Esei Tutorial 1006 - Melaka Last

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi yang Keempat, gemilang membawa erti

keadaan bercahaya terang-benderang.1 Perkara ini dikaitkan dengan kegemilangan

Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melaka mencapai puncak kegemilangan atau

zaman kemajuan pada abad ke-15. Melaka telah menjadi sebuah empayar yang kuat

dari segi ekonomi, politik dan sosial di Nusantara. Kesultanan Melayu Melaka

merupakan salah satu kerajaan tertua setelah Kedah Tua. Perkembangan Kesultanan

Melayu Melaka boleh dikenal pasti melalui empat fasa, iaitu fasa permulaan (1400-

1424), fasa pengukuhan (1424-1446), fasa kegemilangan (1446-1448), dan fasa

kemerosotan atau kejatuhan (1488-1511).2 Pengasas bagi Kesultanan Melayu Melaka

adalah Parameswara iaitu seorang putera raja daripada kerajaan Majapahit yang

berpusat di Palembang.3

Mengikut sumber catatan kerajaan China iaitu Ming Shih Lu dan Yai Sheng

Lan, ada menceritakan bahawa pengasas Kesultanan Melayu Melaka disebut sebagai

Pai-li-mi-su-la atau Pa-li-su-la.4 Menurut catatan Portugis pula, Tome Pires

menyatakan dalam karyanya Suma Oriental bahawa pengasas bagi kesultanan Melaka

1
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=gemilang (tarikh
diakses 30 Disember 2023)
2
Mohd Yusoff Haji Hashim (editor), Empayar Melaka Tradisi Agung Melayu, Melaka: Perbadanan
Muzium Melaka, 2010, hlm 25.
3
Parameswara, seorang keturunan putera raja dari kerajaan Majapahit yang pusatnya terletak di
Palembang, Baginda mengundurkan diri dari Palembang ke Temasik bersama pengikutnya lari
daripada Perang Saudara. Setelah tinggal di Temasik selama lapan hari, Parameswara membunuh
pemerintah tempatan, Sam Agi. Tindakan ini memicu kemarahan raja, dan pasukan Siam diarahkan
untuk menyerang Temasik. Akibat serangan Siam, Parameswara kembali mengundurkan diri, kali ini
ke Muar. Namun, kerana keadaan Muar tidak sesuai untuk mendirikan sebuah kerajaan, Parameswara
terus bergerak mundur ke kawasan bernama Kotak Buruk, dan akhirnya ke Sungai Ujung. Akhirnya,
Parameswara dan pengikutnya tiba di suatu tempat yang disebut Bertam. Saat berburu di Bertam,
Parameswara menyaksikan anjing pemburu kalah melawan seekor pelanduk. Baginda terpesona oleh
kegagahan pelanduk tersebut, Parameswara memutuskan untuk mendirikan sebuah kerajaan. Baginda
bertanya kepada pengikutnya tentang nama pohon di kawasan tersebut, mereka menjawab bahawa
pohon tersebut disebut sebagai "kayu melaka". Oleh itu, Melaka menjadi nama kawasan tersebut, dan
di sinilah Parameswara mulai mendirikan Kesultanan Melayu Melaka.
4
Mohd Yusoff Haji Hashim (editor), Empayar Melaka Tradisi Agung Melayu, hlm 27.

1
dikenali sebagi Paramjcura (Parameswara).5 Antara sultan yang memerintah semasa

zaman kegemilangan Melaka adalah Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, dan

Sultan Alauddin Riayat Syah. Melaka telah menjadi sebuah entiti atau empayar yang

megah semasa pemerintahan mereka. Berikut adalah faktor atau bukti yang

menunjukkan Kesultanan Melayu Melaka boleh mencapai zaman kegemilangannya.

SISTEM PENTADBIRAN YANG CEKAP DAN TERSUSUN

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan Melaka muncul sebagai kerajaan atau

empayar yang gemilang adalah sistem pentadbirannya yang sistematik. Dalam

pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka, sultan merupakan ketua negara dan ketua

pemerintah. Dalam perkara ini, sultan bukan sahaja menajadi ketua megara malah

baginda juga menduduki tempat sebagai ketua kerajaan. Sultan juga berperanan

menjadi ketua angkatan tentera dan ketua hakim. Dalam konteks ini, sultan akan turut

berperang sebagai ketua angkatan tentera dan begitu juga dengan hakim, rakyat yang

mempunyai masalah boleh mengadu masalah secara terus kepada sultan.

Walaubagaimanapun, sultan dibantu oleh golongan pembesar dalam pemerintahan

dan pentadbiran Melaka. Pembesar juga memainkan peranan yang penting dan

menjadi tulang belakang kerajaan.

Seterusnya, sistem pentadbiran di Melaka dikenali sebagai Sistem Pembesar

Empat Lipatan. Sistem ini bergantung kepada empat peringkat utama atau empat

pembesar utama yang terdiri daripada Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari,

dan Laksamana.6 Para pembesar diberikan tanggungjawab atau tugas untuk

menggerakkan jenteradan melicinkan pentadbiran. Bendahara atau digelar juga

5
Abdullah Zakaria Ghazali, ‘Raja Iskandar Shah 1262-1281’, dlm Abdullah Zakaria Ghazali et al,
Kesultanan Melayu Melaka (1262-1528) Penelitian Semula, Melaka: Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme Malaysia (IKSEP), 2018, hlm 47.
6
Khoo Kay Kim, Melaka Dahulu dan Sekarang, Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dan Pustaka, 2004.
hlm. 15.

2
Paduka Raja berperanan sebagai menteri utama atau menteri paling kanan.7 Mereka

adalah penasihat utama sultan dalam pentadbiran dan sebagai ketua hakim untuk

menyelesaikan kes yang besar. Mereka juga menjadi pemangku sultan ketika

ketiadaan sultan dan jika raja masih kecil. Tome Pires menyatakan, ketika Sultan

Alauddin mangkat, “Because the son still boy when the said King Alauddin died, the

Bendahara ruled the kingdom until the boy came of age”.8 Mereka juga memiliki

kuasa dalam pelantikan sultan dan pegawai-pegawai istana di Melaka. Sebagai

contoh, semasa pemerintahan Bendahara Tun Mutahir, beliau telah menguruskan

pelantikan keluarganya untuk memegang jawatan pembesar, seperti memberikan

jawatan Temenggung kepada anaknya, Syahbandar kepada golongan India Muslim,

dan Penghulu Bendahari kepada adiknya.9

Seterusnya, peranan Temenggung juga turut memainkan peranan yang

signifikan dalam kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Temenggung atau

dikenali sebagai Seri Bija Diraja, memainkan peranan penting dalam menjaga

keamanan dan keselamatan wilayah Melaka. Temenggung bertindak ketua hakim

dalam hal kesalahan, terutamanya yang berkaitan dengan kesalahan di darat. Penghulu

Bendahari pula memainkan peranan dalam pengurusan perbendaharaan dan khazanah

kerajaan serta mengumpulkan cukai. Mereka juga menyimpan senarai hamba sultan

dan ketua bagi semua Syahbandar. Cukai pelabuhan yang dikutip oleh Syahbandar

akan disalurkan kepada Penghulu Bendahari. Selain itu, Laksamana bertugas sebagai

pengawal peribadi sultan dan ketua tentera laut kerana ditugaskan untuk menjaga

keamanan di laut. Laksamana juga berfungsi sebagai pengurus diraja ke seberang laut

atau ke kerajaan lain. Oleh itu, wajarlah Kesultanan Melaka dapat mencapai zaman

7
Mohd Yusoff Hashim (editor), Empayar Melaka Tradisi Agung Melayu, hlm 40.
8
Ibid.
9
Ibid.

3
kegemilanganya kerana pegawai-pegawai kerajaan amanah dalam menjalankan tugas

dan memastikan kelancaran sistem pentadbiran.

KEBERKESANAN SISTEM PERUNDANGAN

Sistem perundangan juga merupakan salah satu aspek yang penting bagaimana

kerajaan Melayu Melaka itu boleh mencapai zaman kegemilangannya. Undang-

undang didefinisikan sebagai suatu peraturan hidup yang dikenakan terhadap

seseorang untuk mendisiplinkan mereka dan dikuatkuasakan terhadap penduduk

sesuatu negara. Secara ringkasnya, penggubalan undang-undang ialah untuk

mewujudkan suatu keadaan yang aman dan harmoni dalam kalangan masyarakat.

Undang-undang ini juga merujuk kepada suatu hal yang diperintahkan, diperuntukkan

mahupun dinyatakan.

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, terdapat dua undang-undang yang

diperkenalkan iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Undang-undang ini telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.

Undang-undang ini juga mengandungi tugas-tugas sultan dan pembesar, hukuman

terhadap kesalahan yang dilakukan, peraturan di istana, hal ehwal jual beli, undang-

undang keluarga dan lain-lain.10 Dari segi jenayah, hukuman setimpal dikenakan

terhadap kesalahan seperti membunuh, menikam, dan mencuri. Sebagai contoh, fasal

5.1 menyatakan hukuman bunuh terhadap seseorang yang terbukti membunuh tanpa

pengetahuan raja dan pembesar, manakala fasal 4 merangkumi hukuman bunuh bagi

sesiapa yang ingkar arahan serta memalsukan titah sultan. Undang-undang ini juga

memberi perhatian kepada isu kekeluargaan dengan tujuan memastikan keharmonian

dalam keluarga serta penyelesaian masalah dalam perkahwinan. Fasal 26 menyatakan

10
Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka Edisi Kedua, Kuala Lumpr: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2015. Hlm. 301.

4
pernikahan memerlukan empat orang saksi dan hamba abdi serta wanita tidak boleh

menjadi saksi. Dalam hal berkaitan ekonomi pula, amalan riba diharamkan dalam

urusan perniagaan. Syarat orang yang berniaga perlu akil baligh, siuman dan perlu

melafazkan niat jual beli. Undang-undang ini juga termaktub tentang tentang tugas

dan peranan Sultan dan para pembesar bagi mengelakkan perebutan kuasa berlaku.

Oleh itu, wajarlah Kesultanan Melaka boleh mencapai kegemilangannya kerana ada

sistem perundangan yang menjamin keselamatan penduduk dan masyarakat Melaka.

Dengan adanya undang-undang ini juga, sistem pentadbiran Melaka berjalan dengan

lancar dan baik.

Undang-undang Melaka pula terkandung 25 fasal menetapkan peraturan,

pelayaran, dan perdagangan. Undang-undang Laut Melaka ditulis dan diperkenalkan

ketika zaman Sultan Mahmud Syah. Ia melibatkan aspek-aspek seperti tatacara jual

beli di atas kapal, peraturan keselamatan laut, pembahagian dagangan, bidang kuasa

nakhoda dan anak kapal serta hukuman yang dikenakan ketika berada di atas kapal.11

Sebagai contoh, Nakhoda memainkan peranan penting dan dianggap sebagai raja

apabila di atas kapal. Semua penumpang dan anak-anak kapal diwajibkan untuk

mematuhi semua perintah Nakhoda. Fasal 13.3 menyatakan bahawa Nakhoda perlulah

bermusyawarah dengan semua orang di kapal jika ingin berlabuh ke tempat yang

belum pernah dijejaki. Peranan anak kapal lain juga kritikal, seperti malim yang harus

memiliki pengetahuan mendalam dalam ilmu pelayaran dan memahami kondisi

ombak, arus, serta posisi bulan dan bintang. Sebarang kelalaian atau pelanggaran yang

disebabkan oleh malim yang menyebabkan kerosakan akan berakibat pada hukuman

bunuh. Oleh itu, jelaslah bahawa undang-undang ini memberi penekanan yang besar

kepada peraturan laut.

11
Muhammd Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1989. Hlm. 202.

5
MELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN ILMU PENGETAHUAN DAN

AGAMA ISLAM

Selain itu, Kesultanan Melaka juga merupakan pusat penyebaran agama Islam dan

ilmu pengetahuan semasa zaman kegemilangannya. Ulama dan cendekiawan Islam

dari pelbagai tempat datang ke Melaka untuk berinteraksi dan berkongsi pengetahuan.

Pengislaman Parameswara oleh Sayyid Abdul Aziz menjadi titik tolak kepada

perkembangan agama islam di Melaka. Agama islam boleh tersebar luas di Melaka

kerana pada zaman itu sultan dan pembesar sangat berminat untuk menimba ilmu

pengetahuan. Mubaligh-mubaligh asing datang ke Melaka untuk berdakwah dan

mengajar ilmu islam kepada raja dan pembesar. Terdapat ulama-ulama yang tinggal

dan menetap di Melaka dan berkahwin dengan orang tempatan. Hal ini telah

menyebabkan islam tersebar dengan pesat dalam kalangan masyarakat Melaka.

Di antara ulama atau mubaligh yang pernah mengunjungi Melaka untuk

menyebarkan dakwah termasuklah Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadhu

Menua, Kadhi Munawar Syah, Maulana Sadar Johan, dan lain-lain.12 Mereka berasal

dari berbagai bangsa seperti Benggali, Arab, Pasai, Gujerat, dan Parsi. Terdapat juga

sultan yang belajar dari ulama-ulama tersebut, contohnya Sultan Mansur yang belajar

daripada Maulana Abu Bakar dan Sultan Mahmud Syah yang belajar daripada Kadhi

Yusof.13 Setelah lama ulama-ulama berdakwah di Melaka, lahirlah mubaligh-

mubaligh yang terdiri daripada penduduk Melaka. Sultan- sultan pula telah memberi

arahan kepada mubaligh-mubaligh Melaka untuk meneruskan dakwah di wilayah

jajahan takluknya. Menurut Prof. Muhammd Yunus, pada zaman Sultan Mansur Syah,

12
Mohd Jamil Mukmin, Sejarah Kerajaan-Kerajaan Islam Secara Ringkas dan Sejarah Melaka
Sebagai Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Selangor: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia (IKSEP), 2012, hlm. 54.
13
Ibid.

6
Melaka telah menghantar pendakwah-pendakwah ke Sungai Kampar (Minangkabau

Timur), Batak Toba, Kepulauan Filipina dan Makasar.14 Dua tokoh ulama Wali Songo

iaitu Sunan Bonan dan Sunan Giri juga pernah mendalami ilmu agama islam di

Melaka.15

Seterusnya, istana dijadikan sebagai tempat pengajian ilmu atau menimba ilmu

pengetahuan. Sebenarnya, peranan istana sebagai institusi pengajian telah dimulakan

lama sejak zaman keagungan kerajaan-kerajaan islam iaitu di Mekah dan Madinah.

Perkara-perkara yang diajar di istana tidak jauh berbeza daripada zaman silam,

antaranya ialah menulis, membaca, tentang sejarah islam, pengkajian Al-Quran dan

hadis, undang-undang islam dan lain-lain.16 Istana juga dijadikan tempat

menterjemahkan dan menyimpan kita-kitab mengenai islam. Oranng-orang Melaka

ketika itu kebanyakan membaca Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali

Hanafiah.17 Di Melaka berkembangnya bahasa melayu, bahasa ini digunakan dalam

pengajian yang bersifat ilmiah, penghasilan penulisan, digunakan dalam pentadbiran,

perniagaan dan juga hubungan antarabangsa.18 Bahasa melayu digunakan sebagai

perantara bagi menyebarkan agama islam. Ia juga digunakan untuk mengendalikan

urusan perdagangan. Bahasa melayu merupakan bahasa yang mudah difahami dan

senang dipelajari oleh semua orang. Pedagang asing juga bercakap menggunakan

bahasa melayu untuk urusan berniaga dengan masyarakat Melaka. Boleh dilihat

bahasa melayu digunakan semua orang dan disebut sebagai bahasa linguafranca.

Perkembangan bahasa melayu juga telah menyebabkan terciptanya tulisan baharu

iaitu tulisan jawi. Tulisan ini wujud kerana menerima pengaruh daripada bahasa arab.

14
Muhammad Yunus, Sejarah Islam di Minangkabau, Djakarta: Al-Hidajah, 1971, hlm. 36.
15
Mohd Jamil Mukmin, Sejarah Kerajaan-Kerajaan Islam Secara Ringkas dan Sejarah Melaka
Sebagai Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, 2012, hlm. 55.
16
Ibid., hlm. 56.
17
Ibid.
18
Shafie Abu Bakar, “Melaka Sebagai Lambang Keagungan Bangsa Melayu”, dalam Abdul Latiff Abu
Bakar, Sejarah di Selat Melaka, Melaka: Persatuan Sejarah Malaysia, 1984, hlm. 23.

7
Tulisan jawi mengambil aksara arab dan disesuaikan dengan bahasa melayu. Hal ini

telah menyebabkan berlakunya perkembangan ilmu persuratan dan undang-undang

secara bertulis. Oleh itu, benarlah perkembangan bahasa melayu dan ilmu agama

islam secara meluas telah menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka mencapai

kegemilangannya.

MELAKA MENJADI PUSAT PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Kesultanan Melaka juga dikenali sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang

terkemuka dan menyebabkan mereka boleh mencapai kegemilangan. Salah satu sebab

yang menjadikan Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa ialah

kedudukan geografi yang sesuai. Kedudukan Melaka terletak di tengah laluan

perdagangan daripada arah timur dan barat. Hal ini telah memudahkan Melaka untuk

menguasai aktiviti perdagangan kerana laluan tersebut adalah laluan utama pedagang-

pedagang. Berdekatan dengan pelabuhan Melaka terdapat kawasan yang dalam untuk

membantu kapal pedagang berlabuh. Pedagang-pedagang dapat singgah dan

melakukan aktiviti perdagangan sebelum melanjutkan perjalanan. Salah satu

kelebihan pelabuhan Melaka adalah ia terlindung daripada tiupan angin monsun timur

laut dan barat daya. Pulau Sumatera dan Banjaran Titiwangsa telah mencegah tiupan

angin tersebut daripada sampai ke pelabuhan.19 Kebanyakan pedagang asing singgah

ke Melaka kerana mereka menunggu pergantian angin monsun. Sementara menunggu

perubahan angin monsun, para pedagangan akan mengambil kesempatan ini untuk

melakukan aktiviti jual beli dengan masyarakat tempatan. Bentuk muka bumi Melaka

yang berbukit-bukau menjadi panduan bagi pedagang dalam pelayaran. Kapal dagang

yang melalui Selat Melaka menggunakan bukit-bukau sebagai petunjuk untuk

19
Mardiana Nordin, Malaysian Studies, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd., 2014, hlm. 9.

8
mencapai Melaka. Selain itu, keadaan muka bumi Melaka yang berbukit bukau

memudahkan tentera laut Melaka untuk mengawasi selat Melaka.

Melaka juga berfungsi sebagai pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot

bermaksud tempat pengumpulan barang-barang yang jumlahnya sangat banyak.

Antara barangan dagangan yang dijual di pelabuhan adalah damar, bijih timah, rotan,

kain sutera, dakwat, teh, ubat herba, rempah ratus dan lain-lain. Barang-barang

tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan di pasaran. Sebagai contohnya,

permintaan barang yang tinggi daripada China untuk barangan untuk sutera, teh dan

tembikar. Terdapat sistem barter iaitu pertukaran barang dengan barang. Ada juga

perdagangan ufti yang melibatkan dengan negara China. Barang-barang dagangan ufti

ini hanyalah melibatkan barang-barang yang eksotik dan pelik yang tiada di negara

China. Sultan akan kumpul barang-barang seperti gading gajah, sarang burung dan

sebagainya. Pelabuhan Melaka juga telah dilengkapi oleh fasiliti atau kemudahan

seperti gudang penyimpanan, hotel atau tempat berehat sementara, tempat membaiki

kapal, tapak untuk berniaga dan lain-lain. Bukan itu sahaja, gudang bawah tanah juga

disediakan bagi para pedagang yang ingin menyimpan barang mereka dengan jaminan

keselamatan.20 Pengawal-pengawal juga telah diperintahkan untuk menjaga gudang-

gudang tersebut daripada perkara yang tidak diingini seperti kecurian, kerosakan dan

sebagainya.

Sistem cukai yang berpatutan juga telah menjadi salah satu pemangkin

pelabuhan Melaka menjadi terkenal. Cukai yang dicaj kepada para pedagang menjadi

hasil atau sumber pendapatan bagi kerajaan Melaka. Cukai yang dikenakan berbeza

setiap negara. Misalnya, pedagang negara Arab, India, Pegu, Siam dan lain-lain

dikenakan cukai sebanyak enam peratus, manakala bagi pedagang tempatan

20
Abdul Halim Saad, Hj. Abdul Halim Ab Rahman.et al. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur: Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN), 1994. Hlm. 115.

9
dikenakan sebanyak tiga peratus.21 Pedagang-pedagang yang ingin tempat untuk

melakukan urusan jual beli perlu mendapatkan surat izin atau kebenaran kepada

pegawai di pelabuhan. Pemberian surat ini adalah untuk memastikan segala aktiviti

perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar. Selain itu, segala hal ehwal di

perdagangan telah diuruskan oleh pegawai iaitu Syahbandar. Syahbandar, kiwi, dan

nahkoda memainkan peranan penting untuk menguruskan perdangangan di pelabuhan

Melaka. Tugas-tugas yang dilaksanakan syahbandar termasuk memungut cukai,

menjadi hakim untuk urusan perdagangan, menjaga keselamatan dan kebajikan

saudagar-saudagar.22 Oleh itu, semua urusan perdagangan diuruskan dengan baik dan

teratur dengan adanya jawatan Syahbandar.

Di samping itu, orang laut juga memainkan peranan dalam memajukan

perdagangan di Melaka dan mencapai kegemilangannya. Mereka juga mengambil

bahagian yang penting dalam meningkatkan ekonomi di Melaka. Disebabkan

petempatan orang laut di tepi pantai, mereka menjalankan aktiviti seperti mengumpul

hasil laut. Mereka dapat mengumpul hasil laut seperti kayu api, daun nipah, kulit

bakau, dan lain-lain. Orang laut juga mempunyai kelebihan tersendiri seperti berenang

dan menyelam. Hal ini membolehkan mereka dapat mengutip hasil daripada dasar

laut. Hasil laut seperti akar bahar dan teripang menjadi permintaan tinggi daripada

China. Orang laut turut menjaga dan mengawal keselamatan perairan di Selat Melaka.

Akibatnya, pedagang-pedagang akan merasa selesa dan selamat untuk menjalankan

aktiviti jual beli di Melaka.

21
Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1994, hlm. 255.
22
Syed Ahmad Syed Kassim et al, Melaka: Di Sinilah Segala-galanya Bermula, Johor: Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia, 2012, hlm. 41.

10
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, sistem pentadbiran yang sistematik merupakan salah satu

faktor mengapa Kesultanan Melayu Melaka boleh mencpai zaman kegemilangan pada

abad ke-15. Hal ini dikatakan demikian kerana, corak pemerintahan Kerajaan Melaka

yang terdiri daripada sultan, pembesar dan pegawai-pegawai lain yang masing-masing

mempunyai peranan yang penting dalam pentadbiran. Sultan dan pembesar

menjalankan tugas dengan efisien dan baik sehinggalah pentadbiran Melaka menjadi

lebih teratur dan tersusun. Namun begitu, terdapat beberapa bukti lain yang

menggambarkan Kesultanan Melayu Melaka. Kegemilangan kerajaan ini dipengaruhi

oleh beberapa aspek lain seperti keberkesanan sistem perundangan, tempat

penyebaran ilmu pengetahuan dan agama islam serta perkembangan bahasa melayu,

pelabuhan perdagangan yang maju dan sebagainya. Namun begitu, Melaka telah

mengalami kejatuhan pada tahun 1511 disebabkan oleh beberapa faktor tetapi warisan

dan peninggalan daripada Kesultanan Melaka telah diwarisi oleh Kesultanan Melayu

seterusnya iaitu Kesultanan Johor. Rakyat Malaysia hendaklah mengambil pengajaran

dan iktibar daripada peristiwa ini.

11
BIBLIOGRAFI

Abdullah Zakaria Ghazali et al, Kesultanan Melayu Melaka (1262-1528) Penelitian


Semula, Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), 2018.

Abdul Halim Saad, Hj. Abdul Halim Ab Rahman.et al. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala
Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 1994.

Abdul Latiff Abu Bakar, Sejarah di Selat Melaka, Melaka: Persatuan Sejarah
Malaysia, 1984.

Khoo Kay Kim, Melaka Dahulu dan Sekarang, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2004.

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat,


https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=gemilang (tarikh diakses 30 Disember 2023)

Mardiana Nordin, Malaysian Studies, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd., 2014.

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka Edisi Kedua, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015.

Muhammad Yunus, Sejarah Islam di Minangkabau, Djakarta: Al-Hidajah, 1971.

Mohd Yusoff Haji Hashim (editor), Empayar Melaka Tradisi Agung Melayu, Melaka:
Perbadanan Muzium Melaka, 2010.

Mohd Jamil Mukmin, Sejarah Kerajaan-Kerajaan Islam Secara Ringkas dan Sejarah
Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Selangor: Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), 2012.

Syed Ahmad Syed Kassim et al, Melaka: Di Sinilah Segala-galanya Bermula, Johor:
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2012.

12
13

You might also like