan kaedah inkuiri lanjutan apabila perlu.
 Membincangkan kesahan data dan mencadangkan penambahbaikan
kaedah pengumpulan data.

*Sumber DSKP SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 Jadual 11: muka surat 36

8
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

RINGKASAN RUBRIK PENYIASATAN SAINTIFIK/EKSPERIMEN


Senarai Semak Pelaksanaan Eksperimen untuk menentukan Tahap Penguasaan

PERKARA TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
Merancang Tujuan penyiasatan      
eksperimen
Hipotesis      

Semua pembolehubah
terlibat     

Bahan dan radas     


Kaedah atau teknik     
Menjalankan Menggunakan radas
eksperimen mengikut perancangan     
yang telah dibuat
Membersihkan dan
menyimpan radas     

Mengumpul Membina jadual dengan


dan merekod pembolehubah yang
data/ dimanipulasi dan    
pemerhatian pemboleh ubah yang
bergerak balas

Melengkapkan jadual 
dengan data yang betul
atau pemerhatian
  
pembolehubah yang Kurang
bergerak balas.
tepat
Mentafsir data Menulis perbincangan
Membuat atau melukis graf yang
kesimpulan menyokong data    
terkumpul

Menyatakan sama ada


hipotesis diterima atau
   
ditolak

Membuat rumusan
daripada eksperimen
dengan    
betul

Menjustifikasikan dapatan   
penyiasatan dengan
mengaitkan teori, prinsip
dan hukum sains dalam
membuat pelaporan.

9
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

PERKARA TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
Menilai dan
mencadangkan
penambahbaikan kepada
kaedah penyiasatan dan  
kaedah inkuiri lanjutan
apabila perlu

Membincangkan kesahan
data dan mencadangkan
penambahbaikan kaedah

pengumpulan data.

Bagaimana mentaksir Domain Sikap Saintifik dan Nilai Murni?

1. Rubrik sikap saintifik dan nilai murni lebih kepada mengukur pengetahuan
epistemik murid terhadap sains
10
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

2. Pentaksiran sikap saintifik dan nilai murni boleh dilaksanakan semasa;  Sesi
pembentangan atau perkongsian laporan penyiasatan saintifik.
• Sesi pembentangan hasil pembelajaran berasaskan projek.
• Sesi soal jawab/ dialog/ perbincangan semasa pdp.dan sebagainya.
3. Guru hanya perlu merekod 1 nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 1 dan 1
lagi nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 2.
4. Rekodkan tahap penguasaan murid ke dalam borang pelaporan excel yang telah
disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi Sikap Saintifik dan Nilai Murni ditunjukkan
dalam Jadual 12.
Jadual 12: Tafsiran Tahap Penguasaan Sikap Saintifik dan
Nilai Murni

11
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid belum berkebolehan untuk:

 Menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk


menyelesaikan masalah.
1
 Menyatakan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan
sesuatu masalah atau isu tertentu.
 Menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi.
 Mendokumentasikan sumber maklumat yang digunakan.
Murid kurang berkebolehan untuk:

 Menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk


menyelesaikan masalah.
2
 Menyatakan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan
sesuatu masalah atau isu tertentu.
 Menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi.
 Mendokumentasikan sumber maklumat yang digunakan.
Murid berkebolehan:

 Menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk


menyelesaikan masalah.

3  Menyatakan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan


sesuatu masalah atau isu tertentu.
 Menggunakan bahasa saintifik yang terhad untuk
berkomunikasi.
 Mendokumentasikan sedikit sumber maklumat yang digunakan.
Murid berkebolehan:
 Menentukan bagaimana sains digunakan untuk menangani
masalah atau isu tertentu.
 Menentukan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan
4
sesuatu masalah atau isu tertentu.
 Selalu menggunakan bahasa saintifik yang mencukupi untuk
berkomunikasi.
 Mendokumentasikan sebahagian daripada sumber maklumat yang
digunakan.

Murid berkebolehan:
5  Merumuskan bagaimana sains digunakan untuk menangani

12
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
masalah atau isu tertentu.
 Merumus implikasi sesuatu masalah atau isu tertentu.
 Sentiasa menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi
dengan baik.
 Mendokumentasikan hampir kesemua sumber maklumat yang
digunakan.

Murid berkebolehan:
 Merumuskan bagaimana sains digunakan untuk menangani
masalah atau isu tertentu.
 Membincang dan menganalisis implikasi sains untuk
6
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu.
 Sentiasa menggunakan bahasa saintifik secara konsisten untuk
berkomunikasi dengan jelas dan tepat.
 Mendokumentasikan sumber maklumat dengan lengkap.
 Menjadi ‘role model’ kepada murid lain.

*Sumber DSKP SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 Jadual 12: muka surat 37

Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based Learning, PBL)


1. Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu
tujuan tertentu.
2. Projek mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang
formal untuk dilengkapkan.

13
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

3. PBL bersifat pembelajaran aktif dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Murid boleh
mengeksploitasi lebih daripada apa yang ditulis dalam standard pembelajaran.
4. Jumlah markah peperiksaan akhir tahun.mengambil kira daripada 20% markah akhir
tahun bagi SATU kerja projek yang terbaik.
5. Kerja projek mesti menyelesaikan suatu masalah yang autentik, Hasil projek boleh
dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan
murid lain.
6. Guru perlu jelas perbezaan antara problem-based learning dan project-based
learning.
Problem-based learning teaches to the standards,
Project-based learning teaches student to apply the standards.

7. Guru perlu merekod DUA keputusan penilaian kerja projek yang terbaik ke dalam
borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum seperti di bawah

Tahap Penguasaan Keseluruhan


Tahap penguasaan keseluruhan perlu ditentukan bagi memberi satu nilai tahap penguasaan
murid pada akhir sesi persekolahan.Tahap penguasaan keseluruhan ini merangkumi
aspek kandungan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Untuk itu,
guru perlu menilai murid secara kolektif dan holistik dengan melihat semua aspek semasa

14
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

proses pembelajaran murid secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti pencapaian
dalam ujian topikal, pemerhatian, latihan, pembentangan, respon murid secara lisan, kerja
projek berkumpulan dan sebagainya. Guru boleh membuat pertimbangan profesional untuk
memberi satu nilai tahap penguasaan keseluruhan murid berdasarkan pengalaman guru
bersama murid, kebijaksanaan serta melalui perbincangan bersama rakan sejawat. Guru
boleh menyediakan rubrik bagi tahap penguasaan keseluruhan murid yang diajar.

Jadual 13: Pernyataan Tahap Penguasaan Keseluruhan

15
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM 2019

TAHAP TAFSIRAN

1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas


(Tahu) atau memberi respons terhadap perkara yang asas dalam sains.

2 Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu


(Tahu dan faham) perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi secara saintifik.

3
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
(Tahu, faham dan
kemahiran pada suatu situasi secara saintifik.
boleh buat)
4
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu
(Tahu, faham dan
kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara
boleh buat dengan
analitik dan sistematik secara saintifik.
beradab)
5
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu
(Tahu, faham dan
kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau
boleh buat dengan
secara sistematik serta tekal dan bersikap positif secara saintifik.
beradab terpuji)

6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia


(Tahu, faham dan ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik,
boleh buat dengan bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu
beradab mithali) serta boleh dicontohi secara saintifik.

*Sumber DSKP SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 Jadual 13: muka surat 39

16

You might also like