Profil Penerima Anugerah Dhaj

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PROFIL PELAJAR ANUGERAH

DATUK HAJI AZMI JUNID

Muhammad Ridzuan bin N.Sujari merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Beliau
merupakan anak kelahiran Nilai, Negeri Sembilan dan membesar dalam keluarga yang sederhana.
Bapanya bekerja sebagai pemetik buah sawit, manakala ibunya bekerja sebagai mandur dikawasan
ladang sawit. Kedua orang ibubapanya seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak dan sentiasa
memberikan yang terbaik dalam memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak. Namun begitu,
sang ayah dijemput Allah yang maha Esa sewaktu Muhammad Ridzuan berumur 18 tahun dan s
ketika itu beliau menuntut di Tingkatan Enam dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia 2008 kemudian
berkhidmat sebagai guru KAFA bermula tahun 2009 dan berusaha menyara adik-adiknya yang ketika
itu masih bersekolah.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jijan, Nilai Negeri Sembilan dan seterusnya
mendapat pendidikan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Selepas
pemergiaan ayahnya pada September 2008, beliau tidak menyambung pelajaran kerana menyara
keluarga akan tetapi memulakan tugas sebagai pendidik di Sekolah Agama Rakyat Al Qalam, Kuarters
KLIA, bermula tahun 2009 sehingga 2015 kemudian menyambung tugas menabur bakti di Sekolah
Rendah Agama Jenderam Hilir, Dengkil Sepang sehingga kini.

Sewaktu berkhidmat sebagai Guru KAFA Negeri Sembilan, beliau melibatkan diri dalam Persatuan
Guru KAFA Negeri Sembilan, dan bersama-sama memperjuangkan nasib guru KAFA Negeri Sembilan
(2010-2014). Beliau banyak melibatkan diri dalam pengurusan Kemahiran Amal Islami diperingkat
Sepang, sumbang bakti dalam pembangunan modal insan disekolah yang beliau berkhidmat serta
seorang yang aktif dalam memberikan yang terbaik kepada anak-anak muridnya. Sepanjang
perkhidmatan beliau, beliau telah di anugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,
Kategori Guru KAFA (Feb 2018) dan Anugerah Guru Cemerlang Daerah Sepang pada tahun 2018.

Pada pandangan beliau, menjadi seorang guru bukanlah satu profesion yang mudah. Bidang
pendidikan merupakan suatu bidang yang sungguh mencabar. Ibarat membina rumah, salah ukuran,
tersilap purata simen dan pasirnya, barangkali rumahnya yang dibina bakal roboh. Begitulah
kemenjadian murid, jika ada salah silap langkahnya, maka tidak berjaya kemenjadian murid tersebut.
Akan tetapi, jika betul langkahnya, rentaknya berirama, maka tercapailah kemenjadian murid yang
diharapkan.
Harapan beliau semoga kejayaan yang diperolehi di KOPEDA bukanlah titik akhir dalam jihad
menuntut ilmu. Akan tetapi ianya sentiasa menjadi permulaan kepada suatu yang lebih besar, iaitu
saham akhirat. Berterusanlah dalam menuntut ilmu, mencurahkan bakti kepada sekalian insan yang
bergelar murid. Beliau mendoakan semoga mereka yang membaca nukilan profil ini diluaskan segala
pintu rezeki, diberikan kemudahan dalam setiap permasalahan dihadapi dan diberikan kesihatan
yang baik.

You might also like