Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PK07- LAMPIRAN 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2


MINIT MESYUARAT KEBAJIKAN MURID BIL 1 2023/2024

Tarikh : 13 Mac 2023 (Isnin)


Masa : 1.45 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SKPP2
Pengerusi : Pn Nora binti Akir

Kehadiran :

1. Pn Nora binti Akir Guru Besar


2. Pn Hayati binti Yusof GPK Pentadbiran
3. Pn Azziah binti Nordin GPK Hal Ehwal Murid
4. Pn Farehan binti Haji Khalid GPK Kokurikulum
5. Cik Lee Siew Chin Jawatankuasa 3K (Kebersihan/Keceriaan)
6. Pn Nik Nurul Husna binti Ahmad Zaidi Jawatankuasa 3K (Kesihatan)
7. Pn Jagethiswary a/p Awuli Bimbingan dan Kaunseling
8. Pn Linawaznah binti Othman APDM
9. Bantuan
10. En Mohd Hafiz bin Aris Pengurusan PPDa
11. Pn Hanis Atikah binti Mohamad Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
dan Program Susu Sekolah (PSS)

Tidak Hadir :

Urus Setia/ Setiausaha

12. Pn Rosenimaliza bt Mohd Ali Setiausaha

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam
mesyuarat Kebajikan Murid Bil 1 2023/2024. Beliau berharap semua guru dapat
memberikan kerjasama erat bagi menjayakan sesi persekolahan dan semua aktiviti serta
program yang akan diadakan pada sesi 2023/2024.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Bil 3 2022/2023 dicadangkan pengesahannya oleh Pn Aini binti Hamid dan
disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


02 Februari 2016 - Keluaran 04 | Pindaan 01
1
PK07- LAMPIRAN 3

- Tiada perkara berbangkit

4. AGENDA YANG DIBINCANGKAN

4.1. Objektif HEM 2023

i. Moto Unit Hal Ehwal Murid: “Sahsiah Terpuji Perintis Kejayaan”.


ii. Visi Unit Hal Ehwal Murid: “Sekolah Unggul Penjana Kecemerlangan”.
iii. Misi Unit Hal Ehwal Murid: “Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara”.
Makluman

4.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) & Program Susu Sekolah

4.2.1 Bilangan murid RMT bagi tahun 2 hingga 6 adalah seramai 13 orang. Bagi murid
tahun 1 sesi 2023/2024 dan murid tercicir akan dibuat selepas mendapat surat.

Makluman

4.2.2 Penyelaras RMT perlu memastikan makanan yang disediakan mengikut menu,
perlu ditimbang serta mengikut sukatan dan kalori yang telah ditetapkan.

Makluman

4.2.3 Pn Azziah juga memaklumkan Perjanjian RMT perlu dihantar ke PPD.

Makluman

4.2.4 Susu Sekolah bagi sesi 2022/2023 telah selesai diagihkan kepada murid-murid.
Bagi tahun 2023/2024 akan dimaklumkan oleh JPWPKL.
Makluman

4.2.5 Penyelaras RMT diminta untuk mengemaskini papan kenyataan RMT.

Tindakan: Penyelaras RMT

4.3 Badan Kebajikan Murid

4.3.1 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi Tahun 1 sesi 2023/2024 seramai 20
orang. Pihak sekolah akan memohon untuk penambahan dan agihan akan dibuat
setelah mendapat penambahan BAP.
Makluman

4.3.2 Pn Azziah Nordin memaklumkan permohonan baharu untuk Baitulmal seramai 10


orang.
Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


02 Februari 2016 - Keluaran 04 | Pindaan 01
2
PK07- LAMPIRAN 3

4.3.3 Beliau juga memaklumkan duit kutipan Jumaat masih diteruskan. Sehingga hari ini
baki duit kutipan Jumaat sebanyak RM1636.05.
Makluman

4.3.4 Tabung Ringan Beban akan diletakkan di kaunter pejabat. Tabung ini bertujuan
untuk membantu murid-murid yang memerlukan bantuan.
Makluman

4.3.5 Semua guru kelas sesi 2023/2024 perlu menyediakan data pendapatan ibu bapa
dan menyerahkannya kepada penyelaras bantuan. Data tersebut boleh dimuat
turun dalam APDM.
Makluman

4.3.6 Pn Azziah Nordin menerangkan Takaful Insurans setiap murid sebanyak RM1.50.
Manakala Khairat kematian sebanyak RM1500. Sekiranya berlaku kemalangan
kepada murid dan murid tersebut dimasukkan ke hospital, tuntutan boleh dibuat
sebanyak RM25 sehari tidak melebihi 60 hari bertrut-turut dari tarikh kemasukkan
ke hospital.
Makluman
4.4 Pelan Strategik

4.4.1 Pn Azziah Nordin memaklumkan Pelan Strategik Hal Ehwal Murid (2023-2025)
menitikberatkan kehadiran murid ke sekolah. Guru-guru diingatkan untuk
menyediakan Pelan Taktikal dan Pelan Operasi bagi sesi 2023/2024.

Makluman
4.5 Pengurusan Fail

4.5.1 Semua ketua unit HEM juga diminta mengemaskini semua fail masing-masing.

Makluman
5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi memaklumkan waktu rehat bagi sesi 2023/2024 pada pukul 9.00 – 9.30 pagi.

Makluman

5.2 Beliau juga memaklumkan hanya 2 orang guru bertugas sahaja yang perlu berada di
pagar sekolah untuk menyambut murid-murid , seorang perlu berada di dewan dan
seorang lagi dimana-mana lokasi yang sesuai.
Makluman

5.3 Pn Azziah Nordin memaklumkan Hari Orientasi Tahun 1 2023/2024 pada hari Jumaat
(17/3/2023).
Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


02 Februari 2016 - Keluaran 04 | Pindaan 01
3
PK07- LAMPIRAN 3

6 PENUTUP

Pengerusi berharap semua guru dapat memberikan komitmen dan kerjasama yang padu dalam
melaksanakan semua amanah yang dipertanggungjawabkan dan diakhiri dengan ucapan terima
kasih.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh,

…………………………….
(SITI SYARA BINTI ISMAIL)
Penyelaras Kebajikan Murid
SK Puteri Pandan 2,
55100 Kuala Lumpur.

Tarikh : 17 Mac 2023

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


02 Februari 2016 - Keluaran 04 | Pindaan 01
4

You might also like