Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Isu perubahan iklim memaksa banyak negara untuk berubah dan

beradaptasi dengan situasi ini. Bagi mengekang isu ini daripada


berterusan, antara langkah yang diambil ialah menjadikan tenaga
boleh diperbaharui sebagai sumber tenaga alternatif. Dan ini
sesuatu yang harus diambil perhatian oleh negara.

Tenaga boleh diperbaharui ialah tenaga yang tidak memerlukan


pembakaran bahan api fosil seperti minyak petrol, minyak diesel
dan arang batu. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis sumber
tenaga boleh diperbaharui seperti hidroelektrik, tenaga suria dan
tenaga bahan api bio.

Advertisement

Kepentingan sumber tenaga boleh diperbaharui semakin penting


hari ini. Dengan sumber bahan api fosil seperti minyak semakin
berkurangan, ia sudah pasti akan mengakibatkan harga komoditi
tersebut naik melambung.

Seperti negara-negara lain, Malaysia juga bakal berdepan kesan


negatif akibat perubahan iklim. Kegagalan untuk mengubah hala
tuju bakal memberi kesan besar kepada ekonomi lebih-lebih lagi
dengan tindakan beberapa blok ekonomi dunia. Misalnya,
Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan tarif terhadap
negara pengimport yang mempunyai kadar pengeluaran karbon
yang tinggi.

YOU MAY LIKE


Rakyat Malaysia boleh diluluskan pinjaman tanpa mengira kredit

Gelintar Iklan

Kuala Lumpur: kad kredit tanpa semakan kredit mungkin mengejutkan


anda!

Gelintar Iklan
Pinjaman untuk orang yang mempunyai sejarah buruk pada tahun 2022

Gelintar Iklan

Pelupusan kereta yang tidak terjual 2021! Jangan lepaskan peluang

Gelintar Iklan

Di pihak pengguna pula, semakin ramai pengguna yang beralih


kepada produk-produk yang mesra alam. Jika Malaysia tidak
beradaptasi dengan semua ini, negara akan ketinggalan di
belakang negara-negara lain yang memodenkan sistem tenaga
mereka.
Sebelum ini, negara telah melancarkan Dasar Tenaga Negara
sebagai panduan untuk membantu Malaysia beralih menjadi
negara rendah karbon. Ketika ini, Malaysia hanya menggunakan
18% tenaga boleh diperbaharui dalam campuran tenaga mereka.
Mengikut Projek Karbon Global, negara merupakan pengeluar
karbon kedua terbesar selepas Brunei dengan 7.83 tan.

Dan pada Isnin lepas, Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (IPCC) dalam laporannya
setebal 4,000 muka surat menyatakan satu mesej mudah: dunia
semakin panas dalam kadar yang tidak pernah dilihat dalam
tempoh 2,000 tahun. Dan ia berlaku akibat perlepasan karbon
dan pergantungan terhadap bahan api fosil. Sekiranya ini tidak
ditangani dengan segera, perubahan iklim akan menjadi lebih
ekstrem untuk tahun-tahun mendatang.

Di Malaysia, sudah ada beberapa syarikat yang mula beralih


kepada tenaga boleh diperbaharui. Antara syarikat yang berbuat
demikian ialah Tenaga Nasional Bhd, Sime Darby Plantations dan
Ipmuda Berhad. Sementara Solarvest Holdings Bhd dan SOLS
Energy Sdn Bhd pula memang dikenali sebagai pemain dalam
sektor tenaga ini.

Bagi Ipmuda dan pengerusi eksekutifnya Beroz Mirdin, keputusan


beralih kepada sektor tenaga boleh diperbaharui ialah satu
tindakan tepat. Ini kerana sumber tenaga boleh diperbaharui
merupakan satu masa depan yang harus diterima semua pihak.
Ia bukan saja bersih tetapi turut menjimatkan kos.

Syarikat kini mempunyai aset untuk menghasilkan tenaga suria


dan hidroelektrik serta menjangkakan akan mengembangkan lagi
aset mereka pada masa akan datang. Ipmuda turut menggesa
kerajaan agar mewujudkan polisi yang menggalakkan syarikat-
syarikat tempatan beralih arah kepada sektor berkenaan. Jika
kerajaan tidak berbuat demikian, dibimbangi firma-firma
tempatan akan ketinggalan sementara firma-firma ASEAN sudah
membuat peralihan.
Merdeka

We are lucky to be born in


Malaysia that is free.
Our ancestors
Fought daily for another day
To live
Hardship, blood and tears..
Finally freedom became ours.

But are we really


The lucky generation
We have everything
Except our memories of our
history.

Merdeka!

This is the Day

This is the day we celebrate our


independence.

This is the day we set up high in price.


This is the day we fly our flags of freedom
from east to west.
That brings courage liberty purity and justice
to our minds.

This is the day we remember


Those who fought for independence without
shedding a drop of blood.

This is the day we pray for the prosperity and


progress of the nation.

This is the day we tell the world that we live in


peace harmony and brotherhood.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

You might also like