Kajian Qalbu

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 28

Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...

”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

PENDEKATAN TERAPI ISLAM DAN RAWATAN


HOMEOPATI DALAM PENDIDIKAN AKHLAK: SUATU
KAJIAN RINTIS
Che Zarrina Sa’ari1

Azizul Hisham Abdul Rashad2

Abstrak
Makalah ini membincangkan pendekatan terapi Islam dalam
membangunkan akhlak remaja. Bagi membantu proses tersebut,
perubatan homeopati telah digunakan berdasarkan kaedah
rawatannya yang meliputi penyakit fizikal, emosi dan mental.
Kajian ini mengaplikasikan kaedah intervensi bersama subjek
kajian selama 8 bulan yang dilakukan terhadap pelajar terpilih di
sebuah sekolah tahfiz di Rawang bagi meneliti hasil keberkesanan
pendekatan terapi gabungan tersebut. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat perubahan terhadap akhlak subjek kajian
yang menunjukkan keberkesanan gabungan kedua-dua terapi dan
rawatan tersebut. Namun, data kajian ini hanya digunakan sebagai
kajian rintis memandangkan kajian ini baru di peringkat
permulaan dan memerlukan kajian lanjut bagi mengesahkan
kesahihannya.
Kata kunci: Terapi Islam, rawatan homeopati, pendidikan akhlak,
remaja

1
Che Zarrina Sa’ari, Phd, adalah Prof. Madya di Jabatan Akidah dan
Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. E-mel: zarrina@um.edu.my.
2
Azizul Hisham Abdul Rashad adalah calon Phd di Jabatan Akidah dan
Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. E-mel: azizulhisham84@gmail.com.

1
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

APPROACH OF ISLAMIC THERAPY AND HOMEOPATHY


TREATMENT IN CHARACTER EDUCATION: A PILOT
STUDY
Abstract
The article discusses the approach of Islamic therapy in
developing teenage characters. To assist the process, homeopathic
medicine has been used based on its treatment methods covering
physical, emotional and mental illness. The study applied the
intervention method with 8-months study on the subjects of
selected students at a tahfiz school in Rawang, to examine the
effectiveness of the combined therapeutic approach. The findings
show that there are significant changes in the character of the
subjects that showed the effectiveness of the combination of both
therapy and treatment. However, this research data is only used as
a pilot study as the study is new at the initial stage and requires
further research to verify its validity.
Keywords: Islamic therapy, homeopathy treatment, character
education, teenager.

Pendahuluan

Terdapat banyak terapi yang dapat diaplikasikan bagi tujuan


pemulihan akhlak di kalangan remaja yang bermasalah. Antaranya
ialah terapi tasawuf yang menekankan aspek jiwa dan kerohanian,
terapi iman, 3 terapi ibadah dan sebagainya. Sungguhpun begitu,

3
Merujuk kepada 6 Rukun Iman iaitu beriman kepada Allah SWT,
beriman kepada para malaikat, beriman dengan kitab, beriman dengan
para rasul, beriman dengan hari Akhirat, dan beriman dengan ketentuan
baik dan buruk. 6 rukun iman ini adalah berdasarkan hadith riwayat
Muslim (Kitab al-Iman, Bab Bayan al-Iman wa al-Islam wa al-Ihsan, no

2
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

ada ketikanya terapi Islam ini sukar untuk diaplikasikan kepada


golongan sasaran dengan sebab-sebabnya yang tersendiri seperti
masalah ketagihan, kesihatan, dan sebagainya yang memerlukan
rawatan sokongan. Di samping itu, masyarakat moden kini telah
disogokkan dengan maklumat-maklumat yang kadang kalanya
menyalahi wahyu Allah SWTseperti maklumat yang menyatakan
terdapat beberapa jenis penyakit yang tiada ubatnya seperti
“Aids”, “Denggi Berdarah”, “H1N1” dan seumpamanya
sedangkan Rasulullah SAW telah menyatakan sebaliknya iaitu
setiap penyakit ada ubatnya dan jika tepat ubat yang diberi, maka
sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah SWT. 4 Justeru, tidak
mustahillah bagi kebanyakan para penderita yang mengalami
krisis kejiwaan terutamanya yang berupa metafizik beralih kepada
rawatan alternatif lain kerana perubatan konvensional (semasa)
tidak mampu untuk menyediakan penawar-penawar yang dapat
mengatasi masalah tersebut.

Antara perubatan alternatif tersebut termasuklah perubatan


homeopati. Perubatan homeopati ini bukanlah suatu jenis
perubatan yang baru diperkenalkan pada masa kini, tetapi majoriti
masyarakat Malaysia seakan-akan tidak menyedari akan hakikat
kewujudannya berbanding dengan perubatan konvensional.
Berbeza dengan negara luar tertentu seperti India contohnya,
kebanyakan masyarakat sudah sinonim dengan perubatan
homeopati sehingga dikhabarkan bahawa setiap bandar pasti
mempunyai lebih daripada 50 doktor homeopati yang hampir
kesemuanya terdiri daripada orang Islam. 5 Kebanyakan mereka

hadith 8). Lihat Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, (Beirut: Dar al-
Kutub al-‘Alamiyyah, 1991), 37.
4
Hadith riwayat Muslim (Kitab al-Salam, Bab li Kulli Da’ Dawa’, no.
hadith 2204), Lihat Muslim, Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim,
(Beirut: Dar al-Kutub al-‘Alamiyyah, 1991), 1729.
5
Temubual dengan Mohammed Ubed bin Mohammed Iqbal di Maahad
Tahfiz Darul Hafidzin, Rantau Panjang pada 27hb. September 2014, jam

3
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

adalah daripada kalangan ahli agama dan imam masjid yang hafiz
al-Quran 30 juzuk. 6 Bagi imam masjid, pusat rawatan mereka
adalah di masjid.7 Lebih dari itu, terdapat beberapa universiti khas
yang begitu terkenal di sana bagi pengajian perubatan homeopati
iaitu “Universiti Hamdard”, “Universiti Unani Rex’s” dan
“Universiti Aligard” yang terletak di New Delhi dan universiti-
universiti ini adalah kepunyaan penuh orang Islam.8

Secara umumnya, kalimah homeopati atau dalam bahasa


Inggerisnya “Homoeopathy” adalah berasal daripada dua
perkataan iaitu “homoios” dan “pathos”. Makna “homoios” ialah
serupa atau seumpama. Manakala makna “pathos” pula ialah
penderitaan, perasaan atau penyakit.9 Oleh itu, homeopati merujuk
kepada cara merawat penyakit atau pesakit menerusi “prinsip
serupa dengan yang serupa”. 10 Menurut Mohamed Hatta Abu

3.31 petang semasa menjalankan observasi di sana. Beliau adalah salah


seorang guru tahfiz al-Quran di Maahad Tahfiz Darul Hafidzin, Rantau
Panjang yang berasal daripada India. Alamat rumah beliau di India ialah
no. 3854, Gor Gali Warakhwala Complex, Ahmedabad, 380001, Gujerat,
India.
6
Menurut Mohammed Ubed lagi, para doktor homeopati di India
kebanyakannya belajar rawatan tersebut hanya menerusi pendidikan tidak
formal dan pengalaman. Ibid.. Fakta ini penting untuk dikemukakan
kerana penulis sendiri pada dasarnya mempelajari rawatan homeopati
secara tidak formal iaitu melalui pengalaman membantu ibu penulis
dalam menyediakan remedi-remedi homeopati untuk diberikan kepada
pesakit yang datang untuk rawatan.
7
Ibid..
8
Ibid..
9
Mazelan Ismail, Rawatan Penyakit Menurut Homeopati & Biokimia,
(Kedah: Kolej Homeopati Darulaman, 2003), I.
10
Mohamed Hatta Abu Bakar, Perubatan Homoepati, (Banting: HBI
Health & Homoeopathy Centre, 1997), 1.

4
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

Bakar, “yang serupa” adalah merujuk kepada semboyan-semboyan


atau simptom-simptom. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu
mengalami semboyan-semboyan penyakit seperti loya atau
muntah, maka penyakit itu akan dirawat secara homeopati dengan
penawar yang mampu mengeluarkan semboyan-semboyan loya
dan muntah yang serupa.11 Sementara menurut kamus kedoktoran,
homeopati adalah sistem terapi yang dikembangkan oleh Samuel
Hahnemann12 berdasarkan “hukum dos yang kecil” pada “similia
similibus curantur” (keadaan yang sama diubati dengan ubat yang
sama) yang menyatakan bahawa zat ubat yang dapat
membangkitkan gejala tertentu pada individu yang sihat mungkin
efektif (berkesan) dalam mengubati penyakit dengan gejala yang

11
Ibid..
12
Samuel Hahnemann dilahirkan di Massen Saxony, Germany pada
10hb. April 1755 dan meninggal dunia pada 2hb. Julai 1843. Beliau
mahir dalam bahasa Greek, Hebrew, Arab, Latin, Itali, Perancis, Siryani,
Sepanyol dan German dan Inggeris. Beliau asalnya merupakan seorang
doktor yang mahir dalam perubatan Konvensional (allopati). Ketika
beliau mengubati pasakit-pesakit yang datang kepadanya sejak sekian
lama, timbul perasaan tidak puas hati terhadap ubat-ubatan yang
digunakan di masa tersebut kerana kerap mengecewakan serta
membahayakan pesakit. Berpunca daripada keadaan ini, beliau akhirnya
berhenti daripada menjadi doktor perubatan. Kemudian, beliau bekerja
sebagai penterjemah kepada buku-buku yang berlainan bahasa. Pada
masa inilah beliau berjaya menemukan prinsip homeopati. Sejak itulah
beliau bertukus lumus selama bertahun-tahun melakukan penyelidikan
tentang perubatan homeopati. Sehingga hari ini, perubatan homeopati
telah berkembang ke Amerika, England, Canada, Itali, Perancis, India,
Jepun, Ceylon, Burma, Kepulauan Melayu Raya dan Australia. Lihat
Mohammed bin Yacob, Pengantar Ilmu Perubatan Homeopathy, (Johor
Bahru: My Perubatan Homeopathy Sdn. Bhd., 2004), 4-5. Buku ini
adalah hasil usaha jawatankuasa Pelajaran Homeopathy Dewan
Perubatan Homeopathy Singapura pada tahun 1956. Lihat juga Mohamed
Hatta Abu Bakar, Homeopati: Perubatan Alaf Baru, (Banting: HBI
Health & Homoeopathy Centre, 1999), 7-8.

5
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

hampir menyerupai gejala yang dihasilkan oleh zat tersebut. 13


Antara lain, homeopati juga adalah kaedah rawatan keseluruhan
meliputi fizikal, emosi dan mental.14 Tentang rawatan homeopati
ini, Dr. Sammuel Hahnemann pernah menyatakan seperti berikut:

“Have sympathy for this great young


science. It was impossible for one single
man to put it in order, thousands were
necessary for this and auxiliaries such as
a well-equipped hospital. This most
indispensable auxiliary for the cause of
the science was something that
homeopaths, in spite of their most ardent
desires, had never yet been fortunate
enough to obtain from a sovereign. With
heartfelt gratitude I acknowledge the
infinite mercy with which the supreme
giver of all good things hitherto upheld
my strength and cheerful mind a midst
all attacks of hostile men. Here, on earth,
I have no other desire than to be able to
show the world in a worthy manner
those good principles for the relieving of

13
Kamus ini adalah terjemahan daripada kamus asal dalam bahasa
Inggeris, Stedman’s Concise Medical Dictionary for The Professions.
Lihat Huriawati Hartanto et al., Kamus Ringkas Kedokteran Stedman
untuk Profesi Kesehatan, (Jakarta: EGC, cet. 4, 2001), 534.; Peter
Hodgson Collin et al., Dictionary of Nursing, (London: A&C Black
Publishers Ltd, cet. 2, 2007), 134; Elizabeth Anne Martin et al., Oxford
Dictionary of Nursing, (Oxford: Oxford University Press, cet. 6, 2014),
247; Dawn Freshwater et al., Blackwell’s Nursing Dictionary, (Oxford:
Blackwell Publishing Ltd, cet. 2, 2005), 279.
14
Anwar Ridhwan et al., Kamus Daya, (Selangor: Penerbitan Minda (M)
Sdn. Bhd., 2008), 542.

6
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

man’s suffering, which the All Highest


allowed me to discover, I may almost
say, which He revealed to me. After that
I shall die happily”.15
Latar Belakang Kajian

Setiap hari media massa tidak jemu mendatangkan berbagai jenis


masalah yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak remaja. Pada
masa yang sama, fenomena kini juga menggambarkan tentang
keprihatinan segelintir ibu bapa yang mengambil berat tentang
pendidikan akhlak anak-anak mereka. 16 Maka tidak hairanlah
sekiranya sekolah tahfiz 17 atau seumpamanya 18 menjadi pilihan
bagi tujuan tersebut. Bagi menampung permintaan masyarakat
yang tinggi, sekolah-sekolah aliran agama ini semakin pesat

15
J. Benedict D’ Castro, Homoeopathy in Emergencies of Medicine,
(New Delhi: B. Jain Publishers (P) Ltd., 1995), viii.
16
Lihat laman web berikut: http://www.myilham.com/blog/2010/03/st-9-
panduan-memilih-sekolah-maahad-tahfiz/ yang memaparkan tentang
minat sejumlah besar ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ke
institusi tahfiz menerusi ruang komen di bawah artikel. Laman web ini
diakses pada 3hb. September 2013, jam 7.03 petang.
17
Sekolah orang yang hafal al-Quran. Lihat Anwar Ridhwan et al.
(2008), Kamus Daya, Selangor: Penerbitan Minda (M) Sdn. Bhd., hal.
1652.
18
Terdapat banyak nama bagi sesebuah institut tahfiz seperti Maahad
Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Maahad Tahfiz Kiblah, Maahad Tahfiz
Darul Quran, Institut Tahfiz Saba', Akademik Tahfiz Al-Quran Wal
Qiraat, Raudhah Tahfiz Al–Quran, Akademi Darul-Huffaz dan
sebagainya. Lihat laman web:
http://www.darulquran.gov.my/index.php?option=com_content&view=ar
ticle&id=115&Itemid=154 yang diakses pada 30hb. Julai 2013, jam 7.05
petang.

7
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

dibangunkan.19 Justeru pelajar-pelajar tahfiz akan menjalani terapi


Islam secara tidak langsung seperti solat berjemaah serta solat-
solat sunat, membaca al-Quran dan sebagainya mengikut disiplin
sekolah tahfiz masing-masing. Namun, usaha untuk membentuk
generasi yang beriman bukanlah suatu perkara yang mudah. Tidak
dinafikan bahawa gejala negatif juga turut merebak kepada kepada
pelajar-pelajar tahfiz yang perlu diberi perhatian dan penekanan
yang sewajarnya. Perkara ini jika dibiarkan berleluasa akan
menyebabkan masyarakat semakin rosak.

Terdapat banyak unsur yang boleh menyumbang


terjadinya perkara-perkara negatif ini seperti pengaruh buruk
daripada sekolah lama, lambakan kemasukan pelajar yang
bermasalah atau dipaksa ke sesebuah institusi tahfiz, kelalaian
ibubapa dalam memberi didikan agama di rumah, lemah daya
ingatan (kurang pandai), 20 persekitaran yang tidak strategik,
pengaruh rakan sebaya, media massa dan elektronik, sikap guru
yang negatif dan tidak ambil peduli, saiz sekolah yang besar, dan

19
Di Selangor sahaja sehingga bulan Februari 2011, terdapat 122 institut
tahfiz (2 pengajian di bawah kerajaan pusat/negeri dan 120 lagi adalah
persendirian yang berdaftar) dan jumlah ini tidak termasuk institut tahfiz
yang tidak berdaftar. Lihat laman web berikut:
http://www.darulquran.gov.my/index.php?option=com_content&view=ar
ticle&id=158%3Asenarai-institut-tahfiz-di-seluruh-
malaysia&catid=45%3Adewan-huffaz-kebangsaan&Itemid=1 yang
diakses pada 30hb. Julai 2013, jam 6.25 petang.
20
Hasil kajian Fatimah Ali yang bertajuk “Masalah Sosial Pelajar dan
Hubungannya dengan Kemerosotan Pembelajaran” telah merumuskan
bahawa pelajar-pelajar yang pintar kebiasaannya kurang terpengaruh
dengan anasir-anasir negatif berbanding pelajar yang agak sederhana dan
rendah daya ingatannya. Lihat Fatimah Ali, “Masalah Sosial Pelajar dan
Hubungannya dengan Kemerosotan Pembelajaran” dalam Mohd Kamil
Hj. Ab. Majid et al., Jurnal Usuluddin, Bil. 25, Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya, 2007), 145-156.

8
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

sebagainya.21 Sebagai hasilnya, kebanyakan institusi tahfiz secara


tidak langsung menjadi pusat pemulihan akhlak. Sementara dari
sudut kerohaniannya pula adalah bergantung kepada keadaan hati
individu itu sendiri.22 Sekiranya hati itu baik, maka baiklah segala
tubuh badan seseorang dan begitulah sebaliknya sebagaimana
sabda Rasulullah SAW;23

‫س ِاد فِي َو ِإنا أ َ َلا‬ َ ‫ضغَةا ْال َج‬ ْ ‫صلَ َحتْا ِإذَا ُم‬ َ ‫ح‬ ‫صلَ َا‬ َ ‫ُكلُّ اهُ ْال َج‬
َ ُ ‫س اد‬
‫سدَتْا َوإِذَا‬ َ َ‫س ادَ ف‬ ْ ُّ
َ ‫ل ُكل اه ُ ال َج‬
َ َ‫س اد ُ ف‬ َ
‫ِي أ َ ا‬ ْ ْ
‫القَلبُا َوه َا‬
“Ketahuilah bahawa dalam jasad
manusia ada seketul daging (segumpal
darah), jika baik maka baiklah seluruh

21
Temuramah pengkaji dengan beberapa orang pelajar yang menuntut di
lokasi kajian iaitu sekolah tahfiz di Rawang semasa intervensi. Lihat juga
Azizah Lebai Nordin, “Masalah Disiplin di Kalangan Remaja”. (Tesis
Ph.D, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002), 36;
Wan Noraishah Binti Wan Ismail, “Akhlak Remaja Di Felda Ulu
Belitong, Kluang, Johor: Kajian Tentang Masalah”. (Disertasi, Jabatan
Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 2003), 97; Mazlan bin Ismail, “Unsur-Unsur
Yang Mempengaruhi Akhlak Pelajar Islam Di Sekolah Kebangsaan Seri
Bintang Selatan, Cheras, Kuala Lumpur”. (Disertasi, Jabatan Dakwah
Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, 2011).
22
Hal ini kerana fizikal remaja diarahkan oleh hati. Hati remaja yang
bersih dan suci tidak akan terjebak dan mengarahkan fizikal remaja ke
dalam kancah maksiat. Lihat Nor Azah Abdul Aziz, “Internet, Laman
Web Pornografi dan Kaedah Psikospiritual Islam dalam Menangani
Keruntuhan Akhlak Remaja Pelayar Laman Web Pornografi” dalam
Mohd Kamil Hj. Ab. Majid et al., Jurnal Usuluddin, Bil. 29, (Kuala
Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2009), 165.
23
Hadith riwayat al-Bukhari (Kitab al-Iman, Bab Fadl Man Istabraa li
Dinih, no. hadith 52). Lihat al-Bukhari, Muhammad bin Isma’il. al-Jami’
al-Sahih, (al-Qahirah: al-Matba‘ah al-Salafiyyah, 1982), j. 1, 34.

9
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

anggota dan jika rosak maka rosaklah


seluruh anggota, itulah hati”.
Isu keruntuhan akhlak juga berkait rapat dengan keadaan
iman24 seseorang sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

‫ل يَ ْزنِي الزانِي حِ ينَا يَ ْزنِي َوه َاُو ُمؤْ مِ نا َو َ ا‬


‫ل يَس ِْر ُقا‬ ‫َا‬
‫ق حِ ينَا يَس ِْر ُا‬
‫ق َوه َاُو ُمؤْ مِ نا‬ ‫ار ُا‬
ِ ‫الس‬
“Seorang penzina tidak akan berzina
jika ketika itu dia berada di dalam
keimanan. Seorang pencuri tidak akan
mencuri jika ketika itu dia berada di
dalam keimanan”.25
Tidak diragukan lagi bahawa iman adalah suatu perkara
yang amat diperlukan bagi setiap orang Islam.26 Iman yang lemah
akan menghilang segala pertimbangan akal dalam membezakan
antara yang benar dan yang batil. 27 Natijahnya, manusia akan

24
Ketika Allah SWT menciptakan iman, iman berdoa agar dikuatkan
dirinya. Lalu Allah SWT telah memperkuatkan dirinya dengan akhlak
yang baik. Lihat al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad, Mukashafah Qulub, Pentahqiq: Dr. Hijazi al-Saqqa, (Beirut:
Dar al-Jil, 1991), 423.
25
Hadith sahih riwayat al-Tirmidhi (Kitab al-Iman, Bab Ma Ja’ La Yazni
al-Zani wa Huwa Mu’min, no. hadith 2625). Lihat al-Tirmidhi,
Muhammad bin ‘Isa, Sunan al-Tirmidhi, Tahqiq: Muhammad Nasir al-
Din al-Albani, (Riyad: Maktabah al-Ma’arif li al-Nashir wa al-Tawzi’,
t.t.), 592.
26
Ini kerana iman yang mantap akan memberi implikasi dalam
membentuk nilai kehidupan insan. Lihat Siti Fatimah Tasir et.al. Siti
Fatimah Tasir et.al., Tamadun Islam: Sumbangan dan Cabaran,
(Machang: Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi
MARA Kampus Kelantan, 2006), 92.
27
Kelemahan iman akan mengakibatkan seseorang itu mengalami
kegoncangan jiwa termasuklah antaranya menjadi mangsa pertikaian

10
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

terpengaruh dengan hasutan syaitan dan ajakan hawa nafsu yang


tidak jemu-jemu menjerumus mereka ke arah kejahatan
sebagimana firman Allah SWTdalam al-Quran;

‫ل َما َرحِ َما‬ َ ‫سا ألَم‬


‫ارةا ِبالسُّوءِا ِإ ا‬ ‫َو َما أ ُ َب ِر ُا‬
َ ‫ئ نَ ْفسِي ِإنا الن ْف‬
‫غفُورا َرحِ يما‬
َ ‫َربِي إِنا َربِي‬
“Dan aku tidak membebaskan diriku
(dari kesalahan), kerana Sesungguhnya
nafsu itu selalu menyuruh kepada
kejahatan, kecuali nafsu yang diberi
rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya
Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang”.
(Surah Yusuf 12:53)
Oleh itu, iman yang terletak dalam hati manusia itu perlu
dipelihara dengan sebaik-baiknya agar ruang-ruang untuk
melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT dapat disekat dan
kemanisan iman dapat dirasai.28 Seterusnya tamadun Islam yang
semakin hilang dibangunkan kembali seperti zaman-zaman

antara yang benar dan yang batil, pertikaian antara keperluan dan nilai-
nilai, pertikaian antara dunia dan akhirat, dan pertikaian antara akal dan
nafsu. Lihat Muhammad Ratib al-Nablisi (2011), Keajaiban Tubuh
Manusia, Penterjemah: Muhammad Harun Zain, Puchong: Jasmin
Publications, hal. 108.
28
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; Sesiapa yang
terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman;
Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia
mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan
dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa
benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka. Lihat al-Bukhari,
Muhammad bin Isma’il (1982), al-Jami’ al-Sahih, (Kitab al-Iman, Bab
Halawah al-Iman, no. hadith 16). Kaherah: al-Matba’ah al-Salafiyyah, j.
1, hal. 22.

11
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

kegemilangannya di masa lampau.29 Tetapi tugas untuk menjaga


iman itu bukanlah suatu perkara yang mudah kerana iman akan
berkurang dengan melanggar perintah Allah SWT dan begitu juga
sebaliknya. 30 Hal sedemikian turut berlaku kepada para remaja
tanpa mengira bangsa, tempat dan masa termasuklah pelajar-
pelajar di tahfiz yang berhadapan dengan isu kemerosotan budi
pekerti yang luhur yang perlu diberi perhatian sewajarnya.

Selain itu, rawatan homeopati boleh dijadikan sebagai


rawatan sokongan kepada terapi-terapi Islam kerana kebiasaannya
terapi-terapi yang berbentuk amal perbuatan seperti solat, puasa,
selawat, membaca al-Quran dan seumpamanya akan melelahkan
anggota badan. 31 Relevannya perubatan homeopati ini dipilih
adalah berdasarkan kepada rawatannya yang selamat 32 dalam

29
Tanpa akhlak, nilai keimanan dan amal tidak akan sempurna dan
tamadun Islam tidak terbina ataupun jika terbina, hanyalah dalam bentuk
yang pincang. Lihat Siti Fatimah Tasir et.al. (2006), op. cit., hal. 25.
30
Ibn Hajar Al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali, Fath al-Bari Sharh Sahih al-
Bukhari, (Beirut: Dar al-Ma`rifah, t.t.), j. 1, hal. 47.
31
Perbuatan atau amalan yang diperintahkan Allah SWT kebanyakannya
membosankan hati dan melelahkan anggota badan atau bertentangan
dengan kelazatan dosa. Lihat Al-Najar, Amir, Psikoterapi Sufistik dalam
Kehidupan Modern, Penterjemah: Ija Suntana, (Jakarta Selatan:
Penerbitan Hikmah, 2004), 58-59; Nor Azah Abdul Aziz (2009),
“Internet, Laman Web Pornografi dan Kaedah Psikospiritual Islam dalam
Menangani Keruntuhan Akhlak Remaja Pelayar Laman Web Pornografi”
dalam Mohd Kamil Hj. Ab. Majid et al., op.cit., 158.
32
Sekiranya tersalah makan remedi tertentu atau remedi yang diberikan
kurang tepat (bagi dos homeopati 6 dan 30), maka remedi tersebut tidak
akan mendatangkan sebarang mudarat kerana dosnya yang terlalu kecil.
Lihat http://www.vitalforcehomeopathy.blogspot.com/ yang diakses pada
2hb. Sebtember 2013, jam 4.20 petang.

12
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

pemberian ubat-ubatan yang tidak berasaskan drug (dadah)33 yang


boleh mendatangkan kemelaratan dan memudaratkan kesihatan
dalam jangka masa panjang. 34 Bahkan perubatan ini hanya
bertindak sebagai pemberi dorongan (motivasi) kepada tubuh
pesakit agar berupaya melawan anasir-anasir negatif dalam
tubuh. 35 Sebagai contoh, remedi “Arnica Montana” dapat
digunakan bagi mengembalikan kekuatan jasmani, 36 remedi
“Hyoscyamus” dapat digunakan untuk merawat penyakit kegilaan
syahwat, suka mendedahkan tubuh, bertingkah laku tidak senonoh

33
Lihat http://refomasisihat.wordpress.com/category/ubat-vs-racun/
Laman ini telah diakses pada 11 Julai 2013, jam 6.42 pm.
34
Menurut pandangan pengamal homeopati, ubat-ubatan yang berasal
daripada drug hanya berfungsi untuk melegakan sesuatu penyakit dan
bukannya untuk menyembuhkannya. Sedangkan perubatan homeopati
adalah perubatan yang bersitat natural kerana ianya bebas daripada drug
dan bahan-baham kimia serta tidak mendatangkan kemelaratan.
Kebanyakan doktor alopati berpendapat bahawa dos remedi homeopati
terlalu kecil untuk memberi sebarang kesan yang dikehendaki, tetapi
kemungkinan kesan buruk ke atas pesakit sukar berlaku. Lihat Mohamed
Hatta Abu Bakar (2000), Penawar Homeopati Pilihan, Banting: HBI
Health & Homoeopathy Centre, hal. 28. Lihat juga
http://pphbm.blogspot.com/2008/10/salah-faham-tentang-
homeopathy.html yang diakses pada 11 hb Julai 2013, jam 6.12 petang.
35
Secara alaminya, perubatan homeopati tidak menjadikan semua kuman
atau bakteria sebagai musuh tetapi mengkategorikannya kepada dua jenis
iaitu kuman baik dan kuman jahat. Lihat Mazelan Ismail (2003),
Rawatan Penyakit Menurut Homeopati & Biokimia, Kedah: Kolej
Homeopati Darulaman, hal. II.
36
Rujuk kegunaan remedi “Arnica Montana” dalam Mohamed Hatta
Abu Bakar, Penawar Homeopati Pilihan, (Banting: HBI Health &
Homoeopathy Centre, 2000), 48-52. Rujuk juga laman web berikut:
https://abchomeopathy.com/r.php/Arn yang diakses pada 1hb. September
2013, jam 10.37 pagi.

13
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

dan sebagainya, 37 Manakala bagi kes lemah daya ingatan,


perubatan homeopati juga mempunyai remedi-remedi tertentu bagi
meningkatkat daya ingatan, seperti “Kalium Phosphoricum” yang
digunakan untuk membaiki fungsi otak.38 Tambahan pula menurut
Dr. Homeopati (H) Zainul Azmi bin Ahmad, tubuh manusia hanya
menerima sesuatu yang baik sahaja dan sesuatu yang tidak baik
akan dikeluarkan. Penyakit akan timbul jika sesuatu yang tidak
baik itu dibiarkan. 39 Justeru, homeopati mempunyai peranan
tersendiri dalam mengatasi krisis kejiwaan.40

37
Rujuk kegunaan remedi “Hyoscyamus” dalam Mohamed Hatta Abu
Bakar, Ibid., (2000), 137-140. Rujuk juga laman web berikut:
http://www.homeoint.org/books3/kentmm/hyo.htm yang diakses pada
1hb. September 2013, jam 11.11 pagi.
38
Lihat Mazelan Ismail (2003), op. cit., hal. 88. Lihat juga laman-laman
web berikut: http://www.drhatta.com/MEMORI/Apa_Itu/KaliPhos.htm
http://www.vitalforcehomeopathy.blogspot.com/
http://homeoesp.org/livros_online/WILLIAM_BOERICKE_HOMEOPA
THIC_MATERIA_MEDICAII.pdf yang diakses pada 2 hb. Sebtember
2013, jam 3.35 petang.
39
Beliau merupakan presiden Majlis Perubatan Homeopati Malaysia
(MPHM). Temubual dilakukan pada bulan Januari 2013 pada pukul 9.30
malam di pejabat MPHM yang terletak di Ampang.
40
Remedi homeopati juga boleh dikategorikan sebagai psikoterapi
kerana terdapat juga remedi-remedi tertentu yang dapat merawat masalah
kejiwaan seperti “Cadmium sulp”, “Sepia”, dan “Elap” untuk penyakit
kemurungan; “Belladonna”, “Causticum”, “China”, dan “Hyoscyamus”
untuk penyakit takutkan anjing; “Naja” dan “Natrum Mur” untuk
penyakit takut ke laut; “Aethusa”, “Kali Phos”, dan “Silicea” untuk
penyakit takut gagal peperiksaan; “Aloe Socotrina”, “Buforana”, “Kali
Iod”, “Lachesis”, dan “Absinthium” untuk penyakit kejam dan fikiran
kotor; “Arsenicum Album” untuk lemah ingatan, rasa rendah diri,
takutkan membunuh diri, takutkan mati, tiada keyakinan, dan fikiran
singkat (tidak positif); dan sebagainya. Lihat Mazelan Ismail (2003), op.
cit., hal. 87-89.

14
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

Tuntasnya, kajian ini akan cuba menyelidiki data-data


berkaitan terapi Islam dan rawatan homeopati dalam membentuk
akhlak para remaja Islam yang sedang meningkat dewasa dengan
mengambil subjek kajian daripada pelajar tahfiz.

Tumpuan Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada perkembangan pendidikan


akhlak dalam kalangan pelajar tahfiz sebagai subjek kajian dengan
mengaplikasikan terapi Islam terpilih. Antara terapi Islam tersebut
ialah:

1) Terapi Iman yang memfokuskan tentang Rukun Iman


yang enam iaitu beriman kepada Allah SWT, para
Malaikat, kitab-kitab yang diturunkan, rasul-rasul yang
diutuskan, hari kiamat, ketentuan baik dan buruk yang
daripada Allah SWT.

2) Terapi ibadah yang terdiri daripada

a) solat sunat tahajjud;

b) solat sunat Duha;

c) pembacaan surah Yasin setiap petang selepas asar;

d) pembacaan surah Waqiah sebelum tidur;

e) selawat ke atas Rasulullah SAW sekurang-


kurangnya 100x sehari di samping amalan fardhu
yang menjadi kemestian bagi mereka.

3) Terapi Tasawuf dengan menceritakan sejarah kehidupan


tokoh-tokoh ahli sufi yang terdapat dalam kitab
“Tadhkirah al-Awliya’” oleh Farid al-Din al-‘Attar al-

15
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

Naysaburi41 sebagai bahan rujukan. Kisah-kisah ahli sufi


ini boleh dijadikan sumber inspirasi dan motivasi kepada
orang-orang yang ingin menuju keredhaan Allah
SWTseperti kisah al-Hasan al-Basri, Rabi’ah al-
‘Adawiyyah, al-Fudayl bin ‘Iyad, Ibrahim bin Adham,
‘Abd Allah bin al-Mubarak, Abu Yazid al-Bustami dan
ramai lagi.

Selain itu, kajian turut menfokuskan kepada remedi-remedi


homeopati yang digunakan dalam intervensi dan perkara-perkara
yang berhubungkait dengannya. Rawatan homeopati telah
dibahagikan oleh pengkaji kepada rawatan secara umum dan
rawatan secara khusus. Rawatan secara umum ini boleh diberikan
kepada semua subjek kajian seperti remedi “arnica 30c” 42 bagi

41
Al-‘Attar, Muhammad Bin Ibrahim al-‘Attar al-Naysaburi, Tadhkirah
al-Awliya’, (Kaherah: Al-Hayah al-Misriyyah al-‘Ammah li al-Kitab,
2006). Kitab ini diterjemahkan ke dalam bahasa ‘Arab oleh Manal al-
Yumna ‘Abd al ‘Aziz.
42
Arnina Montana atau nama lainnya, leopard’s Bane adalah sejenis
tumbuhan yang ditemui tumbuh di kawasan bukit bukau Eropah dan di
sebelah barat laut Amerika Syarikat. Keseluruhan pohonnya dapat
digunakan dalam menyediakan tinktur. Kajian eksperimental terhadap
manusia atau haiwan yang berkesan telah menggalakkan penggunaan
bungaan arnica di kalangan masyarakat setempat sebagai ubat sapu yang
berkesan bagi menyembuhkan luka dan dapat mengurangkan keradangan
pada laluan hidung. Persediaan herba juga dikatakan mampu merawat
masalah tekanan darah tinggi dan pelbagai gangguan jantung. Pada awal
abad ke-18, arnica menjadi penawar yang popular bagi luka, lebam,
memar, dan terseliuh setelah Dr. Hahnemann menghasilkan pembuktian
menerusi uji kaji penawar arnica iaitu pada tahun 1805 dan berjaya
meluaskan penggunaannya sebagai penawar homeopati. Adalah
dikhabarkan bahawa para ahli alopati (perubatan konvensional) kurang
gemar menggunakan arnica kerana ahli homeopati telah dahulu
mempeloporiya. Sebagai penawar homeopati, arnica adalah remedi atau
penawar yang sesuai bagi masalah yang timbul selepas kecederaan

16
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

mengembalikan tenaga. Sementara rawatan secara khusus pula


adalah berdasarkan kepada peribadi seseorang subjek kajian. Oleh
itu setiap subjek akan diberikan remedi yang berlainan. Menurut
Dr. Suriyakhatun binti Osman, setiap pesakit akan diberikan
remedi homeopati menurut watak dan ciri-ciri pesakit itu sendiri.43

Kaedah Rawatan Homeopati

Kesemua rawatan homeopati adalah mudah dan lebih


menumpukan kepada pemakanan remedi tertentu yang terdiri
daripada pil yang dimaniskan. Cara pemakanannya hanya perlu
dikemam sehingga hancur tanpa ditelan. Hal ini kerana kandungan
bahan aktif pada remedi-remedi homeopati terlampau halus,
sekadar untuk penyerapan ditisu manusia sahaja. Setiap bahan
ubat mengandungi 0.0000000001mg atau 10-60.44

Mengikut teori homeopati bahan aktif yang kuat akan


memusnahkan sel-sel dalam badan sehingga menimbulkan banyak
kesan sampingan, tetapi ubat yang sama jika diadunkan mengikut
kaedah homeopati, bahan aktif ubat akan dilarutkan dengan air

trauma, terlebih menggunakan sebarang organ dan ketegangan. Arnica


juga boleh digunakan bagi merawat kes sesak serebrum ketika tubuh
lemah dan tidak bermaya, kesan trauma akibat duka, kekesalan atau
kesedaran secara tiba-tiba terhadap kerugian kewangan. Rujuk kegunaan
remedi “Arnica Montana” dalam Mohamed Hatta Abu Bakar, Penawar
Homeopati Pilihan, (Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre,
2000), 48-52. Rujuk juga laman web berikut:
https://abchomeopathy.com/r.php/Arn yang diakses pada 1hb. September
2013, jam 10.37 pagi.
43
Temubual yang dilakukan pada 25hb. Sebtember 2013, jam 9.06
malam di kediaman beliau di Heritage Condominium, Kuala Lumpur.
44
Lihat laman web Dr. (H) Zaini Ramli di ZR Homeopathy,
http://naturalmedic.tripod.com/id4.html yang diakses pada 13hb. Mac
2016, jam 10.12 pagi.

17
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

suling dalam nisbah 1 titik bahan ubat dicampur pada 99 titik air
suling (1: 99) dan dibacuh sehingga betul-betul larut, untuk
menjadikannya 1 centisimal (1c) potensi.45

Subjek Kajian

Secara umum, para pelajar di tahfiz telah menjalani proses terapi


Islam terlebih dahulu sebelum diberi rawatan homeopati. Seramai
3 orang subjek kajian bermasalah dipilih sebagai subjek bagi
kajian rintis ini. Berikut adalah data-data yang diperolehi berkaitan
latar belakang subjek kajian:

a) Subjek Pertama

Beliau berumur berhenti tahfiz lama kerana tidak tahan diejek


dengan rakan-rakan tentang penyakit kencing malam yang
dialaminya sejak kecil sebelum mendaftarkan diri ke sekolah
tahfiz yang menjadi lokasi kajian ketika 14 tahun pada 2013.
Sifatnya mudah merajuk, sensitif dan suka menyimpan dendam.
Semua aktiviti agak lambat. Menurut ibunya, sewaktu
mengandungkan subjek pertama, ibu beliau merasakan seolah-olah
tiada bayi dalam perut kerana pergerakan bayi yang tidak aktif.
Menurut ibunya lagi, anaknya itu mempunyai minat dalam bidang
keagamaan.46 Selain itu, beliau pernah merokok sewaktu berumur
12 tahun.47

45
Mohammed bin Yacob, Pengantar Ilmu Perubatan Homeopathy,
(Johor Bahru: My Perubatan Homeopathy Sdn. Bhd., 2004), 25; Lihat
juga laman web Dr. (H) Zaini Ramli di ZR Homeopathy,
http://naturalmedic.tripod.com/id4.html yang diakses pada 13hb. Mac
2016, jam 10.12 pagi.
46
Temubual dengan ibu bapa responden pertama di pejabat sekolah
tahfiz, Rawang pada 29hb. September 2013.
47
Maklumat diambil hasil Observasi pada tahun 2013 dan temubual
dengan responden pertama pada 2hb. Oktober 2013, jam 11.30 pagi.

18
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

Setelah meminta nasihat dan panduan bagi pemilihan


remedi yang sesuai daripada Dr. Suriyakhatun Osman, 48 beliau
telah meminta maklumat tentang subjek seperti umur, warna kulit,
tinggi badan, makanan kegemaran, bentuk muka dan jenis kulit.49

48
Dr. Suriyakhatun Osman adalah Graduan Universiti Iskandriah Mesir
pada tahun 1980 dengan kelulusan MBBS. Beliau juga memiliki diploma
pos graduan di dalam bidang Perubatan Reprodukso (reproducitve
medicine) pada tahun 1992, Diploma Homeopati pada tahun 1986 dan
MDHom pada tahun 1998. Di kurniakan Fellow kerhormat Persatuan
Perubatan Homeopati Malaysia pada tahun 1986. (FKHom). Mempunyai
sijil Certified Professional Coach 2006 dan juga Certified Emotional
Freedom technique Practioner 2005. Selain itu, beliau mempunyai jalinan
persahabatan dengan MFHom (UK) Member Faculty of Homeopathy
United Kingdom dan mempunyai kebolehan merawat secara spiritual
Islam. Antara guru yang membimbingnya dalam bidang ini adalah Dr.
Alan Godlas Abdal Haq Al Haj, Prof. Madya di Department of Religion,
University of Georgia, USA. Justeru, beliau mampu memberi rawatan
secara menyeluruh (holistik) dengan mengunakan kaedah zikir, doa,
energy psychology, spiritual healing, homeopati dan ubat-ubatan.
Selanjutnya dalam pengalaman kerja, beliau pernah bekerja dengan
kerajaan Malaysia sebagai doktor perubatan selama 4 tahun sebelum
membuka klinik sendiri di Masjid Tanah Melaka pada tahun 1985. Pada
tahun 2006, beliau telah menjadi pengarah di Light of Healing Treatment
and Training Center di samping memiliki Spa & Fitness Muslimah.
Beliau juga mempunyai pengalaman dalam mengajar dan memberi
ceramah kesihatan serta sering menyertai forum sejak tahun 1984 di
pelbagai institusi termasuk UPM dan UKM. Antara lain, beliau
merupakan tenaga pengajar di Majlis Perubatan Homeopati Malaysia dan
Corporate Coach Academy. Pada tahun 2009 hingga 2012 pula, beliau
telah berkhidmat sebagai Penolong Professor di Cyberjaya University
College of Medical Science. Maklumat ini diberikan kepada penulis
menerusi email pada 29hb. September 2013, 9.14 pagi. Email beliau
ialah suriya.osman@gmail.com.
49
Maklumat ini penting kerana setiap pesakit perlu dikategorikan
menurut bentuk badan dan tabiat mereka. Menerusi dua perkara ini,
pesakit dapat diberikan penawar homeopati yang serasi. Perkara ini

19
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

Jadual berikut adalah maklumat yang diperlukan tentang subjek


pertama:

Jadual 1: Maklumat subjek Pertama


Umur: 14 tahun.

Warna kulit: Putih.

Tinggi badan: Normal.

Makanan kegemaran: Coklat.

Bentuk muka: Bujur.

Kulit: Berjerawat.

Sumber: Observasi 2013

Beliau menasihatkan pengkaji supaya memberikan remedi


Stphystagria 200c50 tapi pengkaji meminta izin kepadanya untuk
mencuba remedi Stphystagria 30c dan beliau setuju. 51 Kesannya
dalam masa seminggu, subjek merasakan tindak balas yang positif

dinyatakan dalam karangan Leon Vannier yang telah mengkategorikan


manusia menurut lapan planet iaitu Marikh, Pluto, Zuhal, Zuhrah, Utarid,
Jupiter, Bulan, dan Bumi. Sebagai contoh, tabiat manusia yang malas
disamakan dengan planet Zuhrah. Lihat Leon Vannier, Typology In
Homoeopathy, Penterjemah ke Bahasa Inggeris: Marianne Harling,
(England: Beaconsfield Publishers LTD, 1992). Oleh itu, rawatan
homeopati perlu diberi secara individu mengikut keserasian dan setiap
kes perlu diteliti dan ubat dipadankan secara individu. Maklumat ini
adalah email yang dihantar oleh Dr. Suriyakhatun Osman pada 6hb.
Oktober 2013, 6.43 pagi.
50
Data ini diambil pada 7hb. Oktober 2013 menerusi email.
51
Maklumat diambil pada 11hb. November 2013

20
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

iaitu beliau sudah mampu sedar daripada tidur ketika ingin


kencing berbanding sebelum itu, langsung tiada kesedaran ketika
kencing dalam tidur.

Rawatan susulan tidak dapat dilakukan kerana sifatnya


yang terlalu sensitif ketika dimarahi oleh warden asrama kerana
kencing di atas tilam telah memaksa dirinya untuk berhenti
daripada meneruskan pengajian di sekolah tahfiz, Rawang
tersebut. Sebelum berhenti, beliau telah melakukan penganiyaan
terhadap warden asrama yang memarahi beliau dengan
memancitkan tayar kereta warden asrama tersebut sehingga
hampir-hampir menjerumuskan warden tersebut dalam
kemalangan.52

b) Subjek Kedua

Beliau berumur 13 tahun pada 2013. Ayahnya menghantar masuk


tahfiz sejak 8 tahun. Tanpa pengawasan yang teliti, beliau telah
ketagih rokok pada tahun yang sama. Seterusnya beliau berjinak-
jinak dengan menghidu gam pada usia 13 tahun. Selain itu, beliau
juga telah ketagih melihat video-video lucah sejak 12 tahun lagi.
Sebelum masuk tahfiz ini, iaitu pada 2013 ketika berumur 13,
beliau telah dibuang sekolah kerana kes menonton video lucah
menerusi telefon bimbit rakannya. Sementara di rumah pula,
beliau sering bergaul dengan golongan “mat rempit” (suatu istilah
bagi mereka yang suka membawa motosikal secara merbahaya).
Bahkan, beliau juga pernah menyaksikan secara langsung mat
rempit melakukan zina.53

Jadual 2: Maklumat Subjek Kedua

52
Perkara ini berlaku pada pertengahan bulan November 2013.
53
Temubual dengan Hafiz (nama samaran) pada 28hb. September 2013,
jam 11.55 pagi.

21
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

Umur: 13 tahun

Selera makan: Sederhana, tidak suka makanan


masin.

Warna kulit: Hitam manis

Keadaan kulit tangan:54 Basah

Penyakit keturunan: Ayah mempunyai masalah


semput

Ketinggian dan berat badan: Normal

Sumber: Observasi 2013

Data beliau diberikan kepada Dr. Suriyakatun untuk


ditentukan remedi yang sesuai dan remedi tersebut ialah
Anarcadium 200c.55 Subjek kedua tidak sempat diberikan remedi
ini kerana beliau telah lari daripada sekolah tahfiz tersebut kerana
tidak tahan dengan disiplin yang ketat.

c) Subjek Ketiga

Ketika kajian ini dilakukan, beliau berumur 16 tahun pada 2013.


Beliau mula masuk tahfiz ketika berumur 13 tahun. Sekolah tahfiz
ini adalah tahfiz yang keempat setelah beliau berhenti belajar di
tahfiz lama. Sejak awal lagi beliau memang tidak berminat dalam
bidang agama kerana keluarganya bukan dari kalangan ahli agama
tetapi ayah beliau memaksa beliau untuk belajar di tahfiz.

54
Terdapat dua jenis keadaan kulit iaitu kering dan basah. Cara mudah
untuk mengetahui jenis kulit tersebut ialah dengan bersalaman dengan
seseorang dan rasai kulitnya sama ada basah atau tidak. Setiap remedi
homeopati adalah berlainan jenis berpandukan kepada jenis kulit.
55
Maklumat tentang remedi ini diberikan pada 6hb. Oktober 2013
menerusi email.

22
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

Seperti kes subjek kedua, beliau juga turut terlibat dengan


pengaruh kawan-kawan yang rosak akhlaknya. Terdapat daripada
kalangan mereka yang meminum minuman keras. Setakat yang
diceritakan kepada pengkaji, beliau hanya merokok bila bersama
dengan kawan-kawannya ketika musim tahfiz bercuti. Selain itu,
beliau mempunyai masalah keluarga yang kritikal. Ayah beliau
berkahwin dua tanpa restu isteri pertama (ibu beliau). Beliau
mengatakan bahawa ayahnya sudah tidak mempedulikan
keluarganya lagi.56

Jadual 3: Maklumat Subjek Ketiga


Warna kulit: Kuning Langsat

Ketinggian dan berat badan: Normal

Selera makan: Kurang berselera ketika


berada di rumah

Penyakit: Mudah terseliuh terutamanya


ketika bermain bola;

Ingatan terlalu lemah

Keadaan Dahaga: Jarang merasa dahaga

Sumber: Observasi 2013

Remedi yang penting bagi beliau ialah seperti subjek kedua


iaitu Anacardium 200.57 Seperti subjek pertama dan kedua, beliau
juga tidak sempat untuk menjalani rawatan homeopati.

56
Temubual dengan beliau pada 10hb. Oktober 2013, jam 8.53 pagi di
pejabat sekolah tahfiz, Rawang.
57
Dalam amalan rawatan homeopati, remedi akan diberikan menurut
tertib kepentingannya. Bagi subjek kedua dan ketiga, perkara yang

23
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

Analisis Remedi yang Diberikan Kepada Para Subjek

a) Staphysagria58

Remedi ini secara ringkasnya digunakan untuk mereka yang


terlalu sensitif ketika mendengar orang lain mengata tentang
dirinya, suka bersendirian, dan gemar dengan perkara-perkara
seksual. Pesakit akan melarat ketika sakit hati, marah, bersedih,
merokok dan selalu melakukan seks. Pesakit akan merasa lega
ketika selepas sarapan pagi, waktu panas dan waktu rehat di waktu
malam. Bagi masalah kekencingan pula, pesakit akan merasa
tekanan atas pundi kencing (terasa seolah-olah pundi kencing tidak
kosong), mendesak dan sakit selepas kencing serta mempunyai
masalah kelenjar prostat yang mengakibatkan pesakit kerap
kencing.

b) Anacardium Orientale59

Ringkasnya, remedi ini digunakan kepada mereka yang


mempunyai idea yang tetap, masalah lemah ingatan, kemurungan
yang mendalam, takut memduduki peperiksaan, kurang keyakinan
untuk diri sendiri dan orang lain, gelisah bila berjalan, pendengki

terpenting untuk dirawat ialah berkaitan dengan isu keruntuhan akhlak.


Remedi Anacardium amat sesuai diberikan kepada mereka yang buruk
akhlak dan budi pekertinya.
58
Lihat laman web HOMŒOPATHIC MATERIA MEDICA di
http://www.homeoint.org/books/ boericmm/s/staph.htm yang diakses
pada 2hb. Februari 2016, jam 11.15 malam.
59
Lihat laman web HOMŒOPATHIC MATERIA MEDICA di
http://www.homeoint.org/books/boericmm/ a/anac.htm yang diakses
pada 3hb. Februari 2016, jam 9.15 pagi. Lihat juga International Acadeny
of Classical homeopathy di http://www.vithoulkas.com/anacardium yang
diakses pada 19hb. April 2016, jam 12.48 pagi.

24
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

atau pendendam: seolah-olah bertekad untuk melakukan kejahatan


dan sangat mudah tersinggung.

Hasil Kajian Tentang Keberkesanan Terapi Islam dan


Rawatan Homeopati Terhadap Para Subjek

Menerusi kajian rintis ini, didapati ada tindak balas yang positif
daripada para subjek setelah mengikuti terapi Islam yang disusun.
Bagi pengaplikasian terapi man, Rukun Iman elima iaitu beriman
dengan hari Akhirat dapat dilihat keberkesanannya secara zahir
berbanding terapi iman yang lain iaitu pengakuan para pelajar
tentang dosa-dosa yang bersangkut dengan manusia seperti
mengambil hak orang lain setelah diterangkan kepada mereka
kesusahan yang bakal dihadapi ketika di Mahshar kelak. 60
Manakala bagi terapi ibadah, masalah yang sering berlaku adalah
mereka hanya dapat mempraktikkan semua disiplin yang
disediakan hanya ketika di sekolah dan tidak mampu melawan
pengaruh negatif ketika cuti sekolah. Ini dapat dipastikan dengan
menemubual ibu bapa atau penjaga mereka ketika kembali ke
sekolah. Seterusnya bagi terapi tasawuf, keberkesanannya dapat
dilihat menerusi kenyataan seorang pelajar yang menyatakan cita-
citanya iaitu ingin menjadi wali Allah SWT. Perkara ini berlaku
ketika semua pelajar diminta untuk menulis cita-cita masing-
masing di atas sekeping kertas.

Sementara itu, bagi rawatan homeopati pula, terdapat


beberapa kekurangan dari sudut penyediaan remedi. Contohnya
bagi remedi anacardium 200c, pengkaji perlu membeli remedi
tersebut dan hal ini mengambil masa yang lama di samping
kekurangan pembiayaan untuk membeli remedi serta keperluan
lain yang diperlukan dalam proses rawatan. Antara lain, masa

60
Dalam hal ini, pengkaji telah meminta semua pelajar di sekolah tahfiz
itu untuk menulis segala kesalahan yang melibatkan kes kecurian.
Kesemua pelajar mengaku pernah melakukan kesalahan ini.

25
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

yang diambil untuk pengkaji menjalankan rawatan homeopati ini


agak singkat untuk melihat perkembangan yang lebih bermakna di
samping kes pelajar berhenti sekolah secara mengejut.
Sungguhpun begitu, keberkesanan remedi staphysagria dilihat
pada penyakit yang dihadapi oleh responden pertama.

Kesimpulan

Komplikasi antara terapi Islam dan rawatan homeopati


mempunyai peranannya yang tersendiri dalam proses merawat
masalah akhlak pada zaman ini. Justeru, kajian tentang kedua-dua
pendekatan ini perlu ditingkatkan lagi kerana Malaysia agak
ketinggalan dalam bidang ini terutamanya yang berkaitan dengan
rawatan homeopati berbeza dengan negara-negara lain yang
rancak dalam mengkaji penggunaan remedi homeopati seperti
kajian rawatan homeopati terhadap penyakit migren dalam
kalangan kanak-kanak, 61 kajian homeopati terhadap masalah
dalam kalangan kanak-kanak dan remaja seperti penyakit gelisah
(anxienty), takut (fear), malu, dan sebagainya.62

61
National Center For Homeopathy (2013), “Homeopathic Treatment of
Migraine in Children: Results of a Prospective, Multicenter,
Observational Study” dalam The Journal of Alternative and
Complementary Medicine, Bil. 19 (2), 119-123. Artikel ini juga boleh
dirujuk di laman web berikut
http://nationalcenterforhomeopathy.org/content/homeopathic-treatment-
of-migraine-in-children-results-of-a-prospective-multicenter-observati
Diakses pada 13hb. Julai 2013, jam 7.20 petang.
62
Terdapat lebih daripada 200 artikel tentang kajian perubatan homeopati
yang telah dikumpulkan oleh Persatuan Homeopati British (British
Homeopathic Association) di laman web;
http://www.britishhomeopathic.org/how_we_can_help/articles/children_
and_teens/, diakses pada 16hb. Julai 2013 pada 6.37 petang.

26
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

Rujukan
Alusi, Mahmud bin ‘Abd Allah. Ruh al-Ma‘ani. Beirut: Dar Ihya’
al-Turath al-‘Arabi, t.t..

Attar, Muhammad Bin Ibrahim al-‘Attar al-Naysaburi. Tadhkirah


al-Awliya’. Misr: Al-Hayah al-Misriyyah al-‘Ammah li al-
Kitab, 2006.

Ahmad bin ‘Ali. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar
al-Ma‘rifah, t.t..

Freshwater, Dawn et al.. Blackwell’s Nursing Dictionary. Oxford:


Blackwell Publishing Ltd, 2005.

Martin, Elizabeth Anne et al.. Oxford Dictionary of Nursing.


Oxford: Oxford University Press, 2014.

Huriawati Hartanto, et al.. Kamus Ringkas Kedokteran Stedman


untuk Profesi Kesehatan. Jakarta: EGC, 2001.

Vannier, Leon . Typology In Homoeopathy, Penterjemah ke


Bahasa Inggeris: Marianne Harling. England:
Beaconsfield Publishers LTD, 1992.

Mazelan Ismail. Rawatan Penyakit Menurut Homeopati &


Biokimia. Kedah: Kolej Homeopati Darulaman, 2003.

Mohamed Hatta Abu Bakar. Homeopati: Perubatan Alaf Baru.


Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre, 1999.

Mohamed Hatta Abu Bakar. Perubatan Homoepati. Banting: HBI


Health & Homoeopathy Centre, 1997.

Mohammed bin Yacob. Pengantar Ilmu Perubatan Homeopathy.


Johor Bahru: My Perubatan Homeopathy Sdn. Bhd., 2004.

27
Che Zarrina dan Azizul Hisham, “Pendekatan Terapi Islam dan Rawatan Homeopati...”,
Jurnal Qalbu 3.1 (Dis 2017): 1-28

Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Beirut: Dar al-Kutub al-


‘Alamiyyah, 1991.

Nor ‘Azzah Kamri. “Application of Akhlaq Education in


Implementing Code of Ethics in an Organization: an
Empirical Case” dalam Mohd Kamil Hj. Ab. Majid et al..
Jurnal Usuluddin, Bil. 29, Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya, 2009.

Collin, Peter Hodgson et al.. Dictionary of Nursing, London:


A&C Black Publishers Ltd, 2007.

Qur’an al-Karim

Siti Fatimah Tasir et.al..Tamadun Islam: Sumbangan dan


Cabaran. Machang: Pusat Pemikiran dan Kefahaman
Islam, Universiti Teknologi MARA Kampus Kelantan,
2006.

Tirmidhi, Muhammad bin ‘Isa.Sunan al-Tirmidhi, Tahqiq:


Muhammad Nasir al-Din al-Albani. Riyadh: Maktabah al-
Ma’arif li al-Nashir wa al-Tawzi’, t.t..

28

You might also like