Bab 3.1.1 - Perbelanjaan Agregat (AE)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

20

BAB 3.0 KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA DAN DASAR FISKAL


Bab 3.1 Pendekatan AE-Y: Harga tetap
Bab 3.1.1 Perbelanjaan agregat

Maksud • Terdiri daripada


a) sektor isi rumah
b) sektor firma
c) sektor kerajaan

• Dinamakan ekonomi tertutup dengan campur tangan


kerajaan

Aliran pusingan
pendapatan • Pendapatan yang diperoleh sektor isi rumah
ekonomi 3 sektor digunakan untuk
a) perbelanjaan penggunaan, iaitu membeli barang
dan perkhidmatan (C)
b) melakukan tabungan di institusi kewangan (S)
c) membayar cukai pendapatan kepada kerajaan (T)

Y=C+S+T

• Perbelanjaan agregat ekonomi 3 sektor terdiri


daripada
a) perbelanjaan penggunaan isi rumah (C)
b) perbelanjaan pelaburan firma (I)
c) perbelanjaan kerajaan (G)

AE=C+I+G

• Aliran bocoran terdiri daripada


a) tabungan isi rumah (S)
b) cukai pendapatan (T)

W=S+T

• Aliran suntikan terdiri daripada


a) pelaburan firma (I)
b) perbelanjaan kerajaan (G)

J=I+G

Ketua Panitia Ekonomi 2024


21

Fungsi penggunaan • Merujuk kepada hubungan antara tingkat perbelanjaan


penggunaan dengan tingkat pendapatan negara atau
tingkat pendapatan boleh guna.
• Terdiri daripada penggunaan autonomi dan
penggunaan teraruh.
• Penggunaan autonomi ialah perbelanjaan
penggunaan yang tidak bergantung pada tingkat
pendapatan boleh guna. Wujud pada tingkat
pendapatan boleh guna sifar, iaitu Yd=0. Dibiayai
melalui tabungan atau pinjaman.
• Penggunaan teraruh ialah perbelanjaan penggunaan
yang dipengaruhi oleh tingkat pendapatan boleh guna.
Apabila pendapatan boleh guna meningkat,
perbelanjaan penggunaan juga meningkat tetapi
peningkatan perbelanjaan penggunaan kurang
daripada peningkatan pendapatan boleh guna.

• Fungsi penggunaan ditulis seperti berikut:

C= a + bYd
Dengan,
C=fungsi penggunaan
a=penggunaan autonomi
bYd/bY=penggunaan teraruh
b=kecenderungan mengguna sut
Yd=pendapatan boleh guna
Y=pendapatan negara

Fungsi tabungan • Merujuk kepada hubungan antara tingkat tabungan


dengan tingkat pendapatan negara atau tingkat
pendapatan boleh guna.
• Terdiri daripada tabungan autonomi dan tabungan
teraruh.
• Tabungan autonomi ialah tabungan yang tidak
dipengaruhi oleh tingkat pendapatan boleh guna.
Wujud apabila pendapatan boleh guna bernilai sifar,
iaitu Yd=0.
• Tabungan teraruh ialah tabungan yang dipengaruhi
oleh tingkat pendapatan boleh guna. Apabila
pendapatan boleh guna meningkat, tabungan juga
meningkat tetapi peningkatan tabungan kurang
daripada peningkatan pendapatan boleh guna.

Ketua Panitia Ekonomi 2024


22

• Fungsi tabungan ditulis seperti berikut:

S = -a + (1-b) Yd
Dengan,
S=fungsi tabungan
-a=tabungan autonomi
(1-b)Yd/(1-b)Y=tabungan teraruh
(1-b)=kecenderungan menabung sut
Yd=pendapatan boleh guna
Y=pendapatan negara

Kecenderungan • Nisbah antara perubahan perbelanjaan penggunaan


mengguna sut dengan perubahan pendapatan boleh guna.
(MPC) • Mengukur perubahan perbelanjaan penggunaan
akibat perubahan setiap ringgit dalam pendapatan
boleh guna.

MPC = Perubahan perbelanjaan penggunaan (∆C)


Perubahan pendapatan boleh guna (∆Y)

Kecenderungan • Nisbah antara perubahan tabungan dengan


menabung sut perubahan pendapatan boleh guna
(MPS) • Mengukur perubahan tabungan akibat perubahan
setiap ringgit dalam pendapatan boleh guna.

MPS = Perubahan tabungan (∆S)


Perubahan pendapatan boleh guna (∆Yd)

• Hubungan antara MPC dan MPS dapat ditunjukkan


melalui persamaan berikut:

MPC + MPS = 1

Kaedah Jadual
Yd C S MPC MPS
0 80 -80 - -
100 140 -40 0.6 0.4
200 200 0 0.6 0.4
300 260 40 0.6 0.4
400 320 80 0.6 0.4
500 380 120 0.6 0.4

Ketua Panitia Ekonomi 2024


23

Kaedah rajah Fungsi penggunaan

Fungsi tabungan

Cukai sekali gus • Atau cukai tetap


• Cukai yang dikenakan pada suatu nilai yang tetap
pada setiap tingkat pendapatan negara.
• Tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.
• Contoh, fungsi cukai T = 50, menunjukkan jumlah
cukai sebanyak RM50 dikenakan pada setiap tingkat
pendapatan negara.

Rajah

Hubungan antara cukai sekaligus dengan pendapatan


boleh guna:

Yd = Y – T
Dengan,
Yd = pendapatan boleh guna
Y = pendapatan negara
T = cukai

Ketua Panitia Ekonomi 2024


24

Kesan cukai • Fungsi penggunaan sebelum cukai:


sekaligus terhadap C0=a+bYd
fungsi penggunaan
• Fungsi penggunaan selepas cukai sekaligus:
C0=a+bYd
C1=a+b(Y-T)
C1=a+bY-bT
C1=a-bT+bY

• Contoh: Fungsi penggunaan sebelum cukai,


C0 = 80 + 0.6Yd
T=50

Selepas cukai:

Kesan cukai • Fungsi tabungan sebelum cukai:


sekaligus terhadap S0 = -a + (1-b)Yd
fungsi tabungan
• Fungsi tabungan selepas cukai sekaligus:
S0=-a+(1-b)Yd
S1=-a+(1-b)(Y-T)
S1=-a+(Y-T)+bT-bY
S1=-a-(1-b)T+(1-b)Y

• Contoh: Fungsi tabungan sebelum cukai,


S0=-80+0.4Yd
T=50

Selepas cukai:

Ketua Panitia Ekonomi 2024


25

Kesan cukai tetap Kaedah rajah


terhadap fungsi
pengggunaan dan
fungsi tabungan

Kesimpulan:
1. penggunaan autonomi berubah
2. nilai MPC dan MPS tidak berubah
3. fungsi penggunaan dan fungsi tabungan beralih ke bawah
secara selari selepas cukai tetap

Fungsi pelaburan • Hubungan antara tingkat pelaburan dengan tingkat


pendapatan negara.
• Terdiri daripada fungsi pelaburan autonomi dan fungsi
pelaburan teraruh.
• Pelaburan autonomi merujuk kepada jumlah
pelaburan yang tetap dan tidak dipengaruhi oleh
tingkat pendapatan negara.
• Pelaburan teraruh ialah jumlah pelaburan yang
dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.

Rajah:

Ketua Panitia Ekonomi 2024


26

Kecekapan Modal Sut

• Menunjukkan kadar pulangan yang dijangka diperoleh


daripada setiap unit tambahan pelaburan (stok modal)
• Tingkat pelaburan akan bertambah jika kadar
pulangan yang dijangka (r%) melebihi kadar bunga
benar (i%) kerana firma dapat memaksimumkan
keuntungan.
• Kadar bunga benar ialah kos pembiayaan pelaburan.
• Firma akan terus melabur sehingga kadar pulangan
yang dijangka sama dengan kadar bunga benar.
Sebaliknya, tingkat pelaburan akan berkurang jika
kadar pulangan yang dijangka kurang daripada kadar
bunga benar supaya firma dapat mengurangkan
kerugian atau meningkatkan keuntungan.

Rajah:

r (%) I (RM juta)


12 10
10 15
8 20
6 25
4 30
Kadar pulangan dijangka (r%) dan tingkat pelaburan (I)

Ketua Panitia Ekonomi 2024


27

Perbelanjaan • Menunjukkan hubungan antara tingkat perbelanjaan


kerajaan kerajaan dengan tingkat pendapatan negara

Rajah:

Ketua Panitia Ekonomi 2024

You might also like