6.4 Pentaksiran Bilik Darjah + Jawapan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH : 6.

4 PENGIRAAN KOS TENAGA ELEKTRIK

1. (a) Nyatakan maksud kecekapan tenaga. (TP1)

Kecekapan tenaga merujuk penggunaan tenaga yang cermat, berhemah dan bijaksana.

(b) Rajah di bawah menunjukkan sejenis label yang ditampal pada sesetengah peralatan
elektrik

(i) Namakan jabatan yang bertanggungjawab mengeluarkan label tersebut. (TP1)

Suruhanjaya Tenaga.

(ii) Pada pandangan anda, apakah tujuan label cekap tenaga ini diperkenalkan? (TP2)

Memberi maklumat yang lebih terperinci bagi membantu pengguna memilih barang
elektrik yang cekap tenaga.

(iii) Nyatakan satu peralatan elektrik yang mempunyai label di atas.

Televisyen, Peti sejuk, Kipas angin. (Terima mana-mana jawapan yang betul)

(c) Berikut adalah pernyataan yang berkaitan dengan kecekapan tenaga, tulis ‘BENAR’
pada pernyataan betul dan ‘PALSU’ pada pernyataan yang salah. (TP2)

Pernyataan BENAR/ PALSU

(i) Konsep kecekapan tenaga hanya sesuai diaplikasi di premis komersial PALSU
sahaja

(ii) Penggunaan tenaga yang cekap dapat menjimatkan tenaga dan wang BENAR
(iii) Teknologi kecekapan tenaga akan menyebabkan pencemaran bunyi PALSU
dan terma

(iv) Kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui aplikasi kecekapan BENAR
tenaga
2 Nyatakan teknologi berkonsepkan kecekapan tenaga dalam gambar di bawah. (TP3)

Menjana tenaga Penggunaan lampu Penggunaan kereta


menggunakan panel berpendarfluor elektrik
suria

3. Rajah di bawah menunjukkan periuk nasi elektrik dengan label penggunaan tenaga. (TP3)
KBAT Mengaplikasi

a. (i) Hitungkan arus yang mengalir melalui periuk nasi tersebut

Arus elektrik (A) = Kuasa (W)


Voltan (V)
= 910 W
220 V
= 4.14 A

(ii) Sekiranya periuk ini mengambil masa 30 minit untuk memasak nasi, hitungkan jumlah
tenaga elektrik yang digunakan.

Tenaga yang digunakan (J) = Kuasa (W) Masa penggunaan (s)


= 910W x 30min x 60s
= 1638kJ
4. Jadual di bawah menunjukkan penggunaan beberapa alat elektrik setiap hari di rumah Encik
Rahim. Hitung penggunaan tenaga bagi setiap peralatan dalam jadual. Tunjukkan langkah
pengiraan anda. (TP3)

Peralatan elektrik Bilangan Kuasa Masa penggunaan Penggunaan tenaga


setiap hari (j) (kWj)

Peti sejuk 1 100 24 =1 x 0.1kW x 24j


=2.4kWj

Pendingin udara 2 2000 8 =2 x 2kW x 8j


=32kWj

Mentol filamen 5 60 6 = 5 x 0.06lW x 6j


= 1.8kWj

Televisyen 1 100 6 = 1 x 0.1kW x 6j


= 0.6 kWj

Seterika 1 1200 1 = 1 x 1.2kW x 1j


= 1.2kWj

(b) Hitung jumlah kos penggunaan elektrik yang perlu dibayar oleh Encik Rahim dalam bulan April
bagi kesemua alat elektrik tersebut berdasarkan kadar tarif berikut. (TP4) KBAT Menganalisis

Tarif (per bulan) Kos per unit


200 unit pertama 20 sen
Unit tambahan 30 sen

Jumlah tenaga elektrik yang digunakan sebulan


= (2.4 + 32 + 1.8 + 0.6 + 1.2) kWj
= 38kWj x 30
= 1140kWj

Kos tenaga elektrik sebulan


= (200 x RM0.20) + (940 x RM0.30)
= RM40 + RM282
= RM322

(c) Pada bulan Jun, Encik Rahim telah menukarkan kesemua mentol filamen di rumahnya kepada
mentol LED 18 W. Terangkan kesan tindakan Encik Rahim terhadap kos penggunaan tenaga
elektrik yang ditanggung olehnya. Tunjukkan pengiraan untuk membuktikan jawapan anda.
(TP5) KBAT Menilai
Kos penggunaan mentol filament selama sebulan
= 5 x 0,06 x 6 x 30 x RM0.20
= RM10.80

Kos penggunaan mentol LED selama sebulan


= 5 x 0.018 x 6 x 30 x RM0.20
= RM3.24

Encik Rahim telah mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik sebanyak


RM10.80 – RM3.24 = RM7.56 pada bulan Jun.
Mentol LED mengguanakan kuasa yang lebih kecil yang menyebabkan penggunaan
tenaga elektrik berkurang.

TP6 5. Bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan tenaga Mesra Alam selain menjimatkan
tenaga elektrik air serta kos ia turut memberi keselesaan dan persekitaran yang sihat kepada
penghuninya

Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan murid dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada
empat hingga lima orang

Berdasarkan penyataan di atas fahami konsep bangunan hijau contact tempatan dan Global dengan
mencari maklumat sama ada daripada media cetak atau media elektronik

Bincangkan maklumat yang diperolehi dalam kumpulan dan hasilkan reka cipta atau inovasi sebuah
bangunan atau rumah hijau yang mengaplikasikan konsep kecekapan dan penjimatan tenaga

Bentangkan hasil dapatan kumpulan anda dalam bentuk persembahan multimedia seperti MS
PowerPoint Setiap pembentangan mestilah mengandungi aspek-aspek berikut:
(a) Tajuk
(b) Objektif
(c) Perbincangan
(d) Kesimpulan

You might also like