Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SKRIP WAWANCARA

Pengacara : Sempena hari bahasa ini, kita telah menganjurkan satu program iaitu
Cintai Bahasa bagi 2023. Hari ini, kita telah menjemput seorang tokoh
untuk menemani kita dalam program ini.

Pengacara : Apa khabar dato? Bolehkah dato perkenalkan diri?

Tokoh : Khabar baik. Tentu sahaja. Nama saya ialah Noordin Hassan. Saya
dilahirkan pada 18 Januari 1992 di Pulau Pinang.

Pengacara : Bolehkah dato jelaskan latar belakang pendidikan tuan?

Tokoh : Saya memulakan persekolahan di Sekolah Menengah Perak Road,


Pulau Pinang. Pada tahun 1952. Kemudian, saya dihantar ke Kirkby
College, Liverpool. Pada tahun 1962, saya melanjutkan pengajian di
Universiti London dalam bidang Pengajian Bahasa dan Sastera
Inggeris. Pada akhir tahun 1976, saya telah mengikuti kursus Drama
dan Pembelajaran di Universiti of Newcastle.

Pengacara : Apakah karya-karya yang dato hasilkan?

Tokoh : Antara karya saya yang ternama ialah Bukan Lalang Ditiup Angin,
Peran, 1400, Jangan Bunuh Rama-rama, Cindai, Sirih Bertepuk
Pinang Menari, Demi Zaiton dan Sarah.

Pengacara : Apakah kumpulan drama dato yang telah dibukukan?

Tokoh : Antara kumpulan drama saya yang dibukukan ialah Bukan Lalang
Ditiup Angin 1972 yang memuatkan dramanya Tiang Seri Tegak
Berlima dan Pintu. Sebuah lagi kumpulan dramanya dinamakan Anak
Tanjung : Children of This Land (1999). Drama-drama saya telah
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pengacara : Apakah cabaran dato hadapi semasa berkarya.

Tokoh : Cabaran yang telah saya hadapi sewaktu berkarya adalah menerusi
zaman pemodenan.
Pengacara : Apakah anugerah yang dato perolehi?

Tokoh : Antara anugerah yang saya perolehi ialah Hadiah Sastera 1972
dengan drama Bukan Lalang Ditiup Angin, bintang Ahli Mangku
Negara oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1979, Anugerah
Penulis S.E.A pada tahun 1987 dan Anugerah Sasterawan Negara
pada tahun 1993 manakala pada tahun 1994 saya telah
dianugerahkan Pingat Darjat Setia Pangkuan Negeri (DSPN) daripada
kerajaan Pulau Pinang yang telah membawakan saya gelaran Datuk.

Pengacara : Sebelum mengakhiri sesi wawancara ini, apakah harapan dato


terhadap drama melayu?

Tokoh : Harapan saya ialah drama melayu dapat diperkenalkan lagi di luar
negara dan kembali meminati serta menyokong drama negara sendiri.

Pengacara: Terima kasih atas masa yang telah diluangkan bersama kami.

Tokoh: Sama-sama dan terima kasih kerana menjemput saya pada hari ini.

You might also like