Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM

KANDUNGAN

BI BUTIRAN MUKA SURAT


L

1 TAJUK

2 TUJUAN

3 LATAR BELAKANG

4 PERSETUJUAN AJK BAGI PELAKSANAAN PROGRAM

5 OBJEKTIF

6 KOMPONEN PROGRAM

6.1 CADANGAN TARIKH

6.2 CADANGAN TEMPAT

6.3 KUMPULAN SASAR

6.4 BILANGAN PESERTA

6.5 BILANGAN PROGRAM

6.6 KAEDAH PELAKSANAAN

7 ANGGARAN PERBELANJAAN

8 FAEDAH / OUTCOME PROGRAM

9 KESIMPULAN

PROGRAM CINTAILAH SUNGAI KITA


1. TAJUK: PROGRAM CINTAILAH SUNGAI KITA
a. Program Cintailah Sungai Kita
b. Kategori: Hak Asasi
Sub-Kategori: Persatuan Alam Sekitar

2. TUJUAN

Untuk memelihara dan melindungi sungai dan persekitarannya daripada terus


merosot, adalah menjadi satu keperluan untuk menimbulkan kesedaran
dalam masyarakat mengenai kepentingan sungai dan peranan yang
dimainkannya. Bagi mencapai tujuan ini Persatuan Pencinta Sungai dan Alam
Sekitar akan mengadakan program kesedaran “Cintailah Sungai Kita” dengan
menggalakkan penglibatan orang awam dalam bersama-sama menjayakan
program ini dengan mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam
kehdupan setiap individu serta memperkenalkan langkah dan amalan yang
boleh menyumbangkan ke arah pengekalan keindahan semulajadi sungai.

3. LATAR BELAKANG

Sungai memainkan peranan penting bagi sesuatu kawasan tadahan malah


menjadi nadi kehidupan kerana air adalah keperluan kehidupan yang utama.
Di samping itu, sungai juga berpotensi sebagai kawasan rekreasi dan
pelancongan. Pembangunan pesat yang berlaku masa sekarang telah
menimbulkan masalah kepada rakyat seperti banjir, kekurangan sumber air
dan yang lebih teruk lagi ialah kemusnahan kepada alam sekitar iaitu flora
dan fauna. Oleh itu, satu pelan pengurusan sungai yang komprehensif dan
lengkap adalah diperlukan untuk memastikan keseimbangan pembangunan
persekitaran dan kawasan tadahannya.

Persatuan Pencinta Sungai dan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan


Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) akan mengadakan program
kesedaran “Cintailah Sungai Kita” dengan menggalakkan penglibatan orang
awam dalam bersama-sama menjayakan program ini dengan mewujudkan
kesedaran tentang pentingnya sungai dalam kehidupan seharian. Pihak
persatuan mengalu-alukan pihak JPPM bagi memantau perjalanan program
ini.

4. PERSETUJUAN AJK BAGI PELAKSANAAN PROGRAM


Contoh:
( Program Cintailah Sungai Kita ) telah dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa
melalui ( Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kali Pertama ) pada (
11 Januari 2022 )
5. OBJEKTIF

I. Untuk menanam sikap bertanggungjawab, mewarisi, menyayangi dan


menghormati kepentingan memelihara dan memulihara sungai-sungai di
Malaysia;
II. Untuk menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dan proaktif oleh orang
awam terhadap terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai di
Malaysia; dan
III. Untuk mendidik segenap lapisan masyarakat mengena cara-cara bagi
memelihara dan memulihara sungai-sungai di Malaysia.

6) KOMPONEN PROGRAM
6.1 CADANGAN TARIKH
25 Julai, 25 Ogos, 25 September 2022

6.2 CADANGAN TEMPAT

a. Cadangan Tempat :
i. Perkarangan Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor
ii. Air Terjun Kemensah, Hulu Kelang, Selangor
iii. Air Terjun Sungai Pisang, Gombak, Selangor

6.3 KUMPULAN SASAR

a. Ahli-ahli Persatuan Pencinta Sungai dan Alam Sekitar


b. Orang awam yang berminat dengan melayari Facebook Persatuan Pencinta
Sungai dan Alam Sekitar dan klik pada pautan yang disediakan

6.4 BILANGAN PESERTA


Bilangan kumpulan sasar : 80 orang/ 1 program
Jumlah : 3 program
Jumlah keseluruhan (3 Program) : 240 orang

6.5 BILANGAN PROGRAM

a. 3 kali program:
i. Program pendidikan dan ceramah mengenai kepentingan dan
kesedaran menjaga sungai
ii. Program ekspedisi sungai dan terokai keindahan sungai-sungai di
Malaysia
iii. Program pembersihan dan pengurusan persekitaran sungai

6.6 KAEDAH PERLAKSANAAN


a. Tarikh: 25 Julai 2022

Tempat: Perkarangan Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor


Bilangan peserta: 80
Kaedah pelaksanaan: Program pendidikan dan ceramah mengenai
kepentingan dan kesedaran menjaga sungai

b. Tarikh: 25 Ogos 2022


Tempat: Air Terjun Kemensah, Hulu Kelang, Selangor Bilangan
peserta: 80
Kaedah pelaksanaan: Program ekspedisi sungai

c. Tarikh: 25 September 2022


Tempat: Air Terjun Sungai Pisang, Gombak, Selangor Bilangan
peserta: 80
Kaedah pelaksanaan: Program pembersihan dan pengurusan
persekitaran sungai.

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah Jumlah


(RM) Keseluruhan
(RM)

1. Makan minum (80pax x 3 siri) 10 x 2,400.00


240pax

2. Percetakan publisiti meliputi kain pemidang 200 x 6 1,200.00


(banner/bunting/poster) unit

3. Sewa kenderaan (untuk 1 hari bagi tujuan 500 x 5 2,500.00


ekspedisi) buah

4. Perlindungan takaful kelompok untuk aktiviti 3000 3000.00


berisiko tinggi seperti aktiviti dalam hutan,
mendaki dan aktiviti air (hanya untuk ahli
persatuan).

5. Bayaran penceramah/tour guide 900 900.00

Jumlah Keseluruhan (RM) 10,000.00

Sumber kewangan yang akan disediakan oleh:

1. Peruntukan Pertubuhan sendiri = RM 2,500.00


2. Sumbangan kewangan daripada sumber lain (nyatakan agensi dan jumlah
peruntukan) = Tiada
3. Kutipan bayaran daripada peserta (jika ada) = Tiada
4. Peruntukan kewangan yang dimohon daripada JPPM = RM 10,000.00
8. FAEDAH/ OUTCOME PROGRAM
Program yang dijalankan akan dapat mengembangkan tahap pemikiran
setiap masyarakat yang selama ini tidak begitu mementingkan penjagaan
alam sekitar terutamanya sungai. Dengan adanya program ini, maka
masyarakat akan dapat menilai pentingnya sumber air dalam kehidupan
seharian khususnya sungai bagi kehidupan mereka.

9. KESIMPULAN
Program Cintailah Sungai Kita merupakan program yang dianjurkan bersama
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan Persatuan Pencinta
Sungai dan Alam Sekitar. Melalui program seperti ceramah mengenai
kepentingan dan kesedaran menjaga sungai, program ekspedisi sungai dan
terokai keindahan sungai-sungai di Malaysia serta program pembersihan dan
pengurusan persekitaran sungai dapat memberi kesedaran bahawa pentingya
penjagaan sungai dan alam sekitar oleh masyarakat secara amnya.

You might also like