0-Karangan Rukun Negara

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

PENGAJIAN AM SEMESTER 2

KARANGAN
TEMA: RUKUN NEGARA
STPM 2013
SOALAN 7
Membina negara Malaysia yang bersatu padu
telah diletakkan sebagai cabaran pertama
dalam Wawasan 2020. Bagi mengukuhkan
bangsa Malaysia yang bersatu padu, kerajaan
telah memperkenalkan ideologi negara dan
pelbagai dasar lain. Huraikan.
FOKUS ISU 1 – Idealogi Negara
IDEA 1: Rukun Negara

FOKUS ISU 2 – Dasar Negara


IDEA 2: Dasar Pendidikan Kebangsaan
IDEA 3: Dasar Ekonomi Baru
IDEA 4: Dasar Kebudayaan Kebangsaan
IDEA 5: Dasar Sukan Negara
PENDAHULUAN
Cabaran pertama Wawasan 2020 ialah membina
negara Malaysia yang bersatu padu dengan
mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi
bersama. Bagi mencapai tujuan tersebut, kerajaan
telah memperkenalkan ideologi negara dan
pelbagai dasar.
IDEA 1: Rukun Negara

Rukun Negara merupakan salah satu ideologi negara yang diperkenalkan


oleh pihak kerajaan dalam usaha mengukuhkan bangsa Malaysia yang
bersatu padu.

Huraian:
Tujuan utama pembentukan Rukun Negara adalah untuk membentuk
perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Contoh:
Sebagai contoh, bagi prinsip Rukun Negara yang ke-5, sikap bersopan santun
dan bertatasusila perlu diamalkan bagi membentuk masyarakat yang
berdisiplin dan bermoral tinggi yang seterusnya akan mewujudkan
keharmonian kaum.
68 pp
IDEA 2: Dasar Pendidikan Kebangsaan

Selain itu, pembentukan beberapa dasar telah diperkenalkan untuk


mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Antaranya ialah Dasar
Pendidikan Kebangsaan.

Huraian 1:
Menerusi dasar ini, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar
dan mengadakan kurikulum yang sama berorientasikan Malaysia bagi semua
jenis sekolah.

Huraian 2:
Penggunaan satu bahasa menunjukkan kesepaduan yang ingin dibina dalam
masyarakat di negara ini. Namun begitu, penggunaan bahasa kedua (bahasa
Inggeris atau bahasa ibunda) boleh digunakan tanpa sekatan.
70 pp
IDEA 3: Dasar Ekonomi Baru

Dasar yang seterusnya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Huraian 1:
DEB telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk
mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan
dan menambah peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.

Huraian 2:
Strategi yang kedua ialah mempercepatkan proses penyusunan semula
ekonomi Malaysia bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-
fungsi ekonomi dengan melancarkan beberapa program seperti perindustrian
dan perdagangan, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian.

65 pp
IDEA 4: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan


dalam usaha mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Huraian 1:
Proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang
teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat Malaysia.
Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan
mengutamakan pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Huraian 2:
Sehubungan itu, prinsip bagi dasar ini berteraskan kepada kebudayaan rakyat
asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar akan
diterima serta Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan. 86 pp
IDEA 5: Dasar Sukan Negara

Akhir sekali, Dasar Sukan Negara.

Huraian 1:
Dasar ini merupakan dasar komprehensif ke arah perkembangan, kemajuan
dan pembangunan sukan negara yang merangkumi Sukan Massa (sukan untuk
semua) dan Sukan untuk Kecemerlangan.

Huraian 2:
Oleh itu, rasional pembentukan dasar ini kepada negara adalah untuk
mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi, meningkatkan maruah bangsa
dan negara di persada sukan antarabangsa dan memupuk persahabatan.

58 pp
PENUTUP
Kesimpulannya, jelaslah bahawa ideologi negara dan
pelbagai dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan
adalah untuk membina negara Malaysia yang bersatu
padu menjelang tahun 2020. Kesepaduan ini amatlah
penting bagi memastikan keharmonian dan
kesejahteraan negara terus terpelihara.
STPM u2014
SOALAN 7
Penggubalan Rukun Negara adalah untuk
melahirkan masyarakat Malaysia yang
demokratik, saintifik, progresif, bersatu padu,
dan bersikap terbuka terhadap cara hidup
rakyat yang pelbagai keturunan. Namun
begitu, terdapat pelbagai masalah yang
dihadapi untuk merealisasikan hasrat
tersebut. Jelaskan.
-FOKUS ISU-
Masalah Yang Dihadapi Untuk Merealisasikan Hasrat Tersebut
IDEA 1: Kurang penghayatan terhadap Rukun Negara
IDEA 2: Kemasukan budaya asing secara meluas
IDEA 3: Peningkatan masalah sosial
IDEA 4: Cetek ilmu pengetahuan sains dan teknologi
IDEA 5: Perpaduan kaum yang tidak kukuh
PENDAHULUAN
Penggubalan Rukun Negara bertujuan untuk
melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik,
saintifik, progresif, bersatu padu, dan bersikap
terbuka terhadap cara hidup rakyat yang terdiri
daripada pelbagai keturunan. Namun, wujud masalah
dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan hasrat
tersebut.
IDEA 1: Kurang penghayatan terhadap Rukun Negara

Masalah yang wujud dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan hasrat


melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik, progresif,
bersatu padu, dan bersikap terbuka ialah kurang penghayatan terhadap
Rukun Negara.

Huraian 1:
Sekiranya masyarakat tidak menghayati Prinsip ke-3 dan ke-4 Rukun Negara
iaitu Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang, maka akan
lahirlah masyarakat yang tidak menghormati dan sering mempersoalkan
Perlembagaan Malaysia.

Huraian 2:
Malah, mereka juga akan menyalahgunakan hak kebebasan yang diberikan
atas alasan dan kepentingan peribadi semata-mata.
72 pp
IDEA 2: Kemasukan budaya asing secara meluas

Masalah yang kedua ialah kemasukan budaya asing secara meluas.

Huraian 1:
Antara pengaruh budaya asing yang sering menjadi ikutan masyarakat kini
ialah budaya pemakaian yang tidak mencerminkan masyarakat ketimuran. Ini
banyak dilihat pada corak pakaian yang lebih menonjolkan bentuk badan si
pemakai.

Huraian 2:
Malah, amalan kapitalisme boleh dilihat melalui pengumpulan kekayaan oleh
golongan tertentu. Pendek kata, yang kaya akan terus kaya, yang miskin akan
kekal miskin.

65 pp
IDEA 3: Peningkatan masalah sosial

Masalah yang seterusnya ialah peningkatan masalah sosial.

Huraian:
Nilai kemanusiaan, keagamaan dan prinsip moral semakin menipis dalam diri
masyarakat. Maka, tidak hairanlah terdapat segelintir masyarakat yang berani
melakukan perbuatan yang bercanggah dengan norma-norma kehidupan dan
undang-undang.

Contoh:
Misalnya, kes pembuangan bayi serta kes penderaan dan pembunuhan dalam
kalangan bayi dan kanak-kanak kerap kali menjadi isu hangat yang sering
ditularkan menerusi media sosial.

60 pp
IDEA 4: Cetek ilmu pengetahuan sains dan teknologi

Cetek ilmu pengetahuan sains dan teknologi juga merupakan masalah dalam
usaha kerajaan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Huraian 1:
Generasi kini kurang berminat untuk mencuburi bidang sains dan teknologi.
Maka, kerajaan terpaksa bergantung kepada tenaga pakar dan teknologi dari
luar untuk memenuhi keperluan dalam bidang ini.

Huraian 2:
Sekiranya negara masih menjadi pengguna teknologi, hasrat untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang saintifik dan progresif sukar untuk dicapai.

63 pp
IDEA 5: Perpaduan kaum yang tidak kukuh

Akhir sekali, perpaduan kaum yang tidak kukuh.

Huraian 1:
Isu perkauman yang melibatkan sensitiviti sesuatu kaum boleh menggugat
perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan
mengancam ketenteraman awam serta mencetuskan konflik antara kaum.

Huraian 2:
Masalah ini terjadi akibat tidak menghormati hak-hak kaum lain dan tiada
tolerasi sesama kaum. Keadaan ini akan bertambah rumit sekiranya perasaan
curiga yang menebal dalam diri masyarakat tidak diatasi dengan baik.

65 pp
PENUTUP
Kesimpulannya, jelaslah bahawa hasrat untuk
melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik,
saintifik, progresif, bersatu padu, dan bersikap
terbuka turut berdepan dengan pelbagai masalah.
Masalah ini perlu ditangani dengan baik agar negara
mampu mencapai hasrat yang diinginkan kelak.
STPM u2018
SOALAN 7
Pernyataan Rukun Negara merupakan satu
perkara penting kepada warganegara
Malaysia. Kegagalan warganegara Malaysia
menghayatinya akan memberikan kesan
kepada negara. Jelaskan.
FOKUS ISU 1 – Kepentingan Rukun Negara
IDEA 1: Memantapkan jati diri
IDEA 2: Meningkatkan semangat patriotisme
IDEA 3: Memupuk nilai murni dalam kalangan warganegara

FOKUS ISU 2 – Kesan Tidak Menghayati Rukun Negara


IDEA 4: Perpaduan negara tergugat
IDEA 5: Jati diri terhakis
PENDAHULUAN
Rukun Negara merupakan salah satu ideologi yang
diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam usaha
mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Oleh
itu, pernyataan Rukun Negara amat penting untuk
dihayati oleh setiap warganegara Malaysia. Kegagalan
menghayatinya akan memberikan kesan kepada negara.
IDEA 1: Memantapkan jati diri

Kepentingan pernyataan Rukun Negara kepada warganegara Malaysia


ialah memantapkan jati diri.

Huraian
Warganegara yang memiliki jati diri yang tulen dan kukuh mampu berfikir
secara rasional dan boleh membuat justifikasi dalam apa-apa situasi.

Contoh
Prinsip ke-4 Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-undang, sekiranya diamati
dapat melahirkan wagranegara yang patuh kepada undang-undang negara.
Kepatuhan ini membolehkan warganegara terhindar daripada melakukan
sebarang jenayah yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
64 pp
IDEA 2: Meningkatkan semangat patriotisme

Selain itu, pernyataan Rukun Negara penting untuk meningkatkan semangat


patriotisme.

Huraian 1
Semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan warganegara akan
membawa kesan jangka panjang bagi sesebuah negara. Antaranya ialah
keamanan dan kesejahteraan negara terpelihara serta mengukuhkan
perpaduan negara.

Huraian 2
Malah, Kesetiaan kepada Raja dan Negara yang menjadi prinsip ke-2 dalam
Rukun Negara wajar dihayati sepenuhnya supaya institusi diraja terus dihormati
dan dipelihara serta amalan demokrasi berparlimen terus dipraktikan dengan
suasana aman. 70 pp
IDEA 3: Memupuk nilai murni dalam kalangan warganegara

Seterusnya, memupuk nilai murni dalam kalangan warganegara.

Huraian:
Prinsip ke-5, Kesopanan dan Kesusilaan menekankan perkembangan
personaliti dan tingkah laku setiap warganegara. Sikap bersopan santun perlu
diamalkan bagi membentuk masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi
serta membantu mewujudkan sesebuah masyarakat yang harmoni.

Contoh:
Contohnya, semasa berdepan dengan penularan Covid-19, seluruh lapisan
masyarakat bersama-sama menghulurkan bantuan berbentuk wang, bahan
makanan serta keperluan harian tanpa mengira agama dan kaum.
64 pp
IDEA 4: Perpaduan negara tergugat

Nanum, sekiranya Rukun Negara gagal dihayati, ianya akan memberi kesan
kepada negara. Antara kesannya ialah perpaduan negara tergugat.

Huraian 1:
Terdapat beberapa insiden yang telah menggugat perpaduan kaum.
Antaranya, rusuhan kaum yang berlaku di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman,
Subang Jaya yang berpunca daripada perselisihan faham antara dua
kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman.

Huraian 2:
Sekiranya insiden ini tidak diatasi dengan segera, ianya akan membawa
kepada ketidakstabilan politik yang akhirnya akan menjejaskan pembangunan
negara.
75 pp
IDEA 5: Jati diri terhakis

Akhir sekali, kesan tidak menghayati Rukun Negara ialah jati diri terhakis.

Huraian 1
Semangat patriotisme dan jati diri semakin hilang sekiranya warganegara
gagal menghayati Rukun Negara dengan baik. Masalah lain bakal berlaku
sekiranya hal ini tidak ditangani dengan segera.

Huraian 2
Masalah seperti tidak menghormati institusi diraja, perbalahan antara kaum
malah sesama kaum dan budaya membuang sampah merata-rata merupakan
antara masalah yang kerap kali terjadi sejak akhir-akhir ini ekoran daripada
tidak menghayati Rukun Negara.
73 pp
PENUTUP
Kesimpulannya, jelaslah bahawa setiap
warganegara perlu menghayati maksud yang
tersirat dalam Rukun Negara kerana ianya amat
penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Kegagalan menghayatinya akan memberi kesan
yang serius khususnya kepada negara dan
warganegara, amnya.
THANKS!
FOLLOW US AND SUBSCRIBE

anysfadzlyn
Pengajian Am Channel

You might also like