V2 - 240208 - Minit Mesyuarat Koordinasi PALAPES Dan Semakan Elaun

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

TERHAD

Markas Angkatan Tentera Malaysia


Bahagian Mobilisasi Angkatan Simpanan
Tingkat 10, Pintu 10.04
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Tel: 03-40134406
Emel: bmas@mod.gov.my

Feb 24

MATM/BMAS.100-1/10/7 - ( )

Lihat Agihan

MINIT MESYUARAT KOORDINASI PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN


(PALAPES) DAN SEMAKAN ELAUN SIMPANAN ANGKATAN SUKARELA (SAS)
YANG DIADAKAN DI BILIK MESYUARAT MAT KILAU, WISMA PERTAHANAN
PADA 7 FEBRUARI 2024 JAM 0900

Hadir:

Brig Jen Dato’ Dr Mohd Radzi bin Hj KP PS BPP - CPS Pengerusi


Abdul Hamid
Brig Jen Hjh Fadzillah binti Abdullah KP BOLP - CLP
TUDM
Kept Ananthan Tharmalingam TLDM KS MPPSTLDM
Kol Mohd Sam bin Mohd Yusof TUDM Pengarah MPSTU
Lt Kol Md Hanif bin Mulaini Pengarah BMAS
Lt Kol Norazlina binti Ibrahim PS 1 Akaun BPA-UGAT
Lt Kol Shahrul bin Othman PS 1 Rancang BPS
Lt Kol Johari bin Zakaria Ketua Cawang Latihan MK PLDTD
Kemahiran
Lt Kol Azman bin A. Rahman PS 1 TKC BPA - CTK
Lt Kol Nesam Banu binti Mohd Fahmi PS 2 Rancang A4 BPA - CTK
TUDM
Lt Kol Azmi bin Hj Abdul Rahim PSO Domain Darat Sek AMH
Mej Mohd Hanafiah bin Mohd Noor Ketua Jurulatih PALAPES 3K
@Ibrahim UPNM
Kapt Nurul Farahin bin Zaharuddin PS 3 Dasar & Teknik BPA - UGAT
Kapt Harith Fadzillah bin Hussin TUDM PS 3 Dasar MPSTU

Kapt Ahmad Syahmi bin Ahmad Akhree PS 3 Mobilisasi BMAS Setiausaha

1. Pengerusi mengucapkan selamat datang dan merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua ahli mesyuarat mingguan ini yang terdiri daripada wakil daripada Markas Pasukan
Simpanan Perkhidmatan dan BCJ yang turut hadir bagi membincangkan mengenai koordinasi
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan semakan elaun Simpanan Angkatan Sukarela
(SAS).

TERHAD
TERHAD

2. Seterusnya Pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk


membincangkan mengenai gerak kerja yang perlu dilaksanakan hasil daripada Taklimat Eksekutif
berkenaan Angkatan Simpanan Sukarela kepada YB MENHAN pada 5 Feb 24.

TINDAKAN
PERKARA 1. MAKLUM BALAS TAKLIMAT EKSEKUTIF KEPADA
MENTERI PERTAHANAN

3. Cabaran Angkatan Simpanan Sukarela. Mesyuarat membincangkan


mengenai maklum balas Taklimat Eksekutif kepada MENHAN mengenai cabaran
Angkatan Simpanan Sukarela merangkumi perkara seperti berikut:

a. Minat. Organisasi perlu menarik minat anggota baharu untuk


menyertai Angkatan Simpanan Sukarela dalam mengekalkan keahlian
Angkatan Simpanan. Sokongan dan komitmen kepimpinan masyarakat dan
majikan juga perlu dipertingkatkan. Ia boleh diketengahkan menerusi Sidang
Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah SeMalaysia
(SPJP) yang tidak dilaksanakan selama 8 tahun (terakhir pada tahun 2015).

b. Keputusan. Pengerusi berkehendakkan agar Taklimat kepada Ketua


Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan berkenaan dengan pelaksanaan
SPJP dilaksanakan. BMAS

c. Peraturan. Organisasi perlu mengadakan satu rang undang-undang


Angkatan Simpanan dan Mobilisasi. Pengerusi memaklumkan bahawa draf
rang undang-undang telah dibuat oleh pihak BPS.
BMAS
d. Keputusan. Mesyuarat mengambil maklum. BPS

e. Status Kaedah-Kaedah Angkatan Tentera (KKAT). Kaedah-


Kaedah Angkatan Tentera (Gaji dan Elaun) diwartakan oleh Jabatan Peguam
Negara pada 10 Mac 11. Warta tersebut perlu ditetapkan tarikh kuat kuasa
dan boleh digunakan oleh perkhidmatan.

f. Keputusan. Pengerusi berkehendakkan agar surat gesaan dimajukan


ke BPSM agar KKAT (Gaji dan Elaun) tersebut ditandatangani oleh
MENHAN. BMAS

g. Kekuatan Baseline. Jemaah Menteri Bil 3/2002 menetapkan


kekuatan Baseline adalah 80,000 dengan nisbah (Tetap:Simpanan) – 1:2
(2011-2020) dan 1:3 (Selepas 2020). Keperluan ketetapan baharu dari
perkhidmatan adalah TDM – 1:3, TLDM – 3:1 dan TUDM – 3:1.
BMAS
h. Keputusan. Perkhidmatan perlu untuk memenuhi keperluan nisbah BPS
(Tetap:Simpanan) 1:3 (Selepas 2020) sepertimana keperluan daripada MPPSTLDM
MENHAN bagi nisbah kekuatan tersebut. MPSTU

i. Latihan PALAPES. POSKAB Bil 12/2013 telah memutuskan


untuk meningkatkan bilangan anggota dari 750 ke 1,000 orang di setiap UA.

TERHAD
TERHAD
TINDAKAN
j. Keputusan. Pengerusi berkehendakkan agar satu mesyuarat yang
dipengerusikan oleh KS MK ATM melibatkan wakil Universiti Awam (UA)
dan Ketua Jurulatih PALAPES setiap UA dilaksanakan bagi
membincangkan pengurusan PALAPES. BMAS

4. Way Foward Angkatan Simpanan. Mesyuarat membincangkan mengenai


maklum balas Taklimat Eksekutif kepada MENHAN mengenai Way Foward
Angkatan Simpanan merangkumi perkara seperti berikut:

a. Penubuhan Bahagian Simpanan Angkatan Pertahanan di MK ATM.

b. Meneruskan pembangunan dasar dan peraturan Angkatan Simpanan.

c. Mencadangkan satu rang undang-undang berkaitan dengan Angkatan


Simpanan dan Dasar Mobilisasi Negara.

d. Pembangunan dan pengstrukturan Angkatan Simpanan semua


perkhidmatan menuju Angkatan Masa Hadapan (AMH).

e. Semakan elaun-elaun Simpanan Angkatan Sukarela dari semasa ke


semasa.

f. Mencadangkan pemberian insentif kepada majikan.

g. Menumpukan bidang kepakaran baharu untuk menghadapi ancaman


masa kini dan masa hadapan.

h. Memantau hala tuju dan inisiatif dalam KPI MENHAN dan PSM.

5. Keputusan. Pengerusi berkehendakkan agar Pasukan Simpanan


Perkhidmatan mengkaji semula implikasi kos melibatkan kenaikan kadar elaun
Angkatan Simpanan dan memajukan maklum balas kepada BMAS untuk kadar
elaun Angkatan Simpanan/Sukarela yang ditambahbaik untuk diusulkan ke dalam
Mesyuarat JPP. BMAS

PERKARA 2. KEPERLUAN PASUKAN LATIHAN PASUKAN SIMPANAN


(PALAPES)

6. Keperluan PALAPES. Mesyuarat membincangkan mengenai keperluan


PALAPES merangkumi perkara berikut:

a. Ikrar “Aku Janji” dan Melapor ke Pasukan Simpanan. Pegawai


Lepasan PALAPES haruslah menandatangani dan melafazkan ikrar “Aku
Janji” bagi memastikan mereka sebagai Angkatan Simpanan Sukarela dan
melapor ke Pasukan Simpanan setelah ditauliahkan.
BPS
b. Keputusan. Pengerusi berkehendakkan agar Pasukan Simpanan MPPSTLDM
Perkhidmatan melaksanakan perkara tersebut mengikut PALAPES UA MPSTU
dibawah perkhidmatan masing-masing. MK PLDTD

TERHAD
TERHAD
TINDAKAN
c. Kemasukan Pegawai Tetap Untuk PALAPES. Skim kemasukan
Pegawai Tetap untuk PALAPES perlu dikaji agar skim kemasukan yang
dipraktikkan mengikut keperluan semasa. BPS
MPPSTLDM
d. Keputusan. Pengerusi berkehendakkan agar perkara diusulkan ke MPSTU
Mesyuarat JPP. MK PLDTD

PERKARA 3. SEMAKAN KENAIKAN ELAUN

8. Semakan Kenaikan Elaun. Mesyuarat membincangkan mengenai


semakan kenaikan elaun melibatkan elaun-elaun seperti di Kembaran A.
BPS
9. Keputusan. Pengerusi berkehendakkan agar semakan kenaikan elaun ini MPPSTLDM
diusulkan ke Mesyuarat JPP. MPSTU

PERKARA 4. HAL-HAL LAIN

10. Atur Gerak Simpanan Angkatan Sukarela. Pengarah BMAS


memaklumkan bahawa perkhidmatan perlu mengkaji semula atur gerak Simpanan
Angkatan Sukarela dengan berlandaskan Perintah Ulung PAT Ke-22. BPS
MPPSTLDM
11. Keputusan. Mesyuarat mengambil maklum. MPSTU

12. Keperluan Kekuatan. Pasukan Simpanan Perkhidmatan perlu menentukan


keperluan kekuatan berpandukan keperluan menuju AMH dicapai. BPS
MPPSTLDM
13. Keputusan. Mesyuarat mengambil maklum. MPSTU

14. Kekuatan Pengambilan. Kekuatan pengambilan bagi setiap tahun


(TD – 7,400, TLDM – 500, TUDM – 480) perlu dicapai oleh setiap Pasukan
Simpanan Perkhidmatan. BPS
MPPSTLDM
15. Keputusan. Mesyuarat mengambil maklum. MPSTU

16. Pengambilan PALAPES ke Angkatan Tetap. Pihak CTK perlu


menentukan agar pengambilan PALAPES ke Angkatan Tetap dilaksanakan
mengikut kuota yang digariskan dalam Pelan Strategik MinDef (PSM) Teras 2.4.3
dan juga Key Performance Indicators (KPI) MENHAN Jangka Panjang.

17. Keputusan. Mesyuarat mengambil maklum. BPA - CTK

18. Proses Pembayaran Elaun Angkatan Simpanan Sukarela. Pihak UGAT


dan Belanjawan Pasukan Simpanan Perkhidmatan perlu mencari solusi bagi
mempermudahkan proses pembayaran elaun Angkatan Simpanan Sukarela.

19. Keputusan. Pengerusi berkehendakkan pihak BPA – UGAT untuk


mencontohi sistem pembayaran elaun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk
menjadikan proses pembayaran elaun Angkatan Simpanan Sukarela lebih efisien
dan pantas. Perkara juga perlu ditaklimatkan dalam bengkel yang akan dilaksanakan
akan datang. BPA – UGAT

TERHAD
TERHAD
TINDAKAN
20. Sistem Pengurusan Angkatan Sukarela. Pasukan Simpanan
Perkhidmatan perlu memperkasakan Sistem Pengurusan Angkatan Sukarela
sepertimana yang digariskan dalam PSM Teras 2.4.4. BPS
MPPSTLDM
21. Keputusan. Mesyuarat mengambil maklum. MPSTU

22. Latihan Bagi Kumpulan Pakar. Pasukan Simpanan Perkhidmatan perlu


memperkasakan latihan bagi Kumpulan Pakar sepertimana yang digariskan dalam
PSM Teras 2.4.5 BPS
MPPSTLDM
23. Keputusan. Mesyuarat mengambil maklum. MPSTU

24. Recruitment Drive (Promosi). Pasukan Simpanan Perkhidmatan perlu


memperluaskan Recruitment Drive (Promosi) sepertimana yang digariskan dalam
PSM Teras 4. BPS
MPPSTLDM
25. Keputusan. Mesyuarat mengambil maklum MPSTU

26. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan
menangguhkan mesyuarat sehingga suatu masa yang akan dimaklumkan kelak. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 1230.

AHMAD SYAHMI BIN AHMAD AKHREE


Kapt
Setiausaha

Kembaran:

A. Semakan Kenaikan Elaun Simpanan Angkatan Sukarela (SAS).

Agihan:

Luar:

Tindakan:

MK TD – BPS
(Untuk Perhatian: Pengarah R&P
PS 2 Akaun)

MK PLDTD
(Untuk Perhatian: PPL)

MPPSTLDM
(Untuk Perhatian: Ketua Staf)

MPSTU
(Untuk Perhatian: Pengarah)
5

TERHAD
TERHAD

Dalam:

Tindakan:

MK ATM - BOLP
(Untuk Perhatian: KP CLP
ALK - KJ PALAPES)

MK ATM - BPA
(Untuk Perhatian: Pengarah CTK
Pengarah UGAT)

Sekretariat AMH
(Untuk Perhatian: Pengarah Transformasi)

Maklumat:

Pejabat KS MK ATM
(Untuk Perhatian: PK kepada KS MK ATM)

MK ATM – BPP
(Untuk Perhatian: KP PS)

TERHAD

You might also like