Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR

(AKADEMIK & ANTARABANGSA)

PENGUMUMAN RASMI

PERSEDIAAN PELAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


SEMASA SAMBUNGAN SEMESTER II DAN SEMESTER PENDEK
SESI 2019/2020

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-
19, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) memohon perhatian
warga universiti terhadap perkara berikut :-

1. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

1.1 Staf Akademik

Berdasarkan kepada norma baharu yang melarang perhimpunan dengan


jumlah yang besar dan menitikberatkan penjarakan sosial, kaedah pengajaran
dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan norma baharu ini.

Justeru, pensyarah perlu menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran dan


pembelajaran serta penilaian dalam talian. Selain itu, pensyarah hendaklah
membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi
kursus masing-masing sebagai persediaan untuk pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam talian tanpa menjejaskan hasil
pembelajaran kursus sebagai norma baharu bermula pada 1 Jun 2020.

1.2 Mahasiswa

Mahasiswa perlu mengambil initiatif bagi memastikan kebolehcapaian kepada


bahan pengajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam
talian. Sekiranya berdepan dengan isu capaian internet yang lemah atau tiada
di kawasan kediaman, mahasiswa dimohon berhubung dan berbincang
dengan pensyarah kursus masing-masing untuk diberi alternatif pengajaran
yang bersesuaian.

1
1.3 Pusat Tanggungjawab

Bagi memastikan kelancaran kaedah pengajaran dan pembelajaran secara


dalam talian, Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran dan Pusat Inovasi
dan Daya Saing Akademik akan menyediakan garis panduan pengajaran dan
pembelajaran dalam talian dan latihan yang berkaitan kepada pensyarah dan
mahasiswa.

2. Kehadiran Mahasiswa ke Kampus

Merujuk kepada situasi semasa, pihak Universiti akan memaklumkan kepada


mahasiswa tentang keperluan hadir ke kampus selepas mendapat nasihat dan
panduan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi. Semua
permakluman terkini berkaitan COVID-19 boleh dirujuk di laman portal ResQ UMP
(http://www.ump.edu.my/en/3333).

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) akan memaklumkan hal-hal
yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa berdasarkan
kepada perkembangan dan situasi terkini.

Pihak Universiti memohon setiap warga universiti memberi perhatian yang serius terhadap
Perintah Kawalan Pergerakan dan setiap usaha bagi memutuskan rantaian penularan
wabak Covid-19 demi kesejahteraan semua.

Sekian, terima kasih

Profesor Ts. Dr. Mohd Rosli bin Hainin


Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Tarikh : 4 Mei 2020

s.k

Naib Canselor
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & lnovasi)
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi
Bendahari / Ketua Pegawai Kewangan
Ketua Pustakawan
Penasihat Undang-Undang
Semua Dekan Kanan / Dekan / Pengarah / Ketua Jabatan
2

You might also like