Tugasan Sarjan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

UKPP SARJAN 2023, SRI AL AMIN, KEMAMAN

RUMAH IBADAT KAUM DI MALAYSIA

Tempat Ibadat atau rumah ibadat ialah suatu institusi atau lokasi di mana sekumpulan
orang atau Jemaah datang untuk bersembahyang atau melakukan kegiatan keagamaan
lain. Bentuk dan fungsi seni bina keagamaan telah berkembang selama ribuan tahun dari
segi perubahan kepercayaan dan gaya seni bina.

GEREJA
(Kristian)

TOKONG
(Buddha)

MASJID RUMAH
IBADAT DI
(Islam)
MALAYSIA

KUIL
(Hindu)
GURDWARA
(Sikh)

1
UKPP SARJAN 2023, SRI AL AMIN, KEMAMAN

MASJID

Masjid (‫جد‬--‫ )مس‬ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah
tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga
merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat
aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung
kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat
bersujud.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam
semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul,
berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah
malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka[yang mengistilahkan
semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna
adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan
untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.
Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau
musala.

2
UKPP SARJAN 2023, SRI AL AMIN, KEMAMAN

KUIL

Kuil Hindu ialah sebuah rumah ibadat untuk umat Hindu. Kuil ini biasanya digunakan khusus
untuk kegiatan keagamaan dan rohaniah.
Sebuah kuil Hindu dapat dibina sebagai sebuah struktur asing atau sebagai sebahagian
sebuah bangunan. Suatu ciri kebanyakan kuil adalah kehadiran murti pada dewa Hindu untuk
yang mana kuil itu didedikasikan. Kuil biasanya didedikasikan kepada satu dewa asas bergelar
"dewa pengerusi" serta dewa bawahan lain yang berkaitan dengan dewa utama. Bagaimanapun,
sesetengah kuil didedikasikan kepada beberapa dewa, dan sesetengahnya pula mempunyai
tanda selain murti.
Setiap kuil boleh dibina dengan pelbagai cara, pelbagai gaya dan diselarikan dengan kebiaasan
budaya setempat namun hampir semua berkongsi idea dan tema teras yang ditunjukkan dalam
ajaran ini.

3
UKPP SARJAN 2023, SRI AL AMIN, KEMAMAN

TOKONG

Tokong mempuyai banyak maksud di Malaysia. Ia ditafsir sebagai pelbagai tempat-tempat


suci orang Cina. Setiap tokong mempunyai struktur yang berbeza-beza yang terdiri daripada
tempat-tempat suci yang kecil di dalam bangunan yang kompleks. Bangunannya
mengandungi dewan besar dan halaman yang luas.
Seni bin tokong Cina kebanyakannya mempunyai halaman bersiri dimana dewa-dewa
ditempatkan. Lambang naga berbadan ikan diletak diatap tokong tersebut. Patung singa
sebagai penjaga di pintu masuk tokong.
Tujuan pembinaan tokong bagi bangsa Cina untuk memuja tuhan dan dewa-dewa mereka
bagi meminta restu untuk kehidupan, keselamatan, dan kesihatan.

4
UKPP SARJAN 2023, SRI AL AMIN, KEMAMAN

GURDWARA

Gurdwar
a ([gur.dwa.ra] daripada bahasa Punjabi gur ਗੁਰ - "guru, dan dwārā ਦੁਆਰਾ - "pintu
gerbang") ialah tempat ibadah khusus untuk penganut agama Sikh.
Tempat ibadah ini terbuka untuk semua jantina, umur atau anutan yang ingin mengetahui
agama Sikh secara lebih lanjut dan mendalam. Ia boleh dikenalpasti secara jelas dengan
adanya suatu bendera khusus yang berkibaran di pekarangan bangunan tersebut.
Gurdwara tidak mengikuti sebarang ciri binaan yang khusus selagi ia memenuhi beberapa
keperluan utama:

 suatu khemah dipasang di atas kitab Granth Sahib di suatu tapak atau tingkat
lebih tinggi daripada tempat duduk jemaah,
 sebuah tiang bendera untuk mengibarkan bendera khas.
Namun, seni bina yang diilhamkan Harmandir Sahib, tempat ibadat paling utama dan suci
berasaskan unsur Mughal dan Sikh sering menjadi kebiasaan dalam pembinaan gurdwara
baharu sejak abad ke-21.
Bangunan ini dikelilingi empat pintu utama yang didirikan dari empat arah - utara, selatan,
timur dan barat - sebagai perlambangan kepada kesediaan menerima tetamu dari semua
empat penjuru pelusuk Bumi.
Titik tumpuan utama ia ialah sebuah dewan yang menempatkan kitab suci orang Sikh
iaitu Guru Granth Sahib. Ia juga tidak mempunyai sebarang patung berhala ataupun gambar
yang menggambarkan tokoh utama agama Sikh,
Ia mempunyai suatu dapur besar dipanggil langar di mana para pekerja atau relawan
bekerja memasak makanan vegetarian (agar memudahkan tetamu penganut semua agama)
untuk dijamu kepada mereka yang berkunjung ke tempat ini. Kemudahan lain seperti pusat
kesihatan, perpustakaan dan bilik darjah serta juga toko kedai turut boleh didapati di sekitar
dalaman gurdwara.

5
UKPP SARJAN 2023, SRI AL AMIN, KEMAMAN

GEREJA

Gereja (Jawi: ‫ ݢريجا‬pinjaman Portugis: igreja ialah tempat penganut Kristian melakukan
amalan keagamaan mereka.

Bangunan-bangunan gereja sering mempunyai menara yang memuncak daripada suatu


tapak petak, bulat atau poligon lain; menara ini lazim terbina dari batuan yang dipasangkan
atap. Menara ini adakalanya menempatkan suatu genta besar yang dibunyikan
memberitahu waktu berkumpul untuk tujuan tertentu seperti sembahyang gereja atau
upacara khas seperti perkhawinan.
Kawasan tapak asas bangunan ini didasarkan lambang salib terdiri daripada suatu segi
empat panjang diletakkan pintu utama, dua petak sisi serta suatu petak belakang
menempatkan suatu altar. Altar ini sering menghadap timur ke arah matahari, di mana orang
Kristian mengibaratkan kebangkitan Yesus Kristus laksana terbitnya matahari di Bumi.
Bahagian ini juga boleh mengembung membentuk suatu ruang seakan kubah iaitu "apsis".

6
UKPP SARJAN 2023, SRI AL AMIN, KEMAMAN

-TAMAT-

You might also like