Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Prof Madya Ir Ts Dr.

Juliana Johari
Penolong Naib Canselor (Infostruktur)

Puan Hajah Sariani Sarijo


Pengarah Pengurusan ICT

Ts Dr Hajah Kamaliyah Binti Sarjo@Hj Ahmad


Ketua Bahagian Dasar & Strategik ICT

Sajudin Bin Samad


Ketua Bahagian Keselamatan ICT

Shamsuri Bin Awang Seman


Ketua Bahagian Infrastruktur ICT

Mohd Hairy Bin Mohammadiah


Ketua Bahagian Sistem Maklumat

Ts. Syamsudin Bin Mudzamil


Ketua Bahagian Operasi ICT

Puan Hajah Zira Izratul Mohani Binti Mohamat


Ketua Bahagian Pengurusan Projek ICT

Mohamad Hamdi Bin Hamdan, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29


Mohd Fazlan Bin Yahya, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29

Serta seluruh warga Infostruktur yang dirahmati Allah sekalian.


Agenda Majlis

10:00 pagi Ketibaan Tetamu


10:15 pagi Pembukaan Majlis
Daun Kesum, Kayu Sugi,
Assalamualaikum, dan Selamat Pagi

Mencari timba Si Anak Dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam UiTM DiHatiKu pembuka kata,
Selamat datang untuk semua.

Memulakan majlis,
Marilah kita bersama beristigfar, membaca umul kitab, membaca surah
Yaasin, kalimah toyibah, seterusnya berdoa buat arwah yang akan
dinyatakan.
Sekiranya ada pahala darinya marilah kita hadiahkan kepada junjungan
besar Nabi Muhamad SAW, seluruh keluarga baginda, para sahabat
baginda, para pejuang Islam, kedua ibubapa kita, para muslimin dan
muslimat yang telah meninggal dunia
Khusus kepada sahabat2 dan kerabat kita yang telah pergi dahulu
daripada kita
Khusus juga buat sahabat kita Allahyarham Noor Adzman Bin Hj
Mohamed
Insya-Allah

Bagi memimpin majlis, saya persilakan al-fathil ustaz


Majlis mempersilakan.

Puan PNC, Puan Pengarah, ketua bahagian-ketua bahagian, serta tuan2


& puan2 sekalian.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-fathil ustaz kerana


sudi memimpin majlis tadi dan membacakan doa.

Ingin juga saya rakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh keluarga
Allahyarham Noor Adzman Bin Hj Mohamed, Ketua Juruteknik
Komputer, FT28 diatas pemergiannya kembali ke rahmatullah pada
06.12.2022, hari Selasa bersamaan 11 Jamadil Awwal 1444H.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Insya-Allah.

Puan PNC, Puan Pengarah, ketua bahagian-ketua bahagian, serta tuan2


& puan2 sekalian
Untuk makluman semua, tujuan majlis hari ini diadakan adalah untuk
meraikan serta menghargai jasa khidmat sahabat2 kita yang berpindah
jabatan.
Semoga dengan majlis kecil ini, kita berpeluang mencipta moment indah
diantara kita dalam perkenalan kita sepanjang berkhidmat bersama.
Sahabat kita yang pertama yang akan berpindah jabatan ke UiTM Perlis
adalah Mohamad Hamdi Bin Hamdan, PPTM FA29 yang menerima
tawaran jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41.
Beliau akan mula lapor diri di UiTM Perlis pada Januari 2023 ini.
Hamdi yang berasal dari Jitra, Kedah, mula berkhidmat di UiTM Shah
Alam pada 05/05/2015.
Sehingga kini sudah mempunyai sepasang anak dari isteri yang pertama.
Hamdi yang telah berkhidmat selama 7 tahun 7 bulan di Infostruktur ini,
mempunyai minat yang mendalam dalam kereta/barang mainan jepun
dan begitu seronok menjawab teka-teki di TikTok.

Sahabat kita yang kedua yang akan berpindah jabatan ke UiTM Dungun
bermula Janurai 2023 ini adalah Mohd Fazlan Bin Yahya, Penolong
Pegawai Teknologi Maklumat FA29
Beliau yang mula berkhidmat dengan UiTM pada 18/08/2003.
Sehingga kini sudah 19 tahun 4 bulan perkhidmatan di UiTM.
Selama ini beliau berhubung secara PJJ dengan isteri & anak2nya yang
tinggal di KT.
Fazlan yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.
kini sudah mempunyai 3 anak dari isteri yang pertama.
Fazlan yang begitu berminat dalam .... juga meminati teka-teki tapi bukan
di TikTok tapi di FB.

Ucapan PNC (Infostruktur)


• Prof Madya Ir Ts Dr. Juliana Johari

Meneruskan majlis...

Sudilah puan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah puan beri ucapan,
Kata perpisahan pemanis kalam.

Dengan itu, majlis mempersilakan PNC (Infostruktur), Prof Madya Is Ts


Dr Juliana Johari untuk memberikan ucapan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada PNC (Infostruktur)


diatas ucapan sebentar tadi.
Bagi majlis seterusnya...

Emas tempaan untuk si isteri,


Busana indah buat rupawan,
Sudilah puan tampilkan diri,
Berikan secebis kata ucapan.

Dengan itu, majlis mempersilakan Pengarah Jabatan Pengurusan ICT,


Puan Hajah Sariani binti Sarijo untuk memberikan ucapan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah


Pengurusan ICT diatas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Ketua Bahagian/Ketua Unit/Rakan Sekerja

Duduk sekawan gadis jelita,


Membuat santapan buat pahlawan,
Dengan hajat kami meminta,
Mohon tuan berikan ucapan.

Tuan datang naik pedati,


Hiasan pedati penuh berseni,
Kepada tuan kami hajati,
Mohon ucapan perpisahan di majlis ini.

Ucapan Yang Diraikan


• Mohamad Hamdi Bin Hamdan, Penolong Pegawai Teknologi
Maklumat FA29
• Mohd Fazlan Bin Yahya, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
FA29
Montaj

Bunga dedap di atas para,


Anak Dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur & kata,
Jemari disusun maaf dipinta.

Kalau Ada Sumur Di Ladang,


Boleh Kami Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Bolehlah Kita Bertemu Kembali.
Penyampaian Cenderahati & potong kek
Sesi Bergambar

Terbang Rendah Burung Tempua,


Hinggap Berdua Di Dahan Ara,
Hidangan Di Luar Sudah Tersedia,
Dijemput Tuan & Puan Menjamu Selera.

12:00
Makan Tengahari / Bersurai
tengahari
Biodata Mohamad Hamdi Bin Hamdan,
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29, 322173
7 tahun 7 bulan perkhidmatan : 05/05/2015
Tarikh Lahir : 19 Disember 1990 / 901219-02-5471
Tempat Lahir : Kedah
Alamat Kini : Jitra, Kedah.
Status : Berkahwin, 1L & 1P.

Tarikh Mula Berkhidmat di UiTM : 05/05/2015

APC 2021

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Biodata Mohd Fazlan Bin Yahya,


Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29, 178974
19 tahun 4 bulan perkhidmatan : 18/08/2003
Tarikh Lahir : 05 Oktober 1981 / 811005-11-5333
Tempat Lahir : Terengganu
Alamat Kini : Kuala Terengganu, Terengganu.
Status : Berkahwin, 3P.

Tarikh Mula Berkhidmat di UiTM :


18/08/2003 – Juruteknik Komputer FT17.
01/07/2016 – Juruteknik Komputer FT19.
18/08/2016 – Juruteknik Komputer Kanan FT22.
19/08/2016 – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29

APC 2007 & 2018


1. Daun Kesum, ikan Talang,
Assalamualaikum, dan Selamat Petang

2. Sirih Berlipat Sirih Pinang,


Sirih Dari Pekan Sementa,
Pemanis Kata Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Kata.

3. Garam Ada, Kicap Pun Ada,


Sayang Lada Terlupa Lagi,
Semua Ada, Bos-bos Pun Dah Ada,
Sayang Majlis Tak Berdoa Lagi.

4. Batang Selasih Permainan Budak,


Tumbuhnya Jarang Tepi Telaga,
Bercerai Kasih Bukanlah Kehendak,
Kerana Tugas Dituruti Juga.

5. Pergi bermain layang-layang,


Hari Jumaat tengah hari,
Pergilah Kasih Pergilah Sayang,
Pandai-pandailah menjaga Diri.

6. Kalau Ada Jarum Yang Patah,


Jangan Disimpan Di Dalam Peti,
Kalau Ada Silap & Salah,
Janganlah Di Simpan Di Dalam Hati.

7. Kalau Ada Sumur Di Ladang,


Boleh Kami Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Bolehlah Kita Bertemu Kembali.

8. Terbang Rendah Burung Tempua,


Hinggap Berdua Di Dahan Ara,
Hidangan Di Luar Sudah Tersedia,
Dijemput Tuan & Puan Menjamu Selera.

You might also like