Syarat2 Pertandingan & Sistem Markah - 2024

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERTANDINGAN TEATER BAHASA MELAYU SEKOLAH TAMIL

PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

INSENTIF PERTANDINGAN

Hadiah Pertama Hadiah Keempat (Anugerah Juri)


Wang Tunai RM5,000 Wang Tunai RM1,000
Piala Pusingan, Piala iringan berserta sijil Piala iringan berserta sijil

Hadiah Kedua Hadiah Kelima


Wang Tunai RM3,000 Wang Tunai RM500
Piala iringan berserta sijil Piala iringan berserta sijil

Hadiah Ketiga Pelakon Murid Perempuan Terbaik


Wang Tunai RM2,000 Wang Tunai RM250, piala iringan berserta sijil
Piala iringan berserta sijil
Pelakon Murid Lelaki Terbaik
3 X Hadiah Saguhati Wang Tunai RM250, piala iringan berserta sijil
Wang Tunai RM500 berserta sijil
(Penambahan bilangan Hadiah Saguhati adalah bergantung kepada dana)

*** SETIAP SEKOLAH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN AKAN DIBERIKAN SIJIL PENYERTAAN.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada murid-murid di sekolah-sekolah Tamil di Malaysia.

2. Persembahan perlu dibuat secara rakaman video dan dihantar melalui google link kepada alamat
email : ptpspi3@gmail.com sebelum 7hb. Jun 2024.

Gambar yang diambil semasa persembahan sekurang-kurangnya 5 keping (berlainan babak/scene)


dan sekeping gambar kumpulan peserta dan guru-guru yang terlibat juga perlu diemailkan kepada
kami.(WAJIB)

3. Rakaman video tidak boleh disunting (edit). Tekan butang ‘PAUSE’ bila tukar babak/scene dan
tekan butang ‘start’ bila persembahan bermula. Sila amalkan prosedur yang sama untuk babak
seterusnya sehingga tamat persembahan. SEMUA BABAK/SCENE WAJIB DILAKONKAN DI
PENTAS SAHAJA.

4. Bilangan peserta dalam sebuah kumpulan adalah terhad kepada 10 orang peserta sahaja.

5. Masa pementasan adalah terhad kepada 25 minit sahaja TIDAK termasuk introduksi seperti selitan
nama sekolah dan tajuk drama di awal video semasa editing. Rakaman video yang kurang dari 20
minit tidak akan diberi markah.

6. Pemilihan subjek/tema adalah BEBAS tetapi TIDAK boleh mengandungi elemen-elemen ganas, seram,
keterlaluan. Subjek yang dipaparkan juga TIDAK boleh menyentuh unsur-unsur agama yang
sensitif, unsur-unsur perkauman dan politik.

7. Selitan dialog dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris adalah dibenarkan (sekiranya perlu sahaja)

8. Keputusan hakim adalah muktamad.

Nota: Borang penyertaan perlu diisi dan diemail selewat-lewatnya 25hb. Mei 2024

SISTEM MARKAH
PERTANDINGAN TEATER BAHASA MELAYU SEKOLAH TAMIL
PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

1. LAKONAN ( MAKSIMA 20 MARKAH )

2. PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ( MAKSIMA 20 MARKAH )

3. PLOT & KARYA ( MAKSIMA 10 MARKAH )

4. KOSTUM & MAKE- UP ( MAKSIMA 15 MARKAH )

5. SET, PROPS, MUZIK & EFFEK BUNYI ( MAKSIMA 15 MARKAH )

6. KUALITI VISUAL DAN AUDIO PERSEMBAHAN ( MAKSIMA 20


MARKAH)

MARKAH KESELURUHAN = 100

You might also like