Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 50

PEMBUKAAN

DAN
PENGURUSAN
OPERASI
LADANG

JAGUNG
ISI KANDUNGAN
Rumusan Analisis Ekonomi

1.Rumusan Pelaburan dan Pulangan


Hasil Komoditi Tanaman
2. Simulasi Kewangan Dan Kos Bahan
Input

Pembukaan dan Pengurusan Operasi


Ladang

3. Keperluan Penanaman
3.1 Penyediaan Inventori Ladang
3.2 Pengenalan mengenai tanaman
3.3 Penyediaan Kawasan/ Tanah/
Layout Ladang
4. Kaedah Penanaman
4.1 Keterangan mengenai Panduan
Penanaman
4.2 Pembajaan
4.3 Pengurusan Musuh Perosak dan
Penyakit Tanaman
4.4 Pengendalian Lepas Tuai dan
Penggredan
4.5 Gerak Kerja Penanaman (Matrix)
RUMUSAN
ANALISIS
EKONOMI
RUMUSAN
PELABURAN DAN
PULANGAN HASIL
KOMODITI TANAMAN
Jadual Kedayamajuan Projek Penanaman Jagung

Penunjuk Daya Maju

Pulangan Kasar (BND/ha) BND 180,840 / ha

Perbelanjaan Tetap (CAPEX) BND 21,720

Perbelanjaan Operasi (OPEX) (Operasi Penuh) BND 71,925

Pulangan Bersih Purata (BND/ha) BND 87,195

Nisbah Kos Faedah (Net Profit - Cost Ratio) 48.2%

Kos Per Kilogram (BND) BND 1.50

Hasil sehektar (Yield Per Hectare, BND/ha) BND 121,500 / ha

Harga di Ladang (Farmgate Price, BND/ha) BND 1.30

Pulangan Pelaburan (Return On Investments (ROI),


47%
%)

- (positif ada tahun


Internal Rate of Return - 10 Tahun, IRR (%)
pertama)

Tempoh Pulangan Modal (Payback period) Tahun ke -1

1
Hasil Pulangan

Komoditi Jagung

Perkara Kadar

Anggaran Hasil
(45,000/Ha x 0.25 berat tongkol x 2 tongkol setiap 22,500
pokok)

Bilangan musim / tahun 4 Kali

Bilangan Pokok / Struktur Pelindung Hujan (SPH) 45,000 Pokok

Jumlah hasil (22,500 (berat tongkol) x 4 kali kitaran


90,000 kg
setahun)

Harga di ladang (farmgate price) BND 1.50 /kg

Jumlah Pendapatan / tahun BND 135,000

2
Kos Pembangunan / CAPEX

Jumlah Kos
Perkara
(BND)

Prasarana (Jalan, Pagar, Perparitan, Bangunan


BND 11,600
Pejabat, Stor, Utiliti, Lepas Tuai)

Peralatan Kecil BND 4,120

Mini Trailer BND 1,000

Power Tiller BND 5,000

Jumlah BND 21,720.00

3
Kos Operasi dan Penyelenggaraan (termasuk gaji pekerja)

Perkara Jumlah Kos (BND)

Gaji Pekerja BND 31,200

Membaik Pulih Struktur BND 4,270

Bahan Api BND 210

Sewa Tanah BND 25

Jumlah BND 35,705

4
Kos Operasi
Kos dan Penyelenggaraan
Pengeluaran (termasuk
- Baja, Benih, RacungajiDan
pekerja)
Lain-Lain

Perkara Jumlah Kos (BND)

Biji Benih BND 3,240

Baja BND 17,064

Racun Serangga Perosak / Penyakit Tanaman BND 1,516

Air BND 14,400

Jumlah BND 36,220

5
CONTOH SIMULASI
KEWANGAN DAN KOS
BAHAN INPUT (JAGUNG)

*Tertakluk kepada perubahan harga


dari masa ke semasa

6
KEPERLUAN
PENANAMAN
PENYEDIAN
INVENTORI LADANG

7
PANDUAN
PENANAMAN
JAGUNG
Pendahuluan

Hibrid telah lama digunakan di dalam tanaman jagung. Terdapat tiga


kategori hibrid yang biasa digunakan dalam pengeluaran komersial
jagung. Keistimewaan dan kelebihan yang diperolehi dari varieti-varieti
hibrid telah lama terbukti, dimana hibrid berupaya memberikan mana-
mana varieti pendebungaan terbuka, atau komposit jika diberikan
persekitaran yang baik.

Diantara kelebihan penggunaan varieti hibrid ialah :-

Hasil yang tinggi serta keseragaman sifat pokok yang tinggi


1 terutama pada saiz tongkolnya.

Kebanyakan hibrid komersial berbunga serta matang lebih


awal dari varieti komposit. 2

Walaupun berhasil tinggi, pada amnya pokoknya adalah lebih


3 kecil dan rendah.

8
Beberapa perkara penting harus difahami dan
diteliti jika varieti hibrid digunakan untuk
pengeluaran, di antaranya ialah:-

Varieti hibrid perlu dibeli biji benihnya untuk setiap kali penanaman.
Jangan sekali-kali menggunakan biji benih yang dihasilkan dari
penanaman lepas untuk penanaman seterusnya, walaupun telah
dipilih. Ini adalah kerana kandungan genetik dalam varieti tersebut
berubah akibat dari proses penginbredan, menyebabkan penurunan
hasil yang mendadak jika digunakan juga.

Harga jualan biji benihnya adalah lebih tinggi sedikit dari varieti
pendebungaan terbuka.

Beli biji benih dari penjual / pengedar yang berdaftar agar varieti yang
digunakan dapat dipastikan ketulenannya.

Pastikan varieti-varieti dengan gen pengawal kemanisannya berlainan


tidak ditanam dalam satu kawasan secara serentak. Percampuran
dalam pendebungaannya akan mengakibatkan pembentukan bijian
yang rendah kemanisannya. Keadaan ini sama untuk jagung yang
ditanam berdekatan (ladang lain yang berhampiran) dan tidak kira
sama ada varieti yang ditanam varieti komposit atau hibrid.

9
Jagung Manis

Jagung manis ialah tanaman jangka pendek yang sangat popular terutama
dikalangan pekebun kecil. Fungsi utama tanaman jagung adalah
mempunyai nilai potensi yang tinggi berbanding dengan tanaman kontan
yang lain (kacang tanah, ubi kayu, ubi keladi dan tebu). Ia juga merupakan
sumber makanan kedua yang mempunyai karbohidrat selepas beras dan
juga sumber makan bagi ternakan dan bahan mentah dalam industri.

Setiap bahagian pohon jagung mempunyai nilainya tersendiri, antaranya


ialah:
Batang dan daun muda dijadikan makanan ternakan
Batang dan daun tua diproses menjadi baja tanaman
Batang yang telah kering dijadikan kayu bakar
Batang jagung juga dijadikan turus tanaman menjalar
Batang jagung dikitar menjadi kertas
Buah jagung muda dijadikan sayur-sayuran

10
Varieti yang selalu digunakan pengusaha
ladang:-

Plantsman sweetcorn no 217


Jagung jenis ini sesuai ditanam di kawasan panas dan lembap.
Pokok bersaiz sederhana dan berat buahnya boleh mencapai 350gm.
Tanaman matang selepas 65 hari selepas 65 hari selepas disemai.

F1 Hibrid Jagung Manis Asia Best (Green Eagle)


Kernel buah berbentuk silinder dengan warna keemasan.
Anggaran saiz buah sekeliling 25cm panjang dan 5.5cm lebar.
Anggaran berat buah boleh mencapai hingga 600gm setongkol.

Benih ini diproses secara teknologi dan dibungkus secara


bersih untuk memastikan hasil yang maksimum dan berkualiti.
Kematangan: 68-75 HST (Hari Selepas Tanam)
Tinggi Tumbuhan: 220cm
Warna sutera: putih
Warna Kernel: kuning
Bilangan baris kernel: 16-18
Panjang Telinga: 19-20cm
Diameter Telinga; 5-5.5cm

11
SUGAR KING F1 Biji Benih Jagung Manis
Panah Merah East West Seed International
F1 Hybrid Sweetcorn Seeds.
Sugar King F1 Hybrid ialah baka hybrid yang dibangunkan
untuk keadaan cuaca tropika.
Pokok tumbuh dengan sihat dan aktif, kualiti pemakanan
yang baik dan mengeluarkan hasil yang tinggi.
Kulit buah penuh hingga ke hujung.
Biji/isi buah lurus, berwarna kuning, manis dan lembut.
Batang buah besar, sangat manis dan mempunyai jangka
hayat lama.
BRIX: 13-15 (Brix ialah ukuran tahap kemanisan).
Warna isi buah: kuning.
Tempoh matang untuk tuaian: 71-73 hari.
Panjang buah (CM): 20-25 cm.
Berat buah: 300-500gm.

Benih jagung F1 Donsol 518 East West


Jagung sesuai ditanam dikawasan panas dan lembap.
Pokok bersaiz sederhana dan berat buahnya boleh mencapai
330-350gm.
Tanaman matang selepas 65 hari selepas disemai.

12
Penanaman

Penyediaan Tanah
Kerja-kerja pembersihan kawasan bermula setelah tapak dikenal pasti
keadaannya. Pemilihan tanah yang tidak terlalu masam (pH 5.5 – 6.5)
dan mempunyai saliran yang baik. Pembersihan kawasan akan
dijalankan menggunakan jentera atau tenaga manusia. Pokok kecil dan
belukar hendaklah ditebang dan ditebas, dikumpulkan dan dimusnahkan.
Tunggul-tunggul kayu hendaklah dikeluarkan. Tumbuhan daun hijau
seperti rumpai yang dipotong, dikumpulkan untuk dijadikan kompos.
Kawasan yang telah dibersih hendaklah dibajak. Membuat sukatan pada
kawasan yang ditanam bagi pengiraan keperluan biji benih. Pengapuran
dilakukan sekurang – kurang 10 hari sebelum menanam. Kapur ditabur
rata dan digaul dalam tanah semasa bajak piring, bagi kebanyakkan
tanah, 2tan/ha kapur GML adalah mencukupi. Walaubagaimanapun,
tanah gambut memerlukan 4tan/ha sekali selama 2 tahun.

Keperluan Biji Benih


Biji benih sebanyak 10kg diperlukan bagi setiap hektar kawasan. Seperti
menanam jagung manis lain, peladang – peladang disyorkan supaya
mendapatkan bekalan biji benih jagung daripada pembekal – pembekal yang
disahkan. Peladang – peladang juga dinasihatkan supaya mendapatkan benih
– benih yang baru setiap kali menanam dan dinasihatkan untuk membeli biji
benih hybrid.

Sifat-sifat biji benih yang baik adalah:


• Mengeluarkan hasil yang tinggi.
• Daya ketahanan terhadap penyakit.
• Sesuai dengan iklim setempat.
• Bernas (certified seed).
• Cukup matang.
• Bebas daripada perosak dan penyakit.

13
Menanam
Gunakan biji benih bermutu tinggi. Sebelum menanam, biji benih dirawat
dengan racun kulat seperti thiram 80% w/w atau captan 50% w/w pada
kadar 3 kg biji benih. Bagi mendapatkan kesan rawatan yang lebih baik,
rawatan secara bancuhan pekat adalah disyorkan. Contohnya, untuk
merawat 10 kg biji benih, bancuhkan 30g thiram 80% w/w dalam 150 ml
air. Bancuhan pekat yang diperolehi ini digaul dengan 10 kg benih itu
dalam satu bekas sehingga semua biji benih disaluti bancuhan racun. Biji
benih yang telah dirawat hendaklah ditanam dalam tempoh dua hari.
Masukkan tiga biji benih dalam selubang, Penjarangan dilakukan 12 -14
hari selepas menanam. Tinggalkan dua pokok selubang sahaja.
Penyulaman tidak disyorkan sekiranya percambahan dianggarkan
melebihi 50 % sebab pokok sulaman yang tumbuh di antara pokok-pokok
asal dan akan mengeluarkan tongkol yang kecil. Dengan percambahan
dan penjagaan yang baik kepadatan pokok pada peringkat pokok dewasa
biasanya ialah antara 40,000 hingga 50,000 pokok sehektar. Penanaman
biji benih boleh ditanam terus pada batas atau mengunakan dulang
semaian. Tanaman berskala besar haruslah mengunakan mesin
penanaman benih jagung untuk memudahkan penanaman dan cepat.
Pencambahan akan bermula setelah 2 -4 hari selepas tanam.

Mengawal rumpai
Kawalan boleh dilakukan dengan mengunakan “mulching” sungkupan
bagi mengelak dari rumpai tumbuh dan kawalan secara manual juga boleh
di dipraktikkan dengan membuang rumput hari ke hari. Alternatif lain bagi
penanaman yang berskala besar bolehlah menggunakan racun rumpai.

14
Pengairan
Tanaman jagung memerlukan air yang banyak untuk mendapatkan
penghasilan tinggi. Apabila tanaman jagung mengalami kekurangan air
penyiraman atau hujan pada waktu peringkat pertengahan, halangan
kepada pembentukan debunga (pollen) dan penindasan kehidupan bunga
betina akan mudah terjadi. Ini akan menyebabkan penghasilan kurang
secara langsung.

Terutamanya, lebih kurang 10 hari ketika waktu bermula mengeluarkan


janggut buah adalah tempoh yang sangat memerlukan air dengan
secukupnya.

Kerja penyiraman air hendaklah dilakukan dengan sesuai mengikut


keadaan kelembapan tanah.

Pemakaian alat sprinkler adalah disyorkan bagi alat penyiram tanaman


jagung dengan sistem overhead irrigation, yakni dengan menyemburkan
air dari bawah ke atas sehingga mampu menyirami seluruh tanaman yang
ada di lahan secara merata dalam waktu singkat. Cara ini sangat baik
untuk efisiensi penggunaan air selain itu sistem sprinkler juga dapat
menjimatkan waktu dan tenaga.

15
MENGAWAL PENYAKIT DAN
SERANGGA PADA TANAMAN JAGUNG

Ulat Ratus (Spodoptera sp.)


Ulat Ratus boleh menyerang pada setiap peringkat tanaman mulai
peringkat semaian hingga peringkat berbuah.

Serangan pada peringkat semaian boleh mengurangkan keupayaan


pertumbuhan tanaman - tanaman terbantut.

Serangan pada peringkat reproduktif akan menjejaskan pembentukan


dan kualiti buah serta menurunkan produktiviti ladang.

Pengorek Buah (Helicoverpa armigera)


Ulat Pengorek Buah boleh menyerang pada setiap peringkat tanaman
mulai peringkat semaian hingga peringkat berbuah. Walau
bagaimanapun, serangan adalah pada tahap yang teruk pada
peringkat berbuah.

Ulat Pengorek Buah akan memakan bijirin jagung dan mengorek ke


dalam buah berkenaan, meninggalkan sisa najis. Buah akan matang
akan menjadi busuk dan buah muda akan terbantut dan berkerekot.

16
Pengorek Batang Jagung (Ostrinia sp.)
Ulat Pengorek Batang Jagung boleh menyerang pada setiap peringkat
tanaman mulai peringkat semaian hingga peringkat berbuah. Walau
bagaimanapun, serangan adalah pada tahap yang teruk pada
peringkat reproduktif.
Pada peringkat muda, ulat akan memakan daun dan menyebabkan
daun berlubang dikenali sebagai window panes.
Pada peringkat matang, ulat akan mula masuk ke dalam batang
jagung, memakan tisu tumbuhan dari dalam dan menjadikannya
sebagai “terowong”. Air dan nutrien tidak akan dapat diserap oleh
tanaman jagung menyebabkannya terbantut. Batang yang teruk
diserang juga boleh patah dan akan mati.

Pengurusan dan Pengawalan Ulat Ratus, Ulat


Pengorek Buah dan Ulat Pengorek Batang Jagung
Pengurusan dan pengawalan serangga / ulat perosak yang berkesan
memerlukan penggabungan beberapa kaedah pengawalan yang
bersepadu atau yang dikenali sebagai Pengurusan Musuh Perosak
Bersepadu (Integrated Pest Management – IPM).
Pemantauan yang berterusan
Langkah-langkah pencegahan
Penggunaan racun serangga perosak tanaman

Penggunaan Racun Serangga Perosak Tanaman


Bagi serangga perosak yang telah diterangkan tadi, racun-racun (bahan aktif)
berikut adalah disyorkan untuk mengawal serangan: spinetoram, lambda-
cyhalothrin, chlorantraniliprole dan imidacloprid.

17
Penyakit pada Tanaman jagung

Peronosclerospora sp. (Downy Mildew)


Kesan daun terbelak, coretan klorosis dan berjalur putih yang kemudiannya akan
terkoyak
Klorosis pada margin melintang daun lazimnya jelas kelihatan pada pangkal
bilah;
Daun tanaman yang dijangkiti lebih menirus dan lebih tegak daripada
tanaman yang sihat;
Pertumbuhan tanaman terbantut.

Kawalan
Musnahkan tanaman yang berjangkit;
Memilih biji benih jagung hibrid dan varieti yang rintang penyakit;
Biji benih hendaklah dirawat dengan racun berbahan aktif Metalaxyl

Drechslera maydis (hawar Daun Jagung Southern)


Bintik daun berbentuk tirus pada daun.
Tanaman menjadi layu, batang patah dan cacat atau seluruh tongkol akan
menjadi buruk dan ditutupi debu berwarna kelabu.

Kawalan
Musnahkan tanaman yang berjangkit;
Memilih biji benih jagung hibrid dan varieti yang rintang penyakit.

18
Curvularia sp.
Helminthosporium sp. (Bintik Daun)
Bintik-bintik pada daun yang merangkumi pelbagai bentuk, seperti kebujuran,
tirus & tidak simetri
Bintik-bintik akan bercantum dan merosakkan daun-daun

Kawalan
Musnahkan tanaman yang berjangkit;
Memilih biji benih jagung hibrid dan varieti yang rintang penyakit.

Rhizoctonia sp. (Hawar Daun)


Kesan nekrosis pada bahagian tanaman (daun, batang, buah) yang boleh
menyebabkan tanaman menguning & pertumbuhan terbantut.

Kawalan
Menggunakan tanah pastur sebagai bahan penanaman di tapak semaian;
Menjarakkan tanaman antara satu sama lain & menjaga kebersihan
ladang untuk mengurangkan tahap kelembapan dan sumber inokulum
di ladang;
Menggunakan semburan daun atau membasahkan tanah dengan
racun berbahan aktif seperti Pencycuron, Benomyl dan Carbendazim

19
Kematangan, Kutipan Dan Pengendalian Hasil

1 Jagung manis dituai 65-75 hari selepas menanam, bergantung


pada varieti yang ditanam.

Jagung yang matang boleh dilihat melalui rerambut tongkol


yang matang menjadi kering dan berwarna coklat tua. 2

Selepas selesai penuaian, diarahkan untuk semua pokok yang tinggal


3 dibajak ke dalam tanah supaya dapat meningkatkan kesuburan tanah
dalam jangka masa panjang.

Penuaian dilakukan pada awal pagi atau pada waktu petang. 4

20
Pengendalian Lepas Tuai

Buang beberapa helai kulit tongkol, potong sebahagian tangkai dan


1 hujung tongkol.

Pasarkan tongkol dengan segera kerana citarasanya berkurangan


2 semakin lama disimpan.

Dalam keadaan biasa, boleh disimpan selama 24-36 jam tanpa


3 penjejasan mutu yang ketara.

Simpan sehingga 3 minggu boleh dilakukan pada suhu 3-5ºC,


4 tanpa menjejaskan mutu.

Penghasilan Jagung Bagi 1 Hektar

Jumlah pokok yang disyorkan bagi sehektar pada jarak tanaman ialah 40cm jarak
antara baris dan 60cm jarak antara pokok serta dua pokok ditanam pada setiap
lubang adalah

1Ha= 10, 000m2


= 10, 000m2/0.60m x 0.40m
= 10,000m2/0.24m2
= 41, 667 jumlah pohon jagung untuk 1 hektar (tertakluk pada sukatan ladang)

Anggaran jumlah pokok bagi 1 batas adalah sebanyak 48 pohon jagung (2 pohon
disetiap antara pokok).
Anggaran jumlah tongkol adalah sebanyak 83, 334 tongkol (2 tongkol setiap
pohon).

21
Sumber Rujukkan

http://jpn.penang.gov.my/index.php/perkhidmatan/teknologi-
tanaman/kontan/80-jagung-sp-9380
https://doa.sarawak.gov.my
https://doa.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?mod=download
https://www.indonetwork.co.id/product/gambar-ilustrasi-instalasi-
penyiraman-tanaman-jagung-tipe-micro-sprinkler (gambar sistem sprinkler
pada tanaman jagung)
Sumber Unit Entomologi Tanaman (serangga perosak tanaman).
Sumber Unit Pathologi Tanaman (penyakit tanaman).
Buku panduan bertanam jagung 2014 mitsubishi corporation.
Buku mengenal jagung hibrida C1 (Departmen pertanian balai informasi
pertanian jawa barat)

22
KAEDAH
PENANAMAN
PEMBAJAAN

Jadual Pembajaan Bagi Sistem Pertanian Konvensional

NB: MOP = Muriate of Potash, SOP = Sulfate of Potash, P =


Fosforus, TSP = Triple Super Phosphate, TE = Trace Elements

23
PENGURUSAN
MUSUH
PEROSAK DAN
PENYAKIT
TANAMAN
JAGUNG
PENGURUSAN MUSUH
PEROSAK TANAMAN JAGUNG

SIPUT

• Memakan daun muda dan populasinya banyak ketika musim hujan.


• Hanya menjadi masalah ketika umur tanaman masih muda.

Kesan-kesan serangan:
• Kesan gigitan yang besar pada daun.
• Serangan teruk menyebabkan keseluruhan daun habis dimakan.

Kawalan:
• Tabur racun siput di sekeliling tanaman ketika peringkat semai dan pindah
tanam.
• Sentiasa pantau keadaan tanaman.
• Kutip telur dan siput dengan tangan dan musnahkan.

ULAT RATUS

• Memakan daun, buah dan pucuk tanaman jagung.


• Ulat berwarna hijau keperangan, bertaris kuning dan berbintik hitam
sepanjang badannya.

Kesan-kesan serangan:
• Kesan gigitan atau lubang-lubang yang besar pada daun.
• Terdapat najis (fras) ulat pada tanaman.

Kawalan:
• Sentiasa pantau keadaan tanaman.
• Kutip telur atau ulat ratus dengan tangan dan musnahkan.
• Gunakan perangkap lampu untuk memantau populasi indung ulat ratus dan
sekaligus mengurangkan jumlahnya.

24
ULAT PENGOREK

• Merosakkan tanaman dengan mengorek pucuk, batang dan buah


jagung.
• Ulat pengorek berwarna perang muda dan berbintik hitam sepanjang
badannya.

Kesan-kesan serangan:
• Kesan korekan pada tanaman dan terdapat najis seperti habuk papan.

Kawalan:
• Sentiasa pantau keadaan tanaman.
• Kutip telur ulat pengorek dengan tangan dan musnahkan.
• Gunakan perangkap lampu untuk memantau populasi indung ulat
pengorek dan sekaligus mengurangkan jumlahnya.

AFID

• Mengeluarkan manisan yang menggalakkan pertumbuhan kulat jelaga.


• Vektor pembawa virus penyakit.

Kesan-kesan serangan:
• Menghisap cecair tanaman secara berkelompok.
• Serangan teruk mengakibatkan daun bertukar warna kekuningan.

Kawalan:
• Sentiasa pantau tanaman.
• Sembur dengan minyak putih.

25
HAMA

• Nimfa dan hama dewasa menghisap cecair daun tanaman jagung.


• Serangan mudah berlaku ketika musim panas dan kering.

Kesan-kesan serangan:
• Daun yang diserang menjadi kekuningan dan kering.

Kawalan:
• Pemantauan secara berterusan boleh mengurangkan tahap serangan.
• Sembur daun yang diserang dengan air bertekanan tinggi.

26
PENYAKIT TANAMAN JAGUNG

NAMA PENYAKIT
Hawar Daun Jagung Southern

NAMA SAINTIFIK
Drechslera maydis

BAHAGIAN TERJEJAS
Daun

TANDA- TANDA PENYAKIT

Kesan kecil, berbentuk intan (bintik hitam hingga kelabu atau klorosis)
kelihatan di atas daun. Apabila penyakit merebak, kesan-kesan itu
bercantum menjadi lebih besar dan berwarna coklat. Bintik pada
pertengahan tetulang daun berbentuk bulat dan coklat gelap, sementara
kesan pada lamina menjadi bintik klorosis.

PENGURUSAN

1. Menggunakan tanaman hibrid yang rintang penyakit


2. Mempraktikkan kebersihan dan sanitasi ladang, dan mengawal rumput-
rumpai
3. Memastikan sistem pengairan dan saliran yang baik
4. Menggilir tanaman setiap 2 hingga 3 tahun dengan tanaman yang
bukan perumah alternatif D. maydis.
5. Membuang dan memusnahkan bahagian tanaman yang terjangkit dan
puing tanaman

BAHAN AKTIF YANG DISYORKAN


azoxystrobin + difenoconazole Sumber gambar
:https://www.apsnet.org/edc
enter/disimpactmngmnt/labe
xercises/PlantBiotechnology
/Article%20Images/fig33.jpg

27
NAMA PENYAKIT
Mildew Kekapas

NAMA SAINTIFIK
Peronosclerospora sorghi

BAHAGIAN TERJEJAS
Daun, buah/lenggai, bunga, batang

TANDA- TANDA PENYAKIT

Pertumbuhan tanaman jagung yang dijangkiti kadang-kadang terbantut dan


mempunyai daun berjalur putih dan set biji benih yang tidak normal. Klorosis
pada margin melintang daun lazimnya jelas kelihatan pada pangkal bilah, yang
menjadi perbezaan di antara tisu yang berpenyakit dan yang sihat. Tanda-tanda
akan kelihatan sehingga ke bilah daun yang terbentuk silih-berganti (symptom
daun separuh). Daun tanaman yang dijangkiti lebih menirus dan lebih tegak
daripada tanaman yang sihat. Kebanyakan tanaman yang dijangkiti secara
sistemik adalah mandul, walaupun adakalanya masih menghasilkan biji benih.
Bagi anak benih, klorosis akan jelas kesihatan pada daun yang kedua dan
seterusnya.
Buah: berbentuk tidak normal
Bunga: Pertumbuhan kulapuk pada jambak bunga jantan hijau yang belum
terbuka di dalam benang sari (tassel). Daun kecil hingga besar terbentuk dalam
benang sari tersebut.
Batang: perubahan warna dibahagian dalam
Keseluruhan tanaman: kelihatan kerdil dan rimbun disebabkan oleh ruas yang
pendek.

PENGURUSAN
1. Mengurangkan tempoh penanaman sebanyak 15-17 hari untuk mengurangkan
potensi inoculum tanah.
2. Masa penanaman: menangguhkan penanaman sehingga permulaan musim
monsun (musim tengkujuh)
3. Membajak dengan dalam bahan tanaman yang dijangkiti, dimana spora tertanam
sekurang-kurangnya 20 cm di bawah tanah.
4. Membuang dengan memilih tanaman yang mempunyai tanda-tanda penyakit dari
penanaman.
Sumber gambar: Rob
5. Mengeringkan atau menyimpan biji benih yang dijangkiti kepada kurang daripada Williams/CAB International
14% kandungan kelembapan boleh mencegah pemindahan patogen.

BAHAN AKTIF YANG DISYORKAN


Daun, buah/lenggai, bunga, batang 28
NAMA PENYAKIT
Daun berjalur dan hawar seludang

NAMA SAINTIFIK
Rhizoctonia solani

BAHAGIAN TERJEJAS
Daun, tongkol jagung, batang, akar

TANDA- TANDA PENYAKIT


a) Daun: bintik-bintik bulat pada daun dan sekam
b) Tongkol: reput berwarna kecoklatan, dengan miselium coklat cerah, jelas
kelihatan dengan sclerotium kecil, bulat dan hitam
c) Batang: kesan coklat pucat tidak rata. Pelbagai bentuk sclerotium
daripada globos kepada leper berukuran sehingga garis pusat 6mm.
d) Akar: kesan coklat kemerah-merahan yang berbahaya kepada bahagian
apeks tanaman.

PENGURUSAN

1. Menggunakan tanah pastur sebagai bahan penanaman di tapak


semaian
2. Jarak antara tumbuhan lebih lebar, sistem pengaliran dan kawalan
rumput-rumpai yang baik untuk mengurangkan tahap kelembapan dan Sumber gambar :
sumber inoculum di ladang. Singh, S.K., M.B. Patel, B.N.
Thakker, K.S. Hooda and Alpesh
3. Membuang dan memusnahkan daun dan pucuk yang dijangkiti. Kumar Barad. 2019. Rhizoctonia
solani f.sp. Sasakii Inciting
4. Mempraktikkan kebersihan dan sanitasi ladang yang baik. Banded Leaf and Sheath Blight
of Maize and their Management:
An
Overview.Int.J.Curr.Microbiol.Ap

BAHAN AKTIF YANG DISYORKAN p.Sci. 8(7): 2858-2866. doi:


https://doi.org/10.20546/ijcmas.2
019.807.356
Pencycuron, benomyl, carbendazim, thiophanate methyl

29
PENGENDALIAN
LEPAS TUAI BAGI
TANAMAN JAGUNG
Pengendalian lepas tuai

Aktiviti pengendalian lepas tuai di ladang perlu dilakukan dengan teliti dan cermat
bagi mengelakkan berlakunya kecederaan pada hasil tanaman yang mana boleh
menyebabkan hasil menjadi kurang berkualiti.

Antara kepentingan pengendalian lepas tuai adalah:

Mengurangkan dan mencegah


kerugian lepas tuai.

Mengekalkan kualiti tanaman sentiasa


segar.

Mengekalkan mutu.

Memberikan penampilan yang baik.

Memperpanjangkan masa
penyimpanan.

Penuaian

Kegiatan memetik, mengutip atau memungut hasil tanaman yang telah mencapai
tahap kematangan yang dikehendaki mengikut permintaan pasaran.

Kebiasaanya jagung manis akan mencapai kematangan optimum dan sesuai untuk
dipetik antara 55-60 hari selepas menanam. Ia sebaiknya dipetik dengan
menggunakan tangan dan dilakukan pada waktu pagi atau petang sahaja.

30
Indeks kematangan

Indeks yang disarankan adalah 4 dan 5 bagi pasaran tempatan.

INDEKS WARNA JAGUNG

31
Operasi pengendalian lepas tuai

Penuaian Pemilihan

Penggredan Perapian

Pembungkusan Pelabelan

Pengedaran Penyimpanan

Penghantaran

32
Pengelasan saiz

Saiz jagung manis ditentukan oleh panjang dalam unit sentimeter (sm) seperti jadual
berikut:

Kod Saiz Panjang Buah (sm)

1 >25

2 >20-25

3 >15-20

4 10-15

Pembersihan dan Rawatan


Tujuan pencucian adalah seperti berikut:-

Membuang kotoran dari hasil tuai.


Membuang sisa bahan kimia seperti
racun kulat dan pencemaran lain.

Pembersihkan jagung dari kotoran ladang dan menyediakan jagung untuk


dipasarkan mengikut kaedah dan tahap yang diharapkan oleh pembeli. Ianya juga
menjadikan penampilan jagung lebih menarik kepada pembeli untuk meningkatkan
penjualan pada harga yang lebih baik.

33
Pembungkusan
Pembungkusan yang sesuai akan dapat mengurangkan risiko kerosakan dan
kerugian dalam pengendalian hasil ladang. Pembungkusan yang sesuai juga akan
memudahkan perdagangan dan pemasaran dengan melancarkan sistem
pengedaran dan pengangkutan yang lebih efektif dan ekonomikal.

Bagi jualan runcit, jagung bolehlah


disusun ke dalam scallop container
dengan teratur mengikut gred dan
saiz yang sepadan. Bagi jualan borong, jagung bolehlah
dibungkus dengan menggunakan
corrugated box yang dialas dengan
plastik. Pastikan muatan di dalam
kotak yang digunakan tidak terlalu
padat.

Kotak pembungkus sebaiknya dilabel


dengan keterangan tentang hasil
seperti nama buah dan varieti, tarikh,
berat bersih (kg), gred, saiz, nama dan
alamat pengeluar.

34
Penyimpanan

Kaedah penyimpanan hasil tanaman adalah mengikut jenis tanaman seperti sayur
daun, sayur buah, kekacang, umbisi, bijiran atau buah-buahan dan ianya adalah
berbeza mengikut keperluan. Kaedah yang paling mudah adalah dengan menyimpan
hasil tanaman di dalam kawasan tertutup pada suhu yang rendah dengan
menggunakan bilik sejuk.

Kaedah penyimpanan jagung:

35
Dalam keadaan biasa, boleh disimpan selama 24-36 jam tanpa
penjejasan mutu yang ketara.

Pengendalian lepas tuai yang sempurna diperlukan sekiranya


hasil jagung disimpan untuk tempoh yang lebih lama. Dalam
proses penyimpanan, biji jagung masih mengalami proses
pernafasan dan menghasilkan carbon dioxide, wap air, dan
panas.

Tongkol jagung didapati boleh disimpan sehingga tiga minggu


pada suhu 3 - 5 °C tanpa menjejaskan mutu.

Buah jagung yang dituai sebaiknya disimpan di dalam peti sejuk


bagi mengekalkan kualitinya. Jika dibiarkan di luar (suhu bilik)
akan cepat tua.

Tongkol-tongkol yang telah dituai tidak boleh dihimpunkan


terlalu tinggi dalam keadaan panas. Ini mengakibatkan jagung
hilang kemanisan yang akan bertukar kepada kanji pada suhu
30°C ke atas.

Jagung manis boleh disimpan di dalam bilik sejuk pada suhu


5°C selama 3-5 hari tanpa menjejaskan mutu kernel.

Suhu 0°C diperlukan bagi penyimpanan selama 5-8 hari.

36
NOTA :
Untuk sebarang makluman lebih lanjut mengenai pengendalian lepas tuai bagi
tanaman nanas bolehlah merujuk kepada …………..(link pengendalian lepas tuai bagi
tanaman nanas (akan dikemaskini)).

Ataupun bolehlah menghubungi Unit Kawalan Kualiti Keselamatan Tanaman di


Pejabat Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kawasan Kemajuan Pertanian dan
Agrimakanan, Kampung Tungku ataupun boleh menerusi email
quality.crop@agriculture.gov.bn

37
PANDUAN
PENANAMAN
JAGUNG (MATRIX)
Manual tanaman jagung secara konvensional

HLT - Hari Lepas Tanam


38
HLT - Hari Lepas Tanam
39
HLT - Hari Lepas Tanam

40
HLT - Hari Lepas Tanam
41
HLT - Hari Lepas Tanam
42
HLT - Hari Lepas Tanam
43
HLT - Hari Lepas Tanam
44

You might also like