Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ISAP MURNI

25150 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
TEL : 09-5361493
Cea4098.smksgim@gmail.com FAKS: 09-5361537

Ruj Kami : SMKSGISM 100 – 9/2/2 ( )


Tarikh : 11 Oktober 2022
14 Rabiul Awal 1444
EN ABDUL HALIM BIN ABDUL KARIM
KETUA JABATAN SYARIAH,
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH(UNIPSAS)
KM8 JALAN GAMBANG
25150 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERIGKAT SEKOLAH,


SMK SUNGAI ISAP MURNI BAGI TAHUN 2022

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Program Maulidur Rasul seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Oktober 2022 (Rabu)


Masa : 8.45.Pagi
Tempat : Gapura Bestari SMK Sungai Isap Murni

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati menjemput tuan bagi menyampaikan
ceramah berkaitan Sambutan Maulidur Rasul.

4. Pihak Sekolah sangat mengharapkan tuan sudi memenuhi undangan bagi menjayakan program
kali ini.Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului setinggi peneghargaan dan ucapan
terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

NORASNIDA BINTI MOHD ARIF


Pengetua
SMK Sungai Isap Murni

Sk
Fail timbul

You might also like