Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

JURNAL MINGGU

KEENAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

BILANGAN JURNAL : KE- 10


MINGGU PRAKTIKUM : KESEPULUH
TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN : 04 – 08 APRIL 2010
TAJUK JURNAL : MASALAH MURID – MURID SUKA BERJALAN SEMASA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. MASALAH / PERISTIWA

Satu lagi masalah yang saya hadapi semasa proses pembelajaran dan
pengajaran dijalankan ialah segelintir pelajar tahun dua suka berjalan semasa proses
pembelajaran dan pengajaran. Saya menghadapi masalah ini semasa murid – murid
menjalankan kerja kumpulan. Ini berlaku kerana, murid – murid beria – ria untuk
membuat persembahan yang terbaik dalam kerja kumpulan.

2. ANALISIS

Semasa saya membahagikan para murid kepada kumpulan dan memberi kerja
kepada mereka, saya mendapati bahawa ada segelintir murid sengaja berulang – alik
kepada kumpulan yang satu lagi untuk memastikan setakat mana mereka telah habis
melakukan kerja itu. Selain itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
ada juga segelintir pelajar yang suka datang ke hadapan walaupun saya tidak
memanggil nama pelajar tersebut. Ini berlaku semasa saya menunjukkan sesuatu
bahan atau alat bantu mengajar yang belum pernah dilihat sebelumnya.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

1. Saya akan memberi nasihat kepada murid – murid berkenaan dengan


menjelaskan kesan – kesan yang timbul akibat perbuatan mereka.

2. Saya turut memberi amaran kepada mereka agar tidak mengulangi perbuatan
mereka.

3. Bagi mengelakkan murid – murid berjalan dari satu kumpulan ke kumpulan yang
lain semasa aktiviti kumpulan, saya telah memberi sejumlah ganjaran kepada
setiap kumpulan.

4. Saya juga telah memberi arahan bahawa saya akan memotong ganjaran dari
kumplan sekiranya ada murid yang suka bergerak dari kumpulan sendiri ke
kumpulan lain.

4. TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN

Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu.
Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini. Jika masalah ini, tidak
dapat diatasi saya akan meminta pertolongan guru-guru yang berpengalaman.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

You might also like