Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

AKTA/UNDANG-UNDANG/HUKUMAN YANG BERKAITAN KES – Aman shah si

pencuri 1 sen

Di Malaysia, banyak akta boleh didakwa kerana penipuan dan kecurian. Perbuatan ini
termasuk dalam Akta Kanun Penyeksaan. Akta ini mengandungi peruntukan mengenai
pelbagai kesalahan jenayah, termasuk kecurian dan kesalahan berkaitan harta. Dalam
konteks ini, bahagian yang berkaitan mungkin peruntukan yang berkaitan dengan kecurian
harta kecil.
Dalam kesalahan jenayah, Seksyen 380 Kanun Keseksaan memperuntukkan kesilapan
mengenai "Kecurian" dan Seksyen 381 Kanun keseksaan juga termasuk kesilapan
mengenai "Kecurian dengan Pemberat". Seksyen 420 undang-undang penyeksaan juga
merujuk kepada kesalahan penipuan dalam undang-undang Malaysia. Ia juga meliputi
perbuatan yang melibatkan penipuan, yang boleh merangkumi pelbagai tindakan seperti
memalsukan dokumen, mengeluarkan sijil palsu, penipuan kewangan dan kesilapan
berkaitan kewangan lain. Seksyen 408 Kanun Keseksaan juga boleh dikhaskan untuk pecah
Amanah dan juga penyelewengan kewangan.
Dalam kes Aman Shah, selepas disiasat oleh pendakwa raya dan majistret, mahkamah telah
mensabitkan kesalahan di bawah seksyen 420 kanun penyeksaan yang membawa hukuman
penjara tidak lebih 10 tahun dan juga denda. Selain itu, dia turut berdepan empat pertuduhan
menipu dengan jumlah mencecah RM4.01 juta.
Akhirnya pada MAC 1990 Aman Shah mengaku bersalah dalam kes penipuan, pecah
amanah dan penyelewengan kewangan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun di
penjara Pudu.

Marhaen & Marhaen (2019) menyatakan bahawa ketika perbicaraan berlansung, hakim telah
menetapkan ikat jamin sebanyak RM200,000 dengan dua orang penjamin terhadap Aman
shah. Namun, tertuduh yang pada waktu itu tidak mampu untuk membayar sejumlah ikat
jamin yang telah dikenakan terhadap nya. Oleh itu, sepanjang pertuduhan berlansung, Aman
Shah telah ditempatkan didalam tahanan Penjara Pudu. Hasil daripada perbicaraan terhadap
Aman Shah, pihak berkuasa telah Berjaya membuktikan bahawa Aman Shah bersalah atas
kesalahan pecah Amanah dan telah dijatuhkan hukuman penjara selamat 5 tahun oleh
Mahkamah Kuala Lumpur.

Di antara tempoh 26 Januari sehingga 27 Mac 1990, Aman Shah telah disabitkan dengan
kesalahan pecah Amanah di bawah Seksyen 408 kanun keseksaan sebanyak 7 kali. Oleh itu,
Aman Shah telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Setelah itu, pertuduhan
terhadap Aman Shah Berjaya dikurangkan daripada 213 pertuduhan ke 7 pertuduhan sahaja
(Idris, 2020). Hukuman penjara yang dikenakan telah juga telah dikurangkan selama 3 tahun
3 bulan di atas kesalahan yang dilakukan tetapi bukan di atas kesalahan mencuri 1 sen
(Zulkifli & Zulkifli, 2022).

Rujukan:
Marhaen, S. T., & Marhaen, S. T. (2019, December 22). Aman Shah: Kisah Penyelewengan Yang
Terbongkar Akibat Kemegahan Diri. The Patriots. https://thepatriots.asia/aman-shah-kisah-
penyelewengan-yang-terbongkar-akibat-kemegahan-diri/

Idris, S. (2020, May 26). 'Dia pencuri 1 sen legend ni" - Penulis Dedahkan Kisah Realiti
Sebenar Tentang Kes Aman Shah & Wajah Terbarunya - Lobak Merah. Lobak Merah.
https://lobakmerah.com/dia-pencuri-1-sen-legend-ni-penulis-dedahkan-kisah-realiti-sebenar-
tentang-kes-aman-shah-wajah-terbarunya/

Zulkifli, Z., & Zulkifli, Z. (2022, November 21). CERITA LEGENDA 90-AN, CURI 1 SEN DARI SETIAP
AKAUN PELANGGAN BANK HINGGA RM4.1 JUTA. BELI 6 KERETA MEWAH SECARA TUNAI SEBELUM
KANTOI | Mekanika. Mekanika Malaysia. https://www.mekanika.com.my/cerita-legenda-90an-curi-1-
sen-dari-setiap-akaun-pelanggan-bank-hingga-cecah-rm4-1-juta-beli-6-kereta-mewah-sebelum-
kantoi/#google_vignette

You might also like