Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan aliran jumlah penggunaan elektrik oleh pelbagai sektor bagi tempoh yang
dinyatakan.

Dalam kepesatan pembangunan Malaysia sekarang, sumber tenaga manusia bukan sahaja
bergantung pada kuasa hidroelektrik malah juga bergantung pada petroleum dan gas asli. Menurut
data yang diperoleh, pengguna paling banyak adalah dari sektor industri. Pada tahun 2001 sahaja
penggunaan tenaga telah mencatat 4000 GWj. Angka ini terus bertambah sebanyak 850 GWj pada
tahun 2002. Pertambahan yang agak besar ini mungkin kerana pada tahun 2000-an sudah banyak
terdapat industri di Malaysia, terutamanya industri yang ditubuhkan oleh pelabur asing. Walau
bagaimanapun, peningkatan yang lebih ketara adalah pada tahun 2003 apabila sejumlah 6000
GWj telah digunakan untuk industri sahaja. Penggunaan tenaga pada tahun 2004 bertambah
sebanyak 3 kali ganda atau 200% berbanding jumlah pada tahun 2001. Pertambahan yang begitu
memberangsangkan adalah hasil usaha Malaysia menggalakkan sektor perindustrian, terutama
industri berat dan industri ringan.

Penggunaan tenaga yang banyak juga ketara dalam sektor perdagangan apabila sejumlah
2850 GWj telah digunakan pada tahun 2001. Angka ini masih rendah kalau dibandingkan dengan
tahun 2004 yang telah meningkat sebanyak 3150 GWj. Dalam sektor perdagangan ini jelas
bahawa tenaga banyak digunakan dalam gedung-gedung perniagaan tidak kira di bandar atau di
luar bandar. Nyata sekali terdapat penggunaan tenaga yang banyak pada tahun 2003 apabila
sejumlah 5020 GWj telah digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan tenaga ini tidak banyak
bezanya pada tahun 2002 dengan angkanya kurang sebanyak 1015 GWj kalau dibandingkan
dengan tahun 2003.

Yang jelas ialah bilangan isi rumah Malaysia sekarang mencapai angka juta tetapi dari segi
penggunaan tenaga, tidaklah begitu banyak kalau dibandingkan dengan sektor perdagangan.
Sebagai contohnya, hanya kira-kira 2245 GWj telah digunakan pada tahun 2001. Angka ini
bagaimanapun tetap meningkat kepada 3855 GWj pada tahun 2002. Kadar ini bagaimanapun
tidaklah begitu banyak kalau dibandingkan dengan tahun 2004 yang telah bertambah kepada 5123
GWj. Peningkatan yang begitu tinggi pada tahun 2004 disebabkan oleh bertambahnya kawasan-
kawasan perumahan baharu di bandar-bandar utama. Kesan pertambahan perumahan baharu juga
turut mendorong penggunaan tenaga meningkat kepada 4328 GWj pada tahun 2003.

Tidaklah keterlaluan kalau dikatakan penggunaan untuk sektor-sektor lain adalah paling
rendah daripada keseluruhan sektor. Angka ini ketara sekali apabila pada tahun 2001 hanya kira-
kira 413 GWj yang digunakan termasuklah untuk kegunaan awam seperti jalan raya. Penggunaan
untuk sektor ini terus meningkat sebanyak 319 GWj pada tahun 2002. Walau bagaimanapun, pada
tahun 2003 penggunaan untuk sektor ini merosot sebanyak 52 GWj dan angkanya kekal hingga
tahun 2004.

Penggunaan tenaga pada masa-masa akan datang diramalkan terus meningkat berlipat kali
ganda kesan daripada penggunaan yang bertambah. Oleh itu, adalah perlu bagi kerajaan untuk
mencari sumber-sumber baharu supaya tidak bergantung pada kuasa hidroelektrik dan petroleum
semata-mata.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 2004)


2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini,sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah penjanaan tenaga elektrik mengikut pelbagai sumber bagi tahun-
tahun yang dinyatakan.

Penjanaan kuasa elektrik di negara semakin meningkat selaras pertambahan permintaan


dalam negara. Malahan kerajaan melalui pihak TNB dan pengusaha swasta sentiasa berusaha
mencari sumber alternatif bagi menjamin bekalan kuasa yang secukupnya. Selaras usaha ini,
didapati penggunaan stesen wap dan diesel terus berkurangan dan turbin gas pula mencatat
pertambahan berterusan, iaitu lebih 1 122 juta kWj atau 2.9 peratus antara tahun 2014 hingga
2016.

Selaras dengan pelbagai usaha kerajaan, jumlah penjanaan kuasa elektrik meningkat
kepada 62 242 juta kWj pada tahun 2016 berbanding 60 469 juta kWj pada tahun 2014. Jumlah
kuasa pada tahun 2016 telah menurun sebanyak 322 juta kWj atau 0.5 peratus berbanding tahun
2015. Keadaan turun naik ini turut terlihat pada penjanaan kuasa melalui stesen diesel dan stesen
hidro.

Penjanaan kuasa elektik melalui stesen wap berkurangan secara konsisten menjadi 12 530
juta kWj pada tahun 2016 berbanding 14 094 juta kWj pada tahun 2014. Sumber kuasa melalui
stesen diesel pula bertambah daripada 2 092 juta kWj pada tahun 2014 kepada 2 210 juta kWj
pada 2016. Pada tahun 2014, penjanaan kuasa dengan cara hidro berjumlah 4 799 juta kWj dan
penggunaan turbin gas pula menghasil kan 38 878 juta kWj daripada jumlah kuasa tahun
berkenaan.

Menjelang tahun 2015, penjanaan kuasa melalui stesen hidro ,turbin gas dan sumber-
sumber lain terus meningkat. Pertambahan paling ketara ialah penjanaan kuasa hidro yang
meningkat sebanyak 2 660 juta kWj berbanding tahun sebelumnya. Penjanaan kuasa melalui
turbin gas bertambah kepada 38 887 juta kWj atau 62.2 peratus daripada jumlah kuasa tahun
2015. Didapati peratusan kuasa turbin gas merosot sedikit , iaitu 0.1 peratus berbanding tahun
sebelumnya.

Penjanaan kuasa dengan cara stesen wap dan diesel mencatat kejatuhan pada tahun 2015.
Jumlah kuasa melalui stesen wap merosot kepada 13 586 juta kWj berbanding tahun sebelumnya.
Penjanaan kuasa melalui stesen diesel juga merosot sebanyak 97 juta kWj pada tahun 2015.
Didapati kemerosotan penggunaan stesen wap lebih ketara, iaitu merosot sebanyak 508 juta kWj
berbanding tahun 2014.

Pada tahun 2016, penjanaan kuasa melalui stesen hidro menurun kepada 6 835 juta kWj
berbanding tahun sebelumnya. Kedudukan turbin gas sebagai sumber kuasa terbesar terus
bertambah kukuh dengan penjanaan kuasa sebanyak 40 000 juta kWj pada tahun 2016.
Penggunaan sumber-sumber lain bertambah ketara menjadi 667 juta kWj pada tahun 2016
berbanding 637 juta kWj dan 606 juta kWj pada tahun 2015 dan 2014.
[Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan
Malaysia 2016, Putrajaya: Jabatan Perangkaan
Malaysia]

You might also like