Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

Hisham Halim

[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 1

HISHAM HALIM
lwn.
MAYA DATO' AHMAD FUAAD

Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur


Mohamed Hizwan Mohamed Nor H
[No Kes Mal: 14006-058-0043-2017]
8 Ogos 2018

Kes-kes yang dirujuk:


Nurul Huda Ismail lwn. Nurrizal Ahmad Imram Koleksi Penghakiman JAKESS
(2009) 171 (dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:


Administration Of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993, ss 46(2)(b)(i),
47(2)
Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984, ss 4, 59
Syariah Court Evidence (Federal Territories) Act 1997, ss 33, 75, 83 (1), (2),
85(4), 86 (5)

Lain-lain yang dirujuk:


Buku Qawa'id Al-Fiqhiyyah oleh Tn Hj Mohd Salleh b Hj Ahmad (kini Dato')
Kitab Al-Ashbah Wa Al-Nazair fi Qawa 'id wa Furu' Al-Syafieah, oleh Al-Imam
Jalaluddin Abdul Rahman Al-Suyuti
Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji 'ala Mazhabi Al-Imam As-Syafie , susunan Dr
Mustafa Al-Khin, Dr Mustafa Al-Bugha dan Ali Al-Sharbaji
Kitab Al-Mu'tamad fi Al-Fiqh al-Syafie, oleh Prof Dr Muhammad Zuhaili
Kitab Mughni Al-Muhtaj , oleh Sheikh Syamsuad-Din Muhammad bin
Muhammad Al-Khatib al-Syarbini
Kitab Nizam Al-Qadha fi Syariah Al-Islamiyyah, oleh Dr Abdul Karim Zaidan
Kitab Tafsir Ayat Al-Ahkam susunan Sheikh Ali Al-Sais
Surah Al-Nisa' ayat 34, 35 dan 128

Kaunsel:
Bagi pihak plaintif: Sa'adiah Din
Bagi pihak plaintif: Mohamad Shahril Mohamad Nasir; Tetuan Sa'adiah, Khoo,
Lo & Co
Bagi pihak plaintif: Muhammad Asyraf Abdul Halim; Tetuan Mohd Irwan Mohd
Mubarak
Bagi pihak plaintif: Muhammad Shafiq Ibrahim; Tetuan Zainul Rijal Talha &
Amir
Bagi pihak plaintif: Ahmad Daud; Tetuan Ahmad Daud & Associates
Bagi pihak plaintif: Amli Haji Embong; Tetuan Amli & Associates
Bagi pihak plaintif: Mohd Irwan Mohd Mubarak
Bagi pihak plaintif: Zainul Rijal Abu Bakar
Bagi pihak defendan: Fakhrul Azman Abu Hasan; Tetuan Azaine & Fakhrul
Bagi pihak defendan: Mohd Reza Mohd Rafie; Tetuan Chambers of Rafie Mohd
Hisham Halim
2 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

Shafie Associates
Bagi pihak defendan: Nur Hidayah A Bakar; Tetuan Kamar Ainiah & Co
Bagi pihak defendan: Kamar Ainiah Kamaruzaman
Bagi pihak defendan: Mohd Rafie Mohd Shafie

[Permohonan plaintif ditolak.]

PENGHAKIMAN

Mohamed Hizwan Mohamed Nor H:

Fakta Kes

[1] Kes ini merupakan kes tuntutan sabitan nusyuz yang telah difailkan oleh
Hisham Bin Tan Sri Halim, yang merupakan Plaintif dalam kes ini melalui
peguam syarienya yang pertama, Puan Sa'adiah binti Din daripada Tetuan
Sa'adiah, Khoo, Lo & Co pada 3 Mac 2017 di Mahkamah Rendah Syariah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Plaintif turut diwakili oleh Tuan
Mohamad Shahril bin Mohamad Nasir (berwakalah pada 2 Mac 2017
daripada Tetuan Sa'adiah, Khoo, Lo & Co), Dato' Haji Zainul Rijal bin Abu
Bakar dan Tuan Muhammad Shafiq bin Ibrahim (berwakalah pada 5 April
2017 daripada Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir) (Notis Penarikan Diri
Peguam Syarie Dato' Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar bertarikh 11 Januari
2018), Tuan Mohd Irwan bin Mohd Mubarak dan Tuan Muhammad Asyraf
bin Abdul Halim (berwakalah pada 19 Oktober 2017 daripada Tetuan Mohd
Irwan bin Mohd Mubarak), Lt. Kol (B) Tuan Ahmad bin Daud (berwakalah
pada 15 Januari 2018 daripada Tetuan Ahmad Daud & Associates) (Notis
Penarikan Diri Peguam Syarie bertarikh 3 Ogos 2018) dan Dato' Seri Haji
Amli bin Haji Embong (berwakalah pada 16 Januari 2018 daripada Tetuan
Amli & Associates) (Notis Penarikan Diri Peguam Syar ie bertarikh 30 Julai
2018).

[2] Defendan, Maya Binti Dato' Ahmad Fuaad yang diwakili oleh Tuan
Fakhrul Azman bin Abu Hasan (berwakalah pada 13 Mac 2017 daripada
Tetuan Azaine & Fakhrul) (Notis Penarikan Diri Peguam Syarie be1tarikh 20
Mac 2017), Tuan Dr Mohd Rafie bin Mohd Shafie dan Tuan Mohd Reza bin
Mohd Rafie (berwakalah pada 23 Mac 2017 daripada Tetuan Chambers of
Rafie Mohd Shafie & Associates) (Notis Penukaran Peguam Syarie daripada
Tuan Dr Mohd Rafie bin Mohd Shafie kepada Puan Kamar Ainiah binti
Kamaruzaman dan Puan Nur Hidayah binti A Bakar oleh Defendan pada 19
Oktober 2017), Puan Kamar Ainiah binti Kamaruzaman dan Puan Nur
Hidayah binti A Bakar (berwakala h pada 19 Oktober 2017 daripada Tetuan
Kamar Ainiah & Co) telah memfailkan Pembelaan pada 2 November 2017
setelah Saman dan Pernyataan Tuntutan diterima pada 3 Mac 2017 dan
seterusnya Jawapan Kepada Pembelaan difailkan pada 16 November 2017.

[3] Pihak-pihak di dalam kes adalah merupakan pasangan suami isteri yang
sah. Melalui pernikahan pada 18 Ogos 2007 dan telah didaftarkan di negeri
Selangor Darul Ehsan melalui Surat Perakuan Nikah, bilangan daftar nikah:
1013/2007 (Dalam negeri: Petaling Jaya), no sijil: 177051. Hasil daripada
Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 3

perkahwinan tersebut, pihak-pihak telah dikurniakan dengan 2 orang cahaya


mata yang masing-masin g berusia 2 dan 4 tahun semasa kes ini didaftarkan.

[4] Plaintif menetap di rumah perkahwinan pihak-pihak di alamat No 16-B-1,


Hampshire Park, 6-8, Persiaran Hampshire, 50450 Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, manakala Defendan yang juga beralamat yang sama dengan
Plaintif adalah dipercayai menetap di alamat terakhir yang diketahui oleh
Plaintif selepas Defendan meninggalkan rumah perkahwinan adalah di No 40,
Jalan TR 9/2, Tropicana Golf & Country Resort, 47410 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

[5] Alasan yang dikemukakan oleh Plaintif untuk mahkamah mengisytiharkan


bahawa Defendan telah nusyuz terbadap Plaintif sejak 20 Februari 2017
apabila Defendan telah meninggalkan rumah perkahwinan dan enggan pulang
sehingga kini (kes difailkan). Seramai 3 orang saksi Plaintif dan 2 orang saksi
Defendan telah dikemukakan sepanjang dalam perbicaraan kes ini.

[6] Defendan juga ada memfailkan bantahan awal melalui Permohonan


Interlokutori (untuk membatalkan Saman Tuntutan Sabitan Nusyuz No
14006-058-0043-2017) no Permohonan: 14006-041-0232-2017. Pihak-pihak
turut memohon untuk menyoal balas deponen bagi kes permohonan
interlokutori ini setelah segala kertas kausa dan pliding permohonan ini
selesai.

[7] Walau bagaimanapun Permohonan interlokutori tersebut telah ditarik balik


keseluruhannya oleh Defendan dalam kes ini pada 19 Oktober 2017 dan
kedua-dua pihak bersetuju secara sendirinya soal balas terhadap kedua-dua
deponen juga terbatal. Mahkamah meneruskan perbicaraan bagi tuntutan
sabitan nusyuz ini mulai 2 November 2017 untuk pemfailan Pembelaan
sehinggalah kes ini selesai keputusan berdasarkan tuntutan di bawah s 59 Akta
Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 8
Ogos 2018.

Alasan Penghakiman Mohamed Hizwan Bin Mohamed Nor, Hakim


Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

[8] Sebelum diteruskan kepada isu dalam bicara, suka terlebih dahulu
mahkamah membangkitkan berkenaan arahan-arahan atau rulling yang
dikeluarkan sebelum ini berkenaan dengan ketetapan tarikh bagi hujahan-
hujahan bertulis dimasukkan. Mahkamah menegaskan bahawa hanya
mempertimbangkan hujahan yang dimasukkan sebagaimana yang telah
ditetapkan tarikhnya.

[9] Walaupun mahkamah dapati adanya permohonan yang dibuat untuk


melanjutkan tempoh kemasukkannya, ia tidaklah bermaksud mahkamah
wajib menerima permohonan tersebut lebih-lebih lagi tiada sebarang
keputusan atau kebenaran mahkamah berikan bagi memperakukan
permohonan tersebut. Keadaan ini tidaklah menghilangkan keadilan bahkan
hak dan keadilan pihak-pihak tetap dijaga. Pertimbangan berdasarkan fakta
dan dapatan dalam perbicaraan akan menjadi panduan dalam memutuskan
Hisham Halim
4 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

kes ini.

[10] Seterusnya mahkamah berpandangan adalah wajar sandaran nusyuz


menurut syarak dan takrifannya serta elemen-elemen yang berkaitan dengan
pensabitannya diperhalusi terlebih dahulu sebelum isu bagi kes ini disentuh
dan dihuraikan.

[11] Merujuk kepada surah Al-Nisa' ayat 34 dan ayat 128, Allah swt
berfirman:

Bermaksud:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum perempuan,


kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas
sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki)
telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Maka
perempuan-perempuan yang salehah, ialah mereka yang taat
kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada,
kerana Allah telah memelihara (mereka). Dan perempuan-
perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan
derhaka (nusyuz), hendaklah kamu menasihati mereka, dan
(jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur,
dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan
pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika
mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari
jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha
Tinggi, lagi Maha Besar.
Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 5

Bermaksud:

Dan jika seorang perempuan (isteri) bimbang suaminya akan


nusyuz atau bersikap tidak acuh, maka tidak mengapa bagi
keduanya mengadakan perdamaian yang sebenarnya, dan
perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia
itu menurut tabiatnya kikir dan jika kamu bergaul dengan
isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan
sikap tak acuh), maka Sesungguhnya Allah adalah maha
mengetahui apa yang kamu kerjakan.

[12] Berdasarkan kepada 2 ayat di atas, nusyuz telah didefinasikan oleh ramai
ulama' dengan pelbagai takrifan. Mahkamah telah merujuk definasi nusyuz ini
kepada takrifan daripada Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji 'ala mazhabi Al-Imam As-
Syafie , susunan Dr Mustafa Al-Khin, Dr Mustafa Al-Bugha dan Ali Al-
Sharbaji yang telah mendefinasikan nusyuz secara umum adalah derhaka.

[13] Mahkamah turut bersetuju takrifan nusyuz berdasarkan istilah menurut


hukum syarak yang dikemukakan Plaintif sebagaimana yang dihuraikan oleh
Prof Dr Muhammad Az-Zuhaily dalam kitabnya;

percetakan Darul Qalam, Damsyek, cetakan


pertama 1428H/2007M, juzuk keempat, pada ms 90-91, yang menyebut:
Hisham Halim
6 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

Bermaksud:

"Nusyuz menurut istilahnya adalah sikap buruk yang sering


dilakukan oleh seseorang isteri. Dan nusyuznya isteri adalah
dengan bersikap melawan suaminya dan keengganannya
untuk melaksanakan kewajiban yang diperintahkan Allah
untuk mentaati suaminya. Allah swt berfirman yang
bermaksud, "... dan perempuan-perempuan yang kamu
bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz)... 'Surah An-
Nisaa' sebahagian dari ayat 34, yang memberi maksud isteri
yang dibimbangi atau dikhuatiri melawan suamiya yang mana
dengan bersikap sedemikian bermakna isteri berkenaan telah
tidak mentaati suaminya lagi dan juga tidak tunduk kepada
suaminya"

[14] Surah An-Nisa ayat 128 pula menjelaskan bahawa nusyuz bukan sahaja
berlaku ke atas isteri sebagaimana yang umum maklumi, bahkan ia juga turut
berlaku ke atas suami. Adakalanya nusyuz juga turut berlaku ke atas suami
dan isteri dalam satu masa yang sama.

[15] Merujuk kepada kitab yang sama, isteri yang nusyuz bermaksud isteri
menderhakai dan tidak mentaati suami sebagaimana yang diwajibkan oleh
Allah swt manakala suami yang nusyuz pula bermaksud suami yang berpaling
daripada melaksanakan tanggungjawab dan amanah ke atas isterinya seperti
tidak berlaku adil dalam kehidupan berpoligami antara isteri-isteri dalam
memberi giliran bermalam atau tidak memberi nafkah yang sewajarnya atau
berlaku kasar sama ada secara tutur kata atau perbuatan dan seumpamanya.

[16] Adanya nusyuz ke atas suami dan ke atas isteri ini turut dikuatkan lagi
dengan sabda Rasulullah saw:-

Bermaksud:
Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 7

Daripada Muawiyah Bin Haidar ra katanya aku berkata:

"Wahai Rasulallah... apakah hak isteri ke atas kami


(suami)?" Jawab Baginda saw: "Hendaklah engkau
memberi makan kepadanya sebagaimana engkau
makan dan memberi pakaian sebagaimana engkau
berpakaian dan jangan memukul wajahnya, jangan
menghinanya dan janganlah engkau
mengasingkannya/meninggalkannya (ketika nusyuz)
kecuali di dalam rumah."

Sabda Baginda saw lagi

Bermaksud:

"Demi Allah yang jiwa Muhammad berada dalam


genggamanNya! Seseorang isteri tidaklah menunaikan hak
tuhannya sehinggalah dia menunaikan hak suaminya."

[17] Kedua-dua hadis di atas jelas menggambarkan bahawa sifat nusyuz itu
boleh berlaku bukan semata-mata ke atas isteri terhadap suaminya, bahkan ia
juga berlaku ke atas suami terhadap isterinya. Hadis pertama memberi maksud
bahawa wujudnya nusyuz ke atas suami apabila seseorang suami itu dengan
sengaja tidak melaksanakan tanggungjawab yang wajib ke atas diri dalam
menafkahi isterinya serta melakukan perkara-perkara yang menyentuh dan
memudharatkan fizikal diri dan hati si isteri. Manakala nusyuznya seseorang
isteri pula apabila dengan sengaja keluar daripada mentaati suami dalam
perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syarak.

[18] Dalam mensabitkan seseorang isteri itu nusyuz, ia tidaklah dikira dengan
hanya semata-mata wujudnya perbuatan ke arah nusyuz itu sahaja. Elemen-
elemen wujudnya sifat atau kelakuan ke arah nusyuz daripada sebelah isteri
dan elemen-elemen pencegahan terhadapnya daripada sebelah pihak suami
perlulah dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang isteri itu boleh dianggap
atau diisytiharkan sebagai nusyuz.

[19] Setelah segala elemen tersebut dipenuhi, maka wajarlah seseorang isteri
itu boleh disabitkan dengan nusyuz jika tiadanya pula elemen ketaatan atau
penginsafan daripadanya dan penganiayaan daripada pihak suami. Umumnya
elemen-elemen tersebut, iaitu elemen-elemen nusyuz, pencegahan
terhadapnya dan ketaatan serta penganiayaan telah dinyatakan dalam ayat-
ayat di atas dan juga dalam takrifan nusyuz tersebut. Dalam mensabitkan
seseorang isteri itu nusyuz, hanya mahkamah sahaja yang berhak dan diberi
kuasa untuk mensabitkannya. Perkara ini telah jelas sebagaimana s 59 Akta
Hisham Halim
8 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

303 yang telah memperuntukkan bahawa:

s 59. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan kesan


nusyuz

(1)...............

(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah,


seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz
atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau
perintah sah suaminya, iaitu, antara lain:

(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;

(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan


dengan kemahuan suaminya;

(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu


rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah
mengikut Hukum Syarak.

(3)...............

[20] Kuasa yang diberikan dan diperuntukkan kepada mahkamah ini bukanlah
bermaksud menganiayai atau mengambil hak kuasa mana-mana pihak, tetapi
ia sebagai suatu maslahah ummat dalam keadaan fasaadul zaman atau
rosaknya zaman kita pada hari ini agar ia tidak sewenang-wenangnya
digunakan ruang yang diberikan oleh syarak. Ia juga selaras dengan kaedah
fiqhiyyah, susunan Al-Imam Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyuti dalam
kitabnya Al-Ashbah Wa al-Nazair fi Qawa'id wa Furu' al-Syafieah, Jilid 1, ms
278 yang berbunyi:

Bermaksud:

Pemerintah menguruskan rakyat berdasarkan kemaslahatan.

[21] Justeru itu, setelah perihal sabitan nusyuz ini serta elemen-elemennya
dinyatakan oleh mahkamah, maka wajarlah bagi mahkamah terlebih dahulu
meneliti beberapa perkara yang menjadi isu utama persoalan bagi kes ini iaitu:

i. Sama ada mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar dan


membicarakan serta memutuskan kes nusyuz atau tidak.

ii. Sama ada permohonan Plaintif untuk mahkamah mengisytiharkan bahawa


Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 9

Defendan telah nusyuz sejak 20 Februari 2017 apabila Defendan telah


meninggalkan rumah perkahwinan sehingga kini adalah wajar atau tidak

iii. Sama ada permohonan Plaintif untuk mahkamah memerintahkan


Defendan kembali taat kepada Plaintif, pulang ke rumah perkahwinan pihak-
pihak di Hampshire bersama anak-anak dan seterusnya diperintahkan sesi
kaunseling diberi kepada Plaintif dan Defendan adalah wajar atau tidak.

Isu Pertama: Sama Ada Mahkamah Ini Berbidangkuasa Untuk Mendengar


Dan Membicarakan Serta Memutuskan Kes Nusyuz Atau Tidak.

[22] Sebelum memutuskan sebarang tuntutan, mahkamah merujuk


peruntukan undang-undang berhubung takat kuasa yang diberikan untuk
membicarakan kes ini. Merujuk kepada s 46 (2)(b)(i) yang dibaca bersama
dengan s 47 (2) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1993 [Akta 505], secara umumnya telah menjelaskan bahawa
tuntutan nusyuz ini boleh berdiri dengan sendirinya dalam membicarakannya.

Seksyen 46. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

(1) Mahkamah Tinggi Syariah, hendaklah mempunyai bidang kuasa


di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah diketuai oleh
seorang Hakim Syarie.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:-

(a)...............

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan emutuskan


semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak
adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan:

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju', perceraian,


pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau
pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara
yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami
isteri;

s 47. Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah


mempunyai bidang kuasa di seluruh Wilayah-Wilayah
Persekutuan dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim
Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah:-

(a)...............

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan


Hisham Halim
10 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

memutuskan semua tindakan dan prosiding yang


Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk
mendengar dan memutuskannya, yang amaun atau
nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan
dengan wang.

[23] Penmtukan s 47(2)(b) memperuntukkan bahawa dalam bidang kuasa mal


Mahkamah Rendah Syariah, hendaklah mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan presiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk
mendengar dan memutuskannya selagi mana perkara yang dipertikaikan itu
nilainya tidak melebihi daripada lima puluh ribu ringgit atau tidak dapat
dianggarkan dengan wang. Ini termasuklah kes nusyuz yang tidak boleh
dianggarkan dengan wang dan tiada pula dalam apa-apa undang-undang atau
peraturan yang menghadkan daripada kes ini didengar di Mahkamah Rendah
Syariah.

[24] Seterusnya bagi persoalan sama ada Plaintif mempunyai locus untuk
memulakan kesnya ini di Wilayah Persekutuan atau tidak, Mahkamah
merujuk kepada penmtukan yang diberi berdasarkan s 4 Akta Undang-undang
Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] yang
menyatakan:

Seksyen 4 Pemakaian

Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata selainnya, Akta ini


terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Wilayah
Persekutuan dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam
Wilayah Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan.

[25] Dalam kes ini, mahkamah dapati, Plaintif ada melampirkan dalam lkatan
Dokumen Plaintif suatu akuan Pengesahan Tempat Tinggal di Wilayah
Persekutuan yang bertarikh 23 Februari 2017, tetapi tiada sebarang tandaan
dibuat. Umumnya, permastautinan Plaintif tidak dibuktikan sewajamya
sementelah tempat perkahwinan dan alamat dalam kad pengenalan Plaintif
beralamat di Selangor, namun berdasarkan kepada pliding pihak-pihak,
mahkamah dapati tiadanya bantahan secara khusus oleh Defendan berkenaan
permastautinan Plaintif, bahkan Defendan dalam Pembelaannya bersetuju
dengan fakta alamat tempat tinggal Plaintif sebagaimana yang terkandung
dalam Pernyataan Tuntutannya.

[26] Dalam isu ini, mahkamah turut merujuk kepada fakta yang dinyatakan
dalam pliding-pliding bagi kes-kes yang dimulakan oleh Defendan di negeri
Selangor iaitu kes Permohonan Perceraian (10001-055-0248-2017) yang
didaftarkan pada 1 Mac 2017 dan kes Tuntutan Hadhanah (10300-028-0117-
2017) serta Notis Permohonan Interim Hadhanah (10300-038-0118-2017) yang
didaftarkan pada 22 Februari 2017. Ketiga-tiga kes ini telah didaftarkan
terlebih dahulu daripada kes nusyuz yang dibicarakan ini dan mahkamah
dapati secara konsisten, Defendan dalam kes-kes tersebut telah meletakkan
pengiktirafan bahawa Plaintif sememangnya menetap di No 16-B-1,
Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 11

Hampshire Park, 6-8, Persiaran Hampshire, 50450 Wilayah Persekutuan


Kuala Lumpur dan/atau Halim Mazmin Berhad, 49, The Boulevard, Mid
Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Kes-kes tersebut telah dijadikan sebagai eksibit oleh Defendan dalam
Permohonan Interlokutori Bantahan Awalnya (l4006-041-0232-2017) terhadap
kes nusyuz ini.

[27] Eksibit-eksibit dalam permohonan tersebut, mahkamah berpendapat


wajar diterima sebagai 1 qarinah yang kuat dan tidak perlu dipertikaikan lagi
akan alamat tempat tinggal Plaintif ini. Mahkamah berpuas hati bahawa
tindakan-tindakan Defendan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa
Plaintif sememangnya menetap di alamat yang dinyatakan seperti dalam
Pernyataan Tuntutan Plaintif dan seterusnya melayakkan Plaintif untuk
memfailkan kes di bawah s 59 Akta 303 ini.

[28] Seterusnya mahkamah turut merujuk kepada bantahan awal yang telah
difailkan oleh Defendan pada 24 Mac 2017. Antara alasan bantahan awal
tersebut adalah Defendan tidak bersetuju saman kes nusyuz Plaintif ini
difailkan berasingan kerana Defendan terlebih dahulu telah memfailkan kes
permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling melalui no
saman 10001-055-0248-2017. Defendan berhujah bahawa kes Permohonan
perceraian yang difailkannya adalah merupakan kes induk dan sewajarnya kes
nusyuz ini hendaklah difailkan sebagai pembelaan bagi kes permohonan
perceraian tersebut. Hujah Defendan ini bersandarkan kepada Arahan Amalan
no 11 tahun 2001 yang menyatakan:

Arahan Amalan No 11 Tahun 2001

Kes Nusyuz

Saya ingin menarik perhatian YAA kepada keputusan Mesyuarat


Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 2/2000
pada 9-11 Oktober 2000 di Melaka dan keputusan Mesyuarat Ketua-
ketua Hakim Syarie kali ke 17 di Labuan 27 Oktober 2000 bersamaan
dengan 26 Rejab 1421 telah bersetuju dan mengesahkan untuk
menerimapakai arahan berhubung Kes Nusyuz. Kes ini hendaklah
didengar dalam kes induk dan tidak perlu dibuat berasingan. Mana-
mana kes Nusyuz yang telah diputuskan sebelum daripada
permohonan cerai, tidak boleh dibuka semula dalam kes permohonan
cerai tersebut. Arahan ini adalah berkuatkuasa serta merta.

[29] Berkenaan dengan hujahan Defendan yang menyandarkan kepada


Arahan Amalan No 11 Tahun 2001 tersebut, mahkamah berpendapat bahawa
Defendan telah terkeliru dari sudut perjalanan dan perlaksanaan kedua-dua
kes permohonan perceraian dan nusyuz tersebut. Kedua-dua kes tersebut
adalah tidak dinafikan bermula dengan saman. Namun dari sudut
pengendalian dan perjalanan kedua-dua kes ini adalah berbeza.

[30] Tuntutan sabitan nusyuz yang berdasarkan s 59 Akta/Enakmen Undang-


undang Keluarga Islam adalah kes yang bersifat dakwaan yang memerlukan
Hisham Halim
12 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

kepada perbicaraan bagi mengemukakan dakwaan dan pembuktian. Sebelum


sesuatu perbicaraan untuk mengemukakan dakwaan dan pembuktian tersebut,
pihak-pihak adalah diberi ruang untuk menyatakan Pembelaan dan Jawapan
Kepada Pembelaan. Setiap peringkat tersebut lazimnya adalah dibuat secara
dokumentasi.

[31] Ini berbeza dengan permohonan perceraian yang dimohon berdasarkan s


47 Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, yang tidak melibatkan
dokumentasi Pembelaan dan Jawapan Kepada Pembelaan dalam perbicaraan.
Prosiding bagi kes permohonan perceraian ini tidaklah bersifat dakwaan yang
perlu dibuktikan dengan syarat pembuktian yang ketat tetapi hanyalah melalui
proses pertemuan, perbincangan dan pengislahan atau pemisahan secara paksa
bergantung kepada fakta dan situasi kes.

[32] Oleh itu, mahkamah dapati Defendan telah tersalah arah dan terkhilaf
dalam memahami Arahan Amalan No 11 Tahun 2001 tersebut. Tidak timbul
isu nusyuz perlu dijadikan sebagai pembelaan dalam kes tuntutan perceraian
tersebut dan maksud Arahan Amalan No 11 Tahun 200l adalah tidak terpakai
bagi kes yang dimulai dengan tuntutan perceraian walaupun dalam masa yang
sama wujudnya tuntuan nusyuz daripada sebelah pihak yang lain.

[33] Walau bagaimanapun, mahkamah dapati bantahan awal ini telah ditarik
balik oleh Defendan pada 19 Oktober 2017. Walauapapun tindakan Defendan
dalam bantahan awal ini, dan sebagaimana yang mahkamah telah hujahkan di
atas, mahkamah berpendirian bahawa mahkamah ini sememangnya
berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan kes yang di hadapan
mahkamah ini. Mahkamah turut berpendapat hujahan yang dikemukakan
oleh Defendan dalam kes bantahan awal tersebut juga adalah tidak releven
selain ia turut menjadi bukti yang kukuh bahawa Plaintif berhak memulakan
kesnya di mahkamah ini setelah status locus Plaintif tidak dicabar secara
langsung dan khusus.

Isu Kedua: Sama Ada Permohonan Plaintif Untuk Mahkamah


Mengisytiharkan Bahawa Defendan Telah Nusyuz Sejak 20 Februari 2017
Apabila Defendan Telah Meninggalkan Rumah Perkahwinan Sehingga Kini
Adalah Wajar Atau Tidak.

[34] Tuntutan yang difailkan oleh Plaintif pada 3 Mac 2017 secara jelas
memohon kepada mahkamah ini untuk mensabitkan bahawa Defendan telah
nusyuz sejak daripada 20 Februari 2017 sehingga kini akibat tindakan
meninggalkan rumah perkahwinan pihak-pihak. Merujuk kepada pliding dan
semua kertas kausa yang telah difailkan oleh pihak-pihak, mahkamah dapati
tiada sebarang penafian berkenaan fakta Defendan meninggalkan rumah
perkahwinan pihak-pihak ini pada 20 Februari 2017. Bahkan fakta ini turut
diakui oleh Defendan, dengan bersebab, sama ada sebagaimana yang
dinyatakan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 2 November
2017 mahupun pengakuan secara lisan.

[35] Selain fakta keluarnya Defendan daripada rumah perkahwinan pihak-


pihak pada 20 Februari 2017, Defendan turut menyatakan bahawa
Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 13

tindakannya itu rentetan daripada situasi kejadian yang berlaku antara pihak-
pihak pada 18 Februari 2017. Defendan membangkitkan adanya perbalahan
antara Plaintif dan Defendan pada 18 Februari 2017 sehingga Plaintif telah
menghalaunya keluar daripada rumah perkahwinan tersebut.

[36] Defendan turut menyatakan bahawa adanya perbalahan lain sebelum


daripada 18 Februari 2017, namun perbalahannya dengan Plaintif pada 18
Februari 2017 adalah merupakan kemuncak perbalahan sehingga timbul
nekad di hati untuk meninggalkan rumah perkahwinan pihak-pihak tersebut.
Hal ini disebabkan Defendan telah dihalau dan ditohmah oleh Plaintif semasa
dalam perbalahan tersebut. Bahkan, dakwaan Defendan, Plaintif turut pemah
menghalau Defendan dalam perbalahan-perbalahan sebelum ini.

[37] Timbul persoalan, kemuncak perbalahan berlaku pada 18 Februari 2017,


sedangkan tindakan keluar daripada rumah adalah pada 20 Februari 2017,
maka adakah benar Defendan telah dihalau oleh Plaintif? Adakah wujud
elemen-elemen halau sebagai mana dakwaan Defendan? Apakah cara atau
tindakan Plaintif menghalau Defendan? Mengapa setelah dihalau pada waktu
tersebut Defendan mengambil masa yang panjang untuk keluar daripada
rumah tersebut jika benar telah dihalau?

[38] Isu-isu inilah yang telah berbangkit sepanjang perbicaraan semenjak kes
ini difailkan sehinggalah kepada penggulungan hujah. Pada prinsipnya,
adanya perbuatan atau tindakan atau kelakuan nusyuz seperti yang didakwa
oleh Plaintif ke atas Defendan iaitu Defendan telah keluar daripada rumah
perkahwinan pihak-pihak adalah wujud yang secara tidak langsung telah
dibukt ikan dan diakui oleh masing-masing pihak. Namun, sejauh mana
tindakan Defendan meninggalkan rumah perkahwinan pihak-pihak boleh
mengakibatkan dirinya disabitkan dengan sabitan nusyuz perlulah di teliti
terlebih dahulu dakwaan Plaintif dan alasan Defendan ini sama ada
memenuhi kehendak dan ketetapan syarak sebagaimana yang dianjurkan atau
sebaliknya. Mahkamah sebelum sesuatu sabitan di buat akan meneliti perkara-
perkara ini berdasarkan kepada panduan daripada surah an-Nisa' ayat: 34
sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.

[39] Berdasarkan panduan ayat surah an-Nisa' ayat: 34 tersebut, secara


jelasnya apabila wujudnya sesuatu sifat atau tindakan derhaka seorang isteri
kepada suami yang bertentangan dengan syarak, tidaklah boleh isteri tersebut
terus dinisbahkan kepada nusyuz dan dihukum dengan menafikan hak yang
sepatutnya diterima daripada suaminya selagimana kewajipan suami untuk
mengislahkan isterinya dilaksanakan terlebih dahulu.

[40] Dalam kes ini, dakwaan Plaintif bahawa Defendan telah meninggalkan
rumah perkahwinan sebagai alasan untuk sabitan nusyuz adalah tidak
dinafikan oleh Defendan, bahkan Defendan mengakuinya dengan alasan
beliau telah dihalau oleh Plaintif. Dalam kedua-dua dakwaan oleh Plaintif dan
Defendan ini, umumnya dakwaan Plaintif telah terbukti bahawa wujudnya
tindakan Defendan telah meninggalkan rumah perkahwinan pihak-pihak,
manakala dakwaan Defendan bahawa beliau telah dihalau oleh Plaintif agak
kesamaran.
Hisham Halim
14 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

[41] Sabda baginda Rasulullah saw yang juga menjadi kaedah fiqh dalam isu
dakwaan berbunyi;

Bermaksud:

Keterangan tertanggung ke atas pihak yang mendakwa,


manakala yamin (sumpah penafian) terlanggung ke atas orang
yang didakwa.

[42] Untuk menentukan beban pembuktian sesuatu fakta maka adalah perlu
dirujuk kepada takrif al-mudaie dan al-mudda 'a alaih terlebih dahulu.
Mahkamah tidak bergantung kepada pihak-pihak yang dinamakan di dalam
kes ini sebagai Plaintif dan Defenden bagi menentukan ke atas siapa
terletaknya beban pembuktian sesuatu fakta. Ianya amat penting supaya
mahkamah tidak tersilap meletakkan beban pembuktian sesuatu fakta ke atas
mana-mana pihak.

[43] Dalam perkara ini, Dr Abdul Karim Zaidan telah menulis dalam kitabnya
Nizam al-Qadha di hlm 106; Beliau menyatakan bahawa untuk mengetahui
dan membezakan antara " al-mudda'ie dan " al-mudda 'a alaih " adalah
merupakan suatu pengetahuan yang wajib dikuasai oleh seseorang hakim dan
pihak-pihak yang bertikai supaya ia boleh menentukan siapa al-mudda'ie yang
ditanggung atasnya dengan keterangan (pembuktian) dan siapa al-mudda'a
alaih yang ditanggung ke atasnya dengan "yamin" atau sumpah apabila ia
menafikan dakwaan pihak mudda'ie sebagaimana yang dikehendaki dalam
hadis Nabi saw di atas. Betapa pentingnya pengetahuan berkenaan dengan
perkara ini diungkapkan oleh beliau dengan kata-kata seperti berikut:

Bermaksud:

Cara yang boleh menentukan siapa al-mudda'ie dan siapa pula


al-mudda' alaih adalah dengan mengetahui perbezaan antara
keduanya. Sekali imbas perbezaan antara keduanya tidak
begitu jelas dan tidak ketara kerana bukanlah semua orang
yang menuntut (Plaintif) adalah mudda 'ie dan bukanlah
Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 15

semua orang yang kena tuntut itu (Defendan) adalah al-


mudda'a alaih. Kerana itu Para Fuqaha telah memasukkan
dalam takrif mereka beberapa ciri yang dapat membezakan
antara keduanya.

[44] Beliau di dalam hlm 102-103 telah memperturunkan beberapa takrif yang
diberikan oleh fuqaha, antaranya:

Bermaksud:

(1) " al-mudda'ie ialah seseorang yang mendakwa sesuatu


perkara yang tersembunyi, al-mudda'a alaih pula adalah orang
yang mendakwa sesuatu yang zahir lagi jelas"

(2) " al-mudda'ie ialah orang yang kata-katanya menyalahi asal


atau dapat kebiasaan ('urf) manakala al-mudda'a alaih pula
orang yang kata-katanya menepati asal atau 'urf."

[45] Takrif ini adalah selari dengan takrifan yang terdapat dalam Kitab Mughni
al-Muhtaj, Jilid 6, hlm 421 yang menyatakan:

Bermaksud:

Mengikut pendapat yang azhar, al-mudda'ie ialah orang yang


kata-katanya menyalahi zahir sesuatu perkara, manakala
orang yang didakwa (al-mudda'a alaih) ialah orang yang kata-
katanya menepati zahir sesuatu perkara.

[46] Asal atau zahir sesuatu itu mengikut kaedah fiqh iyyah adalah seperti
berikut:
Hisham Halim
16 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

Bermaksud:

Asal itu tidak ada atau asal pada perkara yang baru muncul
atau yang mendatang itu tidak ada.

[47] Tn Hj Mohd Salleh b Hj Ahmad (kini Dato'), dalam bukunya Qawa' id al-
Fiqhiyyah dihalaman 590-591 menghuraikan maksud kaedah seperti berikut:

"Umumnya diketahui bahawa al'adam (tiada) iatu adalah lebih dahulu


daripada al-wujud (ada), maka setiap sesuatu yang didakwa muncul
dan wujudnya bererti ia di dahului oleh al-a'dam. Justeru itu maka al-
a'dam yang mendahului ke alas al-wujud yang didakwa itu telah sabit
dengan yakin, sementara benda yang didakwa wujud sebelum
dibuktikan adalah masyquk fihi (diragui) sedangkan keyakinan
sesuatu perkara tidak boleh dihilangkan dengan zan lawannya sahaja.
Oleh yang demikian maka al-a'dam itulah yang diyakini kerana ia
sesuatu keadaan yang tabi'e dan perubahan kepada wujud itu sesuatu
perkara yang baru yang diragukan, lagipun al-'adam itulah yang asal,
maka mesti dikekalkan hingga terbukti sabit sesuatu yang
menghilangkannya."

[48] Takrifan dalam penjelasan berkenaan dakwaan dan pendakwaan yang


telah dihuraikan oleh Dr Abdul Karim Zidan dalam kitabnya Nizm al-Qadha',
telah di fahami dengan mudah bahawa bagi isu Defendan keluar
meninggalkan rumah perkahwinan disebabkan dihalau oleh Plaintif
merupakan satu dakwaan yang baharu yang perlu dibuktikan oleh Defendan.
Ini kerana, sepanjang perkahwinan selama hampir 10 tahun, pihak-pihak telah
menetap di Hamshire Park Apartment tanpa sebarang isu atau masalah yang
berbangkit. Maka, tinggalnya Defendan di rumah perkahwinan tersebut
adalah pada kedudukan hukum asalnya, dan keluar daripada rumah dengan
alasan yang dikemukakan merupakan kedudukan baharu yang perlu
dibuktikan.

[49] s 75, Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah


Persekutuan) 1997 [Akta 561] menyatakan:

s 75 Beban membuktikan tentang fakta tertentu

Beban membuktikan tentang apa-apa fakta tertentu terletak pada


orang yang berkehendakkan Mahkamah mempercayai tentang
kewujudan fakta itu.

MISALAN

A berhasrat supaya Mahkamah mempercayai bahawa pada


masa yang berkenaan itu dia berada di suatu tempat lain.

Dia mestilah membuktikannya.


Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 17

[50] Berdasarkan keadaan ini, setelah terbuktinya isu pertama bahawa


Defendan telah keluar daripada rumah perkahwinan, maka selanjutnya timbul
isu kedua dalam persoalan kedua ini, iaitu sama ada Defendan berjaya
membuktikan atau tidak bahawa tindakannya keluar daripada rumah
perkahwinan pada 20 Februari 2017 adalah disebabkan dihalau oleh Plaintif
dan seterusnya boleh mengangkat sabitan nusyuz dikenakan ke atasnya.

[51] Dakwaan bahawa Plaintif telah menghalau Defendan daripada rumah


perkahwinan, Defendan telah mengemukakan keterangan berbentuk
dokumentar iaitu rakaman audio perbalahan antara Defendan dan Plaintif
yang turut dibuat secara bertulis hasil percakapan lisan Defendan dan Plaintif
tersebut. Rakaman tersebut merupakan rakaman perbalahan yang berlaku
antara Defendan dan Plaintif pada 18 Februari 2017. Rakaman suara dan
skrip perbalahan secara bertulis tersebut telah ditender ke dalam mahkamah
ini dan telah diterima dan ditanda sebagai IDD1 dan D2.

[52] Berkaitan IDD1 dan D2 itu, persoalan yang mesti mahkamah ambil
perhatian ialah sama ada IDD1 dan D2 itu boleh dikatakan berupaya
membuktikan terus fakta persoalan iaitu Plaintif telah menghalau Defendan
daripada rumah perkahwinan atau hanya berupaya membuktikan fakta
qarinah wujudnya perbuatan itu.

[53] IDD1 yang merupakan salinan rakaman audio yang telah direkod oleh
Defendan sewaktu perbalahannya dengan Plaintif, adalah merupakan
dokumen berstatus persendirian. Sebelum mahkamah boleh menerima
dokumen ini, Defendan perlulah terlebih dahulu membuktikan kepada
mahkamah ini bahawa ketulenan IDD1 adalah sama sebagaimana rakaman
asal yang dibuat melalui telefon bimbitnya dan seterusnya memenuhi
kehendak penerimaan berdasarkan undang-undang.

[54] Ketulenan dokumen IDD1 ini telah disahkan oleh Encik Mohammad
Zahid Bin Ismail, saksi Defenden pertama (SD1). SD1 ini merupakan pegawai
daripada Cyber Security Malaysia berjawatan sebagai Juru analisis Forensik
Digital pengkhususan bahan bukti berbentuk digital. Satu laporan forensik
digital telah dianalisis oleh SD1 telah dikemukakan kepada mahkamah ini.
Menurut SD1 berdasarkan analisis dibuat sebagaimana yang dinyatakan
dalam laporan tersebut, telah memperakui bahawa IDD1 yang ditanderkan
kepada Mahkamah adalah salinan daripada rakaman yang asal yang telah
dibuat atau dirakam dengan menggunakan telefon bimbit Defendan.

[55] Laporan forensik digital oleh SD 1 bertarikh 9 Mac 2018, telah disahkan
oleh Encik Mohd Zabri Adil Bin Talib, Ketua Jabatan Forensik Digital, Cyber
Security Malaysia bertarikh 12 Mac 2018. Laporan ini diterima masuk oleh
mahkamah dan ditanda sebagai D23.

[56] Status SD1 ini yang berkepakaran dalam bidang forensik digital,
mahkamah boleh menerima sebagai satu pandangan berstatus pandangan
pakar. Kedudukan ini selari sebagaimana maksud yang dinyatakan dalam s 33
Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997
Hisham Halim
18 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

[Akta 561].

Seksyen 33. Pendapat pakar.

(1) Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu


perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains
atau seni, atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap
jari atau berhubungan dengan penentuan nasab, maka pendapat atas
perkara itu daripada orang yang mempunyai kemahiran khusus dalam
undang-undang negara asing, sains atau seni itu, atau dalam soal
tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau
berlwbungan dengan penentuan nasab, ialah qarinah.

(2) Orang sedemikian itu dipanggil pakar.

(3) Dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk


memberikan keterangan jika boleh tetapi jika tidak terdapat dua orang
pakar, maka keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika dua
orang pakar memberikan pendapat yang berlainan, maka pakar yang
ketiga hendaklah dipanggil untuk memberikan keterangan.

MISALAN

Soalnya ialah sama ada suatu dokumen tertentu ditulis oleh A


Suatu dokumen lain dikemukakan y ang dibuktikan atau
diakui telah ditulis oleh A.

Pendapat pakar atas soal sama ada kedua-dua dokumen itu


telah ditulis oleh orang yang sama atau oleh orang yang
berlainan ialah qarinah.

[57] Setelah kewajaran yang patut dibuat oleh Defendan untuk membolehkan
dokumen IDD1 ini diterima masuk sebagai salah satu bentuk pembuktian dan
setelah mahkamah dapati status dokumen ini masih berstatus ID, mahkamah
berpendapat walaupun tanpa diubah oleh mana-mana pihak, ia wajar diubah
ke pada D1.

[58] Seterusnya merujuk kepada D2, yang merupakan teks percakapan


sewaktu perbalahan antara Plaintif dan Defendan pada 18 Februari 2017 yang
telah dibuat dalam bentuk tulisan, serta telah diterjemahkan daripada Bahasa
Inggeris kepada Bahasa Melayu, telah disahkan oleh pihak Institut
Tetjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bahawa dokumen D2 tersebut telah
diterjemahkan oleh Puan Che Norhasimah Binti Abd Hamid (KP: 670625-02-
5412), saksi Defenden ke-2 (SD2) yang merupakan seorang yang berjawatan
sebagai Penterjemah/Editor Kanan, Bahagian Terjemahan Dokumen, ITBM.
Pengesahan ini diperakukan oleh Puan Siti Rafiah Sulaiman, Ketua Jabatan
Terjemahan dan Latihan, ITBM.

[59] Mahkamah berpendapat, dokumen D2 ini boleh diterima dan


kandungannya wajar diperhalusi.
Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 19

[60] Berdasarkan kepada D1 dan D2 yang merupakan rakaman suara dan teks
serta terjemahannya, Defendan telah menghujahkan bahawa terdapatnya
beberapa kata-kata Plaintif yang secara jelas menghalau Defendan. Antaranya:

- if you don't want to be My wife anymore, get the fuck out.

- You can go off right now

- Get lost la. Dan sebagainya.

[61] Mahkamah dapati, sepanjang perbicaraan, Defendan konsisten


menegaskan bahawa tindakannya keluar daripada rumah perkahwinan pada
20 Februari 2017 tersebut adalah disebabkan kata-kata Plaintif terhadapnya
sebagaimana yang terdapat dalam D1 dan D2. Mahkamah juga dapati
tiadanya penafian oleh Plaintif berkenaan pemilik suara yang terdapat dalam
D1 yang didakwa adalah milik Plaintif dan Defendan.

[62] D1 dan D2 juga ditenderkan kepada mahkamah sewaktu bermulanya


Keterangan Utama Defendan (KUD) sehinggalah selesai bagi menyokong
dakwaannya telah dihalau oleh Plaintif.

[63] Dalam usaha Defendan untuk membuktikan wujudnya kejadian halau


sewaktu perbalahan tersebut, mahkamah berpendirian, sewajarnya boleh
diberi ruang kepada Plaintif untuk menyatakan maksud kata-katanya
walaupun secara zahir, kata-kata Plaintif sewaktu perbalahan tersebut agak
menyakitkan, namun dalam isu ini yang berkaitan dengan dihalau,
mahkamah tidak menafikan dan mempertikaikan akan kewujudan kata-kata
seperti dakwaan Defendan antaranya seperti yang telah dinyatakan di
perenggan 60 diatas iaitu: get the fuck out, get lost la.. dan sebagainya.

[64] Selain itu, berdasarkan kepada D1 & D2, mahkamah turut memperhalusi,
memperhati dan mendapati wujudnya juga kata-kata lain yang menjadi
kesamaran yang antaranya "If you don't want to be My wife anymore get the
fuck out." and "You can go off right now" yang masing-masing hasil
terjemahannya "Kalau awak tak mahu jadi isteri saya lagi awak boleh
berambus" dan "awak boleh pergi sekarang". Jika diteliti, baik daripada kata-
kata asal atau daripada teks percakapan serta terjemah, ia merupakan seakan
ada kesinambungan daripada kata-kata awal hingga akhir. Difahami
daripadanya, wujud juga seakan adanya pilihan yang dibuat dan diberi oleh
Plaintif.

[65] Persoalan yang timbul, adakah tawaran yang diberi itu melalui lafaz "If
you don't want to be my wife anymore get the fuck out" merupakan satu
tawaran yang bersifat berpanjangan tempohnya atau terhad pada waktu
tersebut?

[66] Bagi persoalan ini, jika dilihat secara umum dan tanpa mengambil kira
kaedah asal bagi sesuatu lafaz, mahkamah ini bersetuju dengan hujahan
Plaintif bahawa tindakan Defendan keluar daripada rumah perkahwinan pada
Hisham Halim
20 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

20 Februari 2017 itu merupakan suatu fakta yang telah mati dan luput dari
perbuatan Plaintif pada 18 Februari 2017.

[67] Fakta bahawa Plaintif, Defendan dan anak-anak telah menghadiri majlis
makan malam sempena hari jadi Plaintif telah disokong oleh saksi Plaintif ke-
2 (SP2), Encik Mohamad Redzwan Mokhtar Bin Jantan. SP2 merupakan
pemandu Plaintif yang telah membawa Plaintif sekeluarga ke Pavillion,
tempat diadakan majlis tersebut.

[68] Menurut SP2, keadaan Plaintif dan keluarga, kelihatan biasa sahaja, tiada
kejanggalan kelihatan dan suasana seperti keluarga biasa sahaja iaitu bahagia.
Plaintif turut kemukakan dokumen sokongan yang lain iaitu gambar semasa
majlis tersebut yang ditanda sebagai P16J. Gambar tersebut dikemukakan bagi
menggambarkan suasana hubungan Plaintif dan Defendan pada ketika itu,
yang ceria dan bahagia.

[69] Selain itu, pihak-pihak turut tidak menafikan bahawa pada 19 Februari
2017, pihak-pihak turut ada keluar bersama ke Jungle Gym di Bangsar
Shopping Centre. Plaintif turut mengemukakan salinan rakaman video dan
sesalinan gambar hasil "screen shoot" video di Jungle Gym bagi membuktikan
pada ketika itu hubungan Plaintif dan Defendan adalah mesra. Kedua-dua
dokumen tersebut adalah tidak dibantah dan masing-masing ditanda sebagai
P13 dan P16K. Mahkamah menerima dokumen tersebut untuk sebagai
pertimbangan.

[70] Justeru itu, mahkamah berpendapat, bentuk pembuktian bagi dakwaan ini
sewajamya turut diberi ruang ke pada Plaintif untuk menjelaskan juga kata-
katanya setelah rakaman suara ini ditender dan dimainkan dalam mahkamah.
Ini adalah adil bagi kedua-dua belah pihak bagi menjelaskan maksud masing-
masing terhadap kata-kata dalam rakaman tersebut. Malangnya ia tidak
berlaku terhadap Plaintif dan ruang tersebut hanya dapat dinikmati oleh
Defendan.

[71] Mahkamah memuji usaha Defendan bagi membuktikan dakwaannya,


namum perlu difahami dalam membuktikan sesuatu perkara, elemen mengejut
bukan sahaja banyak membantu, bahkan ia juga boleh menikam kembali dan
meletakkan keadilan itu adalah lebih utama.

[72] Pendirian mahkamah ini adalah bersandarkan kepada situasi kejadian


tersebut yang mana tiada bukti lain dikemukakan bagi menggambarkan
Defendan telah dihalau secara tindakan semasa perbalahan pada 18 Februari
2017 tersebut. Hanya rakaman suara sahaja yang Defendan kemukakan
sedangkan dalam rakaman tersebut, adanya kata-kata dan maksud yang
menjadi samar-samar yang memerlukan kepada penjelasan lanjut oleh kedua-
dua belah pihak. Hal ini se bagaimana kehendak kaedah fiqh.
Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 21

Bermaksud:

Maksud atau tujuan sesuatu lafaz itu bergantung kepada niat


orang yang melafazkannya.

[73] Selain persoalan tersebut, berdasarkan D1 dan D2 mahkamah turut dapati


adanya kata-kata Plaintif yang dibuat terhadap Defendan secara tidak wajar
dan agak kejelikan. Suka mahkamah rekodkan kata-kata Plaintif tersebut
terhadap Defendan antaranya "bloody annoying", "Bloody nonsense", "As if
you know tlte bloody religion so well" dan lain-lain lagi. Lafaz-lafaz ini
mahkamah kira ia merupakan satu lafaz yang jelas dan berbunyi kejelekan.

[74] Mahkamah berpendapat, tindakan Plaintif yang telah mengeluarkan kata-


kata tersebut, secara tidak langsung telah menyalahi dan melanggari
peringatan Rasulullah saw kepada para suami sebagaimana hadis yang
dibacakan pada awal tadi di perenggan 16 di atas.

[75] Rasulullah saw secara jelas telah memberi peringatan kepada para suami
bahawa antara hak isteri ke atas suaminya adalah tidak disakiti hatinya
dengan dilemparkan kata-kata yang buruk atau jelek. Mahkamah
berpandangan, sekiranya seseorang suami telah melakukan perkara-perkara
yang telah menjadi tegahan ke atasnya dan diperlaku kepada isterinya, maka
secara tidak langsung, lahimya sifat nusyuz ke atas diri suami tersebut.

[76] Sekiranya lafaz-lafaz Plaintif ini dan lahimya terlebih dahulu sifat nusyuz
Plaintif ke atas Defendan, menjadi sandaran bagi Defendan untuk keluar
meninggalkan rumah perkahwinan, mahkamah menjadi tanda tanya adakah
ia boleh menjadi tiket bagi seseorang isteri untuk keluar daripada rumah
perkahwinan yang disediakan oleh suaminya?

[77] Dalam keadaan ini, perlu difahami nusyuznya seorang suami tidaklah
menghilangkan haknya untuk terus ditaati oleh isterinya dan isterinya tersebut
masih lagi berkewajipan untuk terus kekal di rumah perkahwinannya
selagimana perbuatan nusyuz tersebut tidak memudaratkan tubuh dan nyawa
isteri tersebut. Hal ini kerana, nusyuznya suami itu adalah menjadi asbab dan
ruang untuk isteri dipisahkan atau difasakhkan pernikahan mereka oleh
pemerintah atau Hakim sekiranya dikehendaki. Namun selagimana
pernikahan masih berlaku, ketaatan masih tetap perlu diberikan.

[78] Berbeza dengan nusyuznya seorang isteri, kuasa talak boleh digunakan ke
atas isterinya jika si suami berputus asa atau gagal untuk mengembalikan
ketaatan daripada isterinya kepada dirinya serta hilangnya kerukunan dalam
rumahtangga. Sekiranya tidak digunakan kuasa talak tersebut, dan segala
usaha telah dibuat, maka si suami berhak untuk menahan daripada terus
memberi nafkah yang wajib ke atas isterinya sehinggalah isterinya tersebut
Hisham Halim
22 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

kembali taat kepadanya. Dan inilah yang dimaksudkan sebagaimana dalam


peruntukan di bawah s 59 Akta 303, iaitu kesan akibat nusyuz.

[79] Merujuk keterangan Defendan semasa sidang sesi soal semula, Defendan
menyatakan bahawa sewaktu meninggalkan rumah perkahwinan pada 20
Februari 2017, rumah tersebut dalam keadaan selamat dan tidak berbahaya
atau tidak memudaratkan ke atas fizikal diri Defendan jika masih kekal di
dalam rumah tersebut.

[80] Seterusnya mahkamah merujuk kepada salinan rakaman video CCTV di


kawasan rumah perkahwinan pihak-pihak pada 20 Februari 2017 yang turut
dikemukakan oleh Plaintif. Salinan rakaman video CCTV ini yang telah
ditayangkan di dalam mahkamah ini dan ditandakan sebagai P14 setelah tiada
bantahan daripada Defendan, memaparkan suasana sewaktu kejadian barang-
barang daripada rumah Plaintif di bawa keluar. Terpapar dalam rakaman
tersebut, pergerakan Defendan bersama 2 orang anak pihak-pihak sewaktu
meninggalkan rumah perkahwinan tersebut. Turut dikenalpasti individu
dalam rakaman tersebut ialah ibu Defendan, Datin Teh Fauziah, kakak
Defendan, Nadia Dato' Ahmad Fuaad dan pembantu rumah pihak-pihak.
Selain itu, turut kelihatan 2 orang lelaki berbaju merah dan 2 orang lelaki
berbangsa cina berbaju biru. Individu-individu ini dikenalpasti mereka yang
membantu Defendan meninggalkan rumah perkahwinan tersebut bersama
dengan barang-barang berharga yang diambil atau dikeluarkan daripada
rumah pihak-pihak. Senarai barang-barang tersebut sebagaimana yang
dinyatakan dalam laporan-laporan polis yang dibuat oleh Plaintif dan
Defendan yang masing-masing ditandakan sebagai P5 dan D5.

[81] Selanjut nya mahkamah merujuk kepada keterangan saksi Plaintif ke-3
(SP3), Nawaraj Shrestha Pradhan, warga Nepal yang berkhidmat sebagai
supervisor pengawal keselamatan di Hampshire apartment. Mahkamah
dimaklumkan oleh SP3, pada hari kejadian beliau ada membenarkan 2 orang
lelaki yang memperkenalkan diri sebagai kontraktor penyelenggaraan servis
aircond ke rumah pihak-pihak setelah keizinan penghuni rumah tersebut
diperolehi. SP3 turut memperakui bahawa beliau melihat ada barang-barang
yang dibawa turun daripada rumah pihak-pihak.

[82] SP3 turut menyatakan bahawa barang-barang yang dibawa turun tersebut
telah diakui oleh Datin Teh Fauziah bahawa ia merupakan miliknya dan
hanya beliau sahaja yang berpindah.

[83] Berdasarkan kepada keterangan dokumen P14 dan SP3, Mahkamah


menjadi tanda tanya apaka h benar Defendan dihalau atau Defendan
berpindah keluar? Dan mahkamah juga menjadi sangsi terhadap peranan ibu
dan kakak Defendan pada waktu itu. Persoalan-persoalan inilah yang masih
belum terjawab.

[84] Oleh itu, mahkamah ini membuat kesimpulan, hasil daripada semua
persoalan yang berbangkit dan fakta yang diperolehi bagi dakwaan Defendan
bahawa tindakannya keluar daripada rumah perkahwinan pada 20 Februari
2017 adalah disebabkan dihalau oleh Plaintif adalah terbukti sebaliknya.
Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 23

[85] Seterusnya mahkamah melihat kepada isu ke-3 bagi persoalan utama ke-2
ini, bahawa sama ada wujud usaha pencegahan yang wajar oleh Plaintif
daripada terus berpanjangan perbuatan nusyuz oleh Defendan atau
sebaliknya.

[86] Kembali merujuk kepada surah an-Nisa Ayat 34, Islam secara jelas telah
meletakkan tanggungjawab dalam membimbing serta memimpin rumahtangga
di bahu orang lelaki umumnya dan suami khususnya. Penekanan
tanggungjawab ini secara jelas apabila Allah swt mendatangkan kalimah al-

Rijal Yang dimulakan dengan isim makrifah. Justeru dalam


apa keadaan sekalipun, adalah menjadi tanggungjawab suami atau orang
lelaki untuk memastikan orang yang di bawah tanggungjawabnya diberi
didikan dan nasihat sewajarnya.

[87] Kembali kepada kes di hadapan mahkamah ini, setelah mahkamah


berpuashati bahawa dakwaan Defendan meninggalkan rumah perkahwinan
disebabkan dihalau oleh Plaintif adalah terbukti sebaliknya, ini secara tidak
langsung membawa maksud bahawa tindakan Defendan tersebut boleh
disabitkan dan diisytiharkan telah berlaku nusyuz ke atas Plaintif semenjak 20
Februari 2017.

[88] Namun begitu, sabitan seseorang isteri itu telah nusyuz, tidaklah boleh
dibuat dengan hanya bersandarkan kepada tindakan nusyuz isteri semata-mata
tanpa terlebih dahulu melihat kepada usaha suami untuk mengislahkan
isterinya terlebih dahulu.

[89] Fakta usaha yang telah dilakukan oleh Plaintif pada 20 Februari 2017
pada sebelah malam untuk mengislahkan keadaan yang berlaku setelah
Defendan keluar daripada rumah perkahwinan pihak-pihak pada siang
harinya tidak dinafikan oleh mana-mana pihak. Mahkamah mendapati, pada
malam 20 Februari 2017, setelah Plaintif mendapati rumah perkahwinannya
sunyi daripada Defendan dan anak-anak, Plaintif segera mendapatkan
keberadaan Defendan dan segera ke rumah ibu bapa Defendan di Tropicana
Golf & Country Resort, Petaling Jaya, setelah keberadaan Defendan dan
anak-anak dikenal pasti.

[90] Plaintif mendakwa, ada berusaha beberapa kali untuk menghubungi


Defendan melalui telefon bimbitnya, namun gagal untuk bercakap dengan
Defendan dan panggilan yang seterusnya telah disambut atau dijawab oleh ibu
Defendan, Datin Teh Fauziah. Selain itu, setelah usahanya gagal untuk
bercakap dengan Defendan bagi mendapatkan kepastian punca masalah yang
dihadapi, Plaintif turut berusaha dengan menghubungi Defendan secara
imassage. Umumnya mahkamah dapati imassage yang dikirim oleh Plaintif
yang ditandai dengan P15a sehingga P15g turut terkandung kata-kata rayu
dan kecintaan kepada Defendan.

[91] Pada 21 Februari 2017, Plaintif sekali lagi ke kediaman ibu bapa
Hisham Halim
24 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

Defendan untuk bertemu dan memujuk Defendan, setelah usaha pertamanya


gagal pada hari sebelumnya. Usaha kedua ini juga turut gagal. Fakta-fakta ini
tidak dibantah oleh Defendan dan pada prinsipnya mahkamah berpandangan
ia adalah diakui.

[92] Fakta ini turut disokong oleh bapa Plaintif, Tan Sri Halim Bin
Mohammad yang merupakan saksi Plaintif pertama (SP1). SP1 mengakui
bahawa pada malam 20 Februari 2017, beliau telah dihubungi oleh Plaintif
yang memaklumkan Defendan dan anak-anak pihak-pihak telah tiada di
rumah perkahwinan mereka. SP1 turut menyatakan mengetahui insiden yang
berlaku pada malam 20 Februari 2017 dan 21 Februari 2017 ke atas Plaintif
semasa Plaintif berada di hadapan rumah ibu bapa Defendan untuk memujuk
Defendan.

[93] Seterusnya, mahkamah dimaklumkan bahawa SP1 turut memainkan


peranan aktif dalam menyelesaikan masalah yang berlaku ini. Usaha SP l
untuk bertemu dengan bapa dan ibu Defendan bagi menyelesaikan masalah
ini dizahirkan melalui teks perbualan Whatsapp SP I dengan bapa Defendan
pada 21 Februari 2017, 25 Februari 2017 dan 4 Mac 2017 dan juga teks
perbualan whatsapp SP1 dengan ibu Defendan pada 27 Februari 2017 yang
masing-masing ditanda secara kolektif sebagai P7 dan P8. P7 dan P8 ini
mahkamah berpendapat ia boleh diterima setelah pengakuan daripada
pembuat dokumen ini, iaitu SP1 sendiri dikemukakan dan tiada bantahan
daripada pihak Defendan.

[94] Selain usaha-usaha tersebut, mahkamah turut dibentangkan bahawa ada


usaha lain yang telah dibuat oleh Plaintif bagi mencegah perbuatan nusyuz ini
daripada berterusan. Antaranya adalah surat daripada peguam syarie Plaintif
(Datuk Akberdin Bin Hj bdul Kader) kepada peguam syarie Defendan
terdahulu Tuan Fakhrul Azman bin Abu Hassan supaya memujuk Defendan
kembali semula ke rumah perkahwinan pihak-pihak dan usaha Plaintif untuk
mengadakan perbincangan dengan Tan Sri Romli Khusairi namun telah
ditolak oleh keluarga Defendan. Mahkamah dapati, dakwaan usaha-usaha ini
telah tidak dibuktikan dengan sewajarnya.

[95] Timbul persoalan, adakah memadai usaha yang telah dilakukan oleh
Plaintif yang hanya semata-mata berhubung dengan Defendan melalui
whatsapp atau SMS dan tidak mengikut sebagaimana yang dianjurkan syarak
berdasarkan surat an-Nisa' ayat 34 tersebut. Dan bagaimanakah kedudukan
usaha yang dibuat oleh SP1, adakah boleh diterima atau sebaliknya?

[96] Bagi menjawab persoalan ini, mahkamah pada prinsipnya bersetuju


dengan hujahan Plaintif yang merujuk kepada penghakiman hakim bicara
dalam kes Nurul Huda Binti Ismail lwn. Nurrizal Bin Ahmad Imran dalam
koleksi penghakiman JAKESS (2009) 171 yang mana dalam kes ini Defendan
iaitu suami telah menuntut balas terhadap permohonan fasakh Plaintif dengan
dakwaan Defendan bahawa Plaintif telah berlaku nusyuz kerana telah keluar
daripada rumah perkahwinan.

[97] Penghakiman dalam kes tersebut, YA Hakim telah mengulas berdasarkan


Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 25

surah an-Nisa ayat 34 yang secara jelas menyatakan suami perlulah melalui
ketiga-tiga peringkat seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut sebelum
seseorang isteri itu boleh diisytiharkan sebagai nusyuz.

[98] Tanpa menjejaskan penghormatan terhadap keputusan kes tersebut,


mahkamah ini turut merujuk kepada pandangan yang terdapat dan
dibahaskan dalam kitab Tafsir Ayat Ahkam susunan Sheikh Ali Al-Sais, pada
jilid I halaman 101-102 yang menyatakan terdapatnya 2 pandangan fuqaha
dalam mentafsirkan ayat 34 surah an-Nisa tersebut, sama ada perlu mengikut
tertib atau tidak.

[99] Pendapat fuqaha yang mengatakan tidak perlu mengikut tertib

mengatakan bahawa huruf "wau" tersebut tidak bermaksud turutan.


Dan memadai dengan menggunakan salah satu uqubat atau ketiga-tiganya
sekali tanpa mengikut tertib yang disebut dalam ayat ini Manakala fuqaha
yang mengatakan perlu mengikut tertib iaitu hukuman berdasarkan daripada
yang kurang kepada yang kuat dan lebih kuat.

[100] Dalam meraikan pendapat fuqaha dan panduan yang telah diberikan
oleh YA Hakim bicara dalam kes Nurul Huda tersebut, dalam membuat
pertimbangan dan pendirian mahkamah terhadap kes yang dibicarakan ini,
perlulah dilihat dalam segenap aspek dan zuruf keadaan yang berlaku antara
Plaintif dan Defendan. Mahkamah berpendirian usaha yang telah dilakukan
oleh Plaintif bagi mengislahkan hubungan Plaintif dan Defendan adalah
memadai dan boleh diterima.

[101] Ini disebabkan beberapa faktor yang menghalang Plaintif daripada


melaksanakan segala saranan yang telah dianjurkan dalam ayat 34 surah an-
Nisa tersebut. Antara faktor yang menjadi penghalang, apabila terputusnya
hubungan secara langsung antara Plaintif dan Defendan serta kurangnya
sokongan dan bantuan yang diterima daripada pihak-pihak yang rapat serta
berkepentingan dalam menyelesaikan kemelut ini.

[102] Selain itu, mahkamah turut melihat usaha dan peranan aktif yang
dimainkan oleh SPI dalam membantu Plaintif untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Mahkamah memuji usaha yang telah dilakukan walaupun
tidak berjaya. Secara tidak langsung, mahkamah melihat usaha tersebut telah
meraikan saranan yang telah dianjurkan oleh al-Quran berdasarkan panduan
kepada surah an-Nisa ayat 35 yang berbunyi:
Hisham Halim
26 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

Bermaksud:

Dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara


keduanya, maka kirimlah seorang hakam dari keluarga laki-
laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan. Jika kedua
orang hakam itu bemaksud mengadakan perbaikan, niscaya
Allah memberi taufiq kepada suami isteri itu. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

[103] Secara jelas, al-Quran telah menya takan, sekiranya berlaku konfliks di
antara 2 pihak yang bertelagah atau berbalah, maka hadirkanlah wakil bagi
kedua-dua pihak sebagai orang tengah, pembantu untuk meredakan konflik
yang dihadapi. Justeru, peranan SP1, mahkamah mengiktiraf sebagai
sebahagian daripada tindakan yang termasuk usaha menghalang daripada
berterusan berlakunya nusyuz dalam diri Defendan.

[104] Seterusnya mahkamah melihat kepada isu ke-4 dalam persoalan untuk
ke-2 ini apabila Defendan enggan pulang ke rumah perkahwinan dengan
alasan di kemukakan sama ada wajar diterima atau sebaliknya.

[105] Bagi isu ini, Defendan dalam keterangan telah mengemukakan beberapa
alasan yang menjadi sebab keengganannya untuk kembali semula kepada
Plaintif di rumah perkahwinan pihak-pihak secara umumnya, mahkamah
dapati 3 alasan utama telah dikemukakan oleh Defendan, iaitu terdapatnya
notis tindakan undang-undang telah difailkan oleh Plaintif terhadap ibu
Defendan bertarikh 7 Julai 2017 dan terhadap Defendan bertarikh 13 Oktober
2017. Selain itu, terdapatnya juga 3 perintah perlindungan interim (IPO) ke
atas Defendan yang dimeterai pada 10 Julai 2017 yang masing-masing
ditandai dengan IDD16, IDD15 dan IDD17.

[106] Walaupun kesemua dokumen tersebut ditandai dengan ID, namun tiada
sebarang penafian daripada Plaintif. Berdasarkan kepada fakta yang
terkandung pada kesemua dokumen tersebut, mahkamah dapati kesemua
tindakan tersebut dibuat paling awal 5 bulan selepas kejadian Defendan
meninggalkan rumah perkahwinan.

[107] Mahkamah juga dapati, perintah perlindungan interim yang dikeluarkan


ke atas Defendan adalah bertujuan untuk menghalang Defendan daripada
menggunakan keganasan rumahtangga ke atas Plaintif dan kedua-dua anak
pihak-pihak. Ini berbeza dengan apa difahami oleh Defendan bahawa perintah
tersebut adalah bertujuan untuk menghalangnya daripada menghampiri
Plaintif dan anak-anak. Maksud perintah ini jelas sebagaimana yang
terkandung dalam perintah tersebut dan juga tajuk perintah. Maka jelaslah
Defendan telah tersalah arah akan kefahaman berkenaan perintah tersebut.

[108] Mahkamah berpendapat, alasan-alasan ini adalah tidak relevan untuk


dikemukakan oleh Defendan sebagai alasan yang sah yang perlu mahkamah
terima kerana keengganan Defendan pulang ke rumah perkahwinan.
Kejadian-kejadian yang berlaku sehingga wujudnya perintah tersebut juga
Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 27

hadir setelah kes permohonan sabitan nusyuz ini difailkan.

[109] Oleh itu, alasan Defendan ini, mahkamah berpendapat adalah tidak
relevan dan ditolak.

Isu Ketiga: Sama Ada Permohonan Plaintif Untuk Mahkamah


Memerintahkan Defendan Kembali Taat Kepada Plaintif, Pulang Ke Rumah
Perkahwinan Pihak-Pihak Di Hampshire Bersama Anak-Anak Dan
Seterusnya Diperintahkan Sesi Kaunseling Diberi Kepada Plaintif Dan
Defendan Adalah Wajar Atau Sebaliknya.

[110] Sebelum permohonan ini diputuskan oleh mahkamah, segala fakta dan
hujahan Plaintif bagi maksud permohonan ini diteliti terlebih dahulu
disebabkan wujudnya juga permohonan untuk mensabitkan Defendan sebagai
isteri yang nusyuz, iaitu permohonan utama bagi kes yang difailkan ini. Ini
menjadi kejanggalan apabila perintah kembali taat yang dimohon ini menjadi
perintah yang mengikut atau susulan daripada perintah sabitan nusyuz,
sedangkan selayaknya perintah sabitan nusyuz adalah menjadi akibat daripada
kegagalan isteri kembali taat kepada suaminya setelah diperintahkan.

[111] Pada hemat mahkamah, berdasarkan keterangan pihak-pihak sepanjang


perbicaraan, tindakan permohonan agar mahkamah memerintahkan
Defendan kembali taat kepada Plaintif dan seterusnya diperintahkan sesi
kaunseling diberi kepada Plaintif dan Defendan adalah merupakan salah satu
usaha pengislahan oleh Plaintif untuk menghalang Defendan daripada terus
berkelakuan nusyuz. Mahkamah memuji dan tidak menolak ia merupakan
salah satu usaha yang murni.

[112] Walaubagaimanapun, setiap masalah ia mempunyai kaedah dan cara


untuk mengatasinya. Persoalan yang berbangkit setelah berjaya dibuktikan
seseorang isteri itu nusyuz dan disabitkan ke atasnya, adakah masih wajar
diperintahkan isteri untuk kembali taat kepada suami sedangkan sabitan
nusyuz itulah akibat daripada keengganan isteri untuk taat kembali kepada
suami setelah diperintahkan dan jika diperintahkan juga, apakah kesan
berikutan jika isteri tetap enggan kembali taat kepada suaminya. Perkara inilah
yang mahkamah dapati tidak dibentangkan oleh mana-mana pihak. Dan
apakah faedah dan kesannya jika perintah kembali taat seperti yang dimohon
diluluskan oleh mahkamah atau sebaliknya dalam keadaan nusyuz itu telah
terbukti dan disabitkan. Inilah yang perlu dilihat agar sesuatu perintah itu
tidak menjadi 1 perintah yang kosong dan tinggal semata-mata perintah.

[113] Justeru, mahkamah berpendapat, permohonan Plaintif untuk


mendapatkan perintah kembali taat ini adalah merupakan suatu tindakan yang
baik, namun pada peringkat ini, ia telah menjadi tidak relevan. Keadaan ini
tidaklah bermaksud Defendan boleh berterusan dan bebas keluar rumah serta
tinggal berasingan, tetapi tindakan Defendan tersebut yang tidak pulang ke
rumah perkahwinan, hanya memanjangkan lagi tempoh berlakunya nusyuz.

[114] Seterusnya merujuk kepada lain-lain perintah yang dimohon yang di


antaranya mohon Plaintif dan Defendan diberikan kaunseling. Pada dasarnya,
Hisham Halim
28 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

mahkamah amat mengalu-alukan pasangan yang menghadapi masalah


rumahtangga untuk merujuk kepada pihak kaunselor bertauliah. Tindakan
untuk mendapatkan nasihat dalam apa jua keadaan amatlah dituntut. Peranan
inilah yang dimainkan oleh pihak kaunselor. Ini selaras sebagaimana maksud
kehendak hadis Nabi saw yang berbunyi:

Bermaksud:

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu


'anhu, bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda, "Agama itu nasihat". Kami pun bertanya, "Hak
siapa (nasihat itu)?". Beliau menjawab, "Nasihat itu adalah
hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaun muslimin
dan rakyatnya (kaum muslimin)". (HR Muslim)

[115] Sebelum permohonan ini diputuskan, mahkamah mendapati bahawa


pihak-pihak juga turut dalam proses perceraian yang telah difailkan oleh
Defendan dalam kes ini. Salinan Tuntutan Cerai Saman No: 10001-055-0248-
2017 turut dikemukakan. Selain itu, mahkamah turut dikemukakan laporan
Jawatankuasa Pendamai (JKP), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
Petaling, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Laporan ini adalah status
semasa proses kes permohonan perceraian tersebut setakat 17 Januari 2018.
Kedua-dua dokumnen ini tidak dibantah dan masing-masing ditandai sebagai
D4 dan P18.

[116] Menurut keputusan yang terkandung dalam P18, pihak jawatankuasa


memohon kepada mahkamah yang mengendalikan permohonan cerai tersebut
agar diberi 1 tempoh tangguhan selama 6 bulan untuk mengadakan sesi
rundingan kali ke-2 mulai 1 Februari 2017. Umumnya, jika dihitung, tempoh
tersebut juga turut telah tamat pada hari ini.

[117] Walaupun tanpa dimaklumkan status terkini atau keputusan mahkamah


yang mendengar kes perceraian tersebut terhadap permohonan yang dibuat,
mahkamah ini tidaklah menjadi buntu, bahkan berpandangan kes pennohonan
perceraian tersebut masih diperingkat awal. Ini berdasarkan laporan daripada
JKP yang memohon agar sesi rundingan kali ke-2 dapat diadakan.

[118] Perlu difahami, peranan yang dimainkan oleh JKP adalah hampir sama
bahkan mungkin lebih, sebagaimana yang dilaksanakan oleh pihak
kaunseling. Cuma perlaksanaannya adalah dengan melibatkan seorang wakil
daripada ahli keluarga pihak-pihak sebagai pembantu dan pemudah cara.
Selain seorang wakil daripada setiap ahli keluarga pihak-pihak, komposisi ahli
Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 29

JKP ini kebiasaannya turut terdiri daripada seorang Pegawai Hal Ehwal Islam
atau Pegawai Kaunseling/Kaunselor dari bahagian/unit runding cara
keluarga di pejabat agama yang bertindak sebagai pengerusi JKP disamping
sebagai tempat rujuk hukum bagi isu permasalahan yang dibangkitkan.

[119] Seandainya sidang JKP tersebut gagal untuk mencapai persetujuan dan
permuafakatan, maka kes tersebut akan dilanjutkan kepada proses timbangtara
Hakam. Diperingkat ini, peranan yang sama akan mainkan oleh hakam-
hakam dalam usaha untuk mengislahkan pasangan terlebih dahulu. Hakam-
hakam yang di lantik merupakan individu yang kompeten bukan sahaja
mewakili pihak-pihak malah turut diberi kuasa sebagai pemutus dan penentu
hala tuju rumahtangga.

[120] Medan yang ada inilah yang perlu diberi perhatian dan digunakan
sebaiknya oleh pihak-pihak bagi merungkai permasalahan yang dihadapi.

[121] Justeru, bagi mengelak berlakunya pertindihan fungsi dan demi


menghormati proses sedia ada serta mengharmonikan perjalanan pihak-pihak
terhadap kes-kes yang sedang diuruskan, mahkamah ini berpendirian,
permohonan Plaintif agar diperintahkan sesi kaunseling diberi kepada Plaintif
dan Defendan juga adalah tidak relevan dan ditolak.

Kesimpulan

[122] Sepanjang perbicaraan ini, mahkamah dapati tiada pertikaian berkenaan


bidangkuasa mahkamah untuk mendengar dan memutuskan tuntutan yang
diangkat ini. Pihak Defendan juga tidak mencabar kesahan Plaintif untuk
memulakan kes ini di mahkamah ini, bahkan tindakan-tindakan Defendan
dalam mengemukakan kertas kausa dan dokumentas-dokumentasi yang
berkaitan sama ada dalam kes ini mahupun dalam isu bantahan awal secara
tidak langsung mengiktiraf tempat tinggal Plaintif dengan konsisten walaupun
Plaintif pada awalnya gagal mengemukakan pembuktian sewajarnya.

[123] Mahkamah turut berpuas hati dakwaan Plaintif bahawa Defendan telah
meninggalkan rumah perkahwinan bermula 20 Februari 2017 yang terbukti
dengan pengakuan Defendan secara tidak langsung. Manakala dakwaan
Defendan bahawa tindakannya keluar daripada rumah perkahwinan pihak-
pihak disebabkan dihalau oleh Plaintif adalah terbukti sebaliknya apabila
Defendan gagal meyakinkan mahkamah dan membuktikan wujud niat dan
tindakan halau dari pihak Plaintif ke atasnya. Disebabkan itu, dakwaan
Plaintif wajar dibenarkan.

[124] Usaha-usaha pencegahan oleh Plaintif terhadap Defendan daripada


berterusan adanya sifat nusyuz tersebut juga diiktiraf oleh mahkamah sebagai
usaha yang wajar walaupun adanya keterbatasan disebabkan faktor-faktor
yang tidak dapat dielak dan menjadi penghalang daripada ia sempurna.

[125] Keterangan dan kredibiliti saksi-saksi juga tidak diragui oleh mahkamah.
Mahkamah merujuk perkara ini di bawah s 83 (1) (2) dan 86 (5) Akta 561:
Hisham Halim
30 lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad [2018] 1 MSLR

s 83. Siapa yang boleh memberikan keterangan sebagai saksi.

(1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, semua orang Islam


adalah kompeten untuk memberikan syahadah, atau bayyinah sebagai
saksi dengan syarat bahawa mereka adalah 'aqil, baligh, 'adil,
mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka.

Huraian - Seseorang Islam adalah, disifatkan 'adil jika dia menunaikan


obligasi agamanya, melaksanakan kewajipan agama yang ditetapkan,
menahan diri daripada melakukan dosa besar dan tidak terus menerus
melakukan dosa kecil.

(2) Seseorang yang bukan Islam adalah kompeten untuk memberikan


bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima
mengikut Hukum Syarak.

Huraian - Bayyinah seorang pakar bukan Islam terhadap seorang


Islam boleh diterima, jika dikehendaki.

s 86. Bilangan saksi.

(5) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen


ini, keterangan hendaklah diberikan oleh dua orang saksi lelaki atau
oleh seorang saksi lelaki dan dua oring saksi perempuan.

[126] Pihak-pihak juga mahkamah mendapati mengemukakan saksi-saksi yang


memenuhi kehendak s 83(1) Akta 561 melainkan saksi Plaintif ke-3, yang
menjadi tanda tanya berkenaan status agamanya. SP3 yang berasal daripada
negara Nepal tidak dinyatakan dan diperincikan berkenaan pegangan
agamanya. Mahkamah berpandangan, walau apapun status agama SP3, bagi
isu keterangan yang diberi oleh SP3 ini, mahkamah tidak menjadi ragu-ragu
bahkan boleh menerima keterangan SP3 tersebut. Keterangan SP3 hanyalah
berkisar berkenaan situasi kawalan dan kejadian yang berlaku di tempat
kediaman pihak-pihak dan sekiranya SP3 beragama selain daripada agama
islam, SP3 masih termasuk dalam peruntukan di bawah s 83 (2) akta yang
sama.

[127] SP2 juga tiada keraguan dan wajar diterima. Keterangan SP2 mahkamah
mendapati adalah untuk menguatkan lagi dakwaan Plaintif berkenaan
hubungan dan situasi antara pihak-pihak pada 18 Februari 2017 sehingga
tarikh Defendan keluar daripada rumah perkahwinan pihak-pihak. Bagi SP1,
mahkamah terlebih dahulu merujuk kepada s 85(4) Akta yang sama:

s 85. Keterangan suami, isteri, ibu bapa dan anak

(1)...............

(2)...............

(3)...............
Hisham Halim
[2018] 1 MSLR lwn. Maya Dato' Ahmad Fuaad 31

(4) Keterangan ibu bapa bagi anaknya dan keterangan anak bagi ibu bapanya
boleh diterima sebagai bayyinah.

[128] SP1, merupakan bapa Plaintif diiktiraf menerusi penmtukan tersebut


yang berstatus bayyinah yang boleh diterima. Kredibiliti keterangannya adalah
kuat menurut mahkamah kerana SP1 merupakan individu yang terlibat secara
langsung dalam isu ini. Manakala saksi--saksi Defendan, mahkamah dapati
kesemuanya boleh diiktibarkan sebagai saksi yang berstatus saksi yang pakar
dalam bidang yang berkaitan. Saksi-saksi Defendan juga boleh diterima dan
tidak diragui.

[129] Dan secara keseluruhan, mahkamah berpendapat bahawa saksi-saksi


Plaintif lebih berkeupayaan dalam membantu Plaintif bagi menyokong dan
membuktikan dakwaan yang dibuat berbanding Defendan.

Keputusan

[130] Bahawasanya kes ini telah didengar dan diputuskan pada hari ini dengan
dihadiri oleh Plaintif bersama Peguam Syarienya, Tuan Mohamad Shahril bin
Mohamad Nasir daripada Tetuan Sa'adiah, Khoo, Lo & Co dan Tuan
Muhammad Asyraf bin Abdul Halim daripada Tetuan Mohd Irwan bin Mohd
Mubarak manakala Defendan tidak hadir dan diwakili oleh Peguam
Syarienya, Puan Nur Hidayah binti A Bakar daripada Tetuan Kamar Ainiah
& Co Setelah Mahkamah mendengar keterangan Plaintif dan Defendan serta
Hujahan Peguam-peguam, dan setelah Mahkamah merujuk kepada hukum
syarak dan undang-undang yang berkuatkuasa, Mahkamah berpuas hati.

[131] Maka Mahkamah memutuskan dan memerintahkan sepertimana


berikut:

1. Mahkamah mensabitkan bahawa Defendan telah nusyuz mulai 20


Februari 2017 dan menghilangkan hak nafkah mulai tarikh tersebut
sehingga Defendan kembali taat kepada Plaintif.

2. Permohonan Plaintif untuk Defendan Kembali Taat adalah ditolak.

You might also like