Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KAWASAN KAJIAN

LOKASI KAWASAN KAJIAN


Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra

LINGKUNGAN KAWASAN KAJIAN


SMSTSP terletak dalam daerah Kangar,Perlis.Manakala kedudukannya bertentangan Taman Sri
Pulai.Keluasan SMSTSP ialah 30 hektar.

JUMLAH PENDUDUK
Pada 2009, Sekolah Menengah (Sains) Tuanku Syed Putra memiliki 317 pelajar lelaki dan 230
pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 547 orang. Ia mempunyai
seramai 69 orang guru.Populasi penduduk Kangar pula dianggarkan 50 ribu pada tahun 2009.
HASIL KAJIAN

KONSEP KITAR SEMULA


Kitar semula bermaksud mengumpul dan memproses semula barang-barang terpakai dan
terbuat untuk dijadikan barangan baru yang berguna.Amalan kitar semula barang-barang
terpakai dierkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber,memastikan alam
sekitar sentiasa bersih,mengelakkan pencemaran dan mengurangkan pembaziran.Antara
barang yang boleh dikitar semula termasuklah kertas,plastic,aluminium dan getah.Barang seperti
botol kaca boleh digunakan semula setelah proses pencucian.
KEPENTINGAN PROGRAM KITAR SEMULA

MENAMBAH PENDAPATAN
Kitar semula ialah proses bahan buangan untuk menghasilkan barangan baharu supaya boleh
digunakan lagi.Antara kepentingan kitar semula ialah menambah pendapatan seperti barang yang
sudah kita kitar semula dapat membuat sesuatu yang kreatif dan dapat menjualnya.Ini dapat
menambahkan hasil pendapatan kita dengan hasil jualan.

MENJIMATKAN KOS, SUMBER DAN TENAGA


Selain itu,kepentingan kitar semula juga dapat menjimatkan kos,sumber dan tenaga seperti jika
kertas dapat dikitar semula secara maksimum kita dapat mengurangkan 4,300 tan sampah
sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok.Mengitar semula kertas akan mengurangkan
bilangan pokok yang perlu ditebang.Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru
yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.

PERSEKITARAN YANG LEBIH SIHAT DAN BERSIH


Akhir sekali,kepentingan kitar semula juga dapat membuat persekitaran yang lebih sihat dan bersih
seperti melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya
mengawal daripada merebak.Jika sampah-sarap dibiarkan bersepah ia akan mengeluarkan bau
yang kurang menyenangkan dan menyebabkan penyakit.Oleh itu, kita mestilah
bertanggungjawab dan sayangkan negara seperti peribahasa negara bersih rakyat bersih.
CABARAN MENGATASI PROGRAM KITAR SEMULA DI KAWASAN KAJIAN

SIKAP PENDUDUK
Cabaran mengadakan Program Kitar Semula di kawasan ini adalah sikap penduduk yang tidak
mempedulikan amalan kitar semula.Terdapat segelintir penduduk yang sudah tahu akan
kepentingan amalan kitar semula.Namun demikian, oleh kerana sikap mereka yang malas,
mereka tidak mengamalkan amalan kitar semula semula ini.Kebanyakan kertas,plastic dan kaca
yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu
Sahaja.Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

KURANG PENGETAHUAN
Seterusnya, kebanyakkan penduduk di kawasan ini yang membuang bahan kitar semula ini
adalah disebabkan kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula.Mereka lebih
senang membuat bahan tersebut daripada mengitarnya semula. Bagi mereka,amalan kitar
semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

TIDAK MEMPUNYAI PUSAT PENGUMPULAN KITAR SEMULA


Akhir sekali, di Kawasan Bengkongan ini tidak mempunyai pusat pengumpulan kitar semula dan
hanya terdapat di pekan yang merupakan jauh dari kawasan ini.Keadaan ini menyukarkan
penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat
penduduk yang tinggal jauh. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang
dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan
kitar semula daripada penduduk kampung.
CADANGAN UNTUK MENGATASI CABARAN PROGRAM KITAR SEMULA

MENGADAKAN KEMPEN
Bagi memastikan program kitar semula ini dijalankan di Kawasan kajian,beberapa langkah bagi
memastikan amalan tersebut dilaksanakan dengan baik ialah kempen.Objektif utamanya adalah
untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar.Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih
prihatin,peka dan bersama-sama memainkan peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula.
Kempen dan program yang dilaksanakan dapat keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam
sekitar daripada mengalami kemusnahan.

PENDIDIKAN
Seterusnya,pendidikan. Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk
melaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini
dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh
mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula
dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan tersebut.

PUSAT PENGUMPULAN KITAR SEMULA


Akhir sekali, menyediakan kemudahan pusat pengumpulan. Pihak berkuasa tempatan perlu
menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik penduduk untuk
mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak
membuang bahan yang boleh dikitar semula ke tong yang salah.

You might also like