Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KAWASAN RUKUN TETANGGA Pengerusi : 019 – 2650090

TAMAN TITIWANGSA Setiausaha : 012 – 6544265


43100 HULU LANGAT E-mail : krttamanttiwangsa@gmail.com
SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT KRT TAMAN TITIWANGSA BIL. 2/(2022/2023)

Tarikh : 19 Mac 2022 (Sabtu)


Masa : 9.00 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat KRT Taman Titiwangsa
Pengerusi : Tn. Hj. Dzulkafli bin Abd Malek

KEHADIRAN
16/25 orang.
1. En. Dzulkafli Abd Malek
2. En. Kamarul Azman Johan
3. En. Taufik Mohd Anuar
4. Pn. Zuraidah Shamsuddin
5. Pn. Siti Norzila Saleh
6. Pn. Radiah Mohd Som
7. Pn. Jamaliah Shafiei
8. Pn. Siti Norbaya Hj Yaakob
9. En. Ab. Hamid Hashim
10. En. Zakaria Mohd Saad
11. En. Ibrahim Yaacob
12. En. Mohd Affzanizam Ahmad
13. En. Afiq Fikri Abdul Rahman
14. En. Muhamad Shamsul Bukhari Ramli
15. En. Muhamad Aiman Haqeem
16. En. Mohd Nizam Basri

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua yang hadir.
Beliau juga mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli jawatankuasa baharu dan
mengucapkan terima kasih bagi ahli-ahli yang lama.
KAWASAN RUKUN TETANGGA Pengerusi : 019 – 2650090
TAMAN TITIWANGSA Setiausaha : 012 – 6544265
43100 HULU LANGAT E-mail : krttamanttiwangsa@gmail.com
SELANGOR DARUL EHSAN

1.1.1 Pengerusi memaklumkan berkaitan persetujuan ahli mesyuarat bagi


melantik En. Boeman dan juga En. Yahaya sebagai ahli KRT melalui
pertanyaan kepada mereka.
Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 En. Taufik Mohd Anuar mencadangkan minit mesyuarat Bil 1/2022/2023
disahkan. Pn. Radiah Mohd Som menyokong cadangan tersebut. Pengesahan
minit mesyuarat dibuat sebulat suara.

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada.

4. LAPORAN KEWANGAN
4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa duit KRT tidak boleh dikeluarkan kerana
senarai nama belum didaftarkan.
4.2 Senarai nama AJK KRT haruslah dibawa ke bank berkenaan untuk didaftarkan
4.3 Jika tiada sebarang aktiviti dijalankan, bank akan letak status query.
4.4 Mesyuarat bersetuju untuk menggunakan duit tabung bagi program-program
yang berkenaan.
Tindakan: Makluman
5. CADANGAN PROGRAM AKAN DATANG
5. 1 Cadangan bagi program gotong royong KRT, adalah besesuaian jika dibuat
secara
bekerjasama dengan pihak surau.
5. 2 Berkaitan jamuan KRT, ianya boleh ditaja sekali dengan jamuan berbuka puasa
di surau.
5.3 Bagi program bubur lambuk, ianya perlu diusulkan semasa mesyuarat surau.
5.4 Untuk sambutan Hari Raya, ada cadangan bagi menjemput YB tetapi ini
melibatkan peruntukan yang banyak. Maka ianya akan dipertimbangkan.
5.5 En. Taufik juga mencadangkan disamping sambutan Hari Raya KRT, boleh
dimasukkan sekali program meraikan penghargaan kepada ahli KRT yang lama.
KAWASAN RUKUN TETANGGA Pengerusi : 019 – 2650090
TAMAN TITIWANGSA Setiausaha : 012 – 6544265
43100 HULU LANGAT E-mail : krttamanttiwangsa@gmail.com
SELANGOR DARUL EHSAN

6. HAL – HAL LAIN


6.1 Pengerusi KRT telah membuat aduan kepada Ketua Kampung ( En. Rashid)
berkenaan jalan yang berlubang di taman ini. Aduan tersebut telah diambil
tindakan oleh pihak yang berkenaan tetapi jalan hanya diturap sebahagian
sahaja.
6.2 Berkenaan pasar malam Taman Titiwangsa, aktiviti tersebut haruslah dijalankan
secara terurus. En. Nizam telah menjadi wakil bagi mesyuarat pasar malam
tersebut.
6.2.1 Hasil dari mesyuarat berkaitan pasar malam, mereka telah
mencadangkan agar jalan ke Taman Lestari Indah ditutup
sementara semasa waktu operasi pasar malam.
6.3 Keuntungan kutipan bayaran tapak pasar malam adalah seperti berikut;=
50% - MPKj 30% - orang lama 20% - KRT Taman Titiwangsa
Berkaitan perihal kutipan bayaran, hal ini haruslah mendapat persetujuan dari
wakil – wakil taman tersebut.
6.4 En. Azman mencadangkan dewan KRT perlu dicat semula.
6.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa kos mengecat semula boleh
mencecah RM 1000.
6.4.2 Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik kontraktor bagi
urusan mengecat semula.
6.5 En. Taufik pula mencadangkan membaik pulih pagar KRT namun ini tidak dapat
diberi perhatian kerana kosnya terlalu tinggi.
6.6 Produksi yang telah menggunakan KRT sebagai lokasi lakonan telah
menyumbang sebanyak RM 100 sebagai saguhati.
6.7 Amanah Ikhtiar telah menggunakan KRT sebagai lokasi mesyuarat telah
memberikan sedikit saguhati kepada KRT.
6.8 Persatuan Marhaban Taman Indah Jaya telah menggunakan dewan KRT sebagai
lokasi latihan marhaban. Mesyuarat setuju untuk mengenakan bayaran kepada
mereka bag setiap kali menggunakan dewan KRT.
6.9 En Nizam mencadangkan pihak KRT mengeluarkan surat tajaan bagi
membolehkan jiran muda menjalankan program kesukanan di kawasan taman.
KAWASAN RUKUN TETANGGA Pengerusi : 019 – 2650090
TAMAN TITIWANGSA Setiausaha : 012 – 6544265
43100 HULU LANGAT E-mail : krttamanttiwangsa@gmail.com
SELANGOR DARUL EHSAN

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10:20 malam.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………….. ……………………………………………..
(MOHD. HAFIZ BIN OTHMAN) (TN. HJ. DZULKAFLI ABD MALEK)
Setiausaha Pengerusi

Tarikh: Tarikh:
KAWASAN RUKUN TETANGGA Pengerusi : 019 – 2650090
TAMAN TITIWANGSA Setiausaha : 012 – 6544265
43100 HULU LANGAT E-mail : krttamanttiwangsa@gmail.com
SELANGOR DARUL EHSAN

Kehadiran Mesyuarat:

You might also like