Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MINIT CURAI MESYUARAT PENYELARASAN TUGASAN PENTAKSIRAN PUSAT MATA PELAJARAN 3770/2

SAINS KOMPUTER KERTAS 2 TINGKATAN 4 PEPERIKSAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2023

Tarikh: 2 Sept 2023

Masa : 8.30 pagi-4.30 petang

Tempat: USTP Batu 9, Cheras Hulu Langat

Anjuran : PPD Hulu Langat

1.1 Syarat penganugerahan gred bagi mata pelajaran Sains Komputer SPM 2023. Murid
wajib melaksanakan kerja projek tingkatan 4, tingkatan 5 dan peperiksaan bertulis SPM.
Andainya salah satu komponen tidak dipenuhi maka, keputusan calon tersebut adalah T
(Tidak Hadir).
1.2 Sekiranya calon berpindah sekolah, pastikan sekolah yang dipilih mestilah menawarkan
mata pelajaran Sains Komputer supaya calon dapat mengambil mata pelajaran Sains
Komputer di peringkat SPM.
1.3 Kemasukan markah bermula pada 1 Disember 2023 oleh SU Peperiksaaan bagi tingkatan
4 dan tingkatan 5 tahun 2023.
1.4 Verifikasi perlu dilaksanakan bagi mengelakkan keciciran markah calon dan menjamin
kesahan markah yang telah dimasukkan dalam sistem.
1.5 Pentaksir sekolah perlu memberi bimbingan untuk memastikan calon dapat
menyelesaikan tugasan yang diberikan.
1.6 Calon SPM 2023 tertakluk kepada MTPP (Manual Tugasan Pentaksiran Pusat) semakan
tahun 2021.
1.7 Pentaksir tertakluk kepada akta kerahsiaan yang melibatkan pengurusan peperiksaan.
Hasil kerja murid perlu disimpan dan dikelolakan seperti yang ditetapkan oleh pihak
Lembaga Peperiksaan.

Disediakan oleh : Ayunawati binti Nayan

Disahkan oleh :

You might also like