Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Asas Perbarisan

Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak.
Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya
sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini,
terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan.
Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat.
Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada
kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk
baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’.
Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm
hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke
penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.
Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti
kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan
jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke
tubuh.
Rehatkan Diri
Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras
pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.
Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu
melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan
hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak
kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki
kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama
angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan
barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang
sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut
menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di
sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila
barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam.
Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak
palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.
Ke Kanan Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan
hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan
dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Ke Kiri Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan
hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan
dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.
Ke Belakang Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah
pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam
kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung
kaki kiri.
Buka Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan
belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan.
Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua
langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak
kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap
yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada
dalam kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua
langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak
kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Langkah Ke Sebelah
Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke
sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila
mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan
meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan
hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri
disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri
supaya dalam kedudukan sedia.
Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat
pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin
dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:-
Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri.
Keluar Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti
seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3
langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman
diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3
langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
HUKUMAN KAWAD
1. Baris, baris sedia…
2. Baris, senang diri….
3. Rehatkan diri…..
4. Scout….
1. Luruskan barisan,
2. Scout,
3. Buka barisan, Gerak…,
1. Ke kanan lurus,
2.Pandang depan….,
1. Bergerak ke kanan, kanan sing..,
2. Menghadap kehadapan, kiri Sing…,
1. Bergerak ke kiri, kiri Sing…,
2. Menghadap kehadapan, kanan Sing…,
1. Menghadap kebelakang, belakang sing…,
2. Menghadap ke hadapan, belakang sing…,
1. Dua langkah ke kiri, Gerak…,
1. Tutup barisan, Gerak…,
2. Keluar……….Baris.

You might also like