Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pengenalan

Waheeda melayari laman sesawang berkaitan kecantikan dan pembedahan kosmetik

Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang
bertujuan untuk membaiki, memulih dan menjaga kekemasan diri

Perkembangan
Monyet belanda telah menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut

Monyet tersebut telah menyerang dan menggigit muka Waheeda

Waheeda dibawa ke hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr. Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan
hidung Waheeda

Waheeda ke Singapura untuk bertemu dengan Dr. Alma Hollis Chen yang bertugas di Silicon Medical
center (SMC) yang akan menguruskan proses pembedahan mata dan hidungnya.

Waheeda menjalani pembedahan pembetulan pada kelopak matanya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim
Ghazizadeh manakala pembedahan hidungnya dijalankan oleh Dr Averroes atau Dr. Rushdi

Perumitan

Halloway dan Dr. Rushdi membuat kejutan mengunjungi penginapan Waheeda di Matang dan
kedatangan mereka mencetuskan rasa cemburu suaminya

Waheeda telah berbual panjang dan lama sehingga menimbulkan krisis antara Zahid dengan Waheeda
kerana cemburu dan Zahid tidak pulang ke bilik tidurnya

Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eksklusif Hospital Pakar Normah, Zahid tidak
datang menjenguk bayinya.

Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya dan Waheeda telah meminta dan merayu
suaminya melihat hasil laporan DNA.

Klimaks

Zahid menceraikan Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiga.

Waheeda mengalami masalah kemurungan dan meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam keran dia
terlalu mencintai suaminya

Peleraian

Ghazi dan Raidah menemani Waheeda ke Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Kuala Lumpur untuk
mendapatkan khidmat rawatan dan kaunseling

Waheeda dan Ghazi telah membeli dan mengusahakan Chalet Iwani-Iwani milik Pak Cik Aziz yang
terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah

Selepas 20 tahun, Zahid dan Aiman secara kebetulan menginap di chalet Aya-Sajinah dan bersembang
tentang pelbagai perkara termasuk perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam.

Zahid apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izaati merupakan anak kandungnya dan
Waheeda, ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas
kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan
perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan bapanya, Zahid.
Teknik Plot

Imbas kembali –

Waheeda terkenang kata-kata semangat ayahnya semasa dalam kereta dalam perjalanan pulang dari
banglo mewah Pak Cik Aziz, mengatakan bahawa insan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal

Imbas muka – Semasa menantikan kedatanagn doktor untuk menjalankan pembedahan ke atas
Waheeda, dia membayangkan keadaan dirinya disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu
nanti.

Saspens – Peristiwa apabila Zahid bertemu anak kandungnya Izzati. Pembaca tertanya-tanya apakah
penerimaan Zahid. Akhirnya Zahid tidak dapat menerima hakikat Izzati sebagai anak kandung kerana
tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengannya. Kejutan – Peristiwa Waheeda menunjukkan keputusan
DNA kepada Zahid. Zahid mempertikaikan keputusan tersebut dan telah menuduh Waheeda bersubahat
dengan pakar DNA

Monolog – Waheeda bermonolog ketika teruja untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.

You might also like