Formula NM + Up

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

FORMULA NM + UP

SUKAINA MASALIANG
SMK SEGAMA, LAHAD DATU, SABAH
PENGENALAN FORMULA NM + UP
NM = Nilai Murni - Mempunyai
UP = Unsur Patriotisme Fakta/huraian yg
sama.
- Pelajar hnya perlu
salin pembayang
soalan dan kaitkan
Digunakan utk dgn kehendak soalan.
menjawab soalan
berbentuk IKTIBAR & Membantu murid
KBAT menjawab soalan KBAT,
khususnya pelajar
GALUS
FORMULA NM + UP
NILAI MURNI UNSUR PATRIOTISME

-Bekerjasama -Perpaduan/ Bersatu padu


-Hormat menghormati -Cinta akan negara
-Bertoleransi -Ketaatan/kesetiaan
-Berpandangan jauh -Keberanian
-Bersifat terbuka -Sanggup berkorban utk negara
-Rajin berusaha/berdaya saing -Menjaga imej negara
-Kreatif & Inovatif -Mementingkan ilmu pengetahiuan
APLIKASI FORMULA NM +UP
IKTIBAR KEMAJUAN NEGARA/EKONOMI
0 - Perpaduan 0 - Ilmu pengetahuan
1 -
-
-
Toleransi
Kesetiaan/ketaatan
Berkerjasama
2 -
-
Kreatif / inovatif
Rajin berusaha/berdaya saing
- Perpaduan
- Hormat-menghormati

KEAMANAN/KESTABILAN POLITIK/
0 KESELAMATAN
0
PERPADUAN/ SEMANGAT
NASIONALISME/KEDAULATAN/YDPA

3 -
-
-
Perpaduan
Bertoleransi
Kesetiaan/ketaatan 4
-
-
Perpaduan
Kerjasama
- Toleransi/ menghormati
- Keberanian - Cinta akan negara
- Sanggup bekorban - Ketaatan/kesetiaan
CONTOH SOALAN
Iktibar
( PENGAJARAN YG BLH DICONTOHI )
1. Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada kedaulatan negara yang kita
kecapi pada masa kini.
2. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kerjasama Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri bagi mewujudkan kesejahteraan rakyat.
3. Apakah sikap yang boleh dicontohi daripada tokoh pejuang kemerdekaan negara ?
4. Kejayaan Jepun sebagai kuasa besar disebabkan kebijaksanaan pemerintahnya
dalam merancang strategi. Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada kejayaan
Jepun memajukan negaranya.
BEDAH
SOALAN
PANDUAN MENJAWAB
- Kenal pasti kata kunci & kehendak soalan
- Pilih NM/ UP yang sesuai dan kaitkan dgn kehendak soalan
- salin pembayang soalan, kemudian guna kata kunci untuk soalan iktibar ( kita mestilah/haruslah..)
- bagi F,H,C,I

contoh soalan:
Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada kedaulatan negara yang kita kecapi pada masa kini. (8 m)

contoh jawapan
Iktibar yang boleh diperoleh daripada kedaulatan negara yang kita kecapi pada masa kini
ialah kita mestilah mengukuhkan perpaduan kaum kerana ia merupakan kunci kepada kemerdekaan
negara kita. Contohnya dengan menghormati agama dan budaya setiap kaum. Kesannya, keharmonian
masyarakat dapat dicapai.
Iktibar yang seterusnya ialah kita haruslah mengamalkan sikap bekerjasama dan bertoleransi
dalam semua aspek bagi memastikan kedaulatan negara terus berkekalan. Contohnya, kesanggupan
pemimpin negara untuk berkongsi kuasa dalam pentadbiran. Hal ini dapat menjamin kestabilan politik
negara. Justeru, agenda pembagunan negara dapat dilaksanakan dengan jayanya.
MAXIMUM 8 MARKAH
CONTOH SOALAN kbat
Kemajuan negara/ekonomi
1. Jelaskan peranan generasi muda Malaysia dalam memajukan negara
2. Sistem pendidikan yang berteraskan kemahiran menjamin masa hadapan
remaja. Bahaskan.
3. Jelaskan usaha yang boleh dilaksanakan bagi memajukan sektor industri
moden di negara kita.
BEDAH
SOALAN
1.Jelaskan peranan generasi muda Malaysia dalam memajukan negara
- kenalpasti kata kunci dan kehendak soalan
- salin pembayang soalan, kemukakan F,H,C & I
contoh jawapan
Peranan generasi muda Malaysia dalam memajukan negara ialah mementingkan ilmu
pengetahuan bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan. Kemahiran ini membolehkan mereka
mendapatkan pekerjaan yang baik seterusnya meningkatkan taraf hidup. Selain itu, ilmu pengetahuan dapat
melahirkan masyarakat yang berinovasi dengan menggiatkan RND untuk mencipta produk baharu.
Contohnya mempelbagaikan produk berasaskan kelapa sawit agar dapat bersaing di peringkat global.
Kesannya, ia dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.

2. Sistem pendidikan yang berteraskan kemahiran menjamin masa hadapan remaja. Bahaskan.
Contoh jawapan
Sistem pendidikan yang berteraskan kemahiran menjamin masa hadapan remaja kerana ilmu
pengetahuan dapat melahirkan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan. Kemahiran ini membolehkan
mereka mendapatkan pekerjaan yang baik seterusnya meningkatkan taraf hidup. Selain itu ilmu
pengetahuan dapat melahirkan masyarakat yang berinovasi dengan menggiatkan RND untuk mencipta
produk baharu. Contohnya mempelbagaikan produk berasaskan kelapa sawit agar dapat bersaing di
peringkat global. Kesannya, ia dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.
RUMUSAN
- TENAGA KERJA MAHIR
- PELUANG PEKERJAAN YG LEBIH BAIK
ILMU - MENINGKATKAN TARAF HIDUP
PENGETAHUAN - LEBIH KREATIF & BERINOVASI
- CIPTA PRODUK BAHARU
- BERDAYA SAING
- MENINGKATKAN IMEJ NEGARA
CONTOH SOALAN kbat
KEAMANANAN NEGARA/
KESTABILAN POLITIK/ KESELAMATAN
1. Mengapakah kita perlu menjaga keamanan dan kestabilan politik
negara?
2. Jelaskan kepentingan menjaga keharmonian kaum di nagara kita.
3. Jelaskan peranan pemimpin dalam memastikan kemakmuran
negara.
BEDAH
SOALAN
1. Jelaskan kepentingan menjaga keharmonian kaum di nagara kita
- kenalpasti kata kunci dan kehendak soalan
- salin pembayang soalan, kemukakan F,H,C & I
contoh jawapan
Kepentingan menjaga keharmonian kaum di nagara kita adalah untuk mewujudkan perpaduan
agar negara kita aman dan menjamin kestabilan politik. Seterusnya akan menarik lebih ramai pelabur asing
melabur di negara kita. Contohnya dalam bidang perkilangan dan perladangan. Ini akan membuka lebih
banyak peluang pekerjaan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat. Kesannya kemajuan negara
dapat dikecapi.

2. Jelaskan peranan pemimpin dalam memastikan kemakmuran negara.


- kenalpasti kata kunci dan kehendak soalan
- salin pembayang soalan, kemukakan F,H,C & I
contoh jawapan
Peranan pemimpin dalam memastikan kemakmuran negara ialah dengan mewujudkan
perpaduan agar negara kita aman dan menjamin kestabilan politik. Seterusnya ini akan menarik lebih
ramai pelabur asing melabur di negara kita. Contohnya dalam bidang perkilangan dan perladangan. Ini
akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat.
Kesannya kemajuan negara dapat dikecapi.
RUMUSAN

- JAGA KEAMANAN & KESTABILAN POLITIK


- MENARIK PELABUR ASING
PERPADUAN - BUKA PELUANG PEKERJAAN
- MENINGKATKAN TARAF HIDUP
- EKONOMI MENINGKAT
- MENINGKATKAN IMEJ NEGARA
CONTOH SOALAN KBAT
Perpaduan / KERJASAMA/
semangat nasionalisme
1. Jelaskan kepentingan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia .
2. Bagaimanakah nasionalisme boleh memperkukuh perpaduan rakyat?
3. Kedaulatan negara bergantung pada warganya yang bersatu padu. Beri hujah
anda.
4. Sebagai warga yang patriotik,bagaimanakah anda menunjukkan kesetiaan
kepada raja dan negara?
5. Bagaimanakah kerjasama politik dapat dicapai dalam kalangan pelbagai kaum?
6. Kejayaan pembentukan gagasan Malaysia dapat dicapai melalui amalan
permuafakatan antara semua pihak. Bahaskan.
7. Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik, bagaimanakah anda
menunjukkan semangat nasionalisme terhadap negara dan bangsa?
BEDAH
SOALAN
1. Bagaimanakah kerjasama politik dapat dicapai dalam kalangan pelbagai kaum? (8m)

Contoh jawapan
Kerjasama politik dapat dicapai dalam kalangan pelbagai kaum adalah dengan bersatu padu.
Hal ini kerana perpaduan dapat mengelakkan berlakunya perpecahan yang boleh menggugat keamanan dan
kestabilan politik. Contohnya, bersatu hati menyokong dasar pembangunan kerajaan. Justeru kemajuan
negara dapat berkembang dengan pesatnya.
Selain itu, kerjasama politik juga dapat dicapai dengan mengamalkan sikap saling menghormati
dan toleransi. Contohnya, menghargai pendapat orang lain dan sedia berkongsi kuasa dalam pentadbiran
negara. Kesannya, pentadbiran negara lebih sistematik dan berkesan.

2. Bagaimanakah nasionalisme boleh memperkukuh perpaduan rakyat? ( 8m )


Contoh jawapan
Nasionalisme boleh memperkukuh perpaduan rakyat adalah dengan bersatu padu. Hal ini
kerana perpaduan dapat mengelakkan berlakunya perpecahan yang boleh menggugat keamanan dan
kestabilan politik. Contohnya, bersatu hati menyokong dasar pembangunan kerajaan. Justeru kemajuan
negara dapat berkembang dengan pesatnya.
Seterusnya perpaduan dapat dicapai dengan mengamalkan sikap saling menghormati dan
toleransi. Contohnya, menghormati pendapat orang lain dan sedia berkongsi kuasa dalam pentadbiran
negara. Kesannya, pentadbiran negara lebih sistematik dan berkesan.
RUMUSAN
- JAGA KEAMANAN & KESTABILAN POLITIK
- ELAKKAN PERPECAHAN
PERPADUAN - BERSATU MENYOKONG DASAR KERAJAAN
- PROGRAM PEMBANGUNAN LANCAR
- EKONOMI MENINGKAT/NEGARA MAJU

MENGHORMATI - ELAK PERGADUHAN KAUM


- MENGHORMATI ADAT/AGAMA
& BERTOLERANSI - BERKONGSI KUASA
- PENTADBIRAN SISTEMATIK
- IMEJ NEGARA MENINGKAT
CONTOH SOALAN KBAT
Kedaulatan/ sistem beraja/
sistem demokrasi
1. Mengapakah sistem beraja di negara kita perlu dikekalkan?
2. Jelaskan kepentingan sistem beraja di negara kita ? ( 8m )
3. Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?
4. Jelaskan peranan rakyat untuk mengekalkan kedaulatan negara.
5. Bagaimanakah generasi masa kini dapat mengisi kemerdekaan yang telah
diperjuangkan oleh tokoh pejuang masa silam? ( 8m )
6. Jelaskan kebaikan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara
kita.
BEDAH
SOALAN
1. Mengapakah sistem beraja di negara kita perlu dikekalkan?
Contoh jawapan
sistem beraja di negara kita perlu dikekalkan bagi mengukuhkan perpaduan. Hal ini kerana
negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Justeru semua kaum perlu taat setia kepada raja dan negara.
Selain itu, YDPA bertanggungjawab menjaga kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera dan
kepentingan sah kaum lain. Oleh itu, ia dapat mengelakkan berlakunya rasa tidak puas hati rakyat.
Contohnya rusuhan kaum yang boleh mengancam keselamatan negara. Kesimpulannya, sistem beraja
penting dalam memacu kemajuan negara kita.

2. Jelaskan peranan rakyat untuk mengekalkan kedaulatan negara.


Contoh jawapan
Peranan rakyat untuk mengekalkan kedaulatan negara ialah dengan mengukuhkan
perpaduan. Hal ini kerana negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Justeru semua kaum perlu taat
setia kepada raja dan negara. Kesannya, keamanan dan kestabilan politik dapat dicapai.
Selain itu, rakyat perlu mengamalkan sikap saling menghormati dan bertoleransi. Contohnya,
menghormati pendapat orang lain dan sedia berkongsi kuasa dalam pentadbiran negara. Kesannya,
pentadbiran negara lebih sistematik dan berkesan
RUMUSAN
- PELBAGAI KAUM
– TAAT SETIA KPD RAJA & NEGARA
- JAGA KEAMANAN & KESTABILAN POLITIK
PERPADUAN - ELAKKAN PERPECAHAN
- BERSATU MENYOKONG DASAR KERAJAAN
- PROGRAM PEMBANGUNAN LANCAR
- EKONOMI MENINGKAT/NEGARA MAJU
MENGHORMATI
& BERTOLERANSI - ELAK PERGADUHAN KAUM
- MENGHORMATI ADAT/AGAMA
- BERKONGSI KUASA
- PENTADBIRAN SISTEMATIK
- IMEJ NEGARA MENINGKAT
Semoga bermanfaat
Sukaina Masaliang
SMK Segama, Lahat Datu, Sabah
Alternative Resources

You might also like