Borang Perubahan Kerja-VO

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

GARIS PANDUAN MENGENAI PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN DAN PELARASAN HARGA BAGI KONTRAK KERJA

Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Disember 2004

Garis Panduan Mengenai Pelaksanaan Peraturan Arahan Perubahan dan Pelarasan Harga Bagi Kontrak Kerja 1.0 1.1 Pengeluaran Arahan Perubahan Kerja Sebagai langkah untuk melicinkan urusan pengeluaran Arahan Perubahan Kerja, P.P. diberi kuasa dan dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk mengeluarkan dan melaksanakan Arahan Perubahan Kerja mengikut Syaratsyarat Kontrak dan A.P. 202.1 melalui surat KPKR bil. (39)dlm.JKR.KPKR. 020.030/03 Klt. 3 bertarikh 31hb. Mac 2000. Jumlah nilai Arahan Perubahan Kerja yang dikeluarkan hendaklah tidak melebihi nilai had kuasa Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja di peringkat Ketua Pengarah Kerja Raya mengikut A.P. 202.2. Arahan Perubahan Kerja hendaklah dikeluarkan dengan menggunakan borang JKR-APK (Pind. 2/2003) seperti yang dilampirkan. Satu borang JKRAPK hendaklah dikeluarkan bagi satu perubahan kerja. Dengan penggunaan borang JKR-APK (Pind. 2/2003), Arahan P.P. atas Borang JKR 203U adalah dikecualikan bagi mengeluarkan Arahan Perubahan Kerja. Perakuan Perubahan Harga Kontrak Sebelum Arahan Perubahan Kerja dikeluarkan, P.P. perlu menganggarkan nilai kerja perubahan yang terlibat. Nilai ini merupakan nilai sementara dan hendaklah disokong dengan pengiraan sewajarnya. Dengan pengeluaran Arahan Perubahan Kerja melalui borang JKR-APK (Pind. 2/2003) harga kontrak turut diubah sebanyak nilai sementara yang telah dianggarkan. Setiap JKR-APK (Pind 2/2003) yang dikeluarkan hendaklah dimuktamadkan nilainya berdasarkan pengiraan dan nilai muktamad menggunakan borang JKR-PHK (Pind 1/2001) seperti yang dilampirkan, tidak kira samaada nilainya berubah atau pun tidak. Walau bagaimanapun, nilai yang dinyatakan di dalam borang JKR-PHK (Pind 1/2001) adalah merupakan nilai bersih perbezaan di antara nilai muktamad dan nilai sementara. Bayaran atas Kerja Perubahan Dengan pengeluaran Arahan Perubahan Kerja (JKR-APK Pind. 2/2003), maka P.P. boleh membuat bayaran mengikut nilai kerja yang disiapkan oleh Kontraktor semasa kerja-kerja perubahan (tambahan) tersebut dilaksanakan.

1.2

2.0 2.1

2.2

3.0

4.0 4.1

Kelulusan Jawatankuasa Perubahan Kerja Permohonan Jawatankuasa Perubahan Kerja berkenaan, selaras dengan A.P. 202.2 Jadual I (Rujuk Lampiran I) hendaklah dibuat bagi perubahan kerja tambahan dengan mengemukakan borang JKR-KPK(Pind 2/2003) seperti di lampirkan berserta dengan salinan Arahan Perubahan Kerja (JKR-APK (Pind. 2/2003)) yang telah ditandatangani oleh P.P.. Di bawah borang JKRKPK(Pind 2/2003) ini, P.P. dikehendaki membuat perakuan pematuhan kepada kehendak AP 202 iaitu sebagaimana tercatat di Bahagian D borang tersebut. Sekiranya terdapat pertambahan kepada nilai perubahan kerja yang telah diluluskan tindakan seperti berikut hendaklah diambil:i) Jika jumlah nilai perubahan kerja tidak melebihi had kuasa Jawatankuasa yang meluluskan, kelulusan semula Jawatankuasa tidak diperlukan. Jika jumlah nilai perubahan kerja melebihi had kuasa Jawatankuasa yang meluluskan, kelulusan hendaklah diperolehi daripada Jawatankuasa yang berkenaan selaras dengan AP 202.2. Bagi perubahan kerja yang diluluskan oleh Jawatankuasa di peringkat KPKR, P.P. hendaklah memastikan keseluruhan nilai perubahan kerja tidak melebihi had kuasa Jawatankuasa di peringkat KPKR.

4.2

ii)

iii)

5.0 5.1

Pelarasan-pelarasan harga di bawah Kontrak Pelarasan-pelarasan harga di bawah Kontrak seperti pelarasan terhadap Perubahan Harga Kontrak yang diperakukan dalam Arahan Perubahan Kerja, wang kos prima, wang peruntukan sementara, pengukuran semula kuantiti sementara, turun naik harga dan pelarasan atas tuntutan yang diluluskan hendaklah disedia dan diperakukan dengan menggunakan borang JKR-PHK (Pind. 1/2001). Walau bagaimanapun sebelum pelarasan-pelarasan di bawah Kontrak diperakukan, kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan hendaklah diperolehi seperti berikut:(i) Wang Peruntukan Sementara Kelulusan terlebih dahulu hendaklah diperolehi daripada pihak-pihak yang berkenaan selaras dengan Panduan Pelaksanaan Kerja-kerja Pakar dan Perbelanjaan Wang Peruntukan Sementara (65)dlm JKR:KPKR.020.050/03 Klt.5 bertarikh 18 April 2003.

5.2

(ii)

Tuntutan Kontraktor Semua penilaian tuntutan kontraktor yang diliputi di bawah A.P. 202.2 Jadual VI(e) hendaklah mendapat kelulusan Jawatankuasa Tuntutan seperti di Lampiran II. Permohonan untuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Tuntutan hendaklah dikemukakan mengikut garispanduan seperti di Lampiran III.

(iii)

Pengukuran Semula Kuantiti Sementara Kelulusan hendaklah diperolehi daripada Jawatankuasa Kerja Tambahan Kuantiti Sementara mengikut had nilai yang ditetapkan selaras dengan A.P. 202.2 Jadual VI(d) (Rujuk Lampiran IV). Permohonan kepada Jawatankuasa hendaklah dibuat dengan mengemukakan borang JKR-KKS serta mengikut panduan seperti di Lampiran V.

6.0 6.1

Tindakan memuktamadkan harga kontrak Pelarasan muktamad terhadap Perakuan Perubahan Harga Kontrak dan pelarasan-pelarasan lain di bawah Kontrak hendaklah dibuat sebaik sahaja kerja-kerja yang terlibat dijalankan dan semua maklumat diperolehi untuk membolehkan pengukuran penilaian muktamad dibuat. Semua pelarasan harga di bawah Kontrak hendaklah dimuktamadkan dalam tempoh tidak lewat dari enam (6) bulan selepas tarikh Perakuan Siap Kerja dikeluarkan.

6.2

JKR-APK (Pind. 2/2003) KERAJAAN MALAYSIA JABATAN KERJA RAYA ARAHAN PERUBAHAN KERJA APK NO. _____

Nama Kontraktor: .... Alamat Kontraktor: ..... .. .. Tajuk Kontrak: .... .... No. Kontrak : . Tuan adalah diarah untuk melaksanakan perubahan kerja berikut menurut Syarat-syarat Kontrak: ........ ........ .... 2. Perubahan Kerja di atas dianggarkan mengikut pengiraan yang dikepilkan bersama ini akan menjadi Tambahan*/Potongan* sementara sebanyak Ringgit Malaysia ... (RM.) kepada harga Kontrak. Dengan itu jumlah bersih terkumpul perubahan-perubahan harga (tambahan/potongan) RM.... 3. Sila akui penerimaan arahan ini dan memaklumkan samaada tuan memilih alternatif (a) atau (b) seperti yang dinyatakan di Lampiran 1. Sekiranya tuan gagal membuat pilihan (a) atau (b) dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh penerimaan arahan ini seperti yang ditetapkan dalam syarat-syarat kontrak tuan adalah dianggap tidak berhasrat membuat apa-apa tuntutan bersabit dengan arahan ini. Sila kembalikan semua salinannya (kecuali satu salinan untuk simpanan tuan) kepada P.P., setelah ditandatangani. .. Tandatangan Pegawai Penguasa/Wakil P.P Tarikh:

Potong yang mana tidak berkenaan.

Lampiran 1 JKR-APK (Pind. 2/2003)

4.

PENGAKUAN KONTRAKTOR

Saya/Kami dengan ini mengakui penerimaan Arahan Perubahan Kerja yang tersebut di atas dan akan mengambil tindakan sewajarnya seperti diarahkan dan dengan ini: *(a) Menurut klausa 5(d), memaklumkan bahawa kami akan mengemukakan tuntutan kerugian atas perbelanjaan tambahan yang akan kami alami akibat dari pematuhan arahan P.P. terlibat, amaun kerugian dan/atau perbelanjaan yang terlibat adalah dalam lingkungan lebih kurang RM.. yang akan dibuktikan dengan resit-resit yang berkaitan. *(b) Memaklumkan bahawa kami tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan di dalam apa bentuk atau apa-apa cara terhadap kerajaan ke atas kerugian atau perbelanjaan tambahan yang akan kami alami akibat dari pematuhan kepada Arahan Perubahan Kerja ini. Saya/Kami sedia maklum bahawa sekiranya kami gagal melaksanakan arahan ini, pihak Kerajaan boleh melantik pihak ketiga untuk menyiapkannya selaras dengan Syarat-syarat Kontrak dan segala kos terlibat akan ditanggung oleh kami. .. Tandatangan Kontraktor Tarikh .. (Nama penuh .)

Cop Kontraktor

s.k. -

Pengarah Cawangan.. Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur Pengarah JKR Negeri Juruukur Bahan Bank/Syarikat Insurans. (yang menjamin pelaksanaan kontrak)

CATATAN-CATATAN KHAS UNTUK KONTRAKTOR


(i) (ii) (iii) * Sila potong (a) atau (b) mengikut pilihan Jika arahan ini menjadi perubahan kepada Kontrak ia hendaklah dinilaikan mengikut Klausa 25 Syarat-syarat Kontrak. Jika pematuhan arahan ini melibatkan kelambatan dan lanjutan masa terhadap penyiapan Kerja-kerja di bawah kontrak ini tuan hendaklah dengan serta merta memberi notis bertulis kepada P.P..

JKR-PHK (Pind. 1/2001) KERAJAAN MALAYSIA JABATAN KERJA RAYA PERAKUAN PELARASAN HARGA KONTRAK PHK NO. _____ Nama Kontraktor: . ...... Tajuk Kontrak: . . No. Kontrak : 1. Pelarasan Harga berikut telah dibuat menurut Syarat-syarat Kontrak.

Alamat Kontraktor: .....

Jenis/Tajuk/Huraian Pelarasan: ..... ..... 2. Pelarasan Harga di atas dinilai mengikut pengiraan yang dikepilkan bersama ini akan menjadi Tambahan*/Potongan* sebanyak Ringgit Malaysia .... ... (RM.) kepada harga dan bayaran atas Kontrak kepada tuan. Dengan itu jumlah bersih terkumpul pelarasan-pelarasan harga PHK No. 1 hingga dan termasuk PHK ini ialah RM... 3. Sila akui penerimaan Perakuan ini. ... Tandatangan Pegawai Penguasa/Wakil P.P Tarikh:.

Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini mengakui penerimaan Perakuan di atas. ... Tandatangan Kontraktor s.k. *

Tarikh:... Nama dan Cop Syarikat :

Pengarah Cawangan.. Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur Pengarah JKR Negeri Juru Ukur Bahan Bank/Syarikat Insurans. (yang menjamin pelaksanaan kontrak)

Potong yang mana tidak berkenaan

JKR - KPK (Pind. 2/2003) KERAJAAN MALAYSIA JABATAN KERJA RAYA PERMOHONAN UNTUK MENDAPAT KELULUSAN PERUBAHAN KERJA NO. _________ A. BUTIR-BUTIR KONTRAK 1.Tajuk Kontrak: ..................... ..... 2. Harga Kontrak Asal : ................................................................................................. 3. Tarikh Milik Tapak : .. 4. Tarikh Siap Asal/dilanjutkan : ..................................................................................... 5. Kemajuan Kerja Semasa : ......................... B. 1. MAKLUMAT- PERUBAHAN KERJA Huraian Perubahan Kerja : (Arahan Perubahan Kerja yang berkenaan disertakan) ..................................................................................................... .......................................................................................................................... Nilai Anggaran Perubahan Kerja : ......................................................................................... (Butir-butir pengiraan disertakan) Punca-punca Perubahan Kerja : .......................................................................................................................... ................................................................................................................................. NILAI DAN PERATUS APK TAMBAHAN (Rujuk Lampiran A) (i) (ii) (iii) Jumlah Tambahan Bersih APK Sementara Jumlah Bersih Pelarasan APK Tambahan Nilai Perubahan Kerja ini : RM : RM : RM : RM Peratus: Peratus: Peratus: Jumlah: % % % %

2. 3.

C.

Jumlah Keseluruhan APK Tambahan [(i)+(ii)+(iii)]

Nota : Kesemua peratusan di atas adalah nilai peratusan daripada harga kontrak asal. D. PERAKUAN PEGAWAI PENGUASA / WAKIL PEGAWAI PENGUASA Adalah dengan ini saya memperakukan bahawa kerja yang dihuraikan di atas : (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) adalah benar-benar perlu dilaksanakan dan peruntukan adalah mencukupi kerja ini dilaksanakan di tapakbina kontrak sekiranya kerja ini dilaksanakan secara tender atau sebutharga berasingan akan mengganggu atau menjejaskan kontrak yang sedang berjalan termasuk dalam skop atau brif asal perojek jumlah semua perubahan kerja termasuk nilai anggaran perubahan kerja ini tidak melebihi nilai had kuasa Jawatankuasa APK peringkat KPKR. Semua kehendak lain di bawah A.P. 202 dipatuhi

.... Pegawai Penguasa/Wakil P.P Tarikh :

JKR - KPK (Pind. 2/2003)

PERMOHONAN UNTUK MENDAPAT KELULUSAN PERUBAHAN KERJA NO. _________

Tajuk Kontrak :

E.

KEPUTUSAN JAWATANKUASA APK*

Bersetuju/Tidak Bersetuju* meluluskan perubahan kerja di atas dilaksanakan dengan had nilai RM___________________________. Catatan :

___________________ Pengerusi Jawatankuasa APK * Peringkat ............................... Tarikh :

____________________ Ahli Jawatankuasa

_________________ Ahli Jawatankuasa

______________________________________________________________________________
* Potong jika tidak berkenaan

Lampiran A (Pin.2/2003) RINGKASAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA KONTRAK PROJEK : HARGA KONTRAK ASAL : BAHAGIAN A : RINGKASAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA Arahan Perubahan Kerja (APK) Tarikh APK No. Huraian Tambahan Bersih (Sementara) (1) (RM) % Potongan Bersih (Sementara) (2) (RM) Nilai APK [(3) = nilai (1) atau (2) untuk setiap APK] (+/-) (RM)

Jumlah Tambahan Bersih APK Sementara dibawa ke Borang KPK Butiran C(i) JUMLAH NILAI APK

BAHAGIAN B : RINGKASAN PELARASAN HARGA KONTRAK / PELARASAN APK Pelarasan Harga Pelarasan Harga dan Pelarasan APK Potongan (4) Tambahan Potongan Bersih Bersih (RM) (RM) (i) (ii) Pelarasan APK Tambahan (5) Nilai Nilai Sementara Muktamad (RM) (RM) (i) = (1) (ii) Tambahan/ Potongan (RM) % (iii) Nlai Pelarasan [(6)=nilai 4(i) atau 4(ii) atau 5(iii) utk setiap PHK] (+/-) (RM)

Tarikh

PHK No.

Huraian

Jumlah Bersih Pelarasan APK Tambahan dibawa ke Borang JKR KPK Butiran C(ii) (+/-) JUMLAH NILAI PELARASAN

BAHAGIAN C : RINGKASAN KESELURUHAN JUMLAH NILAI APK (Bahagian A) JUMLAH NILAI PELARASAN (Bahagian B) JUMLAH BERSIH TAMBAHAN/POTONGAN KEPADA HARGA KONTRAK ASAL RM RM RM

JKR KKS (Pin.1/2003) KERAJAAN MALAYSIA JABATAN KERJA RAYA PERMOHONAN UNTUK KELULUSAN KERJA TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA NO.________ A. BUTIR-BUTIR KONTRAK 1.Tajuk Kontrak : ................ ..... 2. Nombor Kontrak : ... 3. Harga Kontrak Asal : .......................................................................................................... 4. Tarikh Milik Tapak : . ... 5. Tarikh Siap Asal : ....................... 6. Tarikh Siap Dilanjutkan : ........................................................................................................ 7. Peratus Siap dan Tarikh : ............................

B.

MAKLUMAT MENGENAI KERJA TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA Nilai Asal Kuantiti Sementara (RM) Nilai Muktamad * Kuantiti Sementara Yang Dijangkakan (RM) Nilai Bersih Tambahan Yang Dijangkakan (RM)

Bil.

Huraian Kerja

Jumlah

.. Pegawai Penguasa/Wakil P.P Tarikh :

* Butir-butir pengiraan disertakan

KEPUTUSAN JAWATANKUASA TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA Bersetuju/Tidak Bersetuju * dengan jumlah bersih tambahan yang dijangkakan bagi pengukuran semula kuantiti sementara. Catatan : ___________________ Pengerusi Jawatankuasa Peringkat ............................... Tarikh : __________________________________________________________________________
* Potong jika tidak berkenaan

____________________ Ahli Jawatankuasa

_____________________ Ahli Jawatankuasa

Lampiran I/I (pindaan) Senarai Jawatankuasa Perubahan Kerja Keanggotaannya dan Urusetia Jawatankuasa di Peringkat Daerah/Negeri/Cawangan

BIL.
1.

NAMA JAWATANKUASA /BIDANGKUASA


Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja di Peringkat Daerah - Mempertimbangkan dan Meluluskan Permohonan Perubahan Kerja Sejajar Dengan Skop Asal Kontrak HAK < RM500,000 dan perubahan < 10% daripada HAK

KEANGGOTAAN
1. Jurutera Daerah (Pengerusi) 2. Ketua Bahagian Bukan Portfolio Kerja berkenaan di JKR Daerah 3. Ketua Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan di JKR Negeri

URUSETIA
Pembentang Pegawai Penguasa/ Pengarah Projek/ Wakil P.P. Urusetia Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan di JKR Daerah

2.

Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja di Peringkat Negeri/Unit Khas - Mempertimbangkan dan Meluluskan Permohonan Perubahan Kerja Sejajar Dengan Skop Asal Kontrak HAK < RM5 juta dan perubahan < 20% daripada HAK Atau HAK > RM5 juta dan perubahan < RM 1 juta

1. Pengarah JKR Negeri/Unit Khas (Pengerusi) 2. Ketua Bahagian Bukan Portfolio Kerja berkenaan di JKR Negeri atau Unit Khas 3. Ketua Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan di JKR Negeri atau Unit Khas

Pembentang Pegawai Penguasa/ Pengarah Projek/ Wakil P.P. Urusetia Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan di JKR Negeri atau Unit Khas

3.

Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja di Peringkat Cawangan di Ibu Pejabat - Mempertimbangkan dan Meluluskan Permohonan Perubahan Kerja Sejajar Dengan Skop Asal Kontrak HAK < RM7.5 juta dan perubahan < 20% daripada HAK Atau HAK > RM7.5 juta dan perubahan < RM 1.5 juta

1. Pengarah Cawangan Kerja (Pengerusi) 2. Ketua Bahagian Bukan Portfolio/Zon Kerja berkenaan di Cawangan berkenaan 3. Ketua Bahagian Ukur Bahan bagi portfolio kerja yang berkenaan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

Pembentang Pegawai Penguasa/ Pengarah Projek/ Wakil P.P. Urusetia Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan di Cawangan Kerja yang berkenaan

HAK - Harga Asal Kontrak

Lampiran I/2 (pindaan) Senarai Jawatankuasa Perubahan Kerja Keanggotaannya dan Urusetia Jawatankuasa Di Peringkat Ibu Pejabat

BIL.
1.

NAMA JAWATANKUASA/ BIDANGKUASA


Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja di Peringkat KPKR Mempertimbangkan dan Meluluskan Permohonan Perubahan Kerja Sejajar Dengan Skop Asal Kontrak

KEANGGOTAAN
1. Ketua Pengarah Kerja Raya (Pengerusi) 2. Pengarah Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan 3. Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan jika tidak menjadi Pegawai Penguasa/Pengarah Projek bagi projek berkaitan Atau Pengarah Cawangan Kerja yang lain sekiranya Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan menjadi Pegawai Penguasa/Pengarah Projek bagi projek berkaitan

URUSETIA
Pembentang Pegawai Penguasa/ Pengarah Projek/ Wakil P.P. Urusetia Bahagian Tender, Kontrak Dan Kos di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

HAK < RM20.0 juta dan perubahan < 30% daripada HAK Atau HAK > RM20.0 juta dan perubahan < RM 6 juta

2.

Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja di Peringkat TKPKR Mempertimbangkan dan Meluluskan Permohonan Perubahan Kerja Sejajar Dengan Skop Asal Kontrak

1. Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya * (Pengerusi) 2. Pengarah Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan 3. Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan jika tidak menjadi Pegawai Penguasa /Pengarah Projek bagi projek berkaitan Atau Pengarah Cawangan Kerja yang lain sekiranya Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan menjadi Pegawai Penguasa/Pengarah Projek bagi projek berkaitan

Pembentang Pegawai Penguasa/ Pengarah Projek/ Wakil P.P. Urusetia Bahagian Tender, Kontrak dan Kos di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

HAK < RM10.0 juta dan perubahan < 30% daripada HAK Atau HAK > RM10.0 juta dan perubahan < RM 3 juta

HAK - Harga Asal Kontrak


* Pengerusi adalah TKPKR yang bertanggungjawab bagi sektor projek yang berkaitan.

Lampiran II Jawatankuasa Tuntutan Keanggotaannya dan Urusetia Jawatankuasa

NAMA JAWATANKUASA/ BIDANGKUASA

KEANGGOTAAN

URUSETIA

Jawatankuasa Tuntutan JKR - Mempertimbangkan dan Meluluskan Tuntutan Kontrak sebagaimana Yang Dibenarkan Di Dalam Syaratsyarat Kontrak.

1. Ketua Pengarah Kerja Raya (Pengerusi) 2. Penasihat Undang-Undang Kem. Kerja Raya 3. Pengarah Cawangan Kontrak Ukur Bahan 4. Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan jika tidak menjadi Pegawai Penguasa /Pengarah Projek bagi projek berkaitan Atau Pengarah Cawangan Kerja yang lain sekiranya Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan menjadi Pegawai Penguasa /Pengarah Projek bagi projek berkaitan

Pembentang Pegawai Penguasa/ Pengarah Projek/ Wakil P.P. Urusetia Bahagian Tender, Kontrak dan Kos di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

Lampiran III

Garis Panduan Untuk Mengemukakan Permohonan Kelulusan Ke Atas Penilaian Tuntutan ____________________________________________ 1. 2. Setiap tuntutan kontraktor yang diterima hendaklah disemak dan dinilai. Jika pada pendapat Pegawai Penguasa tuntutan kontraktor boleh dipertimbangkan, tuntutan kontraktor hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Tuntutan JKR untuk dipertimbangkan. Jika pada pendapat Pegawai Penguasa tuntutan kontraktor tidak boleh dipertimbangkan, keputusan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada kontraktor. Sekiranya kontraktor membuat rayuan atas tuntutan tersebut, rayuan tuntutan kontraktor hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Tuntutan JKR. Semua permohonan kelulusan ke atas tuntutan kontraktor hendaklah disertakan laporan Pegawai Penguasa dalam lima (5) salinan dan dihantar kepada Urusetia Jawatankuasa Tuntutan. Laporan Pegawai Penguasa hendaklah mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut: (a) Butir-butir kontrak : (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (b) (c) (d) (e) tajuk, nombor dan harga kontrak; nama dan alamat kontraktor; tarikh milik tapak; tarikh siap dalam kontrak; lanjutan masa yang diberi dan sebab-sebabnya; tarikh siap dilanjutkan; tarikh siap sebenar dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

3.

4.

5.

Sinopsis peristiwa yang menyebabkan tuntutan dibuat oleh kontraktor. Asas tuntutan kontraktor. Butiran-butiran perkara yang dituntut dan nilainya. Perakuan Pegawai Penguasa secara prinsip mengapa tuntutan kontraktor seharusnya atau tidak seharusnya diberi layanan atau perakuan lain di luar syarat-syarat kontrak. Perakuan Pegawai Penguasa yang terperinci dan lengkap mengenai amaun ganti rugi yang layak dipertimbangkan.

(f)

Lampiran IV

BIDANG KUASA JAWATANKUASA KERJA TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA

BIL.

JUMLAH BERSIH TAMBAHAN YANG DIJANGKAKAN BAGI KERJA KUANTITI SEMENTARA

JAWATANKUASA KERJA TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA YANG MELULUSKAN

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Tidak Melebihi RM50,000 RM50,001 hingga RM1,000,000 RM1,000,001 hingga RM1,500,000 RM1,500,001 hingga RM3,000,000 RM3,000,001 hingga RM4,500,000 Melebihi RM4,500,001

Jawatankuasa Peringkat Daerah Jawatankuasa Peringkat Negeri Jawatankuasa Peringkat Cawangan Jawatankuasa Peringkat TKPKR Jawatankuasa Peringkat KPKR Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Lampiran V

Panduan Pelaksanaan Peruntukan A.P. 202.2 Jadual VI(d) Pengukuran Semula Kuantiti Sementara 1.0 Bagi memastikan tidak berlaku perubahan atau tambahan yang besar dalam kerja-kerja kuantiti sementara, ciri-ciri kawalan adalah diperlukan di semua peringkat. Oleh itu Peruntukan A.P. 202.2 Jadual VI(d)(i) mengenai nilai harga tambahan dan pihak berkuasa meluluskannya hendaklah dipatuhi sepenuhya. Semua pegawai yang mengawasi projek adalah dikehendaki membuat penyiasatan dan menyemak semula kuantiti semua kerja yang melibatkan pengukuran semula berdasarkan keadaan sebenar di tapak bina secepat mungkin setelah kerja-kerja fisikal dimulakan oleh Kontraktor. Jika perlu siasatan semula/pengesahan keadaan tanah atau sebagainya hendaklah dijalankan untuk membolehkan semakan tersebut dibuat dengan ketepatan yang memuaskan. Permohonan untuk kelulusan penambahan nilai pengukuran semula hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa yang berkenaan seperti di Lampiran IV, apabila mendapati jumlah nilai muktamad semua kuantiti sementara dijangka melebihi jumlah nilai asal kuantiti sementara dalam Kontrak. Nilai tambahan kuantiti sementara yang perlu mendapat kelulusan adalah merupakan satu nilai bersih bagi semua item yang terlibat dengan pengukuran semula kuantiti sementara dan dikemukakan kepada Jawatankuasa yang berkenaan mengikut nilai tambahan yang dijangkakan. Sekiranya selepas Jawatankuasa memberi kelulusan masih terdapat tambahan kepada kerja kuantiti sementara yang tidak dapat dielakkan, kelulusan daripada Jawatankuasa berkenaan atau Jawatankuasa bagi nilai tambahan yang lebih tinggi hendaklah didapati. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang JKR - KKS.

2.0

3.0.

You might also like