Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SULONG

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA BANTUAN/KEBAJIKAN


BIL. 1 TAHUN 2022

Tarikh : 12 April 2022


Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal SMK Tunku Sulong

Kehadiran :

1. Pn. Azizah Binti Md Aris - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


2. Pn. Zaharatul Laila Binti Sulaiman - Setiausaha HEM 1
3. Cik Shalehah Binti Dahari @ Zahari - Setiausaha Bantuan/Kebajikan
4. Pn. Idah Binti Harun - Setiausaha Zakat Murid
5. Pn. Robiah Binti Kamarudin - Setiausaha Biasiswa
6. Semua Guru Tingkatan

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.

2 Pn Azizah selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT dan
mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir dan menjalankan
mesyuarat Jawatankuasa Bantuan/Kebajikan kali pertama tahun 2022.
Makluman

3 Tn. Pengerusi mengesahkan perlantikan Jawatankuasa Bantuan/Kebajikan dan


mengucapkan tahniah kepada semua guru.
Makluman

4 Tn. Pengerusi mengingatkan semua guru yang terlibat sebagai setiausaha atau penolong
setiausaha perlu tahu dan peka bidang tugas masing-masing.
Makluman

II. HALA TUJU HEM 2021

5 Kebajikan Murid
Terdapat pelbagai sumbangan yang boleh diberikan kepada murid yang memerlukan
termasuk foodbank iaitu sumbangan makanan daripada pihak guru. Murid-murid yang
memerlukan boleh memaklumkan kepada guru-guru untuk diberikan bantuan.
Makluman

1
III. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

6 Cik Shalehah selaku setiausaha bantuan/kebajikan memaklumkan aktiviti tahunan


adalah seperti lampiran.

7 Setiausaha menjelaskan bantuan diberikan bergantung kepada sumbangan guru atau


agensi-agensi luar sekolah dan juga zakat daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada
murid-murid Islam.

8 Setiausaha menyatakan bahawa prestasi akademik tidak diambil kira untuk mendapat
bantuan.

9 Setiausaha juga menjelaskan kriteria kelayakan murid mendapat bantuan adalah seperti
berikut;
9.1.1 Murid tingkatan 1-6 di sekolah bantuan kerajaan.
9.1.2 Warganegara Malaysia
9.1.3 Fakir dan miskin
9.1.4 Pendapatan kasar di bawah RM 1000 dan ke bawah
9.1.5 Tidak menerima biasiswa atau bantuan-bantuan yang lain

Makluman

10 Setiausaha meminta agar guru tingkatan memberi nama murid dengan kadar segera
mengikut kriteria yang dijelaskan.

11 Setiausaha memohon kerjasama guru tingkatan agar memaklumkan kepada Unit


Kebajikan jika terdapat murid yang kematian waris, kemalangan dan bantuan yang
berkaitan dengan kadar segera.

Tindakan: Semua Guru Tingkatan


IV. HAL-HAL LAIN

12 Tn. Pengerusi memohon semua guru tingkatan untuk mengemaskini maklumat murid
dalam APDM supaya tidak berlaku keciciran untuk mendapatkan biasiswa.
Makluman

13 Tn. Pengerusi meminta agar mengwar-warkan kepada semua staf SMKTS untuk memberi
sumbangan ikhlas dana kebajikan tahun 2022.
Tindakan: JK Bantuan/Kebajikan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 petang

Disediakan oleh; Disemak oleh;

2
____________________ __________________
(Cik Shalehah Binti Dahari@Zahari) (Pn. Azizah Binti Md Aris)
Setiausaha Bantuan/Kebajikan PK Hal Ehwal Murid SMKTS

LAPORAN MAKLUM BALAS STATUS PELAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT

Tajuk Mesyuarat : Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan/Kebajikan Bil 1


Tarikh / Hari : 11 April 2022 / Isnin

RUJUKAN STATUS
BIL MINIT/ PERKARA TINDAKAN CATATAN
PELAKSANAAN
MUKA SURAT
Perkara 10 Setiausaha meminta agar guru tingkatan
1. Semua guru
memberi nama murid dengan kadar segera Sedang berjalan
m/s 2 mengikut kriteria yang dijelaskan. tingkatan

Setiausaha memohon kerjasama guru


Perkara 11 tingkatan agar memaklumkan kepada Unit
2. Semua guru
Kebajikan jika terdapat murid yang Sedang berjalan
m/s 2 kematian waris, kemalangan dan bantuan tingkatan
yang berkaitan dengan kadar segera.

Tn. Pengerusi meminta agar mengwar-


3. Perkara 13 warkan kepada semua staf SMKTS untuk JK Bantuan/
Sedang berjalan
memberi sumbangan ikhlas dana kebajikan
m/s 2 Kebajikan
tahun 2022.

You might also like