Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) FES Serdang


Jalan Utama, Kompleks Pertanian Serdang
43400 Selangor Darul Ehsan Tel/Faks : 03-89484069 e-mail :
BBD8453@moe.edu.my
தேசிய வகை செர்டாங் ேமிழ்பள்ளி
Rujukan kami : SJKTS 600-1/30 ( 1 )
Tarikh : 05.02.2024

Kepada ibu bapa/penjaga,


Tuan/Puan,

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH BAGI


SESI PERSEKOLAHAN 2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan yang bernama ________________


________________ tahun _____________ telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah. Untuk
maklumat tuan/puan lantikan ini adalah berdasarkan pelbagai kriteria yang diambil kira melalui
perbincangan dengan guru kelas dan guru-guru yang lain.

3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber Sekolah


ingin memohon kebenaran tuan atas pelantikan tersebut. Walau bagaimanapun, tuan
diingatkan bahawa pelantikan ini adalah berdasarkan kepada beberapa syarat iaitu:
a. Ibu bapa perlu memastikan bahawa murid ini hadir awal ke sekolah pada setiap hari,
iaitu selewat-lewatnya pada jam 7.00 pagi.
b. Murid ini dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik.
c. Murid tidak mengabaikan pelajarannya.
d. Lantikan dari setahun ke setahun berikutnya tidak secara automatik tetapi akan dinilai
prestasinya dari semasa ke semasa.
e. Sekiranya murid ini melakukan sebarang salah laku dan tidak menjalankan tugas seperti
yang diharapkan, maka pihak pentadbir sekolah berhak menarik balik pelantikan
jawatan tersebut (melucutkan jawatan) dengan serta-merta.
f. Bersedia untuk membeli pakaian/uniform dan semua kelengkapan seperti yang
diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah.
g. Murid wajib menghadiri kursus serta aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa
Pengawas Sekolah atau pihak sekolah seperti yang akan ditetapkan.

5. Dengan pelantikan sebagai pengawas sekolah, pihak sekolah berharap akan dapat
melatih dan melahirkan ramai bakal pemimpin pada masa yang akan datang. Segala
sokongan dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai demi kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………........…..
(VICHITRA A/P RAKAVELU )
Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil FES Serdang
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil FES Serdang,
Uniputra Pos, 43400 Serdang, Selangor.

Tarikh :

Puan,
…………………………………..

KEBENARAN DILANTIK SEBAGAI PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Setelah membaca dan memahami syarat-syarat pelantikan, saya


………………………...……………………………………………………………………… ibu/
bapa/penjaga kepada……………………………………………………………… dari
tahun…………..……………*membenarkan / tidak membenarkan anak saya menjalankan
tugas sebagai PengawasPusat Sumber Sekolah bagi tahun 2024.

Yang benar,

…………………………………………………………….
(Nama : )
No. Telefon: ……………………………….

You might also like