Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI GOMBAK 2

KERTAS KERJA AKTIVITI KECERIAAN &


MEMPERINDAHKAN PERSEKITARAN SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KESELAMATAN, KEBERSIHAN DAN KECERIAAN (3K)


HAL EHWAL MURID
KERTAS KERJA AKTIVITI KECERIAAN DAN MEMPERINDAHKAN PERSEKITARAN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI GOMBAK 2

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah merupakan rumah pertama bagi murid, guru dan kakitangan sekolah. Kebanyakan masa harian
mereka ini berada di sekolah. Keadaan sekolah yang kondusif akan menarik minat murid untuk datang dan
belajar di sekolah. Suasana sekolah dan kelas yang kondusif serta menarik akan memberi keselesaan
kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan,.

Keceriaan serta kebersihan keadaan sekolah juga sangat penting untuk keselesaan para murid, guru,
ibubapa serta kakitangan sekolah. Maka dengan itu, adalah merupakan tanggungjawab semua warga
sekolah terutamanya murid, guru, ibu bapa serta kakitangan sekolah untuk bekerjasama serta berganding
bahu untuk menceriakan dan memperindahkan persekitaran sekolah

Semoga aktiviti yang dirancang ini akan berjaya untuk memberikan keselesaan, keceriaan, kebersihan dan
keindahan landskap kepada semua warga sekolah Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mengecat dan mengindahkan semula beberapa bahagian bangunan sekolah
2.2 Menampal kata-kata motivasi di laluan berbumbung sekolah
2.3 Mencantikkan landskap di kawasan taman dengan mengecat semula tempat duduk dan
hiasan di kawasan tersebut
2.4 Menanam pokok-pokok hiasan untuk tujuan landskap di kawasan taman dan persekitaran
sekolah

3.0 PENGLIBATAN
3.1 Unit 3K HEM, Guru-guru, pekerja kebersihan sekolah Sekolah Kebangsaan Taman Seri
Gombak 2

4.0 PELAKSANAAN
Bermula 25 Mei 2020 sehingga tempoh sekolah dibuka semula
5.0 KAWASAN LIPUTAN AKTIVITI
5.1 Zon 1 – Mengecat pagar sekolah / tangga sekolah / tembok batu
5.2 Zon 2 - Mengecat tempat duduk / batuan landskap / pagar simenfero taman
5.3 Zon 3 - Menanam pokok-pokok hiasan / pokok bunga di taman dan persekitaran
sekolah
5.4 Zon 4 - Menampal kata-kata motivasi di sepanjang laluan murid masuk ke sekolah

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn Norma binti Shukor


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2
Timb. Pengerusi : En Mohd Sahari Sayuti Bin Arifin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi : Pn Suraya binti Mohd Salleh
Penolong Kanan Pentadbiran
En Hasni Kusaidi bin Hasbullah
Penolong Kanan Kokurikulum
En Norhailmy bin Mohd Noor
Penolong Kanan Pendidikan Khas Inklusif
Pn Fauziah binti Mohamad Saad
Penolong Kanan Petang
Penyelaras Program : Pn Rashikhah binti Khari @ Kari

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Penyelaras Zon : Zon 1 : Mengecat pagar sekolah / tangga sekolah / tembok


batu
- Pekerja Kebersihan
- Guru-Guru**

: Zon 2 : Mengecat tempat duduk / batuan landskap / pagar


simenfero taman
- Pekerja Kebersihan
- Guru-Guru**

: Zon 3 : Menanam pokok-pokok hiasan / pokok bunga di


taman dan persekitaran sekolah
- Pekerja Kebersihan
- Guru-Guru**

: Zon 4 : Menampal kata-kata motivasi di sepanjang laluan


murid masuk ke sekolah
- Pekerja Kebersihan
- Guru-Guru**
** Guru-guru hanya dibenarkan hadir ke sekolah 2 minggu sebelum sekolah diarahkan untuk dibuka.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


7.1 SUMBER KEWANGAN

Bil Barang-barang / Inventori Sumber Kewangan


1 Barangan untuk mengecat

2 Barangan untuk landskap

3 Barangan untuk motivasi murid

7.2 JENIS PERBELANJAAN

Bil Barang-barang / Inventori Kuantiti Harga seunit Harga keseluruhan Sumber Kewangan
(RM) (RM)
1 Cat Undercoat 5 Liter 3 80.00 240.00
2 Cat Dinding Luar 5 Liter 3 105.00 315.00
3 Cat Minyak Kuning 1 Liter 3 28.00 84.00
4 Cat Minyak Putih 1 Liter 3 28.00 84.00
5 Cat Minyak Merah 1 Liter 3 28.00 84.00
6 Cat Minyak Biru 1 Liter 3 28.00 84.00
7 Pelbagai Pokok Bunga 20 15.00 300.00
Papan Motivasi
JUMLAH PERBELANJAAN (RM)
** Harga barangan tertakluk kepada pasaran

8.0 PENUTUP

Aktiviti ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat yang ditetapkan. Selain itu, ia adalah untuk
merealisasikan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang
daripada aspek jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui aktiviti ini juga diharap objektif untuk
mewujudkan suasana sekolah yang lebih kondusif, cantik dan menarik kepada seluruh warga Sekolah
Kebangsaan Taman Seri Gombak 2.
Disediakan Oleh

........................................
RASHIKHAH BINTI KHARI @ KARI
Penyelaras Unit 3K
Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2

Disemak Oleh

..............................................
MOHD SAHARI SAYUTI BIN ARIFIN
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2

Disahkan Oleh

..............................................
NORMA BINTI SHUKOR
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2

You might also like