Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

4.

0 METODOLOGI KAJIAN
Pada bahagian ini, pengkaji akan membincangkan reka bentuk kajian yang
terdiri daripada kaedah kajian yang semasa menjalankan kejian, sampel kejian yang
dipilih dan cara analisis data. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), metodologi
imembawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan
dalam sesuatu kajian. Menurut Hornby (1985), metodologi merupakan satu set kaedah
yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu.
Metodologi juga boleh didefinisikan sebagai ilmu tentang cara untuk mengkaji dan
menyelidik sesuatu kajian, usaha yang sistematik untuk memperoleh atau mengumpul
data-data yang tepat. Metodologi ini membantu pengkaji memahami tentang
pengaplikasian kaedah dalam sesuatu kajian.Metodologi kajian yang digunakan akan
menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan pada awalperancangan kajian dan
memastikan objektif kajian iboleh dicapai menerusi data yang bakal diperoleh.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN


Bentuk kajian ini ialah kajian tinjuan. Menurut Creswell (2005), kajian itatif
dan kualititatifd iaitu tinjauan ialah prosedur dalam penyelidikan kuantitatif dan
kualitatif iaitu pengkaji menjalankan satu tinjauan sampel atau keseluruhan populasi.
Data-data yang diperolehdaripadakajian tinjauan ini akan digunakanbagi melancarkan
proses kajian.

4.2 KAEDAH KAJIAN


Kaedah kajian ini sebuah kaedah atau Teknik yang digunakan untuk
melakukan sebuah kajian dengan memberikan carauntuk mengumpul,menyusun dan
menganalisis maklumat supaya ydapat membuat beberapa kesimpulan (Nicholas
Wallman, 2011). JAdual 1 di bawah menunjukkan kaedah kajian yang digunakan.

Jadual 1: Kaedah Kajian dan Instrumennya


Kaedah kajian Instrumen
Kualitatif Temu bual dan kajian kepustakaan
kuantitatif Borang soal selidik

Sumber : Kajian Lapangan (2024)

4.2.1 PEMERHATIAN
Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke Kawasan kajian. Kaedah
ini digunakan untuk memerhatikan perlakuan individua tau kumpulan orangatau
Kawasan yang dikaji.
Kaedah kajian ini dijalankan di Kawasan kajian yang dipih oleh pengkaji
iaitu di Klinik Kesihatan Taman Universiti, skudai, Johor. Pemerhatian ini dijalankan
pada 26 Mac 2024 bersamaan hari Selesa pada pukul 3.00 petang. Pengkaji
menggunakankaedah ini untuk memerhatikan kekerapan warga emas menggunakan
perkhidmatan lesihatan yang disediakan oleh Klinik Kesihatan Taman Universiti.

Foto 2 menunjukkan warga emas sedang menunggu giliran untuk


mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Taman Universiti manakala Foto 3 pula
menunjukkan seorang warga emas sedang manjalani pemeriksaan gigi di klinik
kesihatan yang sama.

4.2.2 TEMU BUAL


Kaedah temu bual melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak
formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan atau
pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompak masyarakat. Temu bual ini
menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Temu bual
secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan orang persendirian. Kaedah
ini kebiasaannya menggunakan alat perakam suara untuk merakam perbualan dan
kemudiannya digunakan untuk menganalissis temu bual tersebut
Menerusi kaedah kajian ini, temu bual secara berstruktur telah digunakan. Temu
bual berstruktur ini di jalankan secara formal dengan menggunakan soalan yang
terdapat dalam soal selidik pengkaji. Beberapa soalan akan dipilih dan ditanyakan
kepada 3 orang responden kajian .
4.2.3 SOAL SELIDIK
Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih
tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan
lagi kajian yang hendak dijalankan. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik
yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan dapat memenuhi objektif kajian. Borang itu
boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian.
Soal selidik yang direka oleh pengkaji terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
Bahagian A, B dan C. Bahagian A ialah soalan yang berkaitan dengan demografi
responden. Terdapat lima soalan di bahagian ini seperti jantina, peringkat umur,
bangsa jenis pekerjaan dan kekerapan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan.
Bahagian B pula ialah soalan yang berkaitan dengan objektif pertama iaitu mengenal
pasti jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan di Klinik Kesihatan Taman Universiti.
Bahagian C ialah soalan yang berkaitan dengan objektif kedua kepuasan wrga emas
terhadap perkhidmatan yang disedikan di Klinik Kesihatan Taman Universiti. Soalan
bahagian C ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu (i) jenis-jenis kemudahan
kesihatan yang ditawarkan kepda warga emas dan (ii) faktor-faktor yang
menyebabkan warga emas memilih Klinik Kesihatan sebagai tempat mendapatkan
rawatan kepada golongan warga emas.

You might also like