Inovasi Sejarah - PES

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KAEDAH SISTEM P.E.

S UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN MENJAWAB


SOALAN KBAT SEJARAH

ABSTRAK

Sejarah ialah satu mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah di Malaysia dan
menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM sejak tahun 2013. Bermula dari
tahun 2013 mata pelajaran sejarah terutamanya dalam kertas 2 menggunakan soalan-
soalan KBAT. Soalan KBAT ini membawa markah yang banyak dan bilangannya telah
bertambah sejak tahun 2013 hingga sekarang. Kumpulan pelajar daripada kelas 5UTM
sering menghadapi masalah dalam memahami dan menjawab soalan-soalan KBAT ini.
Majoriti pelajar dalam kelompok ini tidak dapat menjawab soalan ini dengan
berkesan .Bahkan ada yang tidak mendapat sebarang markah daripada soalan-soalan ini
yang sekaligus menyumbang kepada kegagalan mendapat markah yang baik dalam
peperiksaan. Oleh itu “Kad P.E.S” telah dicipta bagi membolehkan para pelajar memahami
serta dapat menjawab soalan-soalan KBAT dan baik dan mendapat markah yang tinggi.
Kaedah“ Kad P.E.S” telah membawa perubahan kepada kelompak pelajar yang
menghadapi masalah ini. Setelah pendekatan ini digunakan kelompok pelajar yang
menghadapi masalah menjawab soalan ini telah berjaya memahami bagaimanacara
mengolah jawapan bagi soalan sebegini. Keadaan ini sekaligus telah meningkatkan
keyakinan dalam diri mereka untuk menjawab soalan dalam ujian dan latihan yang
diberikan.

1.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Kumpulan

2.0 TAJUK INOVASI


Formula Asas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dalam Pdpc Melalui Kad P.E.S
3.0 SINOPSIS IVOVASI
Kajian ini dilaksanakan selepas peperiksaan percubaan setara SPM 2021. Kajian ini
bertujuan mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam menjawab soalan-
soalan bahagian KBAT sejarah SPM kertas 2. KBAT merangkumi kemahiran berfikir
kritis, kreatif dan menaakul serta strategi berfikir (DSKP Sejarah SPM m/s11). Hasil
kajian menunjukkan kelemahan pelajar dalam menjawab soalan KBAT sekaligus
menyebabkan markah peperiksaan sejarah mereka rendah dan tidak memuaskan.
Kajian ini dilakukan ke atas 22 orang pelajar tingkatan 5 UTM yang telah memperoleh
gred (F) dalam Pentaksiran Sumatif Pertengahan Tahun yang lalu.

Guru memperkenalkan perkataan mudah untuk membantu para pelajar mengingat dan
menghafal. Perkataan di bahagikan kepada 3 bahagian iaitu Politik, Ekonomi dan sosial.
Guru mencetak perkataan tersebut , liminated dan diedarkan kepada setiap pelajar.
Guru akan membimbing pelajar menulis jawapan yang tepat dan menjana idea mereka
menghurai dengan betul bagi soalan menjawab soalan KBAT. Hasilnya inovasi ini
sangat memberi impak positif dalam memberi idea kepada pelajar menjawab soalan
KBAT.

4.0 OBJEKTIF INOVASI


Berdasarkan pentaksiran Sumatif Pertengahan Tahun yang lalu, seramai 13/22 pelajar
5 UTM gagal dan sebilangan besar pelajar tidak menjawab semua soalan KBAT.Oleh
itu, isu pelajar gagal menguasai KBAT berpunca daripada pelbagai faktor yang perlu
ditinjau secara teliti dan mendalam. Isu kegagalan pelajar dalam pembelajarannya,
khususnya berkaitan soalan KBAT perlu dilakukan dengan segera. Keadaan ini tidak
boleh dibiarkan berpanjangan kerana pelajar ini akan menghadapi Peperiksaan
Percubaan dan SPM 2022 pada bulan Mac tahun hadapan. Seandainya mereka tidak
menguasai kemahiran KBAT dengan baik ,kebarangkalian untuk mereka lulus SPM
2022 adalah tipis. Ini kerana soalan bahagian ini merangkumi 40 % wajaran markah
daripada markah keseluruhan Sejarah kertas 2.

Kajian ini memfokuskan kepada beberapa perkara:

4.1 Membantu memberikan idea kepada pelajar untuk menjawab soalan KBAT
4.2 Berkemahiran menggabungkan fakta yang dipelajari dengan pengetahuan
sedia ada misalnya dalam aspek politik,ekonomi dan sosial.
4.3 Bimbingan menggunakan fakta dalam buku teks serta menggunakan
pengetahuan sedia ada untuk menjawab KBAT
5.0 KUMPULAN SASARAN

Skop inovasi ini menumpukan kepada usaha untuk membantu murid-murid menjawab
soalan KBAT dengan menggunakan Kad P.E.S dan menunjukkan bahawa teknik ini
berkesan jika digunakan dengan betul. Teknik inovasi ini difokuskan kepada semua
murid Tingkatan 5 UTM yang menduduki Peperiksaan SPM 2022.

Guru akan mengambil beberapa sampel daripada keputusan Peperiksaan Pertengahan


Tahun yang lalu mendapati seramai 13 daripada 22 orang calon mendapat gred
GAGAL(F).

6.0 LATAR BELAKANG INOVASI


Soalan KBAT merupakan bahagian yang boleh menyumbang peratus markah yang lebih
tinggi dalam matapelajaran Sejarah Peperiksaan SPM. Penggunaan Kad P.E.S ini
membantu pelajar untuk menjawab soalan KBAT dengan mudah. Hal ini kerana pelajar
boleh menggunakan kata kunci dan isi yang boleh digunakan untuk membina ayat dalam
penulisan esei Kertas 2 Sejarah.

Keputusan Pentaksiran Sumatif Pertengahan Tahun yang lalu menunjukkan sebilangan


besar pelajar 5 UTM penilaian tidak dapat menjawab soalan berkaitan KBAT dengan
baik. Mereka masih keliru dan kurang memahami kaedah menghasilkan jawapan yang
terbaik dalam soalan-solan KBAT.Mereka tidak dapat memulakan jawapan yang
sepatutnya iaitu mengandungi fakta yang mempunyai huraian, huraian lanjutan, contoh
dan inferen. Walaupun saya sudah membuat perbincangan bersama pelajar di dalam
kelas tentang soalan-soalan KBAT. Kebanyakkan pelajar melontarkan pandangan
bahawa soalan-soalan KBAT adalah sukar bagi mereka.

Oleh hal yang demikian, kami mencari beberapa alternatif lain bagi membantu pelajar-
pelajar menjawab soalan dengan tepat dan mendapat markah yang maksimum. Saya
merasakan perlu menghasilkan satu teknik yang mudah untuk dijadikan panduan
kepadpelajar semasa menjawab soalan berkaitan KBAT. Saya telah menggunakan
kaedah mengingat menggunakan Kad P.E.S iaitu Politik, Ekonomi dan Sosial.
Seterusnya, Kad P.E.S juga membantu pelajar yang mempunyai masalah mengingat
fakta untuk mengingat fakta bagi menghasilkan ayat. Oleh itu, apabila pelajar menjawab
soalan KBAT menggunakan Kad P.E.S ini, mereka akan menulis dahulu isi dengan 3
aspek ini iaitu politik, ekonomi dan social. Perkara ini membolehkan para pelajar
sentiasa berfokus kepada aspek-aspek penting ini.

7.0 HURAIAN INOVASI


7.1 Setiap aspek menunjukkan satu bidang penting iaitu Politik, Ekonomi dan Sosial.
7.2 Aspek politik merangkumi perkara-perkara seperti undang-undang, kestabilan
negara dan hubungan diplomatik dengan negara luar.
7.3 Aspek Ekonomi pula merangkumi perkara-perkara seperti negara maju,
meningkatkan pendapatan negara, hasil cukai dan lain-lain.
7.4 Aspek Sosial pula merangkumi tentang mengurangkan kadar kemiskinan,
meningkatkankan taraf hidup, mengurangkan buta huruf dan sebagainya.
7.5 Guru mengedarkan Kad P.E.S kepada setiap pelajar. Pelajar menggunakan Kad
tersebut untuk menjawab soalan KBAT yang diberikan oleh guru. Pelajar
mengambil beberapa aspek mengikut kehendak soalan. Pelajar membina ayat
yang ringkas untuk menghasilkan esei yang lengkap berpandukan kepada KAD
P.E.S tersebut. Guru membimbing pelajar untuk menghasilkan esei yang
lengkap.
7.6 Berikut ialah perkara-perkara yang terkandung dalam setiap aspek.
7.7 Aspek-aspek penting di dalam Sistem PES yang menjadi sebagai panduan dan
rujukan rujukan dalam menjawab soalan KBAT.

KBAT
P.E.S

You might also like