Juruacara Penutupan Merdeka 2022

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUPAN SEMARAK MERDEKA/NANI

MAJLIS PENUTUPAN MERDEKA 2022

MASA ACARA ANN CATATAN

8.00pg KETIBAAN Mengumumkan ketibaan IRINGAN


VIP MUZIK
Sir Joseph Lincoln A/L J.Samuel
GURU BESAR Sk Ulu Semenyih

bersama

Encik Mohd Reezam bin Mohamad


Kasim
YDP PIBG sk ulu semenyih ,

En Zulkifli Bin Salleh


NYDP PIBG Sk Ulu Semenyih

Sarjan Shahrizal bin Mat Jussin


Pegawai Pengangkutan dari Bahagian
Logistik dan Teknologi, IPD Kajang

Encik Shahruddin bin Anuar


PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN

Encik Shahrul Izal bin Shaari


PENOLONG KANAN HAL EHWAL
MURID

dan
Pn Aziyah binti Ahmad
PENOLONG KANAN PETANG

Ke Pentas utama

- Vip berjalan ke pentas utama-

PERARAKAN Mengumumkan perarakan masuk


MASUK pasukan unit uniform, pengawas
1
TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUPAN SEMARAK MERDEKA/NANI

PASUKAN sekolah dan kontijen mewakili negeri- IRINGAN


UNIT negeri di Malaysia. MUZIK
UNIFROM
DAN Setiap unit diwakili seramai 13 orang
KONTINJEN pelajar dan memakai pakaian mengikut
NEGERI unit dan juga negeri yang diwakili.
Setiap kontijen diiringi oleh guru
pembimbing masing-masing.

Perarakan dimulai oleh


Pasukan unit uniform pengakap
dengan membawa bendera Malaysia
seiringan bersama Pasukan Pengawas
Sekolah dengan membawa bendera
sekolah.

Seterusnya Pasukan Pergerakan


Puteri Islam Malaysia dan Pasukan
Pandu Puteri Tunas. Masing2
membawa
Logo merdeka tahun 2022 dan Logo
Jata Negara.

Menyusul di belakang ialah Tunas


Kadet Remaja sekolah membawa Ikrar
Rukun Negara beriringan dengan
Pasukan Tunas Pertahanan Awam
yang membawa icon bunga
kebangsaan iaitu
Bunga Raya.

Seterusnya perarakan masuk kontijen


negeri-negeri di Malaysia.

Dimulai dengan negeri

1.Labuan Dan Johor


2. Kuala Lumpur dan Kedah
3.Perlis dan Perak
4.Pulau Pinang dan Putrajaya
5. Melaka dan Negeri Sembilan
6. Pahang dan Terengganu
7. Kelantan dan Sabah

2
TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUPAN SEMARAK MERDEKA/NANI

Kontijen terakhir

8.Sarawak dan Selangor

Nyanyian Lagu
Negaraku Bagi melestarikan semangat patriotik
Lagu Selangor dan cintakan negara, hadirin mohon
dan Lagu berdiri untuk sama-sama menyanyikan
Sekolah lagu "NEGARAKU" dan lagu “
NEGERI SELANGOR”

-selesai nyanyian-

Majlis merakamkan ucapan terima


kasih

Salutasi Assalamualaikum wbt dan Selamat


Sejahtera

Yang Berusaha

Sir Joseph Lincoln A/L J.Samuel


GURU BESAR Sk Ulu Semenyih

Yang Dihormati

Encik Mohd Reezam bin Mohamad


Kasim
YDP PIBG sk ulu semenyih ,

Encik Zulkifli Bin Salleh


NYDP Sk Ulu Semenyih

Sarjan Shahrizal bin Mat Jussin


Pegawai Pengangkutan dari Bahagian
Logistik dan Teknologi, IPD Kajang

Encik Shahruddin bin Anuar


3
TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUPAN SEMARAK MERDEKA/NANI

PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN

Encik Shahrul Izal bin Shaari


PENOLONG KANAN HAL EHWAL
MURID

Pn Aziyah binti Ahmad


PENOLONG KANAN PETANG

Serta

Guru-guru dan pelajar –pelajar yang


dikasihi sekelian..

Selamat Datang Ke Majlis Penutupan


Program Semarak Merdeka Peringkat
Sk Ulu Semenyih 2022.

BACAAN DOA
Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menjunjung keberkatan majlis,


marilah sama-sama kita mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh
Ustaz Mohd Huzaifi Bin Abdullah
Sabri untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

-selesai doa-

Amin ya Rabbal ‘alamin. Shukran


Jazilan Ya Ustaz.

Pemeriksaan Sebentar lagi kita akan menyaksikan


Barisan upacara pemeriksaan barisan.

Semua unit diminta bersiap sedia .

Bagi menyempurnakan upacara…


majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan
4
TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUPAN SEMARAK MERDEKA/NANI

Yang Berusaha
Tuan Guru Besar
YDP PIBG
NYDP PIBG
Pegawai Perhubungan Sekolah
bersama
penolong2 kanan sk ulu semenyih
untuk pemeriksaan perbarisan kontijen.
Untuk makluman hadirin, setiap unit
akan diberikan markah.

- Selesai pemeriksaan-
- Vip kembali ke pentas utama-

Nampaknya rombongan tuan guru


besar di halang dari naik ke pentas ye.

Kita saksikan sesi berbalas pantun


antara rombongan tuan guru besar
dengan wakil pihak sk ulu semenyih.

-berbalas pantun-

-rombongan guru besar naik ke pentas


-

Majlis merakamkan ucapan terima


kasih kepada tuan guru besar dan
semua yang terlibat.

Hadirin dipersilakan duduk.

Untuk makluman para hadirin, sesi


berbalas pantun itu tadi merupakan
salah satu adat tradisi orang Johor.

Ucapan Aluan
Pengerusi majlis Ayam Selasih di dahan kuini,
Memagut serangga mencari makan;
Terima Kasih berkumpul di sini,
Penutup Semarak Merdeka kita raikan

5
TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUPAN SEMARAK MERDEKA/NANI

Tapak tangan kecil tiris tak padan


Nyiru halus tak tertadahkan
Padang nan terbentang kami sediakan
Tanda gembira tak terkira menerima
kunjungan tuan

Majlis merakamkan ucapan terima


kasih di atas kehadiran Tuan Guru
Besar, Tuan Ydp dan Nydp Pibg, tuan
Pegawai Perhubungan Sekolah kerana
meluangkan masa untuk bersama
warga sk ulu semenyih bagi
menjayakan majlis penutupan
program semarak merdeka 2022.

Ucapan Hadirin yang dihormati sekelian


perasmian
penutup Majlis penutupan program semarak
merdeka diteruskan lagi dengan
ucapan perasmian penutup.

Untuk itu majlis dengan penuh takzim


menjemput dan mempersilakan

En Joseph Linclon a/l J.Samuel. Guru


Besar sk ulu semenyih untuk
memberikan ucapan seterusnya
merasmikan penutupan program
semarak merdeka sk ulu semenyih bagi
tahun 2022

Dipersilakan

-ucapan perasmian penutup-

Majlis merakamkan ucapan terima


kasih kepada tuan guru besar atas
ucapan perasmian penutupan program
semarak merdeka sk ulu semenyih
2022.

Persembahan pra Berbaris sudah berbicara pun sudah.


6
TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUPAN SEMARAK MERDEKA/NANI

Bagi mengisi tatapan mata dan halwa


telinga marilah sama-sama kita
saksikan persembahan tarian daripada
adik-adik pra sekolah.

Dipersilakan.
-persembahan tarian-

Sungguh ceria, sungguh comel


sungguh menarik.

Persembahan tarian pra sekolah itu


tadi adalah dibawah bimbingan cikgu
siti suraida binti Jamari.

Terima kasih cikgu Su

Persembahan Kemeriahan sambutan majlis


Kontijen penutupan semarak merdeka sk ulu
semenyih diteruskan lagi dengan
persembahan daripada setiap kontijen.
Persembahan ini bukan sekadar
persembahan biasa kerana
persembahan ini akan diberikan
markah.

Untuk makluman para hakim serta


hadirin , setiap kontijen telah
diberikan serangkap lagu yang perlu
mereka nyanyikan dan
mempersembahkan lagu tersebut
dengan gaya persembahan yang
tersendiri.

Dipersilakan.

-persembahan bermula-

Terima kasih diucapkan kepada para


hakim yang arif lagi bijaksana.

7
TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUPAN SEMARAK MERDEKA/NANI

Tahniah diucapkan kepada semua


guru pembimbing dan kontijen atas
persembahan yang hebat dan
bertenaga sebentar tadi.

Kompang
Formasi Seterusnya…..
Tanpa melengahkan masa majlis
dengan ini menjemput dan
mempersilakan pasukan kompang
formasi khas yang diberi nama
Pasukan Kompang Dak-dak Razi
untuk membuat persembahan.

Dipersilakan.

-persembahan kompang formasi-

Persembahan kompang formasi itu


tadi adalah dibawah bimbingan
Cikgu Khairul Razi bin Asharani

Terima kasih dan tahniah diucapkan

Penyampaian Hadirin yang dimuliakan….


Hadiah
Majlis diteruskan lagi dengan acara
penyampaian hadiah sempena
program semarak merdeka peringkat
sk ulu semenyih 2022.

Untuk itu…

Majlis dengan sukacitanya menjemput


dan mempersilakan Sarjan Shahrizal
bin Mat Jussin
Pegawai Pengangkutan dari Bahagian
Logistik dan Teknologi, IPD Kajang
DIIRINGI Encik Sharuddin Bin Anuar
Penolong Kanan Pentadbiran untuk
tampil menyampaikan hadiah bagi
8
TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUPAN SEMARAK MERDEKA/NANI

Kategori Kawad Unit Beruniform

Dipersilakan

Hadiah Saguhati

Dijemput …

1. Unit Uniform Pengakap Kanak-


kanak
2. Unit Uniform Tunas Kadet Remaja
Sekolah

Tempat Ketiga

Unit Uniform Pergerakan Puteri Islam


Malaysia

Naib Johan Pertandingan Kawad unit


uniform jatuh kepada

Unit Uniform Tunas Pertahanan


Awam

Dan Johan Pertandingan Kawad


sempena Program Semarak Merdeka
Jatuh kepada

Pasukan Unit Uniform Pasukan Pandu


Puteri Tunas

Tahniah dan syabas diucapkan kepada


semua unit uniform.

Terima kasih diucapkan kepada Sarjan


Mohd Fauzi Ihsan Bin Mohamad dan
Encik Sharuddin bin Anuar.

Seterusnya penyampaian hadiah bagi

Kategori Basikal Berhias

Majlis dengan sukacitanya menjemput

9
TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUPAN SEMARAK MERDEKA/NANI

dan mempersilakan En Mohd Reezam


Bin Mohd Kasim YDP PIBG SK ULu
Semenyih DIIRINGI Puan Aziyah Binti
Ahmad
Penolong Kanan Petang
untuk tampil ke pentas.

( senarai pemenang)

NAMA PEMENANG BASIKAL


BERHIAS
1. Muhammad Qausar Qusyairi Bin
Abdul Zakaria – 4 Ks
2. Umar Muaz Bin Saifullizan – 4ks
3.Wan Mohammad Adam Haikal Bin
Wan Yahaya -5km
4. Muhammad Ammar Wafiy Bin
Luqman Al-Hakim -4km
5.Muhammad Zafran Bin Zaidi -5ks
6.Ahmad Amsyar Bin Ahmad A’fifi
4kn
7. Raja Alilatul Humaira Binti Raja
Iskandar – 4ks

Terima kasih diucapkan kepada En


Mohd Reezam Bin Mohd Kasim YDP
PIBG SK ULu Semenyih atas kesudian
menyampaikan hadiah itu tadi.

Bagi kategori

PERBARISAN DAN PERSEMBAHAN


KONTIJEN – ANITA

Majlis dengan sukacitanya menjemput


dan mempersilakan Sir Joseph Lincoln
A/L J Samuel Guru Besar SK ULu
Semenyih DIIRINGI Encik Shahruddin
Bin Anuar Penolong Kanan

10
TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUPAN SEMARAK MERDEKA/NANI

Pentadbiran untuk tampil


menyampaikan hadiah.

Dan untuk mengumumkan pemenang


bagi kategori ini majlis menjemput
Puan Anita Binti Husin.

Dipersilakan

( pengumuman pemenang)

Terima kasih diucapkan kepada Tuan


Guru Besar dan tuan PKP atas
kesudian menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah itu tadi.

Yang menang tentunya gembira namun


Yang kalah jangan putus asa

Penutup Majlis Dengan berakhirnya penyampaian


hadiah itu tadi maka berakhirlah
majlis penutupan semarak merdeka sk
ulu semenyih 2022.

Akhir kalam

Saya memohon seribu kemaafan


seandainya sepanjang mengacarakan
majlis ini ada yang tersilap kata
terlanjur bicara sehingga tersentuh
rasa.

Penutup Bicara

Jalur Gemilang Bendera Malaysia


Megah berkibar setiap hari
Selalu berdoa pada Yang Esa

11
TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUPAN SEMARAK MERDEKA/NANI

Supaya Malaysia terus aman harmoni

Saya sudahi dengan

Wabillahi taufik wal hidayah


wassalamualaikum w.b.t

Dijemput tuan guru besar,ydp , nydp


dan pps serta penolong kanan untuk
menikmati jamuan ringan di Bilik Sri
Anggerik.
Pergerakan Semua unit kontijen berdiri , berpusing
Keluar Baris ke dewan terbuka
Pasukan Pengakap…

12

You might also like