Skrip Sumbangsih Sumbangan Raya Ppki 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SKRIP MAJLIS SUMBANGSIH RAYA PPKI

 Yang Berusaha En. Mohd Zainudin bin Mohd Zain, Pengetua SMK Seksyen 4 Kota
Damansara
 Yang dihormati, Pn. Juhaizan bt Jusoh, Penolong Kanan Pendidikan Khas
 En……….. dari Syarikat Ikhlas Travel Sdn Bhd.,
 Barisan guru, PPM dan murid-murid yang cikgu kasihi sekalian.

Assalamualaikum wtb.

Alhamdulillah, hari ini dapat kita sama-sama berkumpul untuk meraikan majlis
Penutup Program Ihya’ Ramadhan PPKI dan juga majlis Sumbangsih Raya PPKI bagi
tahun 2024.

Bagi memberkati majlis , Kita mulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Abdul Razak.
Dipersilakan.
DOA
Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu Razak atas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya, di persilakan Puan Juhaizan bt Jusoh, Penolong Kanan Pendidikan Khas


untuk memberikan ucapan alua-aluan. Dipersilakan.
UCAPAN PN JUHAIZAN
Terima kasih diucapkan kepada Puan Juhaizan atas ucapan itu tadi.
Kita teruskan majlis dengan menjemput, En Mohd Zainudin bin Mohd Zain, Pengetua
SMK Seksyen 4 Kota Damansara untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
UCAPAN PENGETUA
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan itu tadi.
Seterusnya dipersilakan En………… dari Syarikat Ikhlas travel Sdn Bhd. Untuk
pengetahuan semua, Syarikat Ikhlas Travel ini telah berbesar hati menyumbang 70
hamper raya sebanyak untuk anak-anak PPKI tahun ini.
UCAPAN TETAMU JEMPUTAN
Terima kasih diucapkan kepada En……….. atas ucapan itu tadi.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk Program Ihya Ramadhan
Pendidikan Khas Integrasi yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadan.
Untuk itu, Dipersilakan Pn Juhaizan untuk mengiringi Tuan Pengetua Bagi
menyempurnakan majlis
Bagi pertandingan……..

Kita teruskan majlis dengan penyampaian sumbangan raya untuk 20 orang murid
terpilih. Untuk makluman, hamper ini merupakan sumbangan dari ibu bapa Tadika Zul
Iman, Seksyen 23, Shah Alam.
HAMPER RAYA DARI TADIKA ZUL IMAN

Kita teruskan majlis dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian bakul raya
dan duit raya kepada semua murid. Untuk makluman, bakul raya ini merupakan
sumbangan dari Syarikat Ikhlas Travel dan duit ray aini merupakan sumbangan dari
ibu bapa dan agensi luar.
Diminta semua pelajar beratur dalam keadaan senyap.

Untuk itu menyempurnakan majlis, dipersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi


Encik……………………. Bagi menyampaikan sumbangan kepada semua murid.
PENYAMPAIAN BAKUL RAYA DAN DUIT RAYA
Terima kasih diucapkan kepada Encik…………. Dan Tuan Pengetua atas
penyampaian sumbangan raya itu tadi.

Sebelum bersurai, kita akan adakan majlis bersalam salaman dengan tetamu dan
para guru.

Semua murid diminta beratur .

Sebelum kita bersurai, diminta pentadbir, tetamu kita, semua guru, PPM dan murid
untuk ke …………………………………… bagi sesi bergambar.

Dengan itu berakhirlah sudah acara kita pada hari ini. Sekian, wabilla hi taufik wal
hidayah, wassalamualaikum wbt. Terima kasih.

You might also like