Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

BMMB3143 ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Pembentangan Kertas Cadangan Penyelidikan


SIKAP DAN MOTIVASI MURID BUKAN PENUTUR
NATIF DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
DI SEKOLAH RENDAH DAERAH TAWAU
Dibentangkan oleh :
Siti Ariani Binti Awang Bulat
BM CITA PISMP Ambilan Jun 2021/2025
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
ISI PEMBENTANGAN

OBJEKTIF METODOLOGI
PENGENALAN KAJIAN KAJIAN

01 02 03 04 05 06

PERNYATAAN HIPOTESIS PENUTUP


MASALAH KAJIAN
01 PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras dan wajib dipelajari di sekolah
rendah. Murid dihasratkan untuk menguasai kemahiran bertutur, membaca dan
menulis dalam bahasa Melayu setelah menerima pendidikan selama enam tahun
di sekolah rendah. Namun, masalah penguasaan kemahiran seperti kekeliruan,
lemah dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis masih berlaku di
sekolah rendah, khususnya murid yang bukan penutur natif bahasa Melayu
(Chew, 2016). Menurut Zulkifley (2016), murid bukan penutur natif ialah rakyat
Malaysia yang mempunyai bahasa ibunda atau bahasa pertama sendiri tetapi
belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Contoh murid bukan penutur natif
adalah terdiri daripada murid dari etnik Cina, India, Dusun, Murut, Iban, Orang
Asli, Bajau, Bugis, Suluk dan lain-lain etnik yang bertutur dan berkomunikasi
dalam bahasa ibunda masing-masing.
01 PENGENALAN
Berdasarkan kajian, murid bukan penutur natif mempunyai sikap negatif
terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Mereka menganggap Bahasa
Melayu tidak penting untuk dipelajari dan hanya untuk lulus dalam
peperiksaan sahaja. Sikap negatif yang ditunjukkan telah menyebabkan
bahasa Melayu tidak dipelajari dengan bersungguh-sungguh. Sikap dan
motivasi murid bukan penutur natif akan menentukan keberkesanan dan
kesediaan murid-murid dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Kajian Tengku Nor Adila (2017), menunjukkan bahawa murid tidak
mempunyai minat untuk menguasai Bahasa Melayu disebabkan faktor ibu
bapa murid yang tidak mendedahkan murid dengan Bahasa Melayu. Sikap
yang sentiasa negatif merupakan faktor penghalang kepada pemupukan
minat mereka terhadap pembelajaran (Saliza Sahli et. al., 2023).
02 PERNYATAAN MASALAH
Murid bukan penutur natif kurang minat serta bermotivasi dalam pembelajaran bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Mereka berpendapat bahawa bahasa Melayu kurang
penting dalam kehidupan (Nora’Azian, 2020) dan merupakan mata pelajaran yang susah
dipelajari (Norlela et al., 2021).

Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa dominan dalam PdP sekolah menyebabkan
ruang untuk mereka berkomunikasi atau mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu
terhad (Mohd Helmi & Puteri Roslina, 2020).

Zamri (2016) menyatakan bahawa cara penguasaan bahasa pertama dan bahasa kedua
dari segi pertuturan dan penulisan amat berbeza mengakibatkan murid mengalami
kesukaran untuk mempelajari bahasa kedua.
03 OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti tahap sikap murid bukan
01 penutur natif terhadap pembelajaran subjek
Bahasa Melayu.

Mengenal pasti tahap motivasi murid bukan wd


penutur natif terhadap pembelajaran subjek 02
Bahasa Melayu.

Mengenal pasti hubungan sikap dan motivasi


03 murid bukan penutur natif dalam mempelajari
subjek Bahasa Melayu.
04 HIPOTESIS KAJIAN
Dalam kajian ini, hipotesis null (Ho) digunakan untuk meramal
kebarangkalian tidak terdapat perbezaan tahap kebolehgunaan dalam
kalangan responden (murid) di sekolah-sekolah yang menjadi lokasi kajian.
Ho yang dikaji mewakili pemboleh ubah (i) tahap sikap murid bukan penutur
natif terhadap pembelajaran subjek Bahasa Melayu dan (ii) tahap motivasi
murid bukan penutur natif terhadap pembelajaran subjek Bahasa Melayu.
Berikut merupakan Ho bagi kajian ini:

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan sikap dan motivasi yang signifikan antara
jantina murid bukan penutur natif dalam pembelajaran Bahasa Melayu di
sekolah.
05 METODOLOGI KAJIAN
KAEDAH KAJIAN Kuantitatif

LOKASI KAJIAN Lima buah sekolah di Daerah Tawau

INSTRUMEN KAJIAN Borang soal Selidik


Skala likert 5 mata

PERSAMPELAN KAJIAN 20 orang murid bukan penutur natif


(tahun 5) di setiap lima buah sekolah
di daerah Tawau
05 METODOLOGI KAJIAN
Data soal selidik akan dianalisis menggunakan
Prosedur Analisis Data perisian IBM Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) versi 29.0

ANALISIS DESKRIPTIF ANALISIS INFERENSI

Analisis kolerasi Pearson digunakan


Sekiranya data menunjukkan nilai
untuk menguji hipotesis, menentukan
min berada pada tahap sederhana
hubungan antara pemboleh ubah
dan tahap tinggi, maka darjah
bersandar dan tidak bersandar.
persetujuan responden terhadap
Ujian-t digunakan dalam
item tersebut adalah tinggi (Pallant,
menginterpretasi data hasil kajian
2007). Begitu juga sebaliknya.
yang dilaksanakan.
06 KESIMPULAN
Kajian ini berkaitan dengan tahap sikap dan motivasi murid bukan penutur
natif dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Lokasi kajian ini terbatas kepada
sekolah rendah kebangsaan di daerah Tawau dan pengumpulan data akan
dilaksanakan selama dua minggu. Dalam kajian ini, sikap dan motivasi adalah
dua faktor utama yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan
keupayaan murid bukan penutur natif belajar bahasa kedua, iaitu bahasa
Melayu. Dengan itu, kajian ini dapat memberikan gambaran yang jelas
tentang situasi sebenar murid bukan penutur natif dalam pembelajaran
bahasa Melayu dalam bilik darjah sekali gus membantu guru untuk
merancang langkah awal memupuk sikap dan motivasi murid dalam
mempelajari subjek bahasa Melayu.
Seminar Pembentangan Kertas Cadangan
Penyelidikan Tahun 2024 (SEP24 1.0)
PISMP 2021/2025

Terima Kasih
Pembentang : Siti Ariani Binti Awang Bulat
Panel 1 : Dr. Ahmadi bin Abd Wahab
Panel 2 : Dr. Jusman bin Aman Setia

You might also like