Teks Pengacara Majlis Cakna Waris Bap 2024

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Bil Agenda Teks

1 Ketibaan tetamu khas


Mengumumkan ketibaan
Yang Berusaha
Puan Che Tom binti Shaari
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Singkir, bersama tetamu
jemputan diiringi Barisan Pentadbir ke tempat duduk utama.
Dipersilakan.

3 Bacaan doa Hadirin dan hadirat sekalian,

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah


tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan
_________________________________. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

****** (bacaan doa)

Amin, amin ya rabbal alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


______________________________________________di
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

4 Ucapan aluan pengerusi Sireh berlipat sireh pinang,


majlis
Sireh dari Pulau Mutiara.

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamua’laikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha,
Puan Che Tom Binti Shaari,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Singkir.

Yang Berbahagia
Puan Norila binti Ismail
Guru Besar SK Aman Jaya

Encik Ismail bin Zamri


Pegawai CIMB Bank

Encik Khairul Nizam bin Abdul Aziz


Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Rohana binti Mohd Nor


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Muhammad Yusri bin Muhamad Yusof


Penolong Kanan Kokurikulum

Para waris, guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi


sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana diberi


kesempatan untuk kita sama-sama berhimpun pada pagi yang
berbahagia ini untuk Program Cakna Waris, Sekolah
Kebangsaan Singkir bagi tahun 2024.

5 Taklimat Hari
Keusahawanan
Hadirin dan hadirat sekalian,
(PK KO)

Tanpa melengahkah masa, majlis diteruskan dengan


mempersilakan Encik Muhammad Yusri bin Muhamad Yusof,
Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan taklimat
berkenaan Hari Keusahawanan Peringkat Sekolah, Sekolah
Kebangsaan Singkir 2024.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

****** (Ucapan)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik
Muhammad Yusri bin Muhamad Yusof, Penolong Kanan
Kokurikulum, atas taklimat yang telah disampaikan sebentar
tadi.

Hadirin yang dikasihi sekalian,


6 Taklimat Celik
Kewangan (CIMB) Majlis diteruskan dengan mempersilakan Encik Ismail bin
Zamri, Pegawai CIMB Bank untuk menyampaikan Taklimat
Celik Kewangan buat kita semua. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

****** (Ucapan)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada, Encik Ismail
bin Zamri, Pegawai CIMB Bank atas taklimat yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Semoga dengan taklimat serta perkongsian dari beliau itu tadi


sedikit sebanyak dapat memberi ilmu pengurusan kewangan
buat kita semua.

Duduk sekawan gadis jelita,


7 Taklimat Zero to Hero

Buat santapan untuk pahlawan,

Tampillah tuan kami meminta,


Agar majlis dapat diteruskan.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Tanpa membuang masa, majlis kini diteruskan lagi dengan


Taklimat Bersama Penulis Buku Zero To Hero yang akan
disampaikan oleh Puan Norila binti Ismail, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Aman Jaya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****** (Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Norila


binti Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Aman Jaya di
atas penyampaian taklimat yang telah disampaikan sebentar
tadi.

6 Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Cenderahati Sebagai tanda kenang-kenangan daripada pihak sekolah,
majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Puan Che
Tom binti Shaari, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Singkir
diiringi oleh Encik Khairul Nizam bin Abdul Aziz untuk
menyampaikan cenderahati kepada tetamu jemputan kita.
Dengan itu majlis mempersilakan Puan Norila binti Ismail,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Aman Jaya.Dipersilakan.

Seterusnya majlis turut mempersilakan Encik Ismail bin


Zamri, Pegawai CIMB Bank untuk menerima cenderahati
kenang-kenangan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Che Tom binti Shaari di


atas kesudian menyempurnakan penyampaian cenderahati itu
tadi.
10 Ucapan penutup
Di atas dahan burung tempua
Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Dilain masa bersua lagi.

Sekian sahaja majlis kita pada hari ini. Terima kasih


diucapkan kepada semua tetamu serta waris yang terlibat
dalam menjayakan program ini. Semoga apa yang
disampaikan dapat dijadikan panduan untuk kita semua.
Dengan itu saya sudahi majlis ini dengan lafaz
wabillahitaufikwahidayah assalamualaikum wbth.

Untuk semua waris, waris-waris boleh lah bergerak untuk


penerimaan Bantuan Awal Persekolahan di kelas anak-anak
tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih.

You might also like