Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

PERATURAN PERTANDINGAN

KEJOHANAN FUTSAL
KASUS 2023
SABERKAS SATOK
PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN FUTSAL
KASUS 2023 SABERKAS SATOK

1. PENGENALA

N 1.1

TAFSIRAN

Selaras dengan tafsiran Statut Persatuan Bolasepak Malaysia,


melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain,
maka bagi maksud pemakaian Peraturan Pertandingan LSK 2023 akan
mengguna pakai tafsiran-tafsiran berikut:

FIFA Fédération Internationale de Football Association;


AFC Asian Football Confederation;
FAM Persatuan Bolasepak Malaysia;
SABERKAS
SATOK Persatuan Belia Cawangan Satok
JKTP Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
JKRT Jawatankuasa Rayuan dan Tatatertib
Pasukan Pasukan Persatuan Bolasepak Negeri dan Bahagian
sahaja yang disahkan penyertaannya di dalam
Pertandingan oleh JKTP
Pasukan Pasukan Pelawat yang mana disebut sebagai pasukan
Pelawat (PL) kedua dalam jadual pertandingan
Pasukan Pasukan Tuan Rumah yang mana disebut dahulu
Tuan dalam jadual pertandingan
Pegawai Pegawai yang mewakili pasukan sama ada didaftar
Pasukan dengan pasukan untuk pertandingan ini
Pemain Pemain futsal warganegara Malaysia yang mempunyai
status Amatur atau Professional mewakili Pasukan
yang disahkan pendaftarannya untuk menyertai
Pertandingan
Kumpulan Pengadil, Pengadil Kedua dan Pengadil Ketiga
Pengadil seperti yang dilantik oleh JKTP
Local Seorang Pegawai yang dilantik oleh LOC
Security bertanggungjawab di dalam isu keselamatan mengikut
Officer (LSO) Peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh
JBSNS
Organisasi Garis panduan yang dikeluarkan oleh JKTP dan
Teknikal perlu dipatuhi bagi mengelolakan setiap perlawanan
Perlawaan
(OTP)
Team Pendaftaran terakhir sebelum satu-satu perlawanan
Selection List yang merangkumi maksima 8 orang pemain termasuk
pegawai
Force Majeure Kejadian yang di luar kawalan

1.2 INTIPATI

1.2.1 Peraturan ini mengawal selia semua perkara yang melibatkan


hak, peranan dan tanggungjawab SABERKAS Satok, semua
pasukan, pegawai dan pemain yang mengambil bahagian
dalam pertandingan ini. SABERKAS Satok memiliki kuasa
sepenuhnya untuk meminda mana-mana peruntukan dalam
Peraturan ini tanpa perlu merujuk atau memaklumkan kepada
mana-mana pihak.

1.2.2 Peraturan ini dan mana-mana arahan yang berkaitan,


keputusan, garis panduan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh
SABERKAS Satok adalah mengikat kesemua pihak sama ada
dalam konteks penyertaan atau persediaan dan persiapan
pertandingan.

1.2.3 Kesemua hak dan kepentingan pemilikan yang berkaitan


dengan pertandingan yang tidak diperuntukkan oleh Peraturan
ini kekal menjadi milik SABERKAS Satok.

1.2.4 Sebarang rujukan kepada Status dan Kod Tatatertib FAM, AFC
atau FIFA membawa maksud Peraturan terkini yang sedang
digunapakai.

2. PENGURUSAN PERTANDINGAN DAN


TANGGUNGJAWAB 2.1 PENGURUSAN PERTANDINGAN

2.1.1 SABERKAS Satok akan mengelolakan Pertandingan


Futsal KASUS 2023 berkuasa mutlak untuk menurunkan
sebahagian daripada tanggungjawabnya kepada mana-
mana pihak.
2.2 TANGGUNGJAWAB SABERKAS SATOK

Berikut adalah merupakan antara tanggungjawab utama SABERKAS


Satok yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara
berikut:

2.2.1 Mengawal selia pengurusan pertandingan seperti


menentukan kaedah dan status penyertaan pasukan,
kaedah penyertaan, sistem pertandingan, peraturan, undian
dan penyediaan peraturan-peraturan;

a) menentukan Jadual Perlawanan;


b) meluluskan venue perlawanan;
c) melantik Pegawai Pertandingan;
d) menetapkan jenis bola permainan dan apa-apa
keperluan teknikal permainan;
e) mengendalikan hal ehwal perundangan seperti
tatatetib, rayuan dan bantahan;
f) membuat keputusan bagi perlawanan-perlawanan
yang dibatal dan perlawanan yang tidak dapat
diteruskan;
g) membuat keputusan bagi apa jua kes yang timbul
daripada force majeure;
h) mengendalikan apa jua aspek pertandingan yang
tidak termaktub di bawah tanggungjawab mana-
mana pihak.
2.3 TANGGUNGJAWAB PASUKAN

Berikut adalah merupakan antara tanggungjawab pasukan yang


mengambil bahagian yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada
perkara-perkara berikut:

2.3.1 Memastikan semua wakil delegasi rasmi pasukan peka dan


bersetuju untuk menerima peraturan ini, mana-mana
peraturan lain yang berkaitan, arahan, garis panduan dan
pekeliling yang dikeluarkan oleh SABERKAS Satok ;

2.3.2 Mematuhi peruntukan Undang-Undang Permainan Futsal


yang diterbitkan oleh FIFA;

2.3.3 Memperakui dan memberi persetujuan bahawa semua kerja-


kerja pentadbiran, perundangan dan kepengadilan adalah di
bawah kuasa SABERKAS Satok sepenuhnya;

2.3.4 Menurunkan barisan pemain yang terkuat pada setiap


perlawanan;

2.3.5 Mendukung sepenuhnya prinsip fair play;

2.3.6 Memastikan delegasi rasmi pasukan termasuklah wakil-wakil


yang menjalankan tugas bagi pihak pasukan sentiasa
mengekalkan tingkah laku yang baik di sepanjang tempoh
pertandingan;
2.3.7 Menerima dan mematuhi semua peruntukan yang ditetapkan
oleh peraturan ini dan arahan, keputusan dan ketetapan
SABERKAS Satok dari masa ke semasa;

2.3.8 Mengambil bahagian dalam semua aktiviti dan aturcara rasmi,


termasuk tetapi tidak terhad kepada MCM atau mana-mana
mesyuarat, sidang akhbar dan sebarang aktiviti media dan
pemasaran sepertimana diarahkan oleh SABERKAS Satok ;

2.3.9 Membekalkan secara percuma, semua bentuk gambar,


bahan-bahan audio/ visual dan/ atau data mengenai pasukan,
pegawai pasukan dan/ atau pemain termasuk tetapi tidak
terhad kepada statistic dan maklumat sejarah dan mana-
mana maklumat lain yang diperlukan oleh JBSNS.
2.3.10 Tidak menerbitkan secara kandungan yang berkaitan dengan
pertandingan ini sama ada dalam bentuk digital, media atau
media sosial tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu
daripada SABERKAS Satok;
2.4 JAWATANKUASA PENGELOLAAN TEMPATAN (LOC)

Pengelolaan Tempatan (LOC) adalah tanggungjawab SABERKAS


Satok sepenuhnya.

2.5 PENGECUALIAN SABERKAS SATOK DARIPADA SEBARANG


TUNTUTAN UNDANG-UNDANG

Pasukan atau wakil-wakilnya hendaklah mengecualikan


SABERKAS Satok dan / atau wakil-wakilnya daripada sebarang
liabliti, obligasi, kerugian, kerosakan, denda dan penalti, tuntutan,
tindakan dan perbelanjaan yang terbit daripada ketidakpatuhan ke
atas peruntukan peraturan-peraturan SABERKAS Satok oleh
pasukan, pegawai pasukan, pemain dan/atau wakil-wakilnya.
3. PENYERTAAN, PENARIKAN PENYERTAAN, JADUAL
PERLAWANAN DAN SISTEM PERTANDINGAN

3.1 PENYERTAAN PASUKAN

3.1.1 Setiap pasukan yang ingin bertanding hendaklah memenuhi


syarat-syarat di dalam Borang Pengesahan Penyertaan
dan menghantarnya sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

3.1.2 Setiap pasukan yang bertanding hanya dibenarkan


mempunyai seorang pemain yang pernah mewakili kelab,
atau negeri.

3.1.3 SABERKAS SATOK berkuasa mutlak untuk menambah,


menggugur dan menggantikan penyertaan pasukan.

3.2 PENARIKAN PENYERTAAN SEBELUM BERMULANYA


PERTANDINGAN

3.2.1 Pasukan yang menyertai Pertandingan ini hendaklah


bermain dalam semua perlawanan yang ditetapkan di
dalam Jadual Perlawanan

3.2.2 Sekiranya terdapat pasukan yang menarik diri atau


dikecualikan daripada menyertai pertandingan,
SABERKAS Satok akan bertanggungjawab untuk
membuat keputusan termasuklah:

a) Menggantikan dengan pasukan yang baharu;


b) Meminda sistem pertandingan; dan/ atau
c) Meminda Peraturan Teknikal.

3.2.3 Pasukan yang menarik diri boleh diambil tindakan susulan


tetapi tidak terhad seperti berikut:

a) dikenakan denda tidak melebihi RM300.00


sekiranya menarik diri dalam tempoh 7 hari sebelum
bermulanya perlawanan pertama;

b) digantung penyertaan untuk tempoh sekurang-


kurangnya tiga (3) musim berturut-turut atau lebih
untuk mana-mana pertandingan anjuran dan/ atau
yang diluluskan oleh SABERKAS Satok ;

c) dirujuk kepada JKRT untuk tindakan susulan


mengikut budi bicara.
3.3 PENARIKAN PENYERTAAN SELEPAS BERMULANYA
PERTANDINGAN

3.3.1 Mana-mana Pasukan yang didapati:

1) Menarik diri selepas perlawanan pertama


atau sebelum tamat Futsal KASUS 2023;
atau
2) Gagal melaporkan diri bagi mana-mana
perlawanan; atau

3) Enggan untuk meneruskan mana-mana


perlawanan; atau

4) Meninggalkan venue pertandingan sebelum


tamatnya sesuatu perlawanan dianggap
telah menarik diri daripada menyertai
pertandingan.

5) Pasukan yang terbabit boleh dikenakan


tindakan tetapi tidak terhad seperti berikut:
6) Dibatalkan semua perlawanan yang
melibatkan pasukan berkenaan dan pasukan
lawan diisytiharkan sebagai pasukan yang
telah memenangi pusingan tersebut;

7) Dikenakan denda tidak melebihi RM500.00


jika menarik diri ketika Peringkat Liga;

8) Digantung automatik sekurang-kurangnya


tiga (3) musim berturut-turut atau lebih
untuk mana-mana pertandingan anjuran
dan/ atau yang diluluskan oleh SABERKAS
Satok ;

9) Apa-apa tindakan yang difikirkan perlu dan


patut oleh JKTP;

10)Dihadapkan kepada JKRT untuk tindakan


selanjutnya.
3.4 JADUAL PERLAWANAN

3.4.1 Semua perlawanan hendaklah dimainkan mengikut Jadual


Perlawanan yang telah ditetapkan oleh SABERKAS Satok.

3.4.2 Sebarang pindaan ke atas Jadual Perlawanan perlu


mendapatkan kelulusan daripada SABERKAS Satok.

3.4.3 SABERKAS Satok berkuasa mutlak untuk meminda


Jadual Perlawanan pada bila-bila masa.

3.5 SISTEM PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbahagi kepada:


1) Peringkat Liga ;
2) Peringkat Kalah Singkir ;
3.6 PERINGKAT LIGA

3.6.1 Pertandingan ini hendaklah dijalankan secara liga satu (1)


pusingan yang dibahagikan kepada empat (4) kumpulan dan
disertai oleh tiga (4) pasukan di dalam satu kumpulan.

3.6.2 Lapan (8) pasukan teratas layak ke Peringkat Kalah Singkir.

3.6.3 Mata akan diberi kepada keputusan seperti berikut : menang tiga
(3) mata ; seri satu (1) mata dan kalah kosong (0) mata pada
peringkat liga kumpulan.

3.6.4 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, dua pasukan


atau lebih didapati memperolehi jumlah mata yang sama, maka
susunan penentuan berikut akan diambilkira untuk menentukan
pemenang :

3.6.4.1 Kaedah nisbah perbezaan gol iaitu


pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan
gol ‘masuk’ dengan jaringan gol ‘kena’ akan menduduki
tempat yang lebih tinggi.
3.6.4.2 Jika masih sama, maka pasukan yang
telah menjaringkan bilangan gol yang paling banyak
akan dikira sebagai pemenang.
3.6.4.3 Jika masih sama, maka pasukan
yang sedikit bolos akan dikira
pemenang.
3.6.4.4 Jika masih sama, maka pasukan yang
Mengalahkan lawannya dalam pusingan awal akan
dikira sebagai pemenang.
3.6.4.5 Jika keputusan perlawanan awal di antara
mereka seri, maka keputusan akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Teknikal.

3.7 PERINGKAT KALAH SINGKIR

3.7.1 Pertandingan ini hendaklah dijalankan secara kalah singkir satu (1)
pusingan bermula dengan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir.

3.7.2 Selepas tamatnya peringkat 8 pasukan terbaik kumpulan satu (1) pusingan:

i. Pasukan yang menang akan layak ke peringkat Suku Akhir; dan

3.7.2 Selepas tamatnya peringkat Suku Akhir dua (2) pusingan:

ii. Pasukan yang menang akan layak ke peringkat Separuh


Akhir; dan
ii. Pasukan yang kalah dianggap telah mengakhiri persaingan.

3.7.3 Selepas tamatnya peringkat Separuh Akhir dua (2) pusingan:


i. Pasukan yang menang akan layak ke perlawanan Akhir; Dan ;

ii. Pasukan yang kalah dianggap telah mengakhiri persaingan

3.7.4 Selepas tamatnya perlawanan Akhir dua (2) pusingan:

i. Pasukan yang menang akan diisytihar sebagai Johan; dan


;
ii. Pasukan yang kalah diisytihar sebagai Naib Johan.

3.7.5 Bagi menentukan pemenang di peringkat kalah mati ditentukan


seperti berikut:

i. Pasukan yang merekodkan agregat gol yang lebih besar berbanding


lawannya di dalam tempoh permainan biasa di perlawanan pusingan
kedua.

ii. Selepas tamatnya tempoh permainan masa tambahan,


pasukan yang berjaya merekodkan jaringan gol yang lebih besar
berbanding lawannya akan diisytihar sebagai pemenang; jika masih sama
maka pemenang akan ditentukan melalui sepakan dari tanda penalti
mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Undang-Undang
Permainan Futsal yang diterbitkan oleh FIFA.

3.8 MATA PERLAWANAN


3.8.1 Kiraan mata selepas tamat perlawanan adalah seperti berikut:

i. Tiga (3) mata bagi pasukan yang menang;


ii. Satu (1) mata bagi setiap pasukan sekiranya seri;
iii. Kosong (0) mata bagi pasukan yang kalah.
3.9 CARTA FAIR PLAY
3.9.1 Setiap pasukan akan menerima mata bagi pungutan kad kuning dan
kad merah dengan kiraan seperti berikut :

a) Satu (1) mata bagi setiap kad kuning;


b) Tiga (3) mata bagi setiap kad merah akibat daripada dua (2) kad
kuning;
c) tiga (3) mata bagi setiap kad merah;
d) Empat (4) mata bagi setiap kad kuning dan diikuti dengan kad
merah.

4. PERATURAN TEKNIKAL
4.1PERLAWANAN DIMAINKAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG
PERMAINAN FUTSAL FIFA

4.1.1 Semua perlawanan hendaklah dimainkan mengikut peruntukan


semasa Undang-Undang Permainan Futsal yang diterbitkan oleh
FIFA.

4.1.2 Hanya lima (5) orang pemain simpanan yang didaftarkan dalam
Senarai Pasukan (Team List) sepertimana yang diperuntukkan
yang layak untuk mengambil bahagian dalam perlawanan
berkenaan. Tiada had bilangan pertukaran yang dibenarkan
untuk setiap pasukan.

4.1.3 Jika mana-mana pasukan dalam apa jua peringkat permainan


hanya mampu untuk menurunkan kurang daripada tiga (3) orang
pemain, maka perlawanan berkenaan akan diisytihar sebagai
perlawanan yang tidak dapat diteruskan dan Peraturan Teknikal
akan dikuatkuasakan.

4.2 TEMPOH MASA PERMAINAN

4.2.1 Setiap perlawanan yang dikategori sebagai tempoh permainan biasa


hendaklah dimainkan selama EMPAT BELAS (14) minit, yang terdiri
daripada dua (2) tempoh yang sama iaitu TUJUH (7) minit bagi setiap
separuh masa permainan.

4.2.2 Rehat pada separuh masa dalam tempoh permainan biasa hendaklah tidak
melebihi SATU (1) minit bermula daripada tiupan wisel penamat. separuh
masa pertama sehingga tiupan wisel permulaan untuk separuh masa
kedua.

4.2.3 Mana-mana pasukan yang didapati telah menyebabkan kelewatan


permulaan perlawanan di separuh masa pertama dan/ atau separuh masa
kedua boleh diambil tindakan disiplin oleh SABERKAS Satok.

4.2.4 Tiada time-out pada kejohanan ini.

4.3 SEPAKAN DARI TANDA PENALTI

4.3.1 Sekiranya tiada pemenang yang dapat diputuskan selepas tamatnya


masa permainan biasa bagi perlawanan di peringkat kalah mati maka
sepakan dari tanda penalti yang berpandukan peruntukan Undang-
Undang Permainan FIFA akan dilaksanakan.

4.3.2 Sekiranya sepakan dari tanda penalti tidak dapat dilaksanakan atau
tidak dapat diteruskan akibat daripada alasan force majeure,
penentuan pemenang hendaklah ditentukan dengan cara undian oleh
Pengadil dengan disaksikan oleh wakil JBSNS, JKPT, Pengurus
Pasukan dari kedua-dua pasukan dan sesiapa sahaja difikirkan perlu
oleh pihak penganjur.

4.3.3 Sekiranya sepakan dari tanda penalti tidak dapat dilaksanakan atau
tidak dapat diteruskan akibat daripada tindakan salah satu pasukan,
maka perkara 3-3 akan berkuatkuasa.

4.4 PERLAWANAN YANG DIBATALKAN

4.4.1 Jika perlawanan tidak boleh dimulakan seperti yang ditetapkan dalam
Jadual Perlawanan disebabkan oleh apa jua keadaan, prosedur berikut
hendaklah dipatuhi:

a) Perlawanan mesti ditangguhkan untuk sekurang- kurangnya lima


(5) minit. Dalam tempoh berkenaan, Pengadil boleh memutuskan
perlawanan boleh dimulakan sebelum berakhirnya tempoh
penangguhan berkenaan.

b) Lanjutan kepada penangguhan pertama, Pengadil boleh


mengambil keputusan sama ada untuk melanjutkan tempoh
penangguhan kedua selama lima (5) minit jika pada pendapat
Pengadil tempoh penangguhan tambahan ini akan membolehkan
perlawanan dimulakan atau mengisytiharkan perlawanan telah
dibatalkan.
c) Tertakluk kepada perkara (b), Pengadil mesti mengisytiharkan
perlawanan telah dibatalkan setelah berakhirnya lanjutan kedua
tempoh penangguhan.

4.4.2 Dalam hal perlawanan yang dibatalkan akibat daripada alasan force
majeure, JKTP hendaklah membuat keputusan dalam tempoh tiga puluh
(30) minit dari keputusan Pengadil membatalkan perlawanan dan
mengambil apa jua tindakan yang difikirkan wajar dan bersesuaian.
4.4.3 Jika JKTP mentafsirkan perlawanan yang dibatalkan bukan berpunca
daripada alasan force majeure, tindakan tatatertib sepertimana yang
diperuntukkan oleh Kod Tatatertib boleh diambil oleh JKRT ke atas
mana-mana pihak yang didapati telah menyebabkan perlawanan
dibatalkan.

4.4.4 Dalam hal yang berkaitan dengan perkara 4.9.2 dan 4.9.3, semua
keputusan daripada JKTP adalah muktamad dan tiada rayuan boleh
dibuat terhadap keputusan-keputusan berkenaan.

4.5 PERLAWANAN YANG TIDAK DAPAT DITERUSKAN


4.5 Jika Perlawanan diberhentikan oleh Pengadil atas apa jua
keadaan kecuali yang ditakrifkan oleh perkara 4.1.3, prosedur
yang berikut hendaklah dipatuhi:

4.5.1 Perlawanan diberhentikan untuk sekurang- kurangnya lima (5)


minit. Dalam tempoh berkenaan, Pengadil boleh memutuskan
perlawanan boleh dimulakan sebelum berakhirnya tempoh
penangguhan berkenaan.

4.5.2 Lanjutan kepada pemberhentian pertama, Pengadil boleh


mengambil keputusan sama ada untuk melanjutkan tempoh
pemberhentian kedua selama lima (5) minit jika pada pendapat
Pengadil tempoh pemberhentian tambahan ini akan
membolehkan perlawanan dimulakan atau mengisytiharkan
perlawanan tidak dapat diteruskan.

4.5.3 Tertakluk kepada perkara 4.5.2, Pengadil mesti mengisytiharkan


perlawanan telah dibatalkan setelah berakhirnya lanjutan kedua
tempoh pemberhentian.

4.6 Dalam hal perlawanan yang tidak dapat diteruskan akibat daripada
alasan force majeure, JKTP hendaklah membuat keputusan dalam
tempoh dua (2) jam dari keputusan Pengadil tidak meneruskan
perlawanan dan mengambil apa jua tindakan yang difikirkan wajar dan
bersesuaian.
4.7 Jika JKTP mentafsirkan perlawanan yang tidak dapat diteruskan bukan
berpunca daripada alasan force majeure, tindakan tatatertib
sepertimana yang diperuntukkan oleh Kod Tatatertib boleh diambil oleh
JKRT keatas mana-mana pihak yang didapati telah menyebabkan
perlawanan tidak dapat diteruskan.
4.8 Lanjutan kepada perkara 4.6, sekiranya JKTP mengambil keputusan
untuk menetapkan jadual yang baharu bagi meneruskan perlawanan,
maka prinsip-prinsip berikut hendaklah digunapakai:

a) Perlawanan hendaklah dimulai dengan keputusan yang sama


pada masa permainan terhenti dan bukan dimainkan semula
sepenuhnya.

b) Perlawanan hendaklah dimulai dengan pemain yang sama di atas


gelanggang dan senarai pemain gantian yang sama apabila
perlawanan pada mulanya dihentikan;

c) Tiada tambahan atau penggantian boleh dibuat pada


Team Selection List dan Team List;

d) Mana-mana tindakan tatatertib yang dikenakan sebelum


perlawanan dihentikan adalah sah dan kekal berkuatkuasa; dan

e) Mana-mana perkara yang tidak dinyatakan di atas hendaklah


diputuskan mengikut budi bicara SABERKAS Satok.

4.9 Sekiranya perlawanan diberhentikan oleh Pengadil sebelum tamatnya


tempoh permainan biasa atau ketika masa tambahan bila mana salah
satu pasukan gagal menurunkan minima tiga (3) orang pemain dalam
gelanggang permainan, maka perlawanan berkenaan hendaklah
diisytihar sebagai perlawanan yang tidak dapat diteruskan dan
kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang satu lagi dengan
jaringan 5-0, atau jumlah jaringan semasa perlawanan diberhentikan;
yang mana lebih tinggi.

4.10 Dalam hal yang berkaitan dengan perkara 5.0.2 hingga 5.0.4, semua
keputusan daripada JKTP adalah muktamad dan tiada rayuan boleh
dibuat terhadap keputusan-keputusan berkenaan.

4.9 PERLAWANAN YANG DIBERHENTIKAN ATAS ISU TEKNIKAL

4.9.1 Pengadil boleh memberhentikan perlawanan sekiranya gelanggang


permainan berada dalam keadaan yang tidak sesuai untuk permainan
atau atas perkara lain yang tidak memenuhi Undang-Undang
Permainan Futsal.

4.9.2 Pengadil setelah mendapat kebenaran daripada SABERKAS Satok


boleh memberhentikan perlawanan sekiranya kawalan dan
keselamatan di dalam stadium tidak lagi terjamin. Ini turut merangkumi
sekiranya
timbul tanda-tanda yang boleh mendatangkan bahaya kepada
pasukan, Pegawai Perlawanan dan/ atau penonton.

4.9.3 Sekiraya perlawanan diberhentikan sebelum tamatnya tempoh


permainan sebenar atau masa tambahan dan tertakluk kepada
tahap insiden, rekomendasi berikut perlu diberi perhatian. Perlawanan
hendaklah disambung semula pada minit ianya diberhentikan.

4.9.4 Perlawanan yang diberhentikan sehingga 10 minit: Pasukan perlu kekal


dalam gelanggang permainan;

4.9.5 Perlawanan yang diberhentikan antara 10 hingga 20 minit: Pasukan


dibenarkan untuk kembali ke bilik persalinan dan diberi peluang untuk
menjalani sesi memanaskan badan selama sepuluh (3) minit;

4.9.6 Perlawanan yang diberhentikan antara 20 hingga 40 minit: Pasukan


dibenarkan untuk kembali ke bilik persalinan dan diberi peluang untuk
menjalani sesi memanaskan badan selama dua puluh
(6) minit.

5.0 VENUE PERTANDINGAN DAN GELANGGANG PERMAINAN

i. Venue pertandingan akan ditentukan oleh SABERKAS Satok.

ii. Semua kawasan teknikal permainan yang merangkumi gelanggang


permainan, kawasan teknikal dan bilik persalinan dan sekitarnya
hendaklah diklasifikasi sebagai kawasan larangan merokok.

5. PASUKAN
5.1 DELEGASI RASMI PASUKAN

Setiap Pasukan hendaklah terdiri daripada LAPAN (8) orang pemain serta
pegawai. Hanya seorang pemain yang pernah mewakili kelab atau negeri
dibenarkan dalam satu pasukan.

5.2 PENDAFTARAN

Pasukan yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang


pengesahan penyertaan, borang pendaftaran pegawai pasukan dan borang
pendaftaran pemain dengan dokumen sokongan yang lengkap mengikut
tempoh yang telah ditetapkan oleh SABERKAS Satok.

5.3 SENARAI PILIHAN PASUKAN (TEAM SELECTION LIST)


Senarai pilihan pasukan hendaklah diserahkan kepada SABERKAS Satok
seperti tempoh masa yang telah ditetapkan.
5.4 SENARAI PASUKAN (TEAM LIST)

5.4.1 Senarai pasukan hendaklah diserahkan kepada pihak JKPT (pengadil


pertandingan) sebelum perlawanan dimulakan.
5.4.2 Tertakluk kepada perkara 5.4.1, perubahan pemain utama dan Ketua
Pasukan dengan pemain simpanan yang dinamakan dalam Team List
masih boleh dilakukan sehingga permulaan permainan dengan syarat
ianya dimaklumkan terlebih dahulu kepada JKPT.

6 PEMAKAIAN PASUKAN
6.1 PAKAIAN, WARNA DAN NOMBOR JERSI

6.1.1 Semua pasukan hendaklah mempunyai sekurang- kurangnya dua (2) set
jersi yang berlainan warna dan mengisytiharkan warna jersi yang wajib
dipakai semasa menjadi pasukan tuan rumah. PTR adalah nama
pasukan yang disebut dahulu di dalam jadual pertandingan. PL
hendaklah memakai warna jersi berlainan daripada warna jersi PTR.

6.1.2 Jika berlaku persamaan warna jersi kerana PTR tidak memakai warna
jersi yang diisytiharkan, maka PTR hendaklah menukar warna jersinya.
Jika berlaku persamaan warna jersi kerana PL memakai warna jersi
yang sama dengan PTR, maka PL hendaklah menukarkan warna
jersinya. Jika tiada penyelesaian, maka keputusan mengenai warna
jersi tersebut yang diputuskan semasa MCM hendaklah dipatuhi dan
muktamad.

6.1.3 PL hendaklah membawa dua (2) set jersi untuk setiap perlawanan.

6.1.4 Jersi penjaga gol mestilah mempunyai warna yang berlainan daripada
pemain-pemain lain. Warna jersi penjaga gol utama dan warna jersi
penjaga gol simpanan hendaklah sama tetapi dengan nombor jersi yang
berlainan.

6.1.5 Jersi nombor satu (1) hendaklah dikhaskan untuk Penjaga Gol sahaja.

6.1.6 Pemain hendaklah memakai nombor jersi yang didaftarkan sahaja


bermula dari nombor 1 sehingga 10.
6.1.7 Nombor jersi yang didaftarkan kepada setiap pemain adalah bersifat
kekal sehingga pemain berkenaan digugurkan daripada pendaftaran.

6.1.8 Pemain yang berdaftar sebagai pengganti boleh diperuntukkan nombor


jersi baharu atau yang telah dibatalkan dari pemain asal tertakluk
kepada perkara 6.1.6.

6.1.9 Jika pasukan ingin bermain secara powerplay dengan lima (5)
orang pemain di dalam gelanggang semasa perlawanan, pemain perlu
diisytihar sebagai Penjaga Gol dan memakai jersi yang sama seperti
warna jersi Penjaga Gol dan mempunyai nombor jersi yang didaftarkan
sebagai pemain dan nama dicetak mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan.

7 TATATERTIB
7.1 PENDEKATAN TATATERTIB

7.1.1 Semua perkara tatatertib dan rayuan berhubung dengan pertandingan


hendaklah berpandukan kepada peraturan dan pekeliling yang
berkaitan dari masa ke semasa.

7.1.2 SABERKAS Satok pada bila-bila masa boleh memperkenalkan kaedah-


kaedah tatatertib yang baharu dan sekatan untuk tempoh pertandingan.

7.1.3 Pasukan adalah bertanggungjawab untuk memantau kad kuning dan


kad merah yang diterima oleh pegawai dan pemain serta memastikan
bahawa kesemua pegawai dan pemain yang didaftarkan atau
disenaraikan semasa pertandingan adalah bebas daripada sebarang
penggantungan.

7.1.4 Semua pegawai dan pemain hendaklah memberi persetujuan untuk:

a) menghormati amalan fair play, menolak keganasan dan mengiktiraf


kuasa Pegawai Perlawanan;
b) menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik;
c) meghindari doping.

7.2 KAD KUNING DAN KAD MERAH

7.2.1 Pemain/ pegawai yang menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan
yang berasingan akan digantung automatik satu (1) perlawanan
berikutnya.

7.2.2 Pemain/ pegawai yang menerima kad merah (perintah keluar


gelanggang) secara terus atau tidak terus (kerana menerima dua (2) kad
kuning dalam perlawanan yang sama) akan digantung automatik untuk
satu (1) perlawanan berikutnya.

7.2.3 Lanjutan kepada perkara 7-2-2 dan tertakluk kepada tahap kesalahan,
pemain yang menerima kad merah terus boleh diambil tindakan lanjut
oleh JKRT.
7.3 TINDAKAN TATATERTIB KE ATAS PEGAWAI PASUKAN
Mana-mana pegawai pasukan yang diperintah keluar meninggalkan bangku
simpanan pasukan akan digantung automatik satu (1) perlawanan berikutnya.
Walaubagaimanapun, penggantungan lanjut boleh dikenakan oleh JKRT
sekiranya melibatkan insiden yang serius.

7.3 TINDAKAN TIDAK BERDISIPLIN ATAU TINGKAH LAKU YANG


GANAS

Mana-mana pihak secara individu atau berkumpulan yang dilaporkan telah


bertindak secara tidak berdisiplin atau melakukan tingkah laku yang ganas
semasa dalam venue pertandingan (termasuk tetapi tidak terhad kepada
sekitar kawasan bilik persalinan atau gelanggang permainan), kawasan latihan
rasmi, atau mana-mana lokasi sekitar kawasan venue pertandingan boleh
dirujuk kepada JKRT untuk tindakan lanjut.

7.4 BANTAHAN

7.4.1 Bantahan ialah apa jua bentuk protes atau lain-lain protes yang
mempunyai kaitan ke atas perlawanan atau apa-apa perkara yang
berkaitan dengan pelanggaran Peraturan ini atau Kod Tatatertib
SABERKAS Satok.

7.4.2 Bantahan akan dianggap sah kecuali ditetapkan berlainan sekiranya:

7.4.3 Bantahan hendaklah dikemukakan daripada Pengurus Pasukan secara


bertulis kepada Jawatankuasa Teknikal dalam tempoh 10 minit setelah
tamat perlawanan yang berkenaan;

7.4.4 Bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM500.00


secara tunai;

7.4.5 Bantahan terhadap kelayakan pemain (termasuk pemain yang tidak


layak bermain disebabkan sedang menjalani penggantungan
perlawanan:

a) Bantahan terhadap kelayakan pemain yang dihantar di dalam


tempoh 24 jam selepas tamatnya perlawanan adalah di bawah
bidangkuasa JKRT di mana hukuman yang bakal dikenakan adalah
berpandukan Kod Tatatertib termasuk hukuman perlucutan hak
perlawanan (forfeiture).

b) Bantahan terhadap kelayakan pemain yang dibuat selepas


tempoh 1 jam selepas tamatnya perlawanan juga adalah di
bawah bidangkuasa JKRT di mana pemain dan pasukan yang
terlibat boleh dikenakan hukuman berpandukan Kod Tatatertib.
Walaubagaimanapun, hukuman yang melibatkan perlucutan hak
perlawanan (forfeiture) terhadap pasukan adalah dikecualikan.

c) Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai


perkara-perkara fakta yang diputuskan oleh Pengadil
semasa perlawanan yang mana adalah muktamad;

d) Sekiranya mana-mana syarat bantahan tidak dipatuhi


sepenuhnya berasaskan kepada peraturan ini, maka bantahan
berkenaan tidak akan diambil kira;

e) Mana-mana bantahan yang didapati oleh JKRT adalah tidak


berasas atau tidak bertanggungjawab, tindakan seperti denda
boleh diambil oleh JKRT.

8 PENTADBIRAN

8.1 KEGAGALAN MEMATUHI MANA-MANA PERKARA DI DALAM PERATURAN INI

Mana-mana pasukan, pegawai pasukan dan pemain yang gagal mematuhi mana-
mana peraturan di dalam pertandingan ini akan dikenakan tindakan oleh SABERKAS
SATOK yang mana keputusannya adalah muktamad.

8.1 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

Semua hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan peraturan ini atau semua perkara-perkara di luar
jangka atau mengenai perbezaan tafsiran atau mengenai sebarang tafsiran perkara-
perkara di dalam peraturan akan diputuskan oleh SABERKAS SATOK yang mana
keputusannya adalah muktamad.

9. HADIAH

9.1 Hadiah adalah seperti berikut:-

Johan : Piala RM 250


Naib Johan : Piala RM 180
Ketiga : Piala RM 150
Keempat : RM 100
10. LIABILITI/TANGGUNGAN

10.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang


kecurian, kehilangan harta benda, kemalangan yang melibatkan kecederaan,
kecacatan atau kematian sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal
FUTSAL KASUS 2023

You might also like