Teks Pengacara

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TEKS MESYUARAT PENYELARASAN PASUKAN TEKNIKAL ICT SEKOLAH 2

DAERAH BATU PAHAT BIL 2/2024

INTRO Mohon perhatian kepada rakan-rakan, sebentar lagi kita


akan mengadakan sesi mengambil gambar. Mohon semua
untuk berkumpul di perkarangan tangga PKG Penggaram.
Terima kasih.

Ke Pekan Nilai membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum w.b.t ,salam sejahtera dan salam


Malaysia Madani

Yang dihormati En Aliff Fathil Bin Yusoff,


Penyelaras Pasukan Teknikal ICT Sekolah 2, Daerah Batu
Pahat .

Yang berusaha Pn. Junaidah Binti Md Salleh,


Timbalan Penyelaras Pasukan Teknikal ICT Sekolah 2,
Daerah Batu Pahat,

Yang Berusaha En Mohd Fadzli Bin Shahdan,


Pengerusi Persatuan Juruteknik Komputer Daerah Batu
Pahat

Yang Berusaha Ketua-ketua zon dan


Seterusnya rakan-rakan Pasukan Teknikal ICT Sekolah PTIS
2, Daerah Batu Pahat .
Sayang kumbang mencari makan
Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiringi restu ilahi.

Selamat datang ke MESYUARAT PENYELARASAN


PASUKAN TEKNIKAL ICT SEKOLAH 2 DAERAH BATU
PAHAT BIL 2/2024
Hadirin dan hadirat yang dirahmati,

BACAAN DOA Gosok tembaga sampai berkilat,


Nampak cahayanya semakin hebat,
Majlis kita insya Allah berkat,
Bersulam dengan rahim dan rahmat.
Mohd Razak
Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh
Tuan Haji Mohd Razak Bin Sanusi

Majlis mempersilakan.

-Amin, amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga bacaan doa


sebentar tadi memberikan kelancaran dan keberkatan
kepada majlis kita pada hari ini.

UCAPAN
Bagi meneruskan agenda majlis kita pada hari ini, majlis
PENYELARAS
dengan segala hormatnya mempersilakan, En. Aliff Fathil
Bin Yusof, Penyelaras Pasukan Teknikal ICT Sekolah 2,
Daerah Batu Pahat, untuk menyampaikan ucapan sekaligus
membentangkan Laporan Gerak Kerja PTIS Daerah Batu
Aliff Fathil
Pahat.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada En.


Aliff Fathil Bin Yusof atas pembentangan itu tadi. Semoga
perancangan yang dirangka dapat melancarkan lagi proses
kerja-kerja teknikal dan memartabatkan profesionalisme
pasukan.

Seterusnya, majlis menjemput Pn Norhayati Binti Mohi,


UCAPAN WAKIL
wakil Juruteknik Komputer PPD Batu Pahat untuk
FT PPD memberikan sedikit penerangan berkaitan gerak kerja
Pasukan PPD Batu Pahat.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
NORHAYATI MOHI
Terima kasih Pn. Norhayati Binti Mohi atas penerangan
sebentar tadi

UCAPAN Emas tempawan nilainya tinggi,


PENGERUSI
Menjadi hiasan para bangsawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan
Mohd Fadzli

Hadirin sekalian, majlis seterusnya mempersilakan Yang


berusaha En.Mohd Fadzli Bin Shahdan, Pengerusi
Persatuan Juruteknik Komputer Daerah Batu Pahat untuk
pembentangan hala tuju dan perancangan program
persatuan.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada


En.Mohd Fadzli Bin Shahdan , atas kesudian beliau
menyampaikan ucapan dan pembentangan sebentar tadi.

SESI SUAI KENAL


Tinggi-tinggi burung di awan,
Duduk berteduh di hujung dahan,
2 tampan 2 rupawan,
Sudikanlah tuan kita berkenalan.

Hadirin sekalian,majlis diteruskan lagi dengan sesi suai


kenal Juruteknik Komputer PTIS yang baru berpindah
masuk ke Daerah Batu Pahat.
Dengan penuh takzim, majlis menjemput :
o Pn.Nor Aidilah Binti Hasim
o En.Hafiz Bin Zainudin
o En.Mohd Raqib Bin Abdol Rahim
o Pn. Noorfadilah Binti Yim

marhaban

Majlis mengalu alukan kehadiran Pn. Ainur


CERAMAH
Shahriyah Binti Md Said ke Majlis Suai Kenal KPPD Batu
Pn. Ainur Pahat Bersama Pasukan Teknikal ICT Sekolah, PTIS 2.
Shahriyah

Susun langkahnya kemas dan rapi,


Seorang Pegawai yang amat disegani,
Pn. Ainur Shahriyah Binti Md Said nama diberi
Mohon ke hadapan membimbing kami,

Oleh itu, majlis dengan berbesar hati menjemput Pn. Ainur


Shahriyah Binti Md Said,Ketua Pegawai Eksekutif PPD Batu
Pahat untuk memberikan penerangan serta panduan
berkaitan “Íntegriti Perkhidmatan Awam’”.Dengan segala
hormatnya, dipersilakan puan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Ainur Shahriyah atas


bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada kami.
Semoga dengan keazaman ini dapat mempertingkatkan lagi
mutu kerja kami, PTIS Batu Pahat bagi mendukung
keperluan dasar pendidikan negara.

UCAPAN KPPD
Majlis mengumumkan ketibaan Tuan Hj. Azman Bin
Shahdan, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat

Hj Azman untuk masuk ke dalam dewan. Dipersilakan tuan.

Terbang di awan burung jentayu,


Kerana penat gugur ke bumi,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang dihormati Tuan Hj. Azman Bin
Shahdan, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat
untuk memberikan sepatah dua kata seterusnya menitipkan
amanat dan harapan kepada Pasukan Teknikal ICT
Sekolah, PTIS 2 . Dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang


dihormati Tuan Hj. Azman Bin Shahdan di atas ucapan dan
nasihat itu tadi. Semoga dengan amanat yang diberikan
dapat menyuntik budaya kerja yang agresif dan inovatif di
kalangan pasukan teknikal kelak.

BERSURAI
DENGAN BERAKHIRNYA UCAPAN KPPD ITU TADI ,
MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS KITA PADA HARI INI.
SAYA MEWAKILI PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN
RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN HJ AZMAN DAN
PN. AINUR SHAHRIYAH KE MAJLIS SUAI KENAL KPPD
BATU PAHAT BERSAMA PASUKAN TEKNIKAL ICT
SEKOLAH, PTIS 2

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta.

JAMUAN Majlis mempersilakan Tuan Hj Azman Bin Shahdan Dan Pn


Ainur Shahriyah Bt Md Said untuk menjamu selera.
Dipersilakan. Seterusnya dapat bersama- sama untuk sesi
bergambar bersama PTIS 2 sebagai tanda kenang
kenangan.
Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum wrt

You might also like