Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2023

TUJUAN
1. Kertas ini dikemukakan bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan
Dialog Pengurusan Tertinggi SMAI Bil. ___ Tahun 2023 berhubung cadangan
pelaksanaan Hari Anugerah Kecemerlangan 2023.

LATAR BELAKANG
2. Hari Anugerah Kecemerlangan merupakan agenda tahunan setiap sekolah di
Malaysia. Hari Anugerah Kecemerlangan dianjurkan sebagai penghargaan dan
pengiktirafan kejayaan murid – murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dan
sahsiah. Dengan adanya program ini, ia diharapkan menjadi satu galakan kepada
murid – murid untuk berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan dalam bidang
akademik seterusnya memberikan motivasi kepada ibubapa untuk terus membantu
anak – anak mereka mencapai kejayaan. Di samping itu, Hari Anugerah Cemerlang
juga adalah medium untuk mengeratkan hubungan sekolah dengan masyarakat
setempat.

ASAS PERTIMBANGAN
3. Hari Anugerah Kecemerlangan diharap menjadi pendorong semua murid
supaya berusaha bersungguh – sungguh bagi memperolehi kejayaan seperti yang
telah dicapai oleh pelajar yang terdahulu. Hari Anugerah Kecemerlangan ini juga
diharap akan menjadi satu landasan kepada murid – murid yang berjaya supaya
terus membudayakan kecemerlangan dalam hidup mereka pada masa akan datang.

4. Oleh itu, Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan untuk:


4.1. Menghargai potensi murid – murid dalam pelbagai bidang.

1
4.2. Mengenal pasti murid – murid yang cemerlang dan mempamerkan
contoh murid – murid cemerlang kepada murid – murid lain.
4.3. Membentuk keyakinan murid – murid dalam pelbagai bidang.
4.4. Menyemai dan memberi galakan kepada ibubapa dalam membantu
pihak sekolah dalam mempertingkatkan prestasi sekolah.
4.5. Membina perasaan muhibbah antara guru – guru, ibubapa dan warga
SMA Islahiah SABK.

CADANGAN PELAKSANAAN
5. Cadangan pelaksanaan Hari Anugerah Kecemerlangan 2023 dijangka akan
berlangsung pada 22 Oktober 2023 merangkumi perkara-perkara berikut:
5.1. Penyertaan:
a. Semua pelajar SMA Islahiah SABK.
b. Semua guru SMA Islahiah SABK.
c. Persatuan Ibubapa dan Guru.
5.2. Jawatankuasa Perlaksana : Rujuk Lampiran 1
5.3. Tentatif Program:

TARIKH: 22 OKTOBER 2023 (AHAD)


0830 Pendaftaran
Hadirin mengambil tempat duduk dalam dewan
0900 Ketibaan tetamu kehormat dan VIP
Ucapan aluan Pengacara Majlis
Nasyid Asmaul Husna
Nyanyian lagu Negaraku & Negeri Kedah
0915 Bacaan Doa
0930 Ucapan YDP PIBG
Ucapan Pengetua
Ucapan Perasmian
1000 Persembahan Murid 1
1015 Slot 1 : Penyampaian Anugerah Kedudukan Terbaik dalam
tingkatan dan Mata Pelajaran terbaik Ting. 1,2,3,4,5 dan 6.
1100 Persembahan Murid 2

1120 Slot 2 : Murid Aktif Pdpr, Terbaik SMA, SPM, STA dan STAM

1140 Persembahan Murid 3


1230 Slot 3 : Anugerah Peningkatan Panitia,Tokoh Pelajar,
Kokurikulum, Sumur, Anugerah Khas Komuniti
0110 Penyampaian Cenderamata pada Perasmi
0130 Jamuan Makan dan Bersurai

2
IMPLIKASI KEWANGAN
6. Bagi melaksanakan pelaksanaan Hari Anugerah Kecemerlangan 2023
mengikut perincian yang dinyatakan seperti berikut:
6.1. Sumber Kewangan:

Bil Sumber Jumlah


(RM)
1 Sumbangan PIBG 2000.00
2 Sumbangan LPS 1000.00
3 Sumbangan Kedai Buku 300.00
4 Lughah Al-Arabiah Al-Mua’sirah 1000.00
5 Usul Al-Din 700.00
6 Adab Wa Al-Balaghah 400.00
7 Peruntukan program kecemerlangan akademik 100.00
8 Manahij Ulum Al-Islami 200.00
9 STAM 200.00
10 Geografi 150.00
Jumlah Perbelanjaan 6050.00

6.2. Anggaran Perbelanjaan:

BIL AKTIVITI/PERKARA/ BILA- ANGGA- ANGGA-


ALATAN/BAHAN NGAN/ RAN RAN
UNIT SEUNIT JUMLAH
(RM) (RM)
1 Terbaik dalam tingkatan
Tempat Pertama 6 30.00 180.00
Tempat Kedua 6 25.00 150.00
Tempat Ketiga 6 20.00 120.00

2 Terbaik Peperiksaan
SMA 4 40.00 160.00
SPM 9 40.00 360.00
STA 7 40.00 280.00
STAM 7 40.00 280.00

3 Murid Aktif

37 5.00 185.00

3
4 Anugerah peningkatan
panitia
SMA 8 40.00 320.00
SPM 12 40.00 480.00
STA/STAM 10 40.00 400.00

5 Anugerah Tokoh Pelajar 1 50.00 50.00


6 Anugerah Koakademik 2 40.00 80.00
7 Anugerah Kokurikulum 2 40.00 80.00
8 Anugerah Sumur 2 40.00 80.00
9 Anugerah khas komuniti 7 20.00 140.00
10 Sijil dan Percetakan 250 1.20 300.00
11 Banner dan brosur 200.00 200.00
12 Buku Program 100.00
13 PA System 50.00
14 Makan & Minum VIP 40 10.00 400.00
15 Makan & Minum Waris 150 6.00 900.00
16 Cenderahati 1 55.00 55.00
18 Hiasa Dewan / Pentas 300.00
19 Unit Jemputan 100.00
20 Unit Pendaftaran 100.00
JUMLAH PERBELANJAAN 5850.00

SYOR
7. Ahli Dialog Pengurusan Tertinggi SMAI Bil.___ Tahun 2023 adalah dipohon
memberikan pandangan dan kelulusan cadangan pelaksanaan Hari Anugerah
Kecemerlangan 2023.

Disediakan Oleh:

.................................................
Muhamad Naqman Bin Abu Bakar,
Setiausaha,
Hari Anugerah Kecemerlangan 2023.

Disemak oleh,

……………………………………

4
SHUKRI BIN SHUIB
Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Sekolah Menengah Agama Islahiah,
Kampung Dingin Mahang, 09700 Karangan.

Diluluskan Oleh:

...................................................
Tuan Haji Anuar Bin Haji Ahmad,
Pengetua,
SMA Islahiah SABK.
Berdasarkan kepada Keputusan Dialog Pengurusan Tertinggi Bil. ….. Tahun 2023
yang bersidang pada …………/…………/ 2023

You might also like