Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG TIMUR


85100 SEGAMAT, JOHOR.

MINIT MESYUARAT GURU BIL. 2 /TAHUN 2023

Tarikh : 22 MEI 2023

Hari : ISNIN

Masa : 2.00 PETANG

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Cikgu Abdul Aziz Bin Othman

Kehadiran : 26/35

Tidak hadir bersebab : 1. Cikgu Norzilla Biti Md.Idris (Wakil pengetua ke JPNJ)
2. Cikgu Baharuddin Bin Moh (Urusan Haji)
3. Cikgu Syafira Zuhaika (Anak sakit)
4. Cikgu Fatin Nabila Bt. Suhadi (Kursus Guru Baru)
5. Cikgu Salimah Noor Syahidah Bt. Salimi (Kursus Guru Baru)
6. Cikgu Mohamad Zakaria Bin Mohamad (Kursus Guru Baru)
7. Cikgu Nurul Balqis Fatanah (Kursus Guru Baru)
8. Cikgu Muhamad Mukhlis Bin Ahmad (Kursus Guru Baru)
9. Cikgu Ungku Nur Munira Bt. Ungku Tauhid(Kursus Guru Baru)

KEHADIRAN:

1) Cikgu Supiei Bin Othman 16) Cikgu Norfarizan Bt. Mohd Sukri
2) Cikgu Norrizah Bt. Mohd Sharif 17) Cikgu Lily Bt. Abdullah
3) Cikgu Ahmad Rifaie Bin Abdul Hasim 18) Cikgu Siti Farah Nadia Bt. Jumali
4) Cikgu Azni Bin Adnan 19) Cikgu Mohd Radhi
5) Cikgu Mohd Saiful Zafri Bin Azmi 20) Cikgu Margerat Chin
6) Cikgu Mazwiyana Bt. Mashur 21) Cikgu Mohd. Faizul Bin A.Rahim
7) Cikgu Mohd Sarhan Ahzam Bin Ab. Aziz 22) Cikgu Nor Syafira Zuhaika Bt. Wahid
8) Cikgu Muhd Firdaus Bin Mohd Fauzai 23) Cikgu Fauziah Bt. Md Sapian
9) Cikgu Mohd Rashid Bin Hashim 24) Cikgu Norlizawati Bt. Tulimin
10) Cikgu Norashikin Bin Mohd 25) Cikgu Iqbal Bin Abdul Latif
11) Cikgu Zakaria Chek Bin Abd Kadir 26) Cikgu Nor Akemal Bt. Mamat
12) Cikgu Komathi A/P Veerapan
13) Cikgu Noraziyantie Binti Md. Ali
14) Cikgu Siti Safura Bt. Isahak
15) Cikgu Zetinorani Bt. Madon

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 01
Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Pengerusi mengucapkanterima kasih kepada semua guru yang dapat hadir pad
mesyuarat kali ini.
1.2 Pengerusi meminta cikgu Saiful Zafri memimpin bacaan doa agar majlis diberkati.

Makluman : Semua guru

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 Cikgu Zakaria Chek mencadangkan pengesahan minit mesyuarat
yang lalu dan disokong oleh Cikgu Siti Safura Binti Isahak.

Makluman : Semua guru

3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada

Makluman : Semua guru

4. UCAPAN TUAN PENGETUA

4.1 Pengerusi sekali lagi mengingatkan amanat Pengarah JPNJ tentang konsep
A,B,C (Anak, Baik, Cerdik)
4.2 Amanat daripada Pengarah JPNJ berkaitan dengan Program 4Dx (4
DISCIPLINES OF EXECUTION) kepada seluruh warga sekolah
SEPANTAS.
4.3 Pengerusi juga mengingatkan semua guru tentang amanat Tuan PPD
Segamat berkaitan dengan Konsep EXCHANGE di seluruh sekolah dalam
Daerah Segamat.
4.4 Pengerusi juga mengingatkan semua guru agar menekankaan juga
Karakter Murid Johor.
4.5 Pengerusi memaklumkan bahawa telah dikunjungi oleh En. Hatif iaitu
Pegawai PPD Segamat untuk kali kedua mengenai aduan oleh ibubapa
kepada Pejabat Pendidikan Daerah Segamat. Pengetua menasihati para
guru untuk lebih berhati-hati dalam menegur dan menasihati pelajar kerana
penerimaan para pelajar adalah berbeza.
4.6 Pengerusi juga menasihati para guru untuk mengajar serta mengamalkan
sendiri dalam melazimi diri menulis nama penuh seperti mana yang tertulis
di dalam kad pengenalan kerana masalah mungkin timbul dalam
pengurusan formaliti dan urusan pentadbiran; contoh dalam urusan
pembayaran wang pencen atau bank.
4.7 Pengerusi juga meyarankan agar guru-guru lebih tegas dalam mendidik
pelajar kerana ramai pelajar telah terkesan dengan pandemik covid-19
menyebakan mereka sangat santai serta kurang berdisiplin dalam
pembelajaran. Malahan ada segelintir ibubapa juga mengambil mudah
mengenai soal kehadiran pelajar ke sekolah dan ini perlu diberi perhatian
serius oleh guru.

Makluman : Semua guru


.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 01
Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5. PENGURUSAN KEWANGAN/ HRMIS

5.1 Encik Zainal memaklumkan bahawa perbelanjaan untuk Bulan Jun tidak boleh
dibelanjakan, pesanan pada bulan Jun hanya akan menerima bayaran pada bulan
Julai.
5.2 Encik Zainal memaklumkan mengenai pengendalian bagi pengurusan cuti di dalam
HRMIS. Untuk Cuti Rehat Khas permohonan boleh dilakukan di dalam HRMIS
sehari sebelum tarikh cuti manakala bagi Cuti Sakit pula perlu mendapatkan
Medical Certificate (MC) dahulu sebelum boleh membuat permohonan pada
keesokan hari melalui HRMIS dan juga secara manual.
5.3 Encik Zainal memohon AKP untuk menyiapkan profile MY PERFORMANCE
sebelum 31 MEI 2023.
5.4 Kehadiran dan keberadaan guru di sekolah hendaklah sebanyak 4 jam di sekolah.
Jika ada temujanji kesihatan yang mungkin mengambil masa dinasihati untuk
memohon CRK atau membuat temujanji selepas waktu sekolah.

Makluman : Semua guru

6. PENGURUSAN KURIKULUM

6.1 Cikgu Supiei memaklumkan sehingga 22 Mei 2023 jumlah keberadaan guru di SMK
Palong Timur adalah 35 orang guru. Pada 1 Jun Cikgu Supie (Arus Perdana) dan
Haji Norashikin ( Tingkatan 6) akan bersara. Oleh itu, SMK Palong Timur akan
mengalami kekurangan guru sebanyak 5 orang setelah perpindahan Cikgu
Zulkarnain dan juga Cikgu Nordiana serta persaraan Ustaz Rashid..
6.2 Cikgu Supiei turut memaklumkan bahawa Cikgu Abd Aziz dan juga Cikgu
Baharuddin akan menunaikan ibadah haji pada awal Jun manakala Cikgu Munira
akan cuti bersalin pada pertengahan Jun. Oleh itu, para guru dimohon bekerjasama
utk membantu dalam Pdp agi guru-guru yang tiada, Segala kerjasam didahului
dengan ucapan terima kasih.
6.3 Cikgu Supiei turut mengingatkan sekali lagi para guru agar menyiapkan dan
menghantar borang penilaian PBBB kali pertama sebelum 25 Mei 2023.
6.4 Beliau turut memaklumkan hasil dari mesyuarat Pengurusan yang telah diadakan,
telah diputuskan bahawa UPK 1 akan dibatalkan kerana ramai guru tiada dan akan
diteruskan hanya dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun.
6.5 Program Kelas Tambahan telah pun bermula sejak 3 April 2023 sehingga 3 Ogos
2023. Oleh itu, guru-guru Tingkatan 5 boleh mengambil kesempatan ini untuk
menghabiskan silibus serta membuat latihan tambahan.
6.6 Cikgu Supiei memaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Sijil Peperiksaan
Malaysia SPM 2022 akan diumukan awal Jun, semua guru-guru kelas Tingkatan 5
untuk melengkapkan sijil-sijil; sijil berhenti sekolah, PEKA, PJASK untuk
dimasukkan dalam fail peribadi dan diletakkan di bilik kaunseling.
6.7 Cikgu Supie turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih di atas
segala kerjasama yang diberikan kepada beliau sepanjang beliau berkhidmat di
SMK Palong Timur. Beliau turut memohon maaf jika terdapat sebarang kekhilafan
atau terkasar bahawa.

Makluman : Semua guru

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 01
Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

7. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

7.1 Cikgu Norizzah mengucapkan terima kasih kepada para guru yang telah
mengemaskini e-kehadiran pelajar awal. Beliau memohon jasa baik semua guru
kelas dan guru waktu pertama untuk peka dan mengemaskini kehadiran sebelum
jam 9 pagi.
7.2 Cikgu Norizzah memaklumkan bahawa guru-guru kelas boleh mengeluarkan surat
amaran pertama jika terdapat pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut
tanpa sebab atau selama 10 hari tidak berturut dari laman sesawang SSDM.
7.3 Jika mana-mana guru mengalami masalah untuk memuat turun dan mencetak
surat amaran boleh merujuk kepada cikgu Norizzah.
7.4 Cikgu Norizzah memaklumkan guru-guru boleh log in ke laman sesawang SSDM
dengan menggunakan ID: JEA7035 dan Password: Sepantas94.
7.5 Jika terdapat sebarang masalah disiplin atau kehadiran, guru-guru boleh klik di
bahagin tambah kes dan mencari nama pelajar atau menggunakan nombor kad
pengenalan pelajar.
7.6 Selain daripada menambah dan merekod kes pelajar, guru-guru juga boleh
mengemaskini serta merekodkan amalan baik pelajar dalam SSDM. Guru perlu
melaporkan dan merekodkan dalam SSDM, simpan dan mencetak borang tersebut
dan kemudia pos borang tersebut secara rasmi.

Makluman : Semua guru

8. HAL-HAL LAIN

8.1 Cikgu Ahmad Rifaiei memberi peringatan kepada para guru untuk mengemaskini
dan memastikan bahawa semua guru perlu memenuhi tuntutan KPM bagi SPLG
iaitu 5 hari berkursus dan melengkapkan 42 mata kredit. Kiraan hari berkursus dan
mata kredit adalah berdasarkan ja waktu Januari – Disember 2023.
8.2 Cikgu Ahmad Rifaiei juga memaklumkan bahawa guru-guru yang bakal bersara
juga tertakluk dan wajib untuk melengkapkan 5 hari berkursus dengan 42 mata
kredit.
8.3 Semua guru boleh menyemak hari berkursus dan jumlah mata kredit secara
personal mengikut akaun di laman sesawang SPLG masing-masing kerana Cikgu
Ahmad Rifaiei tidak dapat menyemak berapa hari berkursus serta jumlah mata
kredit yang telah dikumpulkn para guru.
8.4 Bagi pembacaan buku, 1 buku adalah bersamaan dengan 1 hari berkursus atau 6
mata kredit. Maksimum sebanyak 20 mata kredit daripada pembacaan buku.
8.5 Cikgu Norlizawati memaklumkan bahawa Mesyuarat Agong PIBG akan
dilaksanakan pada 22 JUN 2023, seminggu sebelum sambutan Hari Raya Haji.
Mesyuarat kali ini akan melibatkan pelantikan baru AJK PIBG.
8.6 Cikgu Norlizawati memohon kerjaama semua untuk melaksanakan Mesyuarat
tersebut dan memaklumkan bahawa Cikgu Norizzah GPK Hal Ehwal Murid akan
menggantikan pengetua pada hari mesyuarat tersebut.
8.7 Cikgu Radhi memaklumkan bahawa Majlis Persaraan Cikgu Supiei dan Cikgu Hj
Norashikin akan dilaksanakan pada 25 Mei 2023, Khamis walaupun tarikh bersara
wajib Cikgu Supiei dan Haji Norashikin adalah pada 1 Jun 2023 kerana cuti sekolah
dari 26 Mei sehingga 3 Jun 2023.
8.8 Makluman awal daripada Cikgu Radhi ialah Majlis Rasmi akan berlangsung dari
7.30-930am di Dewan Terbuka SMK Palong Timur. Setelah itu Jamuan BAKTI

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 01
Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

bersempena Persaraan Ustaz Rashid, Cikgu Supiei, Cikgu Hj Norashikin serta


majlis doa selamat bagi menunaikan Haji baagi Cikgu Abd Aziz akan diadakan di
KARYA Hall , bersebelah Pusat Bowling Segamat bermula pada jam 2.30 pm
sehingga tamat. Makluman : Semua guru

9. PENANGGUHAN

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat dan berharap
agar semua perkara yang dibincangkan dapat diambil tindakan dan makluman
semua guru.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Disediakan oleh,
Disemak oleh,

................................................
(SITI FARAH NADIA BINTI JUMALI) ......................................................
Guru Bertugas, (ABD AZIZ BIN OTHMAN)
SMK Palong Timur. Pengetua,
Tarikh : 24 MEI 2023 SMK Palong Timur.
Tarikh : 24 MEI 2023

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 01
Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like